“Minggu ni kau pergi Star tak?”
“Umm…”
Aku khusyuk pandang skrin laptop, dia pulak
tekun tengok tv sambil cicah biskut Jacob’s Crackers dalam Vico.
“Aku nak ikut.”
Uhuk! Dia tersedak biskut Jacob’s Crackers.
“Kau mimpi siapa pulak kali ni?”
Ringan je nak jawab ‘abam’ hot and spicy,
tapi mulut tak sampai hati nak menderhaka.
“Sean O’Pry.”
Beeb tepuk dahi sambil geleng kepala.
“Sudah-sudah la tu, Cik Alishah Irina.
Berubah la. To change the usual is hard, but if you never try, you’ll never
know. They always say people have the ability to change, but you actually must
allow yourself to be changed, and it is proven in surah Ar-Ra’d verse
11, indeed, Allah will not change the condition of a people until they change
it what is in themselves.”
Aku terdiam. Sungguh! Ayat dia kali ni betul-betul
buat aku terfikir. Apa yang menjadi kebiasaan memang sukar diubah, tapi kalau
kita sendiri yang tak ubah siapa pulak yang akan mengubahnya?
“I
know it’s your passion but don’t ever let yourself falls too deep into the
rabbit hole. I’m afraid you’ll never find your way back home again.
Aku tarik senyum segaris.
“Thanks for your advice. I really
appreciate that. Tapi kau jangan risau, aku takkan overstep those bounds. Janji.”
Aku angkat tangan kanan. Gaya macam orang
nak angkat sumpah. Dia angguk sambil senyum.
“Betul ke kau nak ikut aku pergi Star esok?
Selalunya macam-macam alasan kau bagi.”
Aku sengih. Sedia maklum aku akan kena
‘libas’ dengan dia.
“Err… I’ve fallen in love with them.”
Sengih lagi. Beeb jungkit kening. Macam tak
percaya apa yang aku cakap.
“Really?! But why on earth I smell
something fishy?”
Erkk…please! Jangan la terkantoi.
“Tak ada apa-apa la. Aku just suka
tengok gelagat budak-budak tu. There’re cute.”
Beeb cebik sambil angguk. Nampak sangat
menyindir aku. Aku julingkan mata ke atas.
“Okay, fine! I admit I was wrong. Let
say, tak kenal maka tak cinta.”
Aku terpaksa cakap macam tu. Tulah….dulu
jual mahal sangat. Beeb ajak pergi aku bagi alasan nak qada tidur. Bila
sekarang tiba-tiba offer diri, dia dah salah sangka. Eh…tapi betul ke
aku nak pergi sana sebab budak-budak tu? Or else….
Astaghfirullahzim….istighfar banyak-banyak
Sha. Betulkan niat, baru pahala pun dapat.
“Alhamdulillah. Syukuran jazilan, ya
Allah.”
Beeb raup kedua-kedua belah tapak tangan ke
muka. Nampak sangat selama ni dia berharap kawan dia yang liat lagi degil ni
berubah. Hari ni baru termakbul kut doa dia.
Kadang-kadang ramai yang pelik tengok aku
dengan Beeb. Gaya Beeb dengan aku jauh macam langit dengan kerak bumi. Beeb
memang menepati kesemua ciri-ciri wanita Muslim sejati. Stokin, handsocks,
selendang saiz XL. Aku?
Err…
stokin pakai bila nak pergi office, handsock pakai bila ada
presentation, selendang saiz XL boleh kira dengan jari je aku pakai. Rasanya….
bila time nak pergi masjid je kot. Eheh.
“Dah…pergi tidur. Esok kalau aku gerak kau
tak bangun, aku simbah dengan ais.”
Tu dia! Dah datang aura mak tiri ‘kijam’.
“Baik mak!”
Mulut je yang cakap, tapi mata masih ralit
menghadap skrin laptop. Part tengah best ni. Mr. Filthy rich tengah
jumpa dengan Mrs. Amnesia.
“Alishah Irina!!!”
Erk?
Aku tutup telinga. Dia cekak pinggang. Gaya
macam nak telan aku hidup-hidup.
“Ya…”
Nak tak nak terpaksa tutup windows, shut
down lappy. Sebelum dia bertukar jadi gozilla baik blah.
***************************************************
Orang lain yang aku harap muncul, tapi
orang lain yang terjengul. Banyak betul soalan si Umar ni. Kerja dekat mana? Umur
berapa? Single ke married? Hadoyai dik, soalan lapuk tu. Bosan cik kak ni
nak menjawab.
“Sha, orang mana?”
Aku rasa nak je julingkan mata ke atas,
tapi nanti kata kurang ajar pulak.
“Orang bulan.”
Selamba aku jawab sambil susun pudding
dalam pinggan.
“Oh…jadi sekarang saya tengah bercakap
dengan orang bulan la ya. Pandai orang bulan cakap bahasa Malaysia.
Dia sengih. Huh! Lama-lama aku rasa makin annoyed
dengan Umar.
“Umar, dah-dah la jual minyak unta. Sha tu
tak layan minyak unta, dia layan minyak Clive Christian je.”
Aku tak keluarkan suara. Hanya mulut je
yang bergerak ucap ‘thank you’ kat Beeb. Serius dia datang tepat pada
masa dan waktunya. Aku dah tak tahan nak layan mamat ni. Bukan nak sombong,
tapi aku tak larat nak layan soalan-soalan straight forward dia.
“Kau jealous ke Beeb?”
Beeb kecilkan mata pandang Umar.
“Aku?! Why should I?”
Beeb senyum sinis sambil geleng kepala.
“Mana la tahu.”
Lain macam je bunyinya. Gaya macam nak
menyindir.
“Umar, Beeb ni diam-diam ubi berisi. Bakal
jadi isteri orang tak lama lagi.”
Umar tercengang. Dia pandang muka Kak Maz,
lepas tu muka Beeb.
“Betul ke?”
Beeb jungkit kening. “Tak ada masa nak
menipu.”
Umar terdiam. Aku tarik senyum sikit
sebelum angkat pinggan yang dah siap berisi dengan pudding.
“Sha, lepas tu tolong aku bawak kek ni ke
bilik Al-Jabbar. Pudding tu suruh Nurul je bawak ke depan.”
Nurul yang tak jauh dari aku angkat kepala.
Dia pandang Beeb.
“Boleh kan, Nurul?” tanya Beeb.
“Okay.”
Ceh, melepas peluang nak jumpa abang hot
and spicy. Mana tahu dia dah ada kat depan, aku je yang tak tahu.
*****************************************************
“Assalamualaikum.”
Beeb bagi salam. Tapi dia suruh aku jangan
ikut masuk dulu.
“Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh.”
Serentak dengar budak-budak dalam bilik
Al-Jabbar menjawab. Aku ikut Beeb dari belakang sambil tatang kek aiskrim
Baskin Robbins. Entah macam mana, tiba-tiba je tadi Beeb keluarkan kek ni dari
peti ais. Dia cakap ada jamuan sikit untuk budak-budak istimewa yang
ditinggalkan parents. Aku hanya ikut tanpa banyak cakap.
“Hari ni birthday siapa?”
Aku terdengar suara Beeb bertanya ceria.
“Usop!!!”
Dia orang menjerit riang.
“Kalau macam tu, jom kita nyanyi lagu untuk
dia,” kata Beeb lagi sambil bagi signal tangan suruh aku masuk.
“Barakallahu fika…Barakallahu
fika…Barakallahu fika Usop…”
Aku masuk sambil tatang kek Baskin Robbins
yang masih sejuk lagi. Budak-budak tu apa lagi, makin galak bertepuk tangan.
Siap hooray bagai. Aku jalan ke arah meja yang disediakan untuk letak
kek. Dalam masa yang sama, sempat juga aku tengok suasana bilik yang dah
bertukar jadi macam parti hari jadi. Belon bergantungan, topi, poppers
dengan confetti penuh dekat dalam bilik ni. Meriah sungguh!
Budak-budak semua pakat keliling aku. Tak
sabar-sabar nak tengok kek. Nasib baik aku tak tergolek jatuh. Kalau tak,
haaa….setepek muka celup kek ais krim. Selesai letak, baru lega rasa hati. 1.5
kilo kek dengan budak keliling, mahu tak berdebar-debar hati.
Belum sempat aku pusing, tiba-tiba…
“Thank you.”
Aku ketap bibir sambil pejam mata.
Oh my…that sexy husky voice again!!! Wahai hati…bertahanlah. Jangan la jatuh
tergolek-golek kat sini.
Aku dapat rasakan dia berdiri betul-betul
belakang aku. Macam mana aku tahu? Sebab bau perfume dia yang rare tu
mencucuk hidung.
Perlahan-lahan aku pusing belakang. Cuba
untuk balas you’re welcome, tapi malangnya suara tak keluar. Hanya
senyum tak kena gaya je yang dapat aku berikan. Dia senyum pandang aku sambil
dukung budak yang aku nampak hari tu. Sayang betul dia dengan budak tu.
It’s amazing how you
Can speak right to my heart
Without saying a word
You can light up the dark
Try as I may, I could never explain
What I hear when you don’t say a thing.
Err…Apesal tiba-tiba lagu ni berkumandang
kat dalam kepala aku?
Gosh…dia nampak extremely handsome
thousand times better than David Gandy punya handsome. Baju t-shirt polo
warna dark blue dipadankan dengan jeans. Lain betul penampilan
dia dengan hari tu.
“What’s the magic word?”
Dia kalih pandang ke arah budak yang dia
tengah dukung. Budak tu pandang muka dia lepas tu pandang muka aku.
“Thank you.”
Senyum malu-malu. Lepas tu sorok muka dekat abang
hot and spicy. Alahai…so cute!
Automatik aku senyum. “Most welcome,
dear.”
Abang hot and spicy jungkit kening. “Eusoff je?”
Aku tayang muka blur.
“I did say thank you.”
Oh? Ceh…itu pun nak kena reply ke?
“Welcome.”
Dia senyum. “Come, kids. Kita potong
kek sama-sama.”
Semua budak-budak berdiri keliling dia. Aku
bagi laluan dan terus berdiri sebelah Beeb. Beeb sibuk tengah susun goodie
bags.
“Who’s that guy actually?” bisik aku.
“Tu?”
Beeb muncungkan mulut ke arah abang hot
and spicy yang tengah sibuk layan kanak-kanak riang. Bagus! Ada ciri-ciri
bapa yang baik. Eh…Entah-entah dah jadi bapa orang.
“Yelah. Siapa lagi.”
Beeb tolak belon ke tepi untuk bagi ruang
letak goddie bags atas meja.
“Adry.”
Nice name. Tapi seketul je info yang aku dapat. Mana
cukup!
“Dia cikgu ke volunteer?”
Saja tanya Beeb lagi untuk pengesahan. Tapi
malangnya Beeb macam nak tak nak je layan aku.
“Entah. Cikgu kot. Aku pun tak sure.”
Aku cebik. Gaya macam tak dapat nak korek
apa-apa lagi.
“Kau dah kenapa? Takkan berminat kot?”
Tembak dia tiba-tiba.
“Eh…tak lah.”
Dia pandang muka aku tepat sambil jungkit
kening.
“Watch your eyes. Kau jangan nak
lebih-lebih kat sini.”
Cis! Gaya aku macam jahat sangat. Aku ni
hanya pencinta lelaki handsome je. Suka pandang tapi tak suka
‘dipegang’.
“Beeb…I know my limits. I won’t ever cross
those bounds.”
Beeb tarik nafas. “Good and bear in mind
he’s someone important.”
Aku kerut dahi. Baru nak buka mulut
bersuara, dia terus angkat jari telunjuk.
“Aaar…don’t ask me what is it. Aku
tak tahu.”
Hampeh! Beria je cakap tapi tak tahu. Aku
buat muka.
“My intuition said that. Kau
tengoklah nanti.”
Aku julingkan mata ke atas. “Yeah! Right.”
“Ladies.”
Serentak aku dengan Beeb pusing. Abang hot
and spicy tengah segak berdiri pandang aku dengan Beeb.
“Ada plates lagi tak?”
Pergh…bila dengar betul-betul dia cakap Malays
ada bunyi British accents sikit la.
“Ada tapi dekat dining hall.
Tak cukup ke? Kalau tak cukup saya boleh ambilkan.” tanya Beeb.
“Yup, but it’s okay I can get it.”
Beeb angguk sambil senyum. Aku hanya diam
kat sebelah.
“Could you please look after them?”
Dia pandang Beeb. “Sure. Don’t
worry.”
Dia kalih kat pandang aku pulak. “Shall
we?”
Erk? Dia ajak aku pergi sekali ke? Tadi
bukan ke dia kata nak pergi ambil sendiri? Aku pandang dia dengan muka tak
percaya.
“Me?” Aku tunjuk diri aku sendiri.
Dia senyum killer sambil angguk.
Whoaaa….this is damn good. Go and grab that
opportunity girl. His offer only comes once in awhile.
Aku balas senyuman dia. Tapi belum sempat
nak bersuara ada budak tarik hujung baju dia.
“Daddy, can I go with you?”
Uiks…daddy? Does it mean this cute little kiddo
is his son?
Tiba-tiba hati rasa kecewa.
“Sure, my boy.”
Dia terus hulurkan tangan. Birthday boy
sambut tangan dia. Lepas tu abang hot and spicy pandang
aku. Bagi signal suruh aku jalan dulu.
Bila sama-sama dah keluar dari bilik
tiba-tiba jadi makin awkward. Nak jalan pun rasa macam nak terpelecok
je. Jalan dengan abang hot and spicy tu. Jangan main-main. Eh…suami
orang tu, Sha.
Hurm…tapi apa yang pasti ada budak cute
kat tengah di samping gegirl yang pendek kat sebelah aka me, myself
and I. Statement sedar diri sebab dia terlampau tinggi.
Sekali pandang dah macam one happy family
pulak. Dia daddy, aku mommy dan cute little kiddo. Euww…jangan dok
perasan ya Cik Alishah Irina. Go and get a mirror!
“What’s your name?” Aku tanya bila dari tadi cute little
kiddo asyik mendongak pandang aku.
Dia terkebil-kebil. Langsung tak
jawab. Haiyark…muka aku ada muka
penjenayah ke? Lepas tu dia pandang muka daddy hot and spicy dia tu.
Gaya macam mintak izin. Bila
daddy angguk baru nak jawab.
“Cup.”
Aku kerut dahi. Apa ke peliknya dia sebut.
Tadi aku dengar budak-budak lain mention Usop. Abang oppss daddy hot
and spicy gelak kecil.
“It’s Eusoff actually.”
Laaa….sedapnya nama cute little kiddo
bila daddy yang sebut. Bila si anak yang sebut jadi ‘cup’ je. Silap hari bulan
orang boleh fikir benda lain pulak.
“You’ve got a nice name dear. Happy
birthday.”
Walaupun dah terlambat aku wish
juga. Tak apa la, biar lambat asalkan tak terlepas.
“Thank you aunty.”
Aku senyum sambil angguk. Hari ni cute
little kiddo nampak smart dengan baju jenama Polo Ralph Lauren. Sedondon
warna dengan daddy. Nampak macam anak dengan bapak. Tapi bila tengok
betul-betul macam tak ada persamaan. Seorang mata Hazel, seorang lagi hitam
pekat bulat. Seorang muka macam Eurasian, seorang lagi muka Melayu sejati.
Mungkin ikut mak kut.
“Sorry, aunty tak ada hadiah nak bagi.”
Terkilan sikit sebab tak ada hadiah nak
bagi tapi…wait a second.
Aku seluk tangan dalam handbag. Rasanya
macam ada something yang boleh dibagi. Seluk punya seluk dalam handbag
yang dihempuk dengan segala macam khazanah aka doraemon bag, akhirnya keluar
sebiji cupcake hasil resepi yang aku-main-campak-dan-akhirnya-walahhh.
Sebiji cupcakes yang dihiasi dengan topping Ironman dan bintang-bintang berwarna-warni aku hadiahkan dekat dia. Nasib baik cupcakes
masih dalam keadaan tip top sebab aku baru ambil dari café sebelum datang sini
tadi. Freshly baked cupcake from the oven.
“This is for you.”
Cute little kiddo tayang muka excited. Dia terus
ambil sambil belek benda tu.
“Eusoff…what’s the magic word?”
Suara daddy hot and spicy dah berbaur
amaran.
“Thank you.”
Cute little kiddo sengih. Tayang gigi susu
yang cantik tersusun. Lepas tu ralit belek cupcake yang aku bagi tadi,
tapi sebelah tangan masih dalam pegangan daddy.
Masing-masing diam sampai nak masuk dewan
makan. Tapi belum sempat aku nak melangkah masuk, tiba-tiba daddy hot and
spicy bersuara.
“Thanks for making him happy.”
“My pleasure.”
Aku senyum sebelum melangkah masuk dapur.
Dia dengan Eusoff tunggu di dalam dewan makan. Bila aku pusing belakang balik,
daddy hot and spicy tengah keluarkan cupcake dari bekas, cute
little kiddo bulat mata tengok gambar Ironman atas kek tu. Lepas tu daddy
suap kiddo. Tepi mulut kiddo penuh dengan aising merah, putih. Adorable!
***************************************
Hari Sabtu yang sangat hectic! Lepas
balik dari ofis tengah hari tadi aku macam pecacai ke hulur ke hilir hantar
tempahan bagai. Lepas selesai, pergi ambil barang dari supplier pulak.
Ini semua gara-gara Hasyif yang tiba-tiba MC. Nak tak nak terpaksa taukey kena
turun padang jadi budak delivery dengan tukang angkut barang. Huh! Siapa
kata jadi bos tu senang? Meh sini gantikan tempat aku kejap. Baru tahu senang
ke tak.
Bila masuk café balik, orang makin ramai
dari sebelum aku keluar tadi. Wow…damn tired! Huh! It’s okay Sha, ini
namanya rezeki. Take a deep breath. Oksigen! Oksigen!
“Boss, ni ada order baru. Untuk high tea
pulak.”
Farha hulurkan resit tempahan dengan special
request sekali. Hadoyai…special request ni yang aku lemah. Bila
sebut special request it means everything must be perfect. Low fat, less
sugar, less icing but must be NICE and SPECIAL. Sometimes customers
boleh request decorations yang custom made untuk party
dia orang saja. Gaya macam aku ni expertise tahap Cake Boss dengan DC
Cupcakes tu.
“Small, moderate or big mama?”
Ini keywords untuk pelanggan yang
tempah cupcakes. Sekurang-kurangnya aku tahu tahap kecerewetan dia orang
nanti.
“A very big mama.”
Fatihah datang menyampuk dari belakang
Farha sambil cekak pinggang dan kembungkan mulut. Parah!
“Puan Sri ke?”
“Bukan. Toh Puan Sri.”
Aku tepuk dahi sambil pejam mata. Aci tak
kalau nak nangis guling-guling kat atas lantai ni?
“Relaks la bos. Toh Puan Sri tu baik gila.
Dia tak sombong pun. Cuma tu jelah request dia.”
Aku jeling Farha dengan Fatihah.
“Awak cakap senang la. Saya yang nak kena
perah otak fikir macam mana nak decorate nanti. Semuanya pakai gula
okay. Kalau sukatan gula lari, mana nak menjadi topping.”
Dia orang sengih. Tahu aku dah mula
bengang. Malas nak layan dia orang, aku terus ke tempat cashier sambil
belek invoice baru. Tapi sebelum tu sempat aku capai apron dari kabinet
bawah. Aku tengok staf semua kelam kelibut ke tengah layan customer.
Nampaknya café aku yang comel ala-ala Inggeris ni full house dengan customers.
Boulangerie yang penuh pagi tadi dah makin susut. Itu
belum kira coffee yang dia orang kisar lagi. Aku dengar Daus cakap
setengah guni dah licin. Alhamdulillah…rezeki hari ni.
Sambil ralit belek invoice tiba-tiba
Khai panggil.
“Bos, ada customer nak jumpa.”
Aku terus angkat kepala. “Kenapa? Ada something
happened ke?”
Aku mula tak sedap hati. Kalau ada customer
personally panggil aku, mesti ada benda yang dia nak complain.
“Mana ada bos. Layanan semua tip top.
Tiba-tiba je dia panggil saya dan tanya siapa bos dekat sini? Saya tunjuk la
bos.”
Aku tarik nafas berat. Bersedia dengan
segala benda yang bakal terjadi.
“Okay. Mana dia?”
Khai jalan ke depan dulu. Aku ikut dia dari
belakang. Entah kenapa sepanjang jalan menuju ke customer tu, jantung
aku ni asyik buat somersault je. Macam ada benda yang akan terjadi.
Makin dekat, makin kenal. Gaya macam pernah
tengok pelanggan ni walaupun aku hanya nampak dari belakang badan dia.
Khai tunjuk kat aku meja tu. Customer
lelaki tu angkat muka pandang Khai tapi aku masih teragak-agak nak datang
dekat. Jantung makin berdebar-debar gaya macam baru lepas lari pecut 400 meter.
Akhirnya dengan langkah berat aku datang
dekat.
“Ya, encik. Ada apa boleh saya bantu?”
tanya aku lembut.
Bila mata bertentang mata, hati terus
tergolek. Hadoyai…abang hot and spicy dengan cute little kiddo
rupanya. Patutlah hati rasa berdebar semacam. What a beautiful coincidence.
“Have a seat.”
Pelawa dia. Aku bagi signal dekat Khai
suruh pergi. Budak tu pelik je pandang aku.
Bila dah duduk, jantung rasa nak terkeluar
sampai ke anak tekak. Hari ni penampilan dia nampak kasual. Kemeja warna kelabu
yang dilipat sampai ke lengan dengan seluar jeans. Simple tapi tetap
smart. Alaaa…orang dah handsome pakai apa pun tetap handsome.
Aku kalih pandang kat cute little kiddo.
Nampak berselera makan cupcakes yang dihias dengan topping icing Minions.
“Is it your café?”
Soalan mukadimah dari dia. Aku senyum
sambil angguk.
“Nice.”
Dia senyum sebelum tenang hirup Macchiato
coffee. Aku pandang si little kiddo. Langsung tak angkat muka. Habis mulut
comot dengan aising. Comel!
“Susah saya nak cari cupcakes yang
macam awak bagi dia hari tu. Puas saya cari and lucky I
found it. The same flavor with splendid taste.”
Pergh…dia cari ke? Aku ingat benda tu tak
menjadi. Berapa kali aku cuba hasilkan cupcake perisa stardust
tu. Semuanya tak menjadi macam yang aku harapkan. Percubaan kali terakhir
adalah cupcakes yang aku bagi kat cute little kiddo. Itupun aku
sendiri belum rasa lagi macam mana.
“Really?! It’s good to hear he loves it.”
Aku kalih pandang cute little kiddo.
Seronok tengok dia makan tak toleh kiri kanan.
“Thank you for making him happy.”
Tiba-tiba daddy hot and spicy cakap
macam tu. Aku terus pandang muka dia balik. Dah dua kali aku dengar dia cakap
macam tu. Tapi kenapa? Aku rasa aku tak buat apa-apa pun. Belum sempat aku
bersuara dia cakap dulu.
“He’s a special boy. Thank God He gave me
him.”
Daddy hot and spicy usap lembut
rambut cute little kiddo. Hurm…such a soothing view.
“Did I ever introduce myself?”
Cis! Baru nak teringat. Punyalah lama aku
tunggu saat macam ni. Baru sekarang nak tanya. Failed!
Aku geleng kepala. “No.”
Dia tarik senyum sambil geleng kepala.
Auwww… janganlah senyum macam tu. Panas muka ni. Hish…suami orang tu, anak dia
ada depan mata aku ni.
“I’m Adry. You?”
He’eleh…simple macam tu je. Bagi la
tahu nama panjang sikit. Umur berapa, kerja jadi apa. Setakat Adry je dari awal
aku dapat tahu dari Beeb.
“Alishah Irina Ariffin.”
Dia jungkit kening. Mungkin dia tak sangka
aku akan sebut nama penuh kot. Geram bila dia bagi nama seketul macam tu.
“Dah lama bukak café ni?” tanya dia.
Alih topik la tu.
“Tak ada la lama sangat. Dalam dua tiga
tahun macam tu.”
Dia angguk sambil pandang sekitar café yang
agak pack hari ni.
“I feel like sitting in the english country
while enjoying my hot macchiato.”
Aku senyum. Itulah konsep aku sebenarnya. English
country theme with all the lace and flowers.
Aku senyum. “I infused a little bit of
fairytales vibe to the décor.”
Dia angguk. “Brilliant ideas with good
marketing strategies indeed.”
“Thanks.”
Tak tahu nak cakap apa lagi. Dia buang
pandang sekitar café.
“Unique. Just like you”
Erk? Komen apakah itu?
Dia tenang teguk macchiato. Malas nak layan
kerenah daddy hot and spicy yang pelik aku pandang cute little kiddo
yang tengah sedap jilat jari.
“Mommy Eusoff mana?”
Tiba-tiba soalan tu yang terpacul keluar
dari mulut aku. Tak sempat nak tahan dah. Cute little kiddo pandang muka
daddy dia. Bila aku kalih pandang Adry dia tak cakap apa-apa tapi tenang letak
balik cawan atas piring sebelum betulkan duduk.
“Eusoff tak ada mommy.”
Aku pandang muka daddy hot and spicy
tepat. Serius aku tak sangka Eusoff dah tak ada mommy. Alahai…kesiannya.
Kecil-kecil lagi dah jadi anak yatim.
“Sorry.”
Adry geleng kepala sambil senyum tawar.
“It’s okay. There’s nothing to be sorry
about. She left him because she wants it to be that way.”
Sikit lagi rahang aku nak jatuh bawah.
Pergh…tak sangka mommy Eusoff tergamak buat macam tu. Kesian kat cute little
kiddo dengan daddynya sekali.
“Sejak bila mommy Eusoff tinggalkan dia?”
Adry tarik nafas berat sebelum bersuara.
Nampak muka dia keruh. Gaya macam nak marah pun ada.
“Sejak umur Eusoff sebulan.”
Sekali dia keluarkan statement
penyentap jantung. Alahai…kesiannya. Tak sangka daddy handsome dengan cute
little kiddo pun kena tinggal macam tu je.
“It must be hard for you. Isn’t it?”
Dia tarik senyum segaris sambil geleng
kepala. Lepas tu pandang cermin luar. Titis-titis hujan mula turun dari cermin.
Sungguh aku tak sedar bila masa hujan.
“He’s a special boy. My boy. He’s the
chosen star among the stars and I’m going to protect him with all my might.”
Aku hanya angguk. Tak mampu nak kata
apa-apa lagi. Betul dia cakap, Eusoff bintang terpilih di antara terpilih. Tak
semua manusia terpilih untuk diuji sebegitu rupa.
Aku pandang Eusoff yang masih ralit dengan cupcakes.
Gaya macam tak ada orang wujud sekeliling dia. Dengan aising yang comot kat
tepi mulut, tapi masih sedap jilat jari sendiri. Habis berterabur almonds
crush kat atas meja. Comel. Sangat comel!
It’s a heartbreaking to see at how
heartless people are. Kadang-kadang terfikir juga, kenapa seorang ibu
sanggup buat macam tu? Mana pergi nilai seorang ibu? Apa dosa budak tu sampai
tergamak dia tinggalkan?
Persoalan yang susah nak dirungkai. Hanya
Dia yang mengetahui disebalik apa yang terjadi. Mungkin ini semua sudah
tertulis untuk seorang insan bernama Eusoff. Semoga Eusoff juga akan menjadi little
caliph yang tabah dan kuat macam Nabi Yusoff ‘Allahissalam. Mampu
menempuh dugaan dan cabaran sebagai the chosen one.
Tanpa sedar ada tangan kecil yang sapu pipi
aku. Terkejut kejap bila tengok dia duduk atas meja.
“Don’t cry. Cup ada.”
Oh my…Did I cry in front of hot and spicy
daddy?
Aku cepat-cepat kesat pipi. Bila tengok
jari sendiri ada aising. Heh…ni mesti ‘kerja tangan’ cute little kiddo.
Tiba-tiba daddy hot and spicy gelak
kecil. Bila aku angkat muka dia terus hulurkan sapu tangan.
“Take this. Wipe the icing and those tears.”
Aku cepat-cepat kesat air mata bercampur
dengan aising. Malu kot bila dia tengok aku menangis. Mesti dia kata aku ni
cengeng.
“Irina.” Panggil dia lembut.
Did he call me Irina?!
Aku angkat muka pandang dia.
“Don’t let other man see you tears.”
Aku kerut dahi. Dah kenapa pulak daddy
hot ni?
“Why?”
“When you cry, your eyes are like two
crystal clear pools of blue with shining diamonds inside. It’s hypnotized and
electrified.”
Oh? Ooo….komen apakah itu?
Dia senyum killer sambil ambil cawan
macchiato dia balik. Aku pandang dia blur. Dia tengok aku penuh makna tersirat.
Walaweyh…what does he said?
Hypnotized? Electrified?
Teng! Blush. Aku pandang Eusoff yang
tengah sengih main icing. Hah! Lebih baik pandang Eusoff dari pandang daddy
dia.
Hadoyai..malunya! Kenapa dia keluarkan statement-rasa-nak-flush-muka-dalam-jamban
ni?!
*****************************************
Setiap hujung minggu aku cuba luangkan masa
dengan budak-budak istimewa di Yayasan Stars. Tanpa sedar perlahan-lahan aku
mula rapat dengan budak-budak ni. Rasa seronok layan kerenah dia orang. Hilang
stress dengan hal-hal café. Itu belum masuk lagi hal ofis. Rasa pening kepala
otak fikir kerja yang tak pernah habis.
Pagi tu saja aku pusing-pusing sekitar
taman yang ala-ala Japanese garden. Hirup udara pagi sambil ditemani dengan
ikan kap. Hah! Jiwang sangat.
Tapi….untungnya tak sangka boleh jumpa
dengan daddy hot and spicy pagi ni. Baju jersey putih Chelsea, seluar
track dengan sport shoes Nike. Walaupun ringkas tapi tetap nampak
walaaah sebab orang ‘spicy’ yang pakai.
Rasa macam nak tegur, tapi malu pulak
bila teringat hal kat café hari tu. Elok aku nak patah balik, tiba-tiba ada
suara kecil yang bersuara.
“Daddy, aunty cupcakes is here!”
Halamak! Eh? Dia panggil aku aunty cupcakes?
Alahai…sampainya hatimu. Syahdu kejap. Nama
sedap-sedap kena tukar jadi aunty cupcakes. Tak glamour langsung!
Nak tak nak terpaksa pusing menghadap dia
orang balik. Tarik senyum tak kena gaya bila daddy hot and spicy dengan cute
little kiddo makin dekat datang kat aku.
“Assalamualaikum.” Tegur dia sambil senyum
cap peluntur hati.
“Waalaikumsalam. What brings you here?”
tanya aku. Cuba beramah mesra walaupun tak mesra mana pun.
“Just taking some fresh air with Eusoff.”
Aku angguk. “Aunty, hari ni tak ada cupcakes
ke?”
“Eusoff…” Adry terus tegur Eusoff. Suara
dah berbaur amaran.
Aku cuma gelak kecil bila cute little
kiddo tunduk. Cute! Dengan pipi gebu dia sekali turun ke bawah.
“Sorry, hari ni aunty tak ada
cupcakes. Next time aunty bawak banyak-banyak bagi Eusoff makan, okay?”
Aku cuit sikit pipi dia. Geram bila tengok
muka teduh dia.
Lepas aku cakap macam tu dia terus angkat
muka. Mata bersinar-sinar pandang aku dengan daddy dia. Aku senyum, Adry geleng
kepala sambil gosok rambut anak dia.
“He really loves your cupcakes.
Nampaknya lepas ni kena kidnap owner cupcakes untuk tinggal
dengan Eusoff hari-hari.”
Selamba kodok je daddy hot cakap.
Tapi dada aku ni dah rasa berdebar lain macam. Apa maksud kidnap owner
cupcakes untuk tinggal dengan Eusoff?
“Eheh…mana boleh kidnap owner cupcakes
sesuka hati je.”
Dia jungkit kening. Haiyoo….manyak henshem
la ini daddy hot. Hati, tolonglah jangan jatuh tergolek. Sekali jatuh, susah
nak bangun. Ingat tu!
“Oh? Owner cupcakes ada yang punya
ke?”
Perghh…soalan apa lagi yang dia tanya
pagi-pagi buta ni? Saja nak test jantung aku.
“Mestilah ada!”
Dia tarik senyum, tapi nampak naughty
sangat.
“Is that so?! Siapa punya?”
Sudah! Siapa punya pulak yang dia
tanya. Habis aku nak jawab apa? Takkan nak cakap Pak Cik Leman jual lemang kot.
Aku angkat jari telunjuk dan tunjuk atas. “Him.
It belongs to Him.”
Itu je yang terfikir dalam kepala.
Arghh…apa-apa jelah. Malas nak fikir pagi-pagi ni. Dahlah semalam tak cukup
tidur kena OT. Pagi ni pulak kena asak dengan soalan mencabar hati. Mahu
tak migrain.
“Then I’ll pray so that one fine day He would
lend me a little piece of your heart.”
Erk? Why does he ask for a little piece?
Why doesn’t he ask for a whole heart?
Tapi malangnya persoalan tu hanya berlegar
dalam kepala. Mulut tak mampu bersuara.
“Do you enjoy being a part of this big
family?” tanya dia tiba-tiba.
Otak aku yang baru nak center ni
terus kena pusing 360 darjah untuk fikir balik soalan dia.
“Sorry. Big family?” tanya aku blur. Dia senyum.
“I mean this foundation. Seronok ke
datang sini layan budak-budak tiap-tiap minggu?”
Ooo…ingatkan apa la tadi. Tiba-tiba cakap
pasal family. Mahu aku tak blur. Aku tarik senyum sambil angguk.
“Yes, I love being around with those kids.
Rasa macam berada dalam dunia berbeza bila datang sini.”
Dia gelak kecil. “No wonder I saw you
coming here often. Sebelum ni tak pernah nampak pun.”
Adesss…malu kejap bila dia keluarkan statement
macam tu. Dulu tak sedar, suka duduk dalam dunia sendiri sambil berangan.
Hujung minggu aku habiskan masa dengan layan Wattpad dan e-novel yang berlambak dekat group tu kalau tak pergi café. Itu jelah cara aku nak hilangkan stress dan penat.
Tapi sekarang ni, aku cuba ubah benda yang
biasa aku buat. Betul la kata Beeb hari tu, to change the usual is hard, but
if you never try, you’ll never know the outcome.
Naaa….now I can see the results. Tak sangka layan kerenah budak-budak dekat
sini boleh mendatangkan satu kedamaian dalam hati. Bila berada dalam kelompok
orang yang kurang bernasib baik macam ni baru sedar bertapa bertuahnya hidup
aku kerana dikurniakan kesihatan yang baik, akal yang sempurna dan masih ada
ibu bapa yang sayangkan aku.
“Sebelum ni duduk bawah tempurung, baru
sekarang keluar,” jawab aku selamba. Cuba tutup malu sendiri. Dia gelak kecil.
“Come; let’s have a walk with us.” Ajak dia.
Aku angguk sambil jalan seiring dengan dia.
Eusoff jalan kat tengah-tengah kita orang. Masing-masing diam lepas tu.
Menghirup udara pagi yang segar sambil mata jamu pemandangan indah depan mata.
“I wish I could meet the person who
creates this foundation. Seriously, I respect on how he or she invest her or
his wealth. Bukan senang orang kaya nak invest duit semata-mata nak bina
satu yayasan macam ni. Complete with those facilities untuk kanak-kanak
istimewa kat sini. I’m sure it must be pricey.”
Lepas aku cakap macam tu, dia senyum sikit.
Huarghh…my heart is melting. Cis…tolong jangan menderhaka wahai hati.
“The idea came across his mind when he joined
the volunteer team to Iraq. By looking at the gruesome suffering of the Iraqi
kids made him awake from his deep sleep.”
Aku jungkit kening. Gaya cakap macam dia
kenal rapat je dengan owner tempat ni.
“Awak kenal dia ke?”
Dia senyum lagi. “Hurm…”
Eh? Itu je yang dia jawab. Hampeh!
“Close friend?”
Dia geleng kepala. “No, but I know him
well.”
Aku kerut dahi. Pening kepala dengar statement
dia.
“Kenapa cakap deep sleep? Selama ni
dia tidur tak bangun-bangun ke?”
Dia terus gelak. Gaya macam aku baru lepas
buat lawak antarabangsa pulak kat sini.
“He’s awake but half-asleep. Still in a
dreaming mood till he couldn’t determine which one is the reality. Hidup
terlalu dilimpahi kemewahan sampai terlupa apa yang patut dia lakukan sebagai khalifah di muka bumi ni. It’s true when some people say those born to wealth, and who have the
means of gratifying every wish do not know what the real happiness of life is,
just as those who have been tossed on the stormy waters of the ocean on a few
frail planks can alone realize the blessings of fair weather.”
Hmm…betul, tapi itulah hakikat manusia.
To be born in a wealth family is much different from those who create wealth
by themselves. Bermula dari nothing to everything tu lebih manis dan
indah berbanding orang yang bermula dari everything to sustaining. Serius
aku tabik pada orang yang berusaha untuk cari kekayaan sendiri. I
wish could be like that one day.
“But he made it, right? Untuk bina
sebuah yayasan macam ni… I don’t think a common person can do it unless he
has a strong determination. Untuk ubah sesuatu apa yang biasa bukan mudah,
apatah lagi kalau melibatkan wang ringgit. Kalau orang biasa menderma, mesti
akan rasa semua ni tak payah. Harta berlimpah ruah sekalipun, tapi kalau tak
ada solemnity semuanya takkan menjadi. Hanya insan yang terpilih yang
mampu melakukannya.”
Dia angguk. “But why you said orang
yang biasa menderma akan rasa semua ni tak payah?”
Langkah kaki terhenti. Dia pusing pandang
muka aku tepat. Aku tarik senyum.
“Okay, let me give you an example.
Ada orang buta mintak sedekah kat tepi jalan, lepas tu Abu dengan Ali ni lalu. Oleh
sebab biasa menderma, Ali bagi seringgit walaupun dalam poket dia hanya tinggal
lima puluh sen but compare to Abu, dia ada dua ringgit sepuluh sen tapi memandangkan
dia tak biasa menderma, untuk bagi sepuluh sen pun dia rasa sangat susah dan
rugi. Dalam fikiran Abu, duit sepuluh sen tu boleh dia gunakan untuk tambang
bas balik tapi bagi Ali duit tu adalah rezeki untuk orang buta. Mungkin lepas
ni Allah akan bagi lagi rezeki untuk dia. So, can you see the meaning of
tak payah dalam cerita ni?”
Dia gelak kecil sambil geleng kepala. “Simple
example, easy to understand. Ingatkan tak payah tu means tak perlu. You
make me confused just now.”
Eh…dia yang tersilap tafsir atau aku yang
tersalah cakap? Hurm…apa-apa jelah. Asalkan maksudnya sampai.
“Tapi saya terfikir kenapa agaknya dia nak
tolong kids with disabilities. Kenapa tak buat yayasan untuk orang
tua-tua?”
Aku pandang muka dia balik. Mana tahu dia
boleh bagi jawapan. Tapi dia hanya senyum sambil pandang Eusoff yang tengah
celup tangan dalam kolam ikan kap. Nampak seronok je bila ikan-ikan tu kerumun
jari dia. Langsung tak takut.
“Maybe because he has a sister with mental
disability and he himself also has been diagnosed with dyslexia when he was a
kid.”
Sikit lagi rahang aku nak jatuh. Serius?!
Macam susah nak percaya je. Orang yang bina tempat ni pun ada masalah dyslexia
juga ke? Woww…it’s unbelievable!
“Sekarang dia macam mana?”
Dia tarik nafas berat tapi mata tak lepas
pandang Eusoff yang tengah seronok main air.
“His sister had passed away few years ago
in a car accident.”
“Innalillahi wa inna ilayhi raji’un. It
must be hard for him.”
Aku pandang muka dia tepat dan aku
terperasan mata dia dah bertukar jadi krystal. Dia cepat-cepat kalih pandang
kat Eusoff.
“Enough playing with those fishes. Come,
let’s wash your hands.”
Dia pegang tangan Eusoff dan pimpim dia ke
pili air. Aku hanya mampu tengok dua beranak tu basuh tangan. Lepas selesai
basuh tangan cute little kiddo, daddy hot and spicy datang kat
aku balik sambil dukung Eusoff.
Aku pandang dia. Sejuk hati tengok kasih
sayang dia orang anak-beranak. Tapi dalam kepala ni masih fikir pasal founder
tempat ni.
“I'm impressed with him. Macam mana
dia boleh bangkit dan berjaya bina kejayaan macam ni? Mesti dia dilahirkan
dengan something extraordinary kan?”
Dia senyum sambil usap rambut little
kiddo yang berpeluh.
“Nothing is impossible, Irina. He always
challenged himself to succeed. Dia tak dilahirkan dengan something
extraordinary tapi dia persistent untuk menjadi seseorang yang
mampu untuk berjaya. Just look at Da Vinci, Einstein, Graham Bell, and
Agatha Christie. All of them been suffered from dyslexia, but their
contributions to mankind are so valuable up till now.”
Aku angguk. Mengiyakan kata-kata dia.
“For instance, Eistein, he would not
remember the months in the year yet he would succeed in solving some of the
most complicated mathematical formulas of time without any trouble. Then,
Graham Bell, his mother slowly becoming deaf when he was only twelve. Though he
himself had dyslexia which would cause him problems at school, but he still constantly
seek a way to cure deaf people through technology. Agatha Christie, the world’s
best selling book writer also suffered from dyslexia but in no way did it stop
her from being creative and learning how to write. Irina, those people were not
born with some magical powers but what makes them successful?”
Dia pandang aku sambil jungkit kening
sebelah. Aku hanya mampu terkebil-kebil sambil geleng kepala. Bila tengok aku blur dia sambung cakap balik.
“Soul, Irina. It’s their soul. They trained
their soul to be strong. They are permanence, perseverance and persistence in
spite of all obstacles, discouragements and impossibilities. It’s this, which in
all things distinguishes them from the weak.”
“Ditto, but frankly I impressed with him. Hanya Allah je yang mampu balas jasa baik
dia. May Allah bless him.”
Dia senyum makin lebar. “And may Allah
bless you too. Jom masuk dalam. Have a breakfast together.”
Aku senyum sambil angguk walaupun dalam
kepala penuh tanda tanya besar. Gaya dia cakap macam ada something fishy.
Cuma aku tak tahu nak cakap macam mana. Sambil jalan seiring, aku cuba cari
topik untuk sembang.
“Awak jadi cikgu ke di sini?”
Aku angkat kepala pandang dia kat sebelah.
Dia senyum.
“Do you think so?”
Cis! Soalan aku bukan nak jawab. Alih-alih
dia soal aku balik.
“I don’t know. Maybe you are. Saya
nampak awak guna sign language masa bercakap dengan budak-budak hari
tu.”
Dia angguk.
“I may be part of them yang tahu
guna sign language. That’s why I’m here.”
Dia tarik senyum segaris, tapi kenapa
nampak lain macam?
“Awak memang kerja tetap kat sini la ya?”
“Hurm…sort of.”
Aku kerut dahi. Cara dia cakap macam kurang
menyakinkan.
“Betul ke?” tanya aku lagi. Cute little
kiddo pulak mula terkebil-kebil pandang aku. Macam tahu-tahu je aku
tengah asak daddy dia.
“Yup. Awak boleh fikir macam tu kalau awak
nak.”
Aik? Apa punya ayat tu.
“Kalau saya tak nak?” Aku jungkit kening
sebelah.
Dia berhenti langkah kaki. Lepas tu kalih
pandang aku sambil senyum penuh makna.
“Then, don’t think of anything. Just set
your mind free. Okay?”
Dia kenyit mata sebelah, senyum dan terus
masuk dining hall sambil dukung cute little kiddo yang tengah
sengih bila daddy cium pipi dia.
Walaweyh…hati terjatuh kat kaki. Macam mana
ni?
Come
on, Sha! Pick it up. Don’t let them break it twice. You may never get up again.
*************************************************
Pagi ni aku agak kelam kabut sikit. Ambil
dua ribu cupcakes lepas tu terus rushed pergi Yayasan Star. Hari
ni nak buat sedekah sikit. Oleh sebab Eusoff suka cupcakes aku, jadi aku
nak bagi budak-budak lain juga rasa makan cupcakes aku.
Separuh kotak aku masukkan dalam kereta
Beeb, separuh lagi dalam kereta aku. Macam biasa, Beeb akan sampai dulu. Laju
je dia tinggalkan aku kat café tadi. Hampeh! Mentang-mentang la hari ni nak
cepat balik kampung, nak akad nikah lusa, habis aku pun dia tinggalkan.
Bila masuk je dalam pagar Yayasan Star,
dari jauh aku dah nampak kereta berkilat warna merah garang elok terpakir megah
kat tengah-tengah. Langsung tak masuk kat tempat parking yang
disediakan.
Agak-agaknya kereta siapa la ni. Makin
dekat, makin terserlah lambang the mighty horse warna perak. Perghh…Ferarri
458 Spider kot! Siapa punya kereta la ni? Nak tumpang naik boleh? Eheh…jangan perasan!
Aku drive masuk petak parking yang
disediakan. Masa nak turun dari kereta aku nampak macam cute little kiddo tengah
pegang tangan seorang lelaki. Tapi siapa pulak lelaki macam gaya model
Armani tu?
Laju
je dia orang jalan ke arah kereta merah. Lelaki tu nampak kemas dengan kemeja
warna putih, seluar slack hitam dan shades. Kasut pun berkilat semacam
je.
Gaya macam kenal je. Hurm…bukan ke tu…arghh…takkan
la!
Baru aku nak besarkan mata dia dah masuk
kereta. Bila dah masuk kereta, sah-sah aku dah tak boleh nampak apa. Cermin tinted
gelap. Lepas tu laju je kereta tu bergerak tinggalkan perkarangan yayasan.
Woww…bunyi dia. Let’s rumble!
Grrrr….
To be continued...
mst Eusoff ni sbnrnye ank buah adry kot...
ReplyDeleteAhhh...cite ni best la...suke kat adry...die tu ke owner star...?
ReplyDeleteSis, sgt menarik cerita ni... tak sabar nak baca next n3.
ReplyDeleteBest!!!! Nk lgi...
ReplyDeletemelting~~ahaha
ReplyDeleteMenarik..:)
ReplyDeleteAdry adalaha owner yayasan ni..
ReplyDeleteBEST3.
ReplyDeletelike it...
ReplyDeletehurm.. lpas ni jdi mem kat yaysan star la sha..
ReplyDeleteAduh.... Dah jatuh suka berkali kali....
ReplyDeleteYanshi
serius, sgt best! ><
ReplyDelete