Followers

Friday, 27 January 2012

Bab 2: Saat Kau Hadir Dalam Hidupku





“Tak naklah umi. Nia nak duduk rehat kat rumah buat sementara ni.”

Ada ke patut umi suruh aku kerja part time macam tu. Aku baru bercadang nak melepak kat rumah sementara nak tunggu keputusan interview. Masuk yang baru ni, dah lima interview aku pergi tapi tak ada satu pun yang panggil kerja. Haih... susah betul nak dapat kerja sekarang ni.


“Alaa.. bukan susah sangat. Nia pergi ambik Aunty Khaleeda tu kat rumah dia. Lepas tu, bawak kereta hantar dia pergi butik. Duduk sana sekejap sementara dia nak pantau butik  dengan pekerja dia dan lepas tu baliklah,” pujuk umi.

“Nia malaslah umi. Lagipun, aunty Khaleeda tu kan kaya. Tak boleh ke dia upah driver lain.”

Aku memang malas nak kerja part time buat masa ni. Nanti kalau aku dah terjatuh cinta dengan kerja tu susah sebab aku akan payah nak berhenti walaupun dapat kerja yang setaraf dengan ijazah aku. Nanti tak pasal-pasal kena bebel lagi dengan umi.

“Nia, tolonglah. Aunty Khaleeda tu tengah terdesak nak cari pemandu untuk hantar dia pergi butik. Lagipun, memang uncle Fuad ada buka tawaran jawatan pemandu sejak pemandu aunty Khaleeda tu berhenti. Tapi, sampai sekarang tak ada siapa lagi yang mohon jawatan tu,” pujuk umi lagi.

“Nia tak naklah umi,” kata aku selamba sambil menghadap tv. Makin best pula cerita ni.

Aku bersila atas sofa dan umi pun mula mengambil tempat kat sebelah aku. Ini mesti kes nak memujuk rayu aku lagi. Haih.. ni yang buat aku lemah ni. Nanti bila lama sikit dah kena ayat dengan umi mesti aku cair punya. Alahai umi ni, tahu je kelemahan aku. Huh!

“Nia, tak baik buat macam ni bila orang memerlukan bantuan kita. Ini hari dia, esok lusa mana tahu hari kita pulak. Siapa yang nak tolong kalau kita sendiri bersikap tak ambil endah macam ni?”

Aduh..menusuk kalbu betul kata-kata umi ni. Tak senang duduk aku bila umi dah keluar ayat psiko dia. Saja la umi nak buat aku rasa serba salah ni.

“Kalau tak silap Nia aunty Khaleeda ada anak. Kenapa tak suruh anak dia hantar aunty Khaleeda tu pergi butik?”

Walaupun rasa bersalah mula bertandang tapi aku tetap Dania Khalishah. Degil! Mesti bagi beribu alasan dulu sebelum bersetuju untuk melakukan sesuatu kerja yang aku tak suka. Aku masih menghalakan mata ke arah skrin tv walaupun mula hilang fokus terhadap cerita yang disiarkan.

“Ya, memang aunty Khaleeda ada anak. Seorang anak dia masih kat UK menguruskan cawangan mereka kat sana. Seorang lagi pula tolong uncle Fuad kat sini. Manalah sempat anak dia nak hantar aunty Khaleeda.”

Adess... macam tak dapat nak mengelak je lagi. Kenapalah waktu macam ni anak dia yang seorang lagi ada kat UK. Tak apa Nia, cari alasan lain.

“Umi, Nia tak kenal..”

Belum sempat aku menyudahkan ayat aku, umi dah cantas dulu dan terus membuatkan aku terkelu.

“Nia tolong-menolong tu satu ibadat dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim dan sangat digalakkan oleh syariat Islam. Dengan cara macam ni, kita dapat membentuk diri dengan memberi pertolongan secara ikhlas dan Allah memberi ganjaran yang sama di akhirat seperti mana dalam hadis Rasulullah. Orang Islam adalah bersaudara sesama Islam, tidak boleh menzaliminya dan membeban sesuatu yang memberatinya dan siapa yang menunaikan sesuatu hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya. Nia tak nak ke ganjaran macam tu?” tanya umi lembut.

Kalau ada bendera putih kat tangan aku sekarang ni, memang aku angkat untuk tunjuk kat umi betapa aku kalah dengan ayat umi. Nampak gayanya aku dah tak ada cara lain untuk menolak. Akhirnya, terpaksa juga aku anggukkan kepala lemah dalam cuba mengikhlaskan diri untuk menjadi pemandu Aunty Khaleeda.

“Macam tulah anak umi, mendengar kata. Sejuk hati umi,” kata umi dengan senyuman manisnya.

Aku hanya tersenyum tawar membalas senyuman umi.

“Dah cakap dengan Nia pasal tawaran Fuad dengan Khaleeda tu?”

Tiba-tiba suara walid bergema di ruang menonton ni. Aku dan umi serentak berpaling ke arah walid yang tengah berjalan ke arah sofa bersebelahan tempat aku dengan umi duduk.

“Baru selesai cakap,” jawab umi. Walid mengangguk.

“Macam mana Nia? Setuju ke?” tanya walid pula.

“Hurmm..bolehlah,” jawab aku paksa rela.

“Eloklah tu. Daripada Nia duduk rumah tak ada buat apa sementara nak tunggu dapat kerja ni, lebih baik Nia tolong aunty Khaleeda dengan uncle Fuad. Dia orang tu dah banyak tolong walid masa walid belajar di luar negara dulu. Sekarang, inilah masanya nak tolong dia orang balik,” kata walid pula.

“Tapi walid, Nia bukan tahu rumah dia orang kat mana pun.”

Saja bagi alasan macam tu pula. Aku kan memang pakar bab mereka alasaan.

“Itu bukan masalah, nanti umi bagi alamat dia orang,” sampuk umi pula.

Bila umi dah cakap macam tu memang tak ada harapanlah aku untuk mengubah fikiran umi dengan walid lagi. Haih...mungkin dah tersurat kot aku kena jadi pemandu sementara. Nasib badan...

“Umi tahu Nia tak suka jadi pemandu ni. Tapi, bolehlah buat sementara waktu ni Nia kerja dulu untuk tambah duit poket Nia. Lagipun, aunty Khaleeda dah janji nak bagi gaji kat Nia,” pujuk umi lagi. Ini mesti umi perasan muka aku cemberut daripada tadi. Kalau tak, tak adanya umi nak cakap macam tu.

“Hahaha... Angah jadi driver? Lawak betul la.”

Entah dari mana adik aku yang sengal ni datang pun aku tak tahu. Tiba-tiba je menyampuk dan gelak macam orang sakai. Ini yang buat aku rasa macam nak sepak orang.

“Hoii..kau boleh diam tak!?”

Aku tengok dia hanya menggelengkan kepala sambil tekan perut dia. Bukan main terbahak-bahak dia gelak sampai tertunduk. Ini dah lebih ni. Aku terus capai bantal empat segi yang tertenggek elok atas sofa dan terus baling ke arah adik aku yang sengal ni.

“Nia!”

“Khalish! Sudah-sudahlah tu,” tegur walid.

“Lawaklah walid.”

Lepas dia jawab macam tu, aku rasa makin kecil je aku tengok dia. Oleh sebab aku dah tak dapat tahan sabar dengar gelak dia yang tak berhenti tu, aku terus bangun dan meluru ke arah dia. Kelam-kabut dia berlari naik tangga ke atas diikuti aku yang tengah mengejar dia.


“Umi, tolong! Hantu brutal kejar!”


“Jaga kau. Kalau aku dapat, memang aku lipat kau Khal.”


Bergegar satu rumah ni dengan larian dan jeritan aku dengan si Khalish sengal ni. Tapi, dia memang cukup bernasib baik hari ni sebab dia sempat masuk ke bilik dan kunci pintu sebelum aku dapat capai baju dia.

“Siot kau, Khal!”

Aku terus tendang pintu bilik dia dengan geram bila terdengar radio yang saja dia pasang dengan kuat.

“Nia! Apa tu?”

Terdengar suara walid aku menjerit dari bawah.

“Tak ada apa,” jerit aku balik sambil berjalan ke arah bilik aku.

Umi dengan walid dah masak sangat dengan perangai aku dan si Khalish sengal tu. Sebab tu umi dengan walid pun dah tak larat nak tegur selagi tak ada kes patah riuk. Tapi setakat ni alhamdulillah tak ada kes macam tu lagi.

Sebenarnya, inilah cara aku dengan Khalish merapatkan hubungan. Mungkin nampak kasar dan gaya macam orang nak bergaduh tapi ini cara aku dengan Khalish nak bergurau senda. Pelik tapi benar!

Sebaik aku masuk ke dalam bilik aku, handphone aku serta merta berhenti berdering. Lepas aku tutup pintu bilik, terus aku berjalan ke arah handphone aku yang  terletak atas meja solek.

Baru saja aku pegang handphone aku, tiba-tiba ada satu mesej masuk. Siapalah yang tak reti erti sabar ni?

+ DK.. ptg ni tmpt biasa lpas Asar. Smua geng turun. Klau kau xturun siap! ~AD~

- Ok..set! Aku trun. Don’t worry.

Lepas selesai aku balas mesej AD, aku baring sekejap atas katil. Otak aku terus terbang melayang memikirkan pasal kerja sebagai pemandu tu. Macam manalah agaknya aku nak jadi pemandu? Dahlah tahap kesabaran aku rendah. Buatnya dapat majikan yang cerewet nak mati macam mana? Hish..kusut otak aku.

Aku menggaru-garukan kepala yang tak gatal. Habis rambut Lisa Surihani aku jadi kusut. Ini semua gara-gara paksaan dari umi dengan nenek. Kalau nak ikutkan hati aku, aku nak je jadi macam dulu balik. Rambut pendek macam Jaclyn Victor.

Dalam otak aku melayang memikirkan perihal kerja baru aku, tiba-tiba muka mamat bengong yang aku jumpa kat lapangan terbang terlintas dalam kepala otak aku. Pejam celik pejam celik, rupanya dah dua bulan kes aku dengan mamat tu terjadi. Tapi aku tak pernah lagi bercerita kat sesiapa. Mungkin petang karang kot aku nak cerita kat AD pasal mamat tu sebab tiba-tiba hati aku tergerak nak jadi penglipur lara. Hmm...tak apa. Layan...

*************

“Kahkahkah! Lawak antarabangsa betul korang ni. Dari Heathrow ke Malaysia. Walaahhh...”

Ini lagi satu manusia yang suka membuatkan angin dalam badan aku bertambah. AD atau nama sebenarnya Amirah binti Dahlan. Kawan baik dan kawan satu kapal aku main bola keranjang. Aku hanya tengok dia yang tak berhenti gelak dari tadi dengan mata helang aku.

“Wow! Sorry beb. Cerita kau memang lawak. Kalau masuk raja lawak konpem boleh menang,” kata dia lagi. Perasan juga dia yang aku dah membara semacam je tengok dia.

“Tak lawak pun aku rasa,” jawab aku selamba sambil memutarkan bola dengan menggunakan jari telunjuk. Malas rasanya nak menghadap muka minah ni.

“Beb..kau tak takut ke kalau tulang dia retak atau patah masa kau tendang dia?” Aku terus berhenti dari memutarkan bola dan tengok muka dia.

“Kalau tulang dia retak atau patah sekalipun aku peduli apa? Siapa suruh dia cari pasal dengan aku dulu.” Lepas aku jawab macam tu, terus AD menggeleng-gelengkan kepala.

“Hish...tak ada hati perut betullah kau ni. Aku ingat nenek kau dah habis basuh kau dengan Clorox sampai boleh jadi perempuan Melayu terakhir. Rupa-rupanya ada lagi perangai lama tertinggal,” kata AD.

“Woii..perangai sejak azali mana boleh kikis beb. Kau basuhlah dengan Clorox ke, hydrochloric acid ke, sodium hydroxide ke aku tetap DK yang dulu. Cuma gaya aku sikit je yang terpaksa berubah. Itupun sebab nenek aku tibai aku dengan batang penyapu,” jawab aku tak ada perasaan.

Teringat pula nenek kat kampung bila dah tersebut pasal nenek. Kerana neneklah aku jadi macam sekarang pakai tudung segala bagai. Kalau tak kerana nenek, sampai sekarang aku punya rambut pendek, tak pakai tudung, pakai baju sampai dua orang boleh masuk, pakai seluar gaya macam nak terlondeh.

“Hurmm..patutlah gaya ada sikit lembut sekarang ni. Rupanya kena tibai dengan batang penyapu,” sampuk Faddy pula. Ini seorang lagi. Suka buat aku naik angin.

“Woii..korang berdua ni kalau cakap tak menyakitkan hati aku memang tak sah.”

“Lepak arr...DK. Macam kau tak kenal aku dengan Faddy,” kata si AD pula.

“Dahlah, malas aku nak layan korang. Weyh, tadi kata semua geng turun. Ini apa ke bendanya turun?” tanya aku. Rasa makin panas hati bila jam dah melewati pukul 5. Memang janji tahi kucing betul! Huh..

“Entahlah dia orang. Aku dah call Shah tadi, dia orang kata on da way,” jawab Faddy.

So, DK kau dah dapat kerja ke belum?” tanya AD selepas beberapa minit masing-masing melayan perasaan.

“Hurmm..ni lagi satu masalah. Kerja betul-betul aku belum dapat tapi kerja yang tak berapa betul aku dah dapat,” jawab aku sambil melontarkan bola ke dalam jaring dan masuk.

“Hah!? Apa maksud kau?” tanya Faddy.

Interview yang aku pergi belum ada yang panggil tapi esok aku akan mulakan kerja sebagai...”

Saja aku gantungkan ayat aku sementara aku melantun-lantunkan bola untuk buat lontaran jarak jauh. 

“Sebagai apa?” tanya AD. Aku tengok muka dia orang sekilas sebelum menjawab. Faddy tengah minum air dan AD masih tak habis-habis menguyah chewing gum.

Driver.”

“Apa!!”

Serentak suara dia orang menjerit. Selepas melontarkan bola masuk ke dalam jaring barulah aku tengok ke arah dia orang balik. Baju jersi Faddy dah basah sikit kat depan dan AD dah macam orang tercekik.

“Kau biar betul DK. Kau jadi driver yang bawak kereta tu ke?” tanya Faddy sambil mengelap mulut dia.

“Yelah jadi driver yang bawak kereta tu. Takkan bawak motor pulak.”

Aku nampak AD dengan Faddy berpandangan sebelum masing-masing gelak macam orang terlepas dari Tanjung Rambutan. Siap hentak kaki lagi. Melebih betul budak-budak dua orang ni. Nasib baik la kawan baik aku. Kalau orang lain, dah lama aku baling bola ni kat muka dia orang.

“Lawak apa pulak yang kau buat ni DK? Kau dengan kereta? Aiseyhman...tak macho la beb,” kata si AD pula dengan gelak dia yang makin menyakitkan hati aku.

“Arghh...macho tak macho aku peduli apa? Kau nak tanggung ke kalau Ego aku kena rompak?” tanya aku pada dua orang manusia yang tak berhenti gelak daripada tadi. Rasa nak hempuk je dia orang ni.

“Fuyoo... sampai macam tu sekali ke? Dahsyat,” komen Faddy.

“Kiranya kerana Ego kau sanggup berkorban apa saja la ni?” tanya AD dengan kening yang terangkat.

“Sudah semestinya. Hanya Ego je harta yang aku ada sekarang ni. Itupun lepas habis ayat pujuk rayu aku guna untuk dapatkan Ego aku tu,” jawab aku.

Sebelum aku keluar rumah tadi, tiba-tiba je walid aku bangkitkan pasal Ego aku. Walaupun aku dah bersetuju dengan tawaran kerja tu, tapi aku tahu walid masih ragu-ragu dengan aku. Sebab tu, dia keluarkan ayat berbunga ugutan untuk tarik balik Ego aku kalau aku buat hal tak nak datang kerja esok. Haila...walid. Faham betul dengan perangai anak tunggal perempuan dia ni.

“Woiii...lambat. Janji tak serupa bikin! Hampeh.”

Tiba-tiba aku dengar suara AD punya kuatnya memekik. Aku tengok kereta Estima dah elok terpakir kat tempat parking kereta. Sah! Mesti geng bola keranjang baru sampai.

Bermulalah sesi luku meluku bila ada yang sakit hati terpaksa menunggu lama dan ada yang melutut supaya tidak diluku. Haih..macam-macam kerenah la kawan-kawan aku ni.

Oleh sebab aku tak dapat menahan sabar lagi, aku terus melontarkan bola ke arah dia orang yang masih tak habis saling meluku.

“Hoii!!”

Semua tengok aku dengan muka bengang.

“Siapa yang nak main bola join aku, siapa yang rasa nak tendang orang sila blahh,” kata aku selamba mengutip bola yang dah tergolek atas gelanggang.

“DK!!”

Aku buat muka tak ada perasaan. Agak-agak siapa yang terasa tu memang nasiblah. Siapa suruh makan peria kalau tak tahan pahit. Betul tak!?

*********************

Mak aihh! Ni rumah ke istana? Aku tengok macam dah rupa Istana Takeshi pula.

Betul ke aku tak silap tengok alamat ni? Aku berhentikan Ego aku betul-betul kat depan pintu pagar istana Takeshi ni. Aku belek balik kertas yang umi tulis alamat rumah aunty Khaleeda.

No 7. Betullah!

Aku tengok pintu pagar rumah dia tertutup rapat. Haish..inilah masalah kalau rumah dah macam istana. Nak bagi salam sampai nak terkeluar anak tekak pun, belum tentu tuan rumah boleh dengar. Aku pun turun dari motor lepas ternampak pondok kecil kat tepi pagar rumah tu.

“Ehem..”

Aku tengok seorang lelaki yang berpakaian seragam pengawal keselamatan tengah duduk membelakangkan tempat aku berdiri.

“Hello, encik,” tegur aku lagi lepas tengok tak ada respon dari lelaki tu.

Entah apa dibuatnya pun aku tak tahu. Duduk statik je tak bergerak. Dari gaya macam bukan orang Islam. Sebab tu aku pun tak bagi salam. 


Aku dah garu kening lepas beberapa minit aku tengok tak ada respon dari lelaki tu. Ini buat aku rasa macam nak baling je lelaki ni dengan helmet yang aku masih pakai ni.

Akhirnya, lepas beberapa minit aku mundar-mandir kat depan pondok ni barulah aku dapat akal nak buat pengawal ni bangun.

“Tolong! Tolong! Rumah terbakar!” jerit aku kuat.

Aku tengok lelaki tu macam tersentak dan kelam-kabut bangun dari kerusi dia. Dia terus kalih tengok tv kecil yang ada depan dia dan muka aku bersilih ganti. Baru nampak jelas muka pengawal tu. Orang Bangla rupanya. Muka macam mamai semacam je. Sah! Dia tidur tadi.

“Hah..mana api? Mana api?” tanya dia kelam-kabut. Ini yang buat aku membara je kat sini.

“Api otak lu. Daripada tadi aku tercongok kat sini kau boleh tidur pulak. Aku kasi report sama bos baru kau tahu.”

“Aiyoyo...adik manis. Janganlah kasi report sama bos. Nanti dia kasi pecat sama saya. Habislah saya mau cari makan,” rayu pengawal tu. Lawak pula aku tengok muka pengawal ni. Muka kesian habis!

“Tahu pun kau takut. Lain kali jangan buat lagi. Nak kerja buat cara nak kerja,” kata aku sambil menggoyang-goyangkan jari telunjuk. Ewah...macam aku pula tuan rumah ni. Kau memang lebih la Nia.

“Baik adik manis,” jawab dia sambil membetul-betulkan topi dia. Ceit..bajet handsome la tu.

“Apa adik manis? Sejak bila kau jadi abang aku?” tanya aku sambil cekak pinggang. Aku tengok mamat tu dah terkebil-kebil tengok aku. Blurrr..

Arghh..stress aku bercakap dengan orang macam ni. Baik aku selesaikan tugas aku daripada bercakap dengan Mat Bangla ni.

“Hish..susah betul cakap dengan kau ni. Aku nak tanya betul ke ni rumah No. 7, Teratak Kaseh?”

“Adik manis, you tau baca atau tak tau baca?”

Aku dah pelik tengok Mat Bangla ni. Apesal pula dia tanya aku macam ni?

“Mestilah aku tahu baca. Apa punya soalan la kau tanya kat aku ni,” jawab aku.

“Kalau you tau baca, you mesti boleh baca itu papan tanda besar punya tulis No.7 Teratak Kaseh,” balas mat Bangla tu.

Terbeliak mata aku tengok Mat Bangla ni. Kurang ajar betul! Dia perli aku tu. Ini yang buat aku teringat pasal mamat sengal kat lapangan terbang hari tu. Makin membara aku rasa hati aku sekarang ni. Aku terus tanggalkan helmet aku. Saja cari pasal la dia ni.

“Hoiii! Kau nampak tak helmet aku? Sekali aku hentak kau karang baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Amboi..bukan main sedap mulut kau cakap macam tu,” kata aku sambil mengangkat helmet aku tinggi. Kecil besar, kecil besar aku tengok mat Bangla ni. Kalau tak bawa mengucap dah lama aku baling helmet ni kat dia.

“Aiyoyo...sorry la adik garang.”

Aku terus membesarkan mata aku lepas dia sebut adik garang. Bukan main lagi dia ni.

“Bukan..bukan...adik manis.” Kelam-kabut dia tukar balik ayat dia panggil aku adik manis.

Baru gertak sikit dah takut. Macam mana boleh lulus jadi pengawal keselamatan pun aku tak tahu. Ini baru aku yang gertak, kalau perompak sebenar gertak dengan parang macam mana? Mahu terkencing dalam seluar kot.

“Tak habis-habis dengan adik. Panggil aku Nia la. Aku bukan adik kau,” kata aku.

“Baik Nia. Ada apa boleh saya tolong?” tanya dia dengan lemah lembutnya. Takutlah tu.

“Hmm..aku ni driver baru bos kau. Jadi, aku nak jumpa bos kau,” kata aku.

“Oh...itu macam ka? Kalau itu macam tuan besar ada kasi tahu sama saya you mau datang pagi ni,” jawab dia sambil menganggukkan kepala.

“Haa..baguslah macam tu. Apa lagi? Bukak la pintu pagar,” arah aku selamba. Suka hati aku je macam rumah ni aku yang punya pula.

“Tunggu sekejap. Saya call sama puan besar dulu,” jawab mat Bangla tu dengan tangan dia yang mula bergerak memegang telefon kat atas meja.

 “Eh..nanti kejap. Nama kau apa ek?”

Tak sedap pula kalau aku asyik panggil dia Mat Bangla. Nak tahu juga nama dia.

“Oh..nama saya Abdullah,” jawab dia sambil tersengih kambing.

Orang Islam rupanya. Aku menganggukkan kepala dan berjalan ke arah Ego aku. Masa aku tengah berjalan nak ke Ego aku tiba-tiba pintu pagar tinggi berkerawang cantik tu terbuka dan mengaum garang bunyi enjin Ducati 848. Terkedu aku berdiri kat tengah pintu pagar tu bila tengok Ducati tu laju macam nak langgar aku.

Aku dah tak tahu nak bergerak ke mana bila tengok superbike tu makin mara ke arah aku dan bila dia semakin hampir aku terus pejamkan mata. Reda je dengan kemungkinan aku akan dilanggar.

Tiba-tiba aku rasa berdesup Ducati 848 tu lalu sebelah aku sampai buat aku rasa nak terbang sama. Nasib baik aku sempat berpaut kat Ego aku, kalau tak memang dah jatuh tesungkur menyembah jalan tar ni. Kurang ajar betul!

“Hoiii...mangkuk ayun!”

Aku tengok Ducati 848 tu dah hilang dari pandang. Haila..motor sikit punya cantik tapi perangai si penunggang motor tu macam hantu. Sudahlah tu motor idaman aku, boleh pula nak tunjuk lagak depan aku. Saja suka bagi takat cemburu aku meningkat.

Mesti penunggang tu takkan dengar dengan apa yang aku jeritkan tadi. Kalau la aku dapat jumpa penunggang Ducati tu tadi memang nahas. Tapi tak apa, aku mesti akan dapat jumpa dia punya sebab aku kan akan bekerja kat sini. Aku akan cari dia sampai ke lubang cacing nanti. Berani betul dia nak langgar Dania Khalishah. Huh...siap kau!

6 comments:

Anonymous said...

mamat tu.......... kot?

Anonymous said...

hehehe.. best! Bila Fariedz Dazrien nak muncul kak? :D

Xuanza said...

@Anonymous fariedz akn muncul lmbt skit.. nntkan ye :D

mizz acu said...

haaa.. perang da nak start ni.. hehehe..best!

Anor said...

hai bila nak update n3 baru. Nak tgk mcmana Nia nak menangani mamat sengal
ni nanti.

Wild Cherry said...

hahaha lawak la DK ni... Terus terkejut mat bangla tu dari tido...