Followers

Thursday, 16 May 2013

Bab 22: Kerana Lamaran Itu



Kompang dipalu, pengantin baru
Duduk bersanding, tersipu malu
Kompang dipalu, pengantin malu
Moga bahagia, ke anak cucu
Kami doakan moga berkekalan
Selamat sejahtera hingga akhir zaman

 “NUR AMAL HUMAIRA!!!”

Tiba-tiba ada satu suara yang lemak madu manis berkrim melalak kat telinga aku. Hish...kacau betul! Dah la aku tengah sanding. Orang semua tengah tengok aku ni.

“Hmm..jangan kacau la. Aku tengah sanding ni.” Aku tepis tangan dia yang tak habis cuit-cuit pipi aku. Buat malu je depan orang ramai.

Aku pandang dia tajam. Geram betul dengan dia. Tak boleh tengok orang senang betul. Nasib baik suami aku sporting. Dia senyum je dari tadi. Tak cakap apa-apa pun.

Chop!

Suami? Macam pelik je bunyinya.

“Woi..sanding kepala otak kau! Amal... Bangunlahhh!!” Lagi dia tarik harakat.

Aku terpisat-pisat pandang orang yang tengah melalak kat tepi telinga aku ni. Elok aku nak tenyeh mata kasi clear, dia terus pegang pergelangan tangan aku. Kejap. Rasa macam nak putus tangan aku ni dibuatnya.

“Kau gosok mata kau, aku sepak laju-laju.” Aku kerut dahi.

Siapa dia ni? Berani betul nak sepak aku. Aku paksa mata aku buka walaupun dalam kadar 0.1 kb. Sekali bila mata dah celik, aku betul-betul terkejut tengok muka mak dara depan aku. Perghh..mata dia kalah Pontianak Harum Sundal Malam.

            Aku terus tersandar kat kerusi sambil urut dada. Kalau hari-hari macam ni mahu aku kena tempah siap-siap liang lahad.

 “Woi..Amal! Kau dah sampai mana?” tanya Eizam.

“Kau ni kacau daun la. Aku tengah mimpi baik punya kau kacau aku apesal?” Rungut aku.

“Kepala otak kau kacau daun. Cuba kau tengok baju apa yang kau pakai sekarang,” Dia cekak pinggang. Ceit..bajet pinggang ramping.

Malas nak soal jawab lagi aku pun ikut je apa yang dia suruh macam lembu kena cucuk hidung. Aikk..apesal aku pakai baju putih? Tangan aku pun mula naik merayap kat atas kepala. Konon nak garu kepala.

“Amal, kau memang nak mintak kena hempuk dengan aku kan.”

“Apa hal kau ni?”

Aku mula bengang. Suka jiwa je dia nak hempuk aku.

“Kau bangun kejap. Cuba tengok muka kau kat cermin.”

Dengan muka suspicious aku pun bangun. Dia tengok je sambil peluk tubuh. Sekali bila tengok cermin, aku macam tak percaya tengok muka sendiri.

“Eh! Aku ke ni?”

Muka aku dah kena conteng. Oh tidakkk!!!

“Taklah. Hantu kau.”

Ayat sindir tak hengat. Aku terus jeling dia.

Weyh..Eizam. Muka aku dah kena conteng la.” Pegang pipi sambil buat muka terkejut.

 “Woi.. perempuan. Memang la muka kau kena conteng sebab kau pengantin yang tak tahu malu.” Selamba je dia cakap macam tu. Ayat macam nak cari gaduh je ni.

Apesal pulak kau cakap aku tak tahu malu?” tanya aku tak puas hati.

“Aku cakap macam tu sebab orang dok jenuh mekap muka kau kasi cantik, kau boleh tidur tak hengat dunia kat situ. Siap bermimpi-mimpi bagai. Memang tak tahu malu.”

Erkk..aku tidur ke? Jadi, tadi tu apa?

“Eizam, aku dah sanding la tadi. Kau gila ke apa?”  Yakin je aku cakap macam tu.

“Eiiii...geramnya aku dengan kau ni. Rasa nak hempuk je kepala kau. Sejak bila kau sanding hah?! Nikah pun belum, ada hati nak bersanding. Sekali aku lempang kau karang baru tahu. Gedik betul!”

Amekaw. Ganas betul minah ni. Kecut pulak aku tengok. Jadi, aku ni belum nikah lagi la. Cis! Beria je aku ingat aku tengah bersanding.

Bila tengok dia dah naik hangin aku pun sengih sambil tayang dua jari yang merah berinai tanda ‘peace’.

Lek lu beb. Aku tertidur la. Nak buat macam mana? Mata aku ni mengantuk tau tunggu dia orang nak siap mekapkan tuan puteri ni,” kata aku sambil duduk balik atas kerusi. Dia julingkan mata ke atas.

“Tahu pun kau mengantuk. Dulu kutuk aku kemain lagi. Sekarang baru kau tahu betapa penatnya jadi pengantin. Nasib baik ibu kau tak nampak kau tengah sedap terbongkang atas kerusi ni. Kalau tak, bergegar satu rumah ni dengan suara Puan Norizan bersyair.”

“Senyap sudah. Kau jangan bagi tahu ibu aku pulak. Nahas aku kerjakan kau. Biar pecah di perut buncit kau, tapi jangan pecah di mulut kau yang murai tu.”

Muahaha....aku terus bantai gelak. Aku tengok Eizam mula sinsing lengan baju kurung dia.

Errkk..dia nak buat apa ni? Terus terhenti gelak aku.

Apesal kau berhenti gelak. Gelak la lagi, gelak lagi kasi kuat. Eiii...kau ni Amal saja dah siap pakai baju pengantin. Kalau tak, memang nahas kau aku kerjakan. Aku kasi tahu ibu kau, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.” Dia tayang muka bengang.

Huishh..gerun aku tengok. Datang bulan ke? Angin ribut semacam je. Aku melawak pun dia anggap serius.

Wooo...sorry..sorry. Aku gurau jelah. Relaks la. Aku kan pengantin hari ni. Jangan la apa-apakan aku. Bagilah aku kahwin dulu beb.”

“Tahu kau takut. Aku tahu la... saja je aku test kau hari ni.” Dia gelak. Kureng asam punya minah.

 “Kau ni memang kureng kan. Aku kasi pang karang baru kau tahu. Tadi ada sesiapa masuk ke masa aku tengah mekap?”

“Berani kau nak pang aku? Huh..tadi adik dengan mak cik kau masuk. Tapi bila tengok kau sedap  tidur dia orang pun geleng kepala dan blah.”

Aku mula menggelabah bila dia sebut adik aku. Itu lagi satu. Bukan boleh percaya sangat mak nenek tu. Sekali dia report kat ibu mampus aku.

“Ya Allah!! Tak habis-habis lagi dok pot pet pot pet dari tadi,” sampuk adik aku tiba-tiba.

Kan aku dah cakap. Baru sebut nama dah muncul. Memang panjang umur betul dia ni.

Aku pandang Eizam, Eizam pandang aku balik. Masing-masing buat muka ada-aku-kesah?

“Kak Eizam, bukan tadi ibu pesan suruh Kak Amal siap sedia. Pengantin lelaki dah sampai kat masjid. Kak Eizam tak cakap dengan Kak Amal ke?” tanya Iman.

Terus rasa nak melompat keluar jantung aku. Hadoyai...pengantin lelaki dah sampai ke? Macam mana ni? Cun tak aku? Aku cepat-cepat bangun, pandang cermin.

Aku tengok Eizam tepuk dahi. Dia kelam kabut betulkan aku punya selendang dengan jubah moden yang aku pakai ni.

“Ya Allah! Sorry, akak lupa la Iman.” Eizam tayang muka cuak. Takut dengan ibu la tu.

Iman geleng kepala tengok kita orang dari depan pintu. Perut dia dah membulat macam belon. Tunggu masa je nak meletup. Kan aku dah pernah kata kat dia. Nanti waktu aku nak kahwin confirm dia jadi mak belon. Betul-betul juga dia jadi mak belon masa aku kahwin. Masin betul mulut aku.

“Okay siap! Ready?” tanya Eizam.

Mula dah datang darah gemuruh aku bila dia tanya macam tu. Rasa nak terkencing pulak. Relaks Amal. Tarik nafas... hembus. Fuh!

 Aku senyum kat dia dan angguk. Dia senyum balik dan genggam tangan aku yang dah beku. Sebelah tangan lagi aku pegang bunga pegang yang dah dihias cantik kuat-kuat. Cuak punya pasal.

Lepas tu, kita orang turun bawah. Eizam dengan Iman iring aku walaupun dia dah sarat. Terharu aku. Ishk..ishk..


Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah-mudahan dirahmati Allah...

Percaya atau tak?

Sepanjang perjalanan aku nak ke masjid dayang-dayang aka pengapit aku ni boleh nyanyikan lagu untuk aku.

Korang ni kan... aku dok gelabah ayam nak bertelur ni, boleh la pulak nyanyi lagu macam ni. Memang best sangat!” Aku senyum sinis.

Sorang ibu beranak satu. Sorang lagi bakal ibu. Nasib baik adik ipar aku yang tengah drive ni tak join venture dengan kepala sewel+mereng dia orang ni. Kalau tak aku tak tahu nak cakap apa lagi dah. Rasa nak hantuk kepala kat headrest je. Si Elya yang tak tahu apa-apa pun dah join mak dia nyanyi sambil tepuk amai-amai. Suka betul!

Weyh..kira okay la tu kita orang nyanyikan nasyid untuk kau. Jangan main-main. Aku ni kalau nak nyanyi nasyid untuk Elya je, tapi sekarang ni aku sanggup rendahkan daulat aku menyanyi untuk kau.” Aku julingkan mata ke atas.

“Kepala otak kau rendahkan daulat. Mana kau ada daulat. Jangan nak buat auta kat sini ya. Memang tak jalan.”

Geram betul aku dengar minah ni cakap macam tu. Bukan nak nasihatkan aku supaya bertenang ke apa, ini makin nak naikkan darah aku.

“Mama..mama..kepala otak tu apa?”

Tercengang aku. Alamak! Lupa pulak ada budak bawah lima tahun kat sini. Walaupun Elya ni kecil tapi memang mulut dia serupa dengan mak dia. Kalah popcorn.

“Kau punya pasal la ni. Tengok anak aku dah tanya bukan-bukan.” Eizam cubit aku. Cepat-cepat aku gosok tempat dia cubit. Mahu lebam ni. Dah tak cantik nak tunjuk kat Haicarl nanti. Oppss..gatal!

“Elya...macam ni. Kepala tu head, otak tu brain. Dalam kepala ada otak. Itulah maksudnya.” Aku siap buat demo depan Elya. Entah faham entah tidak budak tu. Bantai la labu. Aku bukan cikgu pun nak explain lebih-lebih.

“Bagus betul akak explain. Memang boleh jadi ibu mithali la macam ni.” Nada suara Iman macam menyindir je bunyinya. Aku buat sardin.

“Tak apalah, sayang. Kak Amal tengah practise nak jadi ibu nanti,” sampuk Asyraff adik ipar aku.

Sah! Si Iman ni sindir aku tadi. Sebab tu Asyraff boleh cakap macam tu. Hampeh punya adik.

It’s okay. I’ll take it as a compliment. Mana tahu masin mulut mak belon ni.”

“Hai..dah tak sabar nampak. Ini yang aku nak cakap dengan bakal suami kau yang kau teringin nak anak cepat. Asyraff cepat sikit bawak kereta tu. Kak Eizam dah tak sabar nak jumpa bakal suami dia yang Cindy cakap hot tu.”

Boleh Eizam cakap macam tu? Mendidih je hati aku. Gatal betul si Eizam ni. Tak cukup ke dengan Zafran dia yang macho tu?

“Jangan kata Kak Eizam je tak sabar nak tengok bakal suami Kak Amal. Ini Iman adik sendiri pun tak tengok lagi siapa bakal abang ipar.”

“Fuyoo...iya ke Iman? Memang kau sorok bakal laki kau dalam laci kan Amal.”

Aku terus jeling dia. Belum sempat nak jawab, si mulut mak belon dah menyampuk dulu.

“Kak Eizam kalau nak tahu bukan setakat dalam laci dia sorok tapi dalam poket pun sekali dia sorok.”

Lepas mak belon cakap macam tu, bergema satu kereta ni dengan gelak dia orang. Nasib si Elya tu tak menyampuk. Dia hanya tepuk-tepuk tangan je sebab suka tengok mak dia gelak bagai nak gila. Aku malas nak layan. Tengok luar lagi bagus.

Sedar tak sedar kita orang dah sampai kat perkarangan masjid. Hari ni Inche Ry dah dihias cantik dan siap dibagi mandat untuk bawa Cik Nur Amal Humaira yang kejap lagi akan bertukar menjadi puan ke masjid.

Perasaan sekarang?

Jangan tanya la. Takut, gementar, gelabah, suka semua ada.

Bila aku masuk ke dalam masjid, aku boleh nampak rombongan pihak lelaki yang dah sedia tunggu rombongan pihak perempuan. Semua mata pandang ke arah aku waktu aku jalan masuk. Hadoyai..malunya. Aku dah la tak kenal keluarga Haicarl yang boleh tahan ramai tu. Belum masuk keluarga aku lagi ni.

Haih..rupanya susah juga jadi pengantin. Kena tahan perasaan. Muka pun kena maintain je.

Aku duduk kat atas tempat yang dikhaskan untuk aku duduk bersimpuh. Tak lama lepas tu baru aku nampak Haicarl jalan dengan tenang ke tempat yang dikhaskan untuk dia duduk berhadapan dengan kadi dan ayah.

Dia pakai baju cekak musang warna putih sedondon dengan aku. Pertama kali aku nampak dia pakai baju Melayu. Perghh...memang dia nampak hot dari biasa. What a heartthrob!

“Psstt...handsome tu beb. Fuhlamak.. serius cair.”

Ada juga nak kena lesing dengan aku. Memang tak sedar diri betul Eizam ni.

“Woi..kau dah ada laki sorang cukup la beb. Toksah nak menggatal lagi boleh tak!?”

Aku cubit minah tak sedar diri ni. Gedik betul!

“Hish..sakitlah. Kau jangan nak mengada. Aku lipat kau karang baru tahu. Tak kira la kau pengantin ke tak.”

Berani betul dia nak lipat aku. Aku lipat dia jadi lepat baru tahu. Menyampah betul minah ni.

“Kak...handsome betul abang ipar Iman. Macam Edward Cullen la,” bisik Iman.

Memang betul boleh geng minah dua orang ni. Nasib baik si Cindy tak ada. Dia kata nak datang masa kenduri besar nanti. Kalau dia ada sekarang ni memang dia orang akan join minah dua orang yang sengal ni. Ada ke patut cakap macam Edward Cullen? Bahagian mana yang adik aku kata macam mamat vampire tu pun aku tak tahu.

Dalam aku sibuk bisik-bisik dengan minah dua orang kat sebelah aku ni, tak perasan pulak ada mata yang tengah pandang. Sekali bila aku pandang depan terus bertentang mata dengan Haicarl.

Dia senyum tengok aku. Aku pun senyum. Lepas tu, dia pandang depan balik sebab ayah dengan kadi dah duduk depan dia. Karang kalau pandang lama-lama tak pasal kena sound pulak.

Rambut dia dah pendek. Kemas. Hilang terus rambut ala-ala Ben Barnes dia. Memang macho kalau tengok dia dari belakang. Nampak tenang je dia tu. Aku je yang gelabah terlebih, padahal dia yang nak lafaz akad nanti.

Kaum kerabat dia semua pakai baju ikut terma warna gold. Keluarga aku pulak warna silver. Satu persatu hantaran dia orang bawak masuk kat tengah-tengah ruang masjid.

Memang kelas la hantaran dia. Dah macam artis pulak aku tengok. Semua pakai bunga hidup termasuk aku punya sekali sebab wedding planner yang siapkan. Yang paling aku tak tahan, semua barang hantaran, dia yang beli walaupun jenuh aku berdebat dengan dia. Akhirnya, nak tak nak terpaksa mengalah. Tak sanggup nak lawan bekas debater.

“Dah sedia semua. Terutamanya, pengantin lelaki dengan perempuan?” tanya kadi tu bila dokumen berkaitan akad nikah dah terbentang depan dia.

Aku angguk. Haicarl pun sama.

“Baiklah. Kalau macam tu kita mulakan sekarang,” kata kadi tu lagi.

Semua orang senyap. Mula-mula kadi tu bagi khutbah nikah pasal tanggungjawab sebagai seorang suami dan sebagai seorang isteri yang aku dah dengar masa kursus kahwin hari tu. Kali ni, dengar balik dalam versi kadi pulak. Siap buat lawak sekali tu. Mungkin tak nak bagi pengantin gemuruh sangat kot.

“Sesungguhnya ikatan perkahwinan ini adalah satu ikatan yang suci yang mana berlakunya perkongsian antara dua jiwa dan menghalalkan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Jagalah ikatan ini dengan sebaik-baiknya. Ingatlah bahawa, penceraian itu  adalah perkara yang halal dilakukan tetapi paling dibenci Allah. Justeru, elakkan daripada berlakunya perceraian sekiranya masih ada jalan penyelesaian. Mudah-mudahan penyatuan hati dan jiwa pada hari Jumaat, penghulu segala hari ini diberkati Allah S.W.T,” jelas kadi panjang lebar sebagai penutup khutbah nikah.

Mendalam betul maksud kata-kata kadi tu. Rasa cuak juga bila ingat balik tanggungjawab yang aku akan pikul lepas bergelar isteri ni. Besar dah tanggungjawab aku. Tak ada lagi nak mengada-ngada dengan ibu ayah lagi.

“Pengantin lelaki tengok dulu pengantin perempuan. Takut tersilap pulak nanti. Ada yang teriak karang.” Kadi tu senyum. Semua gelak bila kadi tu cakap macam tu.

Aku nampak Haicarl kalih belakang pandang aku. Dia senyum. Aku balas senyum dia.

“Betul, Tengku. Tak salah orang?” tanya kadi tu kat Haicarl.

Aku nampak Haicarl angguk. Yakin.

“Betul Cik Amal, ini bakal suaminya?”

Aku senyum. Angguk.

“Kalau macam tu kita boleh mulakan sekarang.”

Lepas tu, aku nampak ayah dah tukar tempat dengan kadi sebab ayah yang akan jadi wali aku nanti. Lepas beristighfar dan berselawat, aku nampak tangan ayah mula genggam tangan Haicarl. Makin berdebar-debar aku rasa. Jantung bagai nak pecah.

Aku genggam tangan Iman dengan Eizam erat. Kecut punya pasal. Gaya macam aku yang nak pergi lafaz nikah.

“Aku nikahkan akan dikau, Tengku Ariff Haicarl bin Tengku Shariffudin dengan anakku, Nur Amal Humaira binti Mohamed Nasrin dengan mas kahwinnya RM 1 000 tunai,” lafaz ayah.

“Aku terima nikahnya, Nur Amal Humaira binti Mohamed Nasrin dengan mas kahwinnya RM 1 000 tunai,” jawab Haicarl tenang, lancar dan jelas. Satu masjid boleh dengar sebab dia pakai mikrofon.

“Sah.”

“Alhamdulillah.”

Dengan sekali lafaz je aku dah selamat jadi isteri Haicarl. Menitis air mata aku. Sebak kot sebab dah selamat jadi isteri orang. Aku bukan lagi tanggungan ibu dengan ayah. Aku nampak mata ayah pun merah. Mungkin ayah pun sedih sebab aku bukan lagi bawah tanggungjawab dia.

“Tahniah kak.” Iman terus peluk aku.

“Tahniah Amal. Akhirnya kau kahwin juga.” Giliran Eizam peluk aku.

Lepas tu, ibu datang dekat aku. Aku nampak ibu pun kesat air mata dia.

“Jadi isteri yang mithali. Taat pada suami. Lepas ni, tanggungjawab ibu dengan ayah dah selesai. Semuanya Haicarl dah  pikul,” pesan ibu sambil peluk aku.

Menitis lagi air mata. Tak sangka hari ni aku murah dengan air mata. Sedih sangat. Macam nilah agaknya perasaan Iman waktu dia kahwin dulu, baru aku tahu.

Lepas selesai baca doa, aku nampak Haicarl baca lafaz taklik. Lepas selesai tandatangan semua dokumen dia mintak diri buat solat sunat dulu sebelum upacara batalkan air sembahyang.

Sementara nak tunggu Haicarl aku sempat jumpa mummy dia. Dia pun nampak macam sedih bila tengok aku sedih. Dia peluk aku sambil usap belakang aku. Memang aku rasa bertuah sangat sebab dapat mak mertua baik dan dapat terima aku seadanya.

Lepas Haicarl selesai solat, Haicarl datang dekat aku untuk upacara batalkan air sembahyang. Dia sarungkan sebentuk cincin platinum bertakhtakan diamond berapa karat pun aku tak tahu.


Pertama kali aku tengok cincin ni sebab dia kata surprise. Aku reda je dia cakap macam tu. Sumpah cincin ni cantik, lagi cantik pada cincin tunang aku. Aku tak tahulah berapa ribu lagi dia habiskan untuk cincin. Aku tak berani nak tanya.

Cincin dia sendiri pun dia yang belikan juga. Aku dah tak sanggup nak berdebat dengan dia lagi. Ikut je apa kata dia.

Lepas tu, aku sarungkan cincin kat jari dia pulak. Berkelip-kelip aku rasa cahaya kat muka aku ni. Berpinar mata dibuatnya, rasa nak pengsan pun ada. Serius susah jadi pengantin.

Lepas aku salam dan cium tangan dia, dia cium dahi aku. Pertama kali orang lelaki buat aku macam ni. Huh..perasaan berdebar-debar jangan cakap la.

Hold lama sikit, Tengku.”

Aku dengar ada jurukamera cakap macam tu. Mula aku rasa nak senyum pun tak kena gaya. Muka panas membahang je. Boleh pulak dia suruh hold kat situ lama-lama. Haicarl pun satu. Ikut je.

“Kat pipi pulak.”

Ada pulak suara lain yang cakap macam tu. Haih..saja aku dah pakai lawa. Kalau tak memang nak kena debik dengan aku.  Geram betul!

 Suka suki je cakap macam tu. Tahu tak aku ni dah malu. Haicarl pun ikut je. Makin suka jurukamera ambil gambar dan makin gamat orang kat sekeliling aku ni punya suara. Lepas tu, aku ingat Haicarl nak lepaskan aku, rupanya tak. Dia sempat bisik kat telinga aku.

Thanks wifey. You smell so good.”

Hampagas betul! Boleh pulak dia cakap macam tu. Dia senyum pandang aku sambil peluk pinggang aku. Aku reda je. Lepas tu, aku salam papa, ayah dan seluruh kerabat dia dengan aku.

Hari ni hari yang sangat bermakna dan akan aku kenang sampai bila-bila sebab aku dah melangkah masuk satu fasa baru dalam hidup iaitu perkahwinan.

Status: MARRIED! ^_^

1 comment :

  1. Alhamdulillah, akhirnya kahwin jugak amal n haicarl

    ReplyDelete