Followers

Monday 20 October 2014

Bab 8: Bernafas Tanpamu

“Kenapa cinta selepas kahwin?”

“Sebab lebih menyakinkan dan yang penting halal.”  Jawab dengan penuh keyakinan di dada.

Undeniable for halal.  But what about trust issues? Kalau betul lebih menyakinkan kenapa terjadi perpisahan?”

Soalan orang frust. Hurm...layankan aje, Fi.

 “Divorce happened when the love and respect have been vanished in one’s relationship. Bukan kerana tak cinta tapi sebab kasih sayang tu dah rapuh. Lama-kelamaan bila perasaan tu hilang, mungkin hanya ada rasa hormat yang tinggal. Tapi bila kesemuanya pudar, apa lagi yang tinggal?”

Masing-masing diam. Tak lama lepas tu baru aku dengar suara dia sepatah. “Divorce?”

Aku celikkan mata balik. Senyum. “Tepuk dahi, tanya akal, bila akal jawab, tanya hati. Setiap manusia ada jawapan yang berbeza. Gunakan akal dengan hati yang Tuhan kurniakan tu dengan seimbang. Mungkin bila keseimbangan tu dah tercapai, jawapan yang dicari pasti kita akan jumpa.”

Dia kerut dahi sikit. Tapi perlahan-lahan senyuman mula terukir di bibir dia. Aku balas senyuman dia dan terus angkat punggung.

“See you later, Aidan.”

“Fi.” Terhenti langkah aku. Tak jadi nak masuk dalam. Tapi aku tak kalih pandang dia.

“Let me be the one.”

Uh? Apa maksud dia? Aku pusing belakang dengan muka blur. Dia senyum menawan sambil peluk tubuh.

“Toodle-oo, Fi.” Aku angguk dan berjalan tinggalkan dia yang masih bersandar tenang di kerusi. Faham yang dia takkan ulas apa-apa lagi.

Dear Aidan, just so you know, you’re actually the most complicated and mysterious guy that I ever met.

“Ohoiiiii....tulis diari ke?”

Cepat-cepat aku tutup buku kulit hitam tu. Haih...susah kalau ada kawan yang suka sergah tak bagi salam ni.

“So?”

Aku jungkit kening sebelah sambil pusing badan ke belakang. Pandang wajah Tim yang tengah tersengih kambing.

“Chill la. Tekun sangat nampak.”

Aku tarik nafas dalam. Tak komen apa.

“Kau okay ke Nad? Lain macam je aku tengok kau sejak kebelakangan ni.”

Aku kerut dahi. Tak faham arah tuju statement dia. “Apa yang lain macam? Aku rasa biasa je.”

 “Kau macam nak elakkan diri je. Ke memang betul?” Tim mula pasang perangkap. Aku dah mula faham arah tuju soalan dia. Tapi aku sengaja nak buat tak tahu.

“Elak diri? Dari siapa?” Aku senyum sikit sambil geleng kepala.

Diversion is the best form of defence. Kalau rasa tak bersedia baik jauhkan diri.

Tim senyum senget. “You know yourself better, Nad.”

Of course I know myself better. Sebab tu aku tanya kau balik dari siapa yang aku nak elak? Setahu aku, aku tak ada nak elakkan diri dari sesiapa.”

It’s obvious, Nad. Dia asyik tanya pasal kau.”

Dia? Adakah orang yang sama aku fikirkan? Tak mungkin la!

“Kau maksudkan siapa ni, Tim? Aku tak faham.”

Tim senyum nipis. “Siapa lagi yang cuba kau elakkan? The one and only Aidan Dzakirin.”

Aku tarik nafas berat. Tiba-tiba ada rasa nyilu bila nama dia disebut. Memang dia orang yang sama yang cuba aku elakkan. Sejak peristiwa dekat depan rumah dia tu aku memang sedaya-upaya jauhkan diri dari dia. Dah hampir tiga bulan aku tak bersua muka dengan dia.

Alasan? Sebab aku rasa tak ada sebab yang kukuh untuk aku rapat dengan dia. Ya, aku tahu dia putus cinta, tapi itu tak bermakna aku kena ada di samping dia. He’s a grown up man!

Oh, come on! Aku tak nampak apa-apa alasan yang aku perlu rapat dengan dia.” Tanpa sedar ton suara aku dah tinggi. Rasa menyampah tiba-tiba bila kena provok.

Gotcha! Kau mungkin boleh berselindung dari aku tapi kau tak boleh tipu diri kau sendiri. I know there must be something unusual happening between you and him.”

            Aku tarik nafas dalam cuba bertenang. Relaks, Fi. Kau tegang lagi la dia provok.

            “Nothing happen, Tim. Aku dengan dia biasa-biasa je.”

            “Tapi aku tak nampak pun macam tu. Kita sepatutnya kena support dia. Kau pun tahu kan Aidan putus sebab girlfriend dia kahwin dengan kawan baik dia sendiri.”

            Aku tarik nafas kasar. Memang aku sedia maklum hal tu. Salwa ada ceritakan dekat aku. “Jadi kau nak aku buat apa, um?”

            “Be there. Bukan makin jauhkan diri.”

            “Tim, aku ada alasan aku sendiri. Aidan will be just fine even without my support.”

            Tim tarik nafas berat. “Kau ada masalah ke Nad? Tak nak kongsi dengan aku?”

            Aku senyum tawar. “Nothing to share. Cuma apa yang perlu kau tahu, aku berhak untuk lindungi hati aku sendiri.”

            Tim terdiam. Lama dia renung aku. Aku buat tak tahu sambil sambung tulis nota balik.

            “Aku...tak tahu nak kata apa. Tapi aku harap kau dengan Aidan akan okay. He cares about you, Nad.

            Aku tak angkat muka. Tangan masih laju salin nota. Tak berminat nak komen apa-apa.

            Sekejapan masing-masing senyap sebelum Tim bersuara balik. “Kau lapar tak Nad?”

            Aku angkat muka pandang dia. Senyum. “Kau lapar ke?”

            Dia sengih tayang gigi. “Lapar la juga.”

            Aku jeling jam atas meja belajar sekilas. Dah pukul 12 malam pun. Tapi perut aku memang lapar. Aku hanya sempat makan sandwich je tengah hari tadi. Itupun dekat library.

            Tiba-tiba terdengar bunyi berdentum dekat bawah. Tim kerut dahi gaya macam nak bengang pun ada. Aku mula la pelik.

            “Siapa dekat bawah?”

            “Salwa kut.” Tim bangun dari katil. Aku ikut dia dari belakang. Tapi belum sempat aku keluar bilik dia tahan aku dulu.

            “Eh? Kau pergi pakai tudung dulu.”

            “Dah kenapa pula?”

 Apa hal malam-malam suruh aku pakai tudung. Bukan ada orang lain pun dalam rumah ni.

            “Alaa...pakai je tudung.” Dia tolak aku masuk dalam bilik balik. Beria je dia capai shawl aku dan paksa aku pakai.

            Aku turutkan juga sebab tengok dia pun pakai tudung daripada tadi tak buka. Lepas tu terus dia tarik aku ke arah tangga.

            “Kau dah kenapa ni? Pelik je aku tengok?” Soal aku curiga.

            “Tadi kata lapar. Jomlah makan.” Cakap gaya orang teruja. Bila sampai bawah, aku tengok ruang tamu dengan dapur semua gelap gelita. Mana pergi Salwa? Tadi Tim kata dia ada dekat bawah.

            Tiba-tiba aku terdengar petikan gitar irama ‘Happy Birthday’ dan serentak suara orang  menyanyi lagu tu termasuk Tim dekat belakang aku. Perlahan-lahan aku nampak cahaya lilin datang dari dapur. Salwa tengah berjalan dengan menatang sebiji kek. Dekat belakang dia ada Rais, Acab dan...Aidan yang tengah petik gitar.

            “Selamat Hari Tua, Nad!”

            Salwa suakan kek tu depan aku. Lepas aku tiup lilin baru dia orang buka lampu.

            “Thank you, korang.” Aku senyum dan dalam masa yang sama terharu sebab dia orang buat surprise birthday party untuk aku.

            “Alaaa....tak ada apa la. Saja suka-suka.” Selamba Acab cakap. Salwa pula sibuk pakaikan aku selempang dengan tulisan ‘Birthday Girl’. Yang si Tim pula letakkan ‘crown’ atas kepala aku. Bajet macam puteri la konon. Ceh!

            “Apa la yang korang buat ni? Macam budak-budak je aku rasa.”

            Aku pandang Tim dengan Salwa yang nampak berpuas hati lepas kenakan aku dengan ‘props birthday girl’.

            “Memandangkan ni hari tua kau. Jadi kita orang hias la supaya kau rasa lebih muda.” Salwa sengih sambil angkat kening dua kali.

            Aku julingkan mata ke atas. Malas nak layan.

            “Cepat la potong kek. Aku dah lapar ni.” Rais usap perut dia.

            Tanpa cakap apa aku terus ambil pisau dan potong kek tiramisu tu. Rais, Acab, Salwa dengan Tim mula bising antara satu sama lain. Ada aje yang dia orang nak debatkan. Aku pula sengaja sibukkan diri sambil agihkan makanan dan buka satu persatu kotak-kotak pizza dan ayam goreng.

            Selesai makan aku terus ke dapur. Bersihkan pinggan kotor. Yang lain masih rancak bersembang kecuali Aidan. Dia bersuara bila perlu dan...dia nampak lain sangat. Kali terakhir aku terserampak dan larikan diri, dia masih nampak berserabut dengan rambut panjang dan berjambang.

            Tapi malam ni dia nampak berbeza. Rambut dah dipotong pendek dan tak ada lagi jambang yang tumbuh meliar. Semuanya nampak kemas, rapi dan suave.

            Masa aku tengah sibuk cuci pinggan di dapur, tiba-tiba hidung terbau haruman maskulin si suave yang makin kuat mencucuk. Tahulah aku dia ada dekat belakang sekarang ni.

            “Letak je pinggan tu. Nanti Fi cuci.” Aku cakap tanpa toleh belakang tapi telinga aku pasang supaya dapat dengar segala gerak-geri dia.

            Perlahan-lahan aku dengar derap langkah dia makin mendekat dan akhirnya dia berdiri di sebelah aku. Rapat. Dia letak pinggan dekat tepi sinki.

            “Happy Birthday, Fi.” Lembut suara dia menerjah telinga aku.

            “Thanks.” Aku bilas mangkuk. Masih tak angkat muka.

            “You’re okay?”

            Erk...siapa yang patut tanya siapa ni?

            “Are you?” Aku angkat muka pandang dia. Berjaya juga dia pancing aku. Dia senyum menawan.

            Hadoiii...relaks jantung. Jangan nak berdegup laju sangat. Penampilan dia malam ni nampak sangat kemas dan jantung aku pun mula la nak menggedik. Turtleneck knit tops warna hitam  dipadankan dengan seluar khaki. Dan aura dia...pergh!

            “I’m hurting so much inside, especially knowing that you’re deliberately pushing me away by avoiding me.”

            Aku diam. Tangan ligat membasuh tapi jantung makin kuat berdegup.

            “You’re very much mistaken, Aidan. Fi tak elakkan diri dari Aidan pun.”

             Dia senyum sikit. Sinis. “Here we go. Same old, same old.”

            Aku terus pusing dan lap tangan dengan tuala. Tak nak komen apa-apa. Baru aku nak menapak keluar dari ruang dari dapur tiba-tiba dia bersuara.

            “Fi...”

            Aku toleh ke arah dia. Santai dia bersandar dekat kabinet dapur sambil seluk tangan dalam poket seluar.

            Haila...kenapa dia nampak sangat macho? Tak tahu kenapa aku rasa penampilan dia malam ni lain sangat. Tak ada gaya pelajar. Macam orang nak shoot foto.

            “For you.” Dia keluarkan satu kotak yang berbalut emas siap diikat dengan riben dari poket seluar.

            Aku pandang muka dia dengan kotak tu bersilih ganti. “Aidan tak tahu nak bagi apa. I hope you’ll like it.

            Lambat-lambat aku ambil kotak tu dari tangan dia. Bila aku dah pegang, muka mula la riak. Jelas terpampang perkataan ‘Mont Blanc’ dekat riben kotak tu. Aku pandang dia dengan muka tak percaya.

            “Apa ni, Aidan?”

            Dia senyum sambil jungkit bahu. Masih relaks bersandar dekat kabinet. “Tak tahu.”

            “Aidan...” Aku mula bagi pandangan berbaur amaran.

            “What?” Dia tayang muka suci.

            “Mont Blanc tau!”

            “So?”

            “Mahal la!”

            Dia senyum sikit sambil geleng kepala. “Trust me. I can afford it and you deserve it.”

            Aku ternganga kejap. Terkebil-kebil pandang muka dia yang masih tak lekang dengan senyuman.

            “Dah tak payah nak buat muka comel. It’s your birthday gift. Don’t argue.”

            Lepas cakap macam tu selamba je dia melintas depan aku dan keluar dari ruang dapur. Nak tak nak terpaksa aku ikut sama. Sampai dekat depan masing-masing yang tengah bising terus terdiam. Gaya macam tengok aku dengan Aidan baru tumbuh kepala empat.

            “Kau pukul berapa sampai sini, Aidan?” soal Salwa. Nasib dia bersuara. Menyelamatkan keadaan.

            “Pukul 10 lebih tadi.”

            Aku mula la terasa pelik. “Aidan pergi mana?”

            Tanpa sempat aku tahan, mulut dah menderhaka tuan dulu. Aidan toleh belakang pandang aku balik.

            “London.”

            “Dah settle semua?” soal Tim pula.

            “Alhamdulillah. Settle.”

            Apa yang settle? Patutlah aku tengok dia lain macam malam ni. Nampak formal sikit.

            “So, jom balik. Dah nak dekat pukul 2.” Selamba Acab menguap sambil menggeliat.

            “Vamos.” Rais terus bangun. Aidan ikut sama. Masing-masing capai coat dekat tepi tangga.

            “Thanks korang. Susah-susah sambut birthday aku.” Aku, Tim dengan Salwa hantar dia orang sampai depan pintu.

            “Tak ada apalah. Nanti turn aku, kau buatlah macam tu juga.” Acab kenyit mata. Ceh!

            Salwa cebik. Tayang muka menyampah. “Tak kuasa.”

            “Hati-hati. Dah sampai rumah mesej.” Pesan Tim. Aku pun risau juga tengok dia orang balik malam-malam macam ni. Takut terserempak dengan orang mabuk. Bukan boleh percaya sangat.

            “Baik.” Rais bagi tabik. Dan aku mula rasa serba tak kena bila Aidan pandang muka aku.

            “Err...careful.” Sudahnya itu je yang mampu aku cakap.

            “Always.” Dia senyum senang hati sebelum dia orang melangkah keluar dari perkarangan rumah aku.