Followers

Wednesday, 2 April 2014

Bab 3: Bernafas Tanpamu

“Alhamdulillah…jimat duit aku hari ni.”

Salwa raup kedua-dua tapak tangan ke muka. Mana taknya suka, hari ni jejaka-jejaka yang kononnya idaman Dubliners bermurah hati buat housewarming party dan doa selamat sebab pindah rumah baru. Tak banyak sikit untunglah juga bajet hari ni.

“Ceh…lain kali giliran korang pula buat makan-makan. Kita orang datang bawa perut je nanti.” 

Mah aii...statement si Rais ni buat hati menggelegak je.

Okay, fine! Tapi giliran korang pula kena basuh periuk belanga segala nanti,” jawab Tim tak puas hati sebab lepas habis makan tadi tak pasal-pasal kita orang bertiga kena kerah pergi dapur yang dahsyat lagi dari tongkang pecah.

Ingatkan pakai baju cantik-cantik nak bawak perut lepas tu goyang kaki je, tapi tiba-tiba kena jadi Cinderella pula dekat ceruk dapur dia orang. Segala bekas makanan, periuk yang berlonggok kita orang kena basuh. Huh…gila kejam!

“Err…” Dia garu kepala tiba-tiba.

“Aku ke depan kejap. Layan tetamu. Aku kan tuan rumah yang baik.”

Dan-dan dia cakap nak pergi layan tetamu. Yang tadi dia duk bertenggek dekat sini gaya mandor pencen tak ada pula nak blah. Konon nak buat inspection kita orang bersihkan ke tidak periuk pinjam dia orang ni.

“Hey… baik kau blah jauh-jauh dan jangan datang sini sampai kita orang selesai. Kalau tak, memang aku celup kau dengan air sabun dalam sink ni karang.”

Kelam-kabut Rais angkat kaki bila kena sound sedas dengan Salwa. Hati tengah panas ni macam-macam boleh buat. Besar  kecil je nampak si ‘Ahmad Jais’ ni.

“Huh…ada lori ada LUAS, lain hari akan aku balas lebih teruk dari ni.”

            Sarung tangan getah warna kuning Tim betulkan sebelum sambung balik celup tangan dalam sink. Ruang dapur yang sempit agak susah juga la kalau tiga orang disumbat dalam satu ruang yang sama. Tak tahulah macam mana dia orang masak makanan untuk jamuan hari ni. Badan masing-masing dah la boleh tahan tinggi dan besar. Tapi…tak sangka sedap juga masakan dia orang. Walaupun tak sehebat masakan kita orang, (heh…angkat bakul sambil lenggang kangkung mak minah) tapi tak ada la teruk sangat.

Don’t you worry. Segala periuk belanga nanti kita suruh dia orang basuh.”

Berkobar-kobar si Salwa cakap sambil bilas pinggan. Aku yang tengah susun dan lap pinggan hanya tarik senyum. Gaya cakap macam beria sangat nak buat makan-makan, padahal…berangan je lebih!

“Korang ni iya ke tu? Siapa rajin sangat nak masak?” Aku menyampuk. Masing-masing berpaling ke arah aku dengan wide grin. Ahaa….this is bad. I know exactly what you mean, girls!

“Hoho…no! Never!” Aku geleng kepala laju.

“Alaaa…Nad!”

Serentak dua- dua buat suara itik serati, konon nak tarik simpati. Tapi malangnya dua-dua tak berjaya sebab aku bukan orang yang mudah terpedaya.

“Macam mana nak revenge kalau kau tak nak masak?” Tim ajukan soalan yang ‘bijak’ lagi ‘pandai’.

“Heh…kau la masak. Asal bila nak buat makan-makan muka ni je kena jadi tukang masak? Cuba bagi aku task lain.”

Aku pandang muka sorang-sorang dengan kening terangkat.

“Sebab kau masak sedap la Nad.” Salwa menjawab. Tapi rasanya jawapan tu macam nak ‘kipas’ aku je.

“Haha…lame! Kalau nak bodek aku dengan ayat manis bergula macam tu memang tak berjaya ya. No means no!

Salwa dengan Tim dah tayang muka seposen. Haila…tak laku la beb kalau tayang muka macam tu. Aku buat tak tahu sambil teruskan kerja. Dekat ruang tamu suara-suara yang kedengaran riuh tadi dah mula senyap.

“Nad, apa kata kita buat pot luck nak? Lepas tu bekas-bekas segala tu kita suruh dia orang basuh. Amacam?”

Salwa jungkit kening dua kali. Ceh! Nak goda aku la tu.

“We heard that!”

Tiba-tiba muncul muka tuan rumah yang ‘baik hati’ lagi ‘berhati mulia’.

“Hah! Baguslah kalau korang dengar. Remember they’ll be a payback time.” Tim membalas sambil buka sarung tangan getah.

“Hai…Macam mana nak buat calon isteri macam ni. Tolong tak ikhlas.”

Perghh….ayat! Serentak aku, Salwa dengan Tim berpaling ke arah jejaka tak sayang mulut iaitu ‘Ahmad Jais.’ Seorang muka merah tiba-tiba, yang lagi dua orang tengah senyum simpul. Macam terbau bunga rampai aje, macam terbau nasi minyak aje.

“Kompang dipalu, pengantin malu. Duduk bersanding, tersipu malu.”

Tiba-tiba Acab melontarkan suara ong gedek-gedek dia. Suara menang sikit dari katak nak panggil hujan. Dan saat itu muka Rais tiba-tiba bertukar warna. Hah…gotcha!

Manusia yang membahan mula tersenyum simpul manakala orang yang kena bahan tiba-tiba hilang suara.

“Jangan lupa jemput aku, bro.” Aidan tepuk bahu Rais sambil senyum. Masing-masing nampaknya tengah mainkan peranan jadi matchmaker.

“Apa pula?! Jemput apa benda?” Rais tayang muka tak puas hati. Berkerut-kerut dahi dia.
“Jemputan walimah kau la, Rais.” Acab menyampuk. Sengih mengusik masih tak hilang dari bibir.

“Sejak bila aku kata aku nak menikah? Calon pun tak ada.”

“Eheyyy….tu dekat depan tu calon yang sesuai lagi.” Acab mengusik lagi sambil muncungkan mulut dia ke arah Tim. Tim yang perasan situasi tu cepat-cepat buat muka.

“Helo…he’s not my type, okay.”

Mak aiii…ayat Tim memang tak boleh blah. Gaya diva habis. Automatik muka jejaka yang kena ‘reject’ tu berubah tegang.

Excuse me, you’re not my type as well. Jangan perasan ya. Tolong basuh pinggan pun dah banyak bunyi ada hati nak buat calon isteri.”

Oh…sentap! Muka masing-masing dah tegang. Aku bagi signal dekat Salwa. Nampaknya Salwa faham. Haih…kalau tak alih topik lain ada juga yang kena cakar kejap lagi.

“Okay, guys. Periuk dan pinggan semua dah siap susun. Bekas tempat letak makanan tu Kak Lina dah ambil bawa balik tadi.”

Nasib idea tu muncul tiba-tiba dalam kepala otak aku. Tepat aku pandang muka Acab dengan Aidan supaya dia orang turut sama membantu.

“Hah? Ooo…okay.” Acab angguk. Nampak blur kejap.

“Thank you so much for all you’ve done. We really appreciate that. Am I right, buddies?”

Aidan pandang muka kawan-kawan dia. Acab senyum sambil angguk. Rais masih tayang muka batu pandang Tim. Bila Aidan tepuk bahu dia, barulah dia bagi respon. Angguk tapi nampak macam terpaksa sangat.

No biggie. Lain kali giliran korang pula.” Aku senyum.

“Weh…jomlah ke depan. Penat la duduk sini je.” Salwa tarik tangan Tim yang dari tadi senyap. Masih bengang la tu.

“Oh..sorry. Lupa nak ajak.” Aidan senyum sambil peluk bahu Rais dan tarik dia ke depan. Acab ikut dari belakang.

Fuh! Aku dengan Salwa terus tarik nafas lega. Nasib keadaan dapat dikawal. Kalau tak mahu perang teluk tercetus dekat ruang dapur yang sempit ni.

Masa sampai depan, tetamu semua dah balik. Nasib kita orang dah salam-salam dulu dengan kawan-kawan perempuan yang lain. Kalau tak memang harapanlah nak buat macam tu. Dia orang semua dah sedia maklum muka-muka kita orang bertiga ni ‘orang dapur’ dalam rumah ni.

“Weh…tak ada air ke nak bagi kita orang. Takkan nak terus halau balik kut. Kering tekak kita orang ni haa....” Selamba Salwa berkata sambil ambil tempat dekat sofa. Aku dengan Tim tak terkata apa dah. Arif sangat dengan perangai Salwa.

“Dah licin! Kau pergi balik buat air sendiri,” balas Acab. Memang gaya nak menghalau habis.

“Gila dahsyat punya tuan rumah. Kedekut tahi hidung masin!”

Hambik kau! Pitching tinggi Salwa hadiahkan. Agak-agak kalau tak tahan telinga baik tutup siap-siap macam aku dengan Tim selalu buat.

“Kau nak air apa Salwa? Aku pergi buat.”

Wowww!!! Aku, Salwa dengan Tim serentak pandang si suave yang segak dengan baju Melayu cekak musang warna coklat gelap hari ni. Tak sangka dia akan jawab macam tu. Kalau nak tunggu Rais dengan Acab jawab macam gitu memang harapan la.

“Serius?! Haha…oleh sebab kau baik hati air kosong pun boleh.”

Aidan angkat tabik dan senyum signature sebelum menghilang ke dapur balik. Salwa terus cebik ke arah Acab. Acab pandang Rais sebelum masing-masing buat muka.

“Eleh…you’re lucky because Aidan is here. Kalau tak jangan harap,” balas Rais.

And you’re so lucky because you’ve Aidan here. Kalau tak, tak merasa la pindah rumah.”

Pergh! Terbaik jawapan Tim. Dan sejurus lepas tu, Salwa dengan Tim high-five. Aku jadi tukang gelak sebab dua-dua jejaka mulut puaka tu dah tersenyap. Hilang kosa kata nak membalas serangan padu.

Tak lama lepas tu Aidan datang dengan menatang dulang yang berisi satu jag air. Bila tengok dari jauh nampak air kosong, bila dah dekat nampak macam ada ‘bola-‘bola’ dalam air.

Gulp!

Aku, Salwa dengan Tim berpandangan sebelum masing-masing terjerit serentak.

“Laici!!!” Masing-masing sengih lebar. Gaya jakun tak pernah jumpa laici sebelum ni.

“Where did you get that?”

Laju je Tim bertanya masa Aidan letak dekat atas meja depan kita orang. Aidan senyum sambil tuangkan air tu dalam mug. Lepas tu, satu-satu dia kutip laici dalam jag. Fuh! Gaya boleh buat calon menantu ni. Nasib la lelaki, kalau perempuan memang dah aku pinang dulu. Ceit…over kau, Fi!

 “My mom. She sent parcels full with foods from Malaysia. Tersesat sekali laici dalam tin ni.”

“Bestnya! Aku dah lama teringin nak minum air laici.” Salwa tepuk tangan excited.

“Laaa….kenapa kau keluarkan stok makanan ni dekat dia orang?”

Dah dengar suara pendengki nombor satu. Acab tayang muka tak puas hati.

“Ha’ah. Kenapa keluarkan? Dia orang ni makan dahlah kuat.” Suara pendengki nombor dua pula kedengaran. Ekor dengan tanduk masing-masing dah keluar.

Kita orang mula tayang muka tak puas hati. Tapi belum sempat salah seorang dari kita orang menjawab si suave yang cool lagi awesome dah menjawab dulu.

“Mak aku kata, kongsi tu tandanya sayang dan kita kena kongsi benda yang kita sayang. 
Memandangkan aku sayang kawan-kawan aku ni, apa salahnya aku berkongsi dengan orang yang aku sayang?”

Uh? Kalau tersalah tafsir tadi, jantung dah boleh jatuh tergolek-golek ke kaki. Nasib baik otak cepat tangkap ayat dia yang berbelit tu.

Aidan pandang muka jejaka-jejaka tahi hidung masin. Masing-masing terkebil-kebil hilang kosa kata. Aidan terus berpaling pandang muka kita orang sambil senyum.

“Jemput minum. Kesian korang penat buat kerja dekat belakang.”

Kita orang sengih sambil capai mug masing-masing. Siap dia sediakan sudu lagi. Haih…memang layak dijadikan calon menantu ni.

“Ah…korang tak payah nak sentap la. Ada tiga tin lagi dekat dalam kabinet tu.” Aidan ambil tempat duduk dekat sofa satu sambil pandang muka cemberut yang bertukar riang bila dia cakap macam tu.

“Hah…serius?! Terbaik!” Acab angkat ibu jari sebelum capat mug dia. Rais ikut sama.

No wonder they called you tahi hidung masin.” Aidan selamba suap buah laici dalam mulut, tapi jejaka yang dipanggil tahi hidung masin tu dah terbatuk-batuk.

Haha…serves you right! Setepek kena dekat muka masing-masing. Sambil tu mata aku meliar tengok ruang tamu rumah ni. Tak adalah besar mana tapi muatlah juga kalau nak letak sofa dengan tv kecil macam ni.

“Korang tinggal bertiga je ke? Tak ada orang lain yang sewa rumah ni?” tanya aku.

Aidan angguk. “Actually sebelum ni aku duduk dengan senior tapi berempat la. Dua orang Malaysian dah balik sebab dia orang twinning dengan PMC. Yang seorang lagi pindah rumah 218. Nak jimat.”
Kita orang angguk. Sedia maklum dengan student yang buat twinning programme. Dia orang akan belajar dekat sini dalam dua tahun setengah dan akan sambung buat clinical dekat Penang Medical College lagi dua tahun setengah.
“Habis tu kau duduk sorang lama juga la ya?” tanya Tim sebelum suap buah laici dalam mulut.
Aidan geleng kepala. “Not really. Lepas tu ada juga mat saleh duduk sini, tapi bila dia orang balik mabuk-mabuk korang faham jelah. Aku ada bertengkar sikit and after that dia orang yang move out cari rumah lain. Nasib kontrak tak lama.”

“Oh…kira lebih kurang sama kes dengan dia orang nilah?” Salwa tunjuk Rais dengan Acab.

“Yup.” Aidan angguk.

“Eh...gitar tu siapa punya?”

Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba Tim tunjuk gitar yang tersadai dekat sebelah meja makan. Masing-masing blur kejap.

“Oh….tu Aidan punya. Mat gitar dia ni,” jawab Rais sambil tepuk bahu Aidan. Si suave senyum je bila dapat gelaran mat gitar.

“Laaa…iya ke? Play a song pleasseee…” Dengan muka tak malu Salwa request main satu lagu. Siap buat muka lirih plus gedik lagi tu. Haila…kawan siapa la ni.

Aidan jungkit kening sebelum kalih pandang kawan-kawan dia dekat sebelah. Semua bantai pakai sign language. Sorang jungkit kening, sorang angkat kepala, sorang jungkit bahu konon no hal. Gaya macam bercakap dengan orang pekak bisu.

Aidan bangun dan pergi ambil gitar yang tersandar dekat tepi dinding. Lepas tu dia ambil tempat balik dekat sofa. Semua menanti penuh sabar sementara dia tune gitar. Sambil tu Acab dengan Rais berborak dengan gegirls dekat sebelah. Tapi gegirls dekat sebelah dah mula main cuit-cuit peha.

Ahh…I know what does it mean. Konon suruh tengok gaya si suave yang nampak overdose macho bila dia pegang gitar macam tu. Tapi memang tak dinafikan pun bila tengok dia concentrate betulkan tuning pegs, terserlah kemachoan gaya hero yang selalu digambarkan dalam novel. Tall, dark and handsome. Tapi dia tak dark, lebih kepada fair.

Masa masing-masing tengah khusyuk tengok dia, tiba-tiba dia pula angkat muka. Kantoi! Tengok anak teruna orang tak lepas. Nasib masing-masing pandai cover. Cuma yang pasti aku dah ada pink stained dekat pipi.

Dia hadiahkan signature smile pana penonton dia yang tak tahu malu ni.

“Are you ready?”

“Yeah!!!” Bukan main semangat lagi jejaka-jejaka berdua tu menjawab. Gaya macam dia orang pula nak buat show.

Aidan senyum sambil geleng kepala. Lepas tu dia tunduk, mula tumpukan perhatian pada jari-jemari dia dekat position marks. Bunyi merdu alunan gitar mula kedengaran dan tak lama lepas tu suara dia menyusul.

She may be the face I can’t forget
The trace of pleasure or regret
May be my treasure or the price I have to pay

            Tiba-tiba dia angkat muka. Dan tanpa disangka pandangan dia tepat berlaga dengan pandangan aku.

Ohooo….I can feel like something’s jumping inside of me. Jantung mula buat pecutan kuasa kuda dan perut pula terasa macam ada sesuatu yang tengah terbang dengan gembiranya. Dia senyum, sambung petik gitar dan…

She may be the song the summer sings
May be the chill the autumn brings
May be a hundred different things
Within the measure of a day                          
Kuch kuch hota hai? Oh…shut up!

Sepanjang malam tu tak habis-habis budak berdua tu bercakap pasal si suave. Dia drop-dead, handsome, kacak, macho, cool, gentleman dan semuanya yang baik-baik belaka jelah yang dia orang sebut. Tak ada satu pun benda buruk yang aku dengar.

  “Nad, kau dengar tak apa yang kita orang cakap ni?”

  Aku pandang Salwa sekilas. Malas nak jawab sebenarnya, tapi oleh sebab tak nak kecilkan hati member aku respon juga.

  “Hurmm…”

  Walaupun sikit.

  “He’s very attractive guy that I ever met. Cuma tolak la kumis dan jambang nipis dia tu.” Tim menyampuk tiba-tiba. Komen yang masing-masing bagi memang tak boleh blah. Eleh…kau pun apa kurangnya. Dalam diam keluar juga gelaran ‘suave’ tu.

  Auwww…shut up!

  “Tapi perasan tak facial hair dia buat dia nampak lagi seksi. Lagipun kalau nak bandingkan masa kita jumpa dia hari tu sekarang nampak kemas lagi. Dah trimmed.”

  Aduhai…komen Salwa ni kalau mak-mak dengar tak tahulah nak cakap apa.

  “Exactly! Nad…kau tak interested ke dengan dia?”

  Heh…budak berdua ni bila la nak pejam mata. Lampu dah bergelap tapi mulut tu masih tak berhenti duk pot pet dari tadi. Aidan tu la…Aidan nilah. Dan sekarang tanya pula soalan luar alam. Nasiblah BFF, kalau tak ada juga yang kena halau masuk bilik masing-masing malam ni.

  “Should I?”

  Gaya hati kejung bertanya tapi sebenarnya…hanya Dia yang tahu.

  “Weh…dia mana nak minat. Aidan tu tak termasuk dalam ciri-ciri wishlist dia.”

  Erk….Apa hal si Tim ni bangkitkan pasal wishlist pula? Kalau la dia orang tahu apa yang aku rasa mahu kena rendam muka dalam Royal Canal macam ni.

  “Apa kaitan?”

  Aku dengar suara budak berdua yang tengah berhimpit tidur bawah tu dah gelak-gelak.

  “Banyak kaitannya. According to your wishlist, he doesn’t meet your requirements for number seven and ten.”

  Argh…Salwa dah mula dah dengan teori mengarut dia tu.

  “So?” Aku jungkit kening walaupun dia tak nampak aku buat macam tu.

  “Maknanya Aidan tu bukan lelaki pilihan kau la kan. So bolehlah aku masuk line.”

  Ceh! Kalau menggatal serahkan jelah pada budak berdua ni. Pakar kut.

  “If that could make you happy, I’ve got nothing left to say.” Aku tarik duvet sampai ke kepala sambil kalih badan menghadap dinding. Malas nak layan.

  “Hai…bunyi macam frust je. Kau suka dia ke, Nad?”

  Teng! The strange feeling that kind of hard to explain coming back again. Arghh…Kenapa boleh jadi macam ni? Selama ni tak pernah pun aku rasa perasaan pelik-pelik ni.

  Aku hanya diam. Tak jawab apa-apa pertanyaan Tim.

  “Kalau nangka katakan nangka, kalau pesta katakan pesta, kalau suka katakan suka, kalau cinta jangan berdusta.”

  Erk?! Hancur! Habis tunggang-langgang bahasa. Ikut pakai redah dia aje.

  “You’re being ridiculous, Salwa Hanisah!” Aku turunkan sikit duvet supaya suara aku dapat dia orang dengar dengan jelas.

  Dan dia orang tiba-tiba gelak lepas tu. Kuat. Arghh…malas nak layan! Baik aku tidur lagi bagus. Elok aku pejam mata terdengar suara sumbang budak-budak sengal tu lagi. Makin bingit kat telinga.

  “Tum pass aaye, yun muskuraay, tumne na jaane kya sapne dikhaaye, ab to mera dil jaage na sota hai….”

  Oh please! Dia orang memekak lagu Hindustan ke malam-malam buta ni?

  Tiba-tiba suara dia orang bergabung jadi satu.

  “Kya karoon haaye, kuch kuch hota hai.”

  Aku pejamkan mata makin rapat. Makin dengar, makin tak sedap hati, makin dengar, makin tak keruan rasa hati. Haila…apakah ini dinamakan….

  Arghh…stop all this nonsense! Aku terus tarik duvet sampai tutup kepala.

  “Something is happening, Nad. Something is happening.”  Suara Tim kendengaran lembut lepas tu. Aku masih membeku dekat atas katil. Tak ada tanda-tanda nak turunkan duvet.

  “Don’t deny it, Nad. Just trust your inner soul guidance to lead the way,” sampuk Salwa pula sebelum masing-masing diam macam tu je.

  Heh…inner soul guidance? What if my inner soul guidance is wrong? What if my inner soul guidance didn’t lead me to the correct way? Will I be able to take all the pain?

  Arghh…serabut! Aku garu kepala yang tak gatal. Otak masih buat siaran ulangan masa dia main gitar tadi. His signature smile, his deep voice, his silky hair, his gaze…

  For where she goes I’ve got to be; the meaning of my life is she.


  Ohooo…I’ve had enough of this! I wanna sleep, okay. Dear brain, will you stop thinking about him and let me sleep? Dear heart, please stop getting involved in everything. Your job is to pump blood and that’s it!!

4 comments :

  1. nice....cepat2 sambung ;)

    ReplyDelete
  2. nampknye ada kuch kuch hota hai... hiks

    ReplyDelete
  3. Best giler...sambung cepat2 tau..

    ReplyDelete
  4. Best sgt..untung aksk baru jumpa..dapat baca 10 chapters terus..kalau tak...jenuh tunggu

    ReplyDelete