Gosh!! Serius dah lambat ni. Pukul 10.30 ada meeting,
tapi pukul 10 aku tengah pusing basement cari parking lagi. Hampeh
betul! Masa aku nak cepat la tak ada petak kosong yang tinggal.
Pak guard ni pun satu. Kalau tak ada sticker
DFK Tower pun dia bagi masuk juga. Mana tak penuh tempat parking tu. Alih-alih
aku yang staf ni tak ada petak.
Selesai park K5 kesayangan, bermulalah acara
kejar-mengejar dengan lif. Dari basement nak ke lobi tak ada masalah,
tapi dari lobi nak naik ofis…. Allahu akbar. Sabar jelah. Malang sungguh kalau
ofis dekat tingkat 10. Kalau tingkat 2 tu gagah la lagi aku nak naik tangga. Ini
yang aku rasa nak tanggalkan je kasut.
Handphone dah mula bertalu-talu dengan call dari
Kak As. Sebelah tangan kepit fail, sebelah tangan lagi pegang handphone.
“Yes, Kak As.”
“Kau kat mana ni, sayang? Masuk meeting
ke tak ni?”
Dari suara aku dah tahu dia bengang.
“Masuk Kak As.”
Nafas mula sangkut bila aku makin cepatkan
langkah kaki. Dari jauh aku nampak ada seorang lelaki berkot hitam tengah
tunggu lif. Kalau ikutkan hati nak je aku jerit suruh tunggu, tapi rasa malu pulak
nak buat macam tu.
“Hurry up! Meeting dah nak
mula. Datuk bila-bila masa je nak masuk ni.”
Makin naik suara Kak As. Mesti dia dah
menggelabah. Sepatutnya hari ni aku yang present pasal recruit
pekerja baru untuk project baru dekat Essex tu. Tapi malangnya aku yang lambat
dan kalau dah lambat tu nak bercakap pun takut tak keluar suara. Dah la hari ni
dengarnya CEO dari UK tu pun akan join sama. Oh damn! You’re dead
meat, Sha.
“Err...kak. I’ll be there
in few minutes. Tengah kejar lif ni.”
Aku cakap dengan suara tersekat-sekat. Fail
yang aku kepit pun hampir nak terlurut sama bila tengok pintu lif terbuka dan
lelaki tu masuk. Hish…clumsy gila pagi ni.
“Okay. Kak As tunggu kat ofis kau.”
“Err..eh tunggu!!!”
Aku terjerit sikit bila nak sampai kat pintu
lif. Tapi malangnya bila dah berdiri betul-betul depan pintu, kaki aku terus
terpasak dekat lantai. Mata bertentang mata. Macam tak percaya dengan apa yang
aku nampak. Dia terkedu, aku terkaku. Tangan yang pegang handphone
melurut jatuh ke sisi.
Dan…pintu lif terus tertutup. Blank
terus.
What the hell is that?
“Helo?! Helo Sha?!!”
Bila dengar suara Kak As nyaring, baru
tersedar aku masih belum hang up lagi.
“I’ll be there in a few minutes.”
Itu je yang mampu aku cakap sebelum hang
up. Tekan butang naik, tapi otak melayang-layang di awangan. Sedar-sedar
je aku dah ada kat tingkat 10. Bila pintu lif terbuka muka Kak As yang muncul.
“Are you okay? What’s wrong with you?
Demam ke?”
Kak As terus letak tangan atas dahi aku.
“Um…Kak As boleh tak tolong present
untuk meeting hari ni. I don’t think I can handle it.”
Kak As angguk dengan muka risau. “Muka kau
ni pucat kenapa? Tadi Kak As dengar suara kau macam okay je.”
Aku senyum tawar. Itu tadi sebelum aku
jumpa si penipu handsome kalah David Gandy. Bila dah jumpa semua jadi blank. Dengan otak
aku sekali blank.
“Okay kak. Cuma pening sikit.”
Itu je alasan yang aku dapat bagi.
“Kak As present tapi kau still
kena attend meeting tau. Tunjuk muka je. Nanti malas nak dengar orang
cakap belakang.”
Aku angguk. Lepas tu Kas As terus tarik aku
masuk meeting room. Bila masuk, semua dah duduk termasuk datuk handsome
dan oh my…this is bad! Apa dia buat kat sini?
Sekali lagi mata bertentang mata. Dia
tenang duduk sebelah datuk handsome. Memang secocok bila dia orang duduk
sebelah-menyebelah. Handsome. Strong personality. Charming.
“Sorry, datuk.”
Kak As angkat tangan sambil sengih. Sepuluh
pasang mata dalam meeting room pandang aku dengan Kak As.
“It’s okay. Take your seat.”
Bila datuk cakap macam tu aku terus ambil
tempat. Langsung tak angkat kepala walaupun sedar aku sedang diperhatikan oleh
mata si hazel tu.
“Before we start, I’d like to introduce Mr.
Adry Isaac, Chairman and CEO of Delphi Group.”
What the fish?!
Aku terus angkat muka. Mata dia tepat
pandang mata aku. Beberapa saat aku bertentang mata dengan dia sebelum aku
kalih pandang muka Kak As. Itupun sebab Kak As siku aku, kalau tak mahu aku
main lawan mata dengan dia lagi.
Serius dia nampak extremely superb and
macho with black necktice. Rambut kemas pendek, jambang, janggut, kumis
semua dia shaved licin. Hari ni muka dia nampak lain sangat. Terserlah
gaya seorang CEO yang segak lagi bergaya.
Sepanjang meeting apa yang Kak As
cakap, macam angin lalu je kat telinga aku. Kalau orang tak tahu memang tengok
aku khusyuk salin nota tapi sebenarnya tangan sibuk lukis doddle
atas kertas. Memang tak boleh nak concentrate bila dapat tahu dia CEO company
dari UK tu.
Hati rasa macam ditoreh-toreh sekarang ni.
Masa aku tanya langsung tak cakap siapa dia sebenarnya. Cikgu sekolah
konon…huh! Dasar penipu besar! Muka je nampak baik tapi sama je semuanya.
Pantang betul kalau orang tak cakap jujur
ni. Aku serik jadi bahan tipuan orang. Bila jadi lagi sekali aku rasa macam
bodoh je sebab senang-senang kena tipu. Why am I completely deluded moron?
Paling teruk bila hati dah jatuh tergolek sama. Eiii…rasa nak marah sangat!
“Do you want to add something, Miss
Alishah?”
Tiba-tiba Datuk handsome tembak. Aku angkat
muka. Hati mula berdebar semacam bila tengok notebook yang berconteng doodle.
Semua mata pakat pandang aku.
Haih…jangan la Datuk tanya lebih-lebih.
Mampus aku nak jawab.
Aku sengih tak kena gaya.“Err..nothing,
Datuk.”
Lepas cakap, tunduk balik sebab mata
bertembung pulak dengan si penipu besar. Okay, from now onwards, daddy
hot and spicy punya title officially dilucutkan dalam senarai. Sekarang title
baru dia si penipu besar!
Selesai meeting, aku terus keluar. Serius
rasa kepala berdenyut semacam. Masuk bilik, terus bersandar atas kerusi sambil
picit dahi.
Satu persatu kenangan aku dengan dia
terimbas kat dalam kepala. Pertemuan kali pertama, lepas tu terjumpa dia kat
café dengan cute little kiddo, habiskan masa layan budak-budak.
Semuanya jadi satu dalam kepala.
Perlahan-lahan ada air jernih yang turun.
Aku pejam mata dan hanya biarkan air mata turun. Hanya dengan cara tu je dapat
kurangkan rasa sakit hati ni.
Kali pertama ditipu aku rasa sakit. Sakit
dipermainkan oleh seseorang yang bernama lelaki. Lelaki yang aku sangka bujang
rupanya suami orang. Tapi kali kedua tertipu aku rasa dunia makin gelap dan
bila aku sedar semuanya bertukar putih.
************************************
“Alishah Irina, let’s start a family with
me. I’ll be your perfect hero.”
“Ooo…perfect hero? Sounds sooooo sweet!!!
Then, I’m your perfect heroin. Will it be nice, sayang?”
Aku pandang dia. Blur. Dia tayang muka cuak
sambil pandang aku dengan perempuan itu.
“Err..er..Sha. I…I can explain.”
Dia pandang muka aku lepas tu kalih pandang
perempuan berlipstick merah yang tengah berdiri sambil senyum sinis.
“Err…this is my…”
“I’m his wife. We’ve been married for five
years.”
What the…
Aku terus pandang muka lelaki yang aku
kenal selama 4 tahun ni. Hati yang sarat penuh sayang terus hancur berkecai
macam kristal dihempas ke lantai. Mata mula rasa pedih semacam.
“Hey, slut! Perempuan macam kau ni memang
tak ada maruah. Sibuk nak menggatal dengan suami orang.”
Slut? Seteruk itu ke gelaran yang diberikan?
Ya Tuhan! Sepanjang aku berkawan dengan
lelaki di depan aku ni, aku langsung tak tahu yang dia dah beristeri. Sumpah
kalau aku tahu, tak mungkin sebodoh tu aku akan serahkan rasa sayang dan hati
aku kat dia.
Aku kalih pandang perempuan yang mengaku
isteri kepada lelaki di depan aku. Cantik orangnya. Rambut ikal, pakaian up-to-date,
tapi renungan perempuan tu sangat tajam. Kalau boleh ditelan manusia, memang
agaknya aku ditelan hidup-hidup.
“Sayang, please don’t make a scene. We talk
at home, okay?”
Dia pegang tangan perempuan tu. Gaya cuba
memujuk. Hati rasa makin terbakar.
“Huh! Pandai pun you nak cakap macam tu. Habis
yang you buat scene dengan perempuan slut ni tak apa pulak?
Perfect hero, um? Ada hati nak madukan I rupanya.”
A narrow escape! Nasib baik aku tak bagi jawapan apa-apa
tadi. Macam ni ke lelaki yang nak jadi imam aku? Unfaithful, coward and
irresponsible.
Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur, di
saat berada dalam persimpangan hidup, Kau masih turunkan petunjuk untuk
menunjukkan jalan yang benar.
Aku tarik senyum sikit. Dan… tiba-tiba muka
aku rasa sejuk. Dapat aku rasa titis-titis air fresh orange menuruni
muka aku.
“What the hell are you doing, Lynn?”
“Arh….dah pandai backup slut
ni. Good.”
Dan lepas tu, pipi aku terasa pijar dan
perit. Hati makin sakit. Kalau la masa boleh diputarkan balik, sumpah aku
takkan jatuh cinta dengan some-stupid-deluded-moron-guy.
*******************************************
“Kau okay ke tak? Makin teruk aku tengok.
Nak tinggalkan kau pun aku rasa berat hati.”
Aku angguk lemah sambil tarik comforter
makin rapat kat badan. Mata masih tekun menghadap iPad.
“Aku
okay.”
Tangan capai lagi tisu atas meja. Hampir
sekotak tisu kat depan mata habis aku buat lap hingus.
“Sha, aku dah nak keluar ni.”
Aku angkat kepala kejap. “Um…”
Tunduk balik menghadap iPad. Aku dengar
Beeb tarik nafas berat sambil menapak ke arah aku. Dia ambil tempat sebelah
sambil letak tangan atas bahu aku.
“Please, Sha. Don’t shut me out.
Walaupun aku dah kahwin, tak bermakna kau tak boleh luahkan kat aku lagi.”
Beeb cuba pujuk aku. Tapi otak aku ni blank
macam kanvas putih. Tak boleh nak fikir apa-apa.
“I’m fine.”
“Sha…”
“Your hubby is waiting for you. Just
leave.”
Beeb tarik nafas berat.
“Sha, aku nak minta maaf selama aku duduk
sini. Halalkan makan minum aku. Kalau aku ada buat kau terasa atau ada kata-kata
aku yang menyakitkan hati, aku mintak maaf ya.” Suara Beeb dah berubah syahdu.
Aku angkat kepala. Pandang muka dia sambil
tarik senyum tawar.
“Aku pun nak minta maaf kalau ada kata-kata
atau kelakuan aku yang sakitkan hati kau. Halalkan makan minum aku juga.”
Mata dia
bertukar jadi crystal clear. Dia terus peluk aku lepas tu.
“I’m sorry, I know I’m not a good friend
of yours. Sebab tu kau tak nak cerita masalah kau kat aku kan?”
Aku geleng kepala sambil renggangkan
pelukan. “No, you’re a good friend. A very good friend. Kau sorang je yang
boleh tahan dengan perangai aku.”
Dia kesat air mata sambil hulurkan smart
key cards kat aku. “Ni kunci. Thanks for everything bagi
aku sewa rumah semewah ni dengan harga yang murah. Kalau orang lain ni memang
tak dapat la.”
Aku tarik senyum segaris sambil ambil balik
key cards rumah ni. “It’s nothing. Aku cuma perlukan housemate
je.”
“Kalau macam tu kahwin la. Kau takkan sunyi
lagi. Bukan setakat housemate tapi bedmate kau dapat.”
Dia sengih. Aku junglingkan mata ke atas.
Hati tengah kecewa, dia cakap pasal kahwin pulak. Buat suhu badan makin
naik je.
“Drop the subject. I’m not interested
anymore.”
Muka dia terus berubah. Dia pandang aku
lama.
“Oh…oh my…don’t tell you me you’ve fallen
for someone.”
Aku tunduk balik menghadap iPad kat tangan.
Menghadap Wattpad lagi bagus sambil update invoice yang berlambak ni.
“Sha…”
“Habeebah.”
Beeb tengok muka aku dengan mata bulat. Aku
terus geleng kepala. Bagi signal jari ‘bukan aku tapi dia’.
Hubby kesayangan Puan Habeebah dah tunggu
lama kat ruang tamu, tapi isteri dia sibuk menempel kat sebelah aku.
“Oh…I’ve got to go.”
Beeb tayang muka menggelabah. First time
aku tengok dia macam tu.
“Okay.”
Dia angguk sambil peluk aku buat kali
terakhir.
“Makan ubat, rehat cukup-cukup. Jangan
pengsan lagi. Kalau ada apa-apa just gives me a call, okay?”
“Um…will do. Tahniah sekali lagi aku
ucapkan. Semoga perkahwinan kau berkekalan hingga ke Jannah.”
“Thanks, Sha. Aku akan doakan kau
supaya cepat-cepat dapat jodoh.”
Aku senyum tawar. Kalau ada jodoh…
Dia bangun dari katil, tapi macam masih
berat nak tinggalkan aku.
“I’ll be fine. Just go.”
Bila aku cakap macam tu baru dia lepaskan
tangan aku. Aku hanya pandang dia keluar dari bilik.
Um…inilah dinamakan lumrah hidup. Setiap
manusia diciptakan berpasang-pasangan. Walaupun pada hakikatnya seorang wanita
bernama Habeebah ni sukar didekati tapi kalau dah sampai masanya tetap akan ada
juga pasangan untuk dia walaupun hanya berdasarkan arranged marriage.
Among His signs is that He created for you
mate from among yourselves, in order to have tranquility with them and He put
love and mercy between your (hearts): verily in that are signs for those who
reflect (Surah Ar-Rum 30:21).
Tiba-tiba handphone bunyi. Tanda ada
notifications. Bila tengok, ada email baru masuk. Ilham.
Siapa pulak Ilham?
Aku tekan emel dari Ilham.
Ilham
Ilhamisaac@delphi.com
Today, 21:33
To: me
Assalamualaikum wbt Alishah Irina,
I hope you’re in the best of iman and
health by the grace of Allah. I apologize because it took me so long to explain
everything. Tapi, itu bukan bermakna saya ingin lepas tangan dengan apa yang sudah
terjadi. It’s just that I want to give you some time for you to ease your mind.
Saya tak nak awak rasa terpaksa dan dipaksa. I really do hate that. Saya harap
ruang dan masa yang saya berikan ini cukup untuk awak berikan saya peluang menjelaskan
apa yang perlu dijelaskan.
Irina, all this while I’d never lie to you.
It’s just that I didn’t tell you the truth about me. Sebenarnya, saya tak suka
orang tahu siapa saya. Saya sangat hargai privasi saya sepertimana saya
hargai privasi orang. Sejak kematian ayah dan adik saya, privasi kami
sekeluarga bagai diceroboh. They act like they know better than us. That was the
hardest part of my life and my mom when we couldn’t move anywhere we want. People
keep digging up your personal life. In
fact, there was a time where I’ve to disguise myself so that people wouldn’t
know who I really am.
Yet from time to time, bila perkara yang
tak biasa dilakukan menjadi kebiasaan, ia bukan mudah untuk ditinggalkan lagi.
Bila orang yang kita percaya menjadi dalang disebaliknya, saya menjadi lebih
berhati-hati dengan setiap orang yang saya jumpa. It’s not that I didn’t trust
you but I just not used to tell everyone who I really am. Saya lebih senang
dengan kehidupan di SCF berbanding CEO and Chairman of Delphi Groups.
However, it’s getting hard when it comes to
you. Saya tak tahu kenapa tapi apa yang saya tahu ada something dalam diri awak
yang buat saya rasa sesuatu. You’re someone special Irina, someone that have
the ability to move my heart. Bila tengok awak rapat dengan Eusoff, hati saya mula
percayakan awak dan saya bersedia untuk berkongsi dengan awak mengenai Eusoff.
To be honest Eusoff is not my biological son. I adopted him when he was only 2
months. Ibu Eusoff tinggalkan dia bukan sebab his disability tapi dia
tinggalkan Eusoff sebab he is her illegal son.
Oh no?! Air mata aku makin mencurah-curah turun
dengan lebatnya. Bila terbayang muka cute little kiddo yang innocent
hati makin jadi sayu. Ya Tuhan! Sungguh aku tak sangka Eusoff bukan darah
daging dia tapi hanya anak yang kurang bernasib tapi diangkat untuk jadi anak
dia sendiri.
He’s a special boy. My boy. He’s the chosen
star among the stars and I’m going to protect him with all my might.
Kata-kata dia bagai terngiang-ngiang di telinga aku balik. Indeed, he’s the chosen star and Adry is the chosen one.
He knows better than anyone else and He’s plan is the best of all plans. He,
the almighty is in control of everything.
‘Put your trust in Allah if you’re
believers indeed.’ (5:23)
Lepas hati rasa lega sikit baru aku sambung
baca balik emel dia.
Irina, kalau awak tak keberatan, ada seseorang yang ingin bertemu awak di KLIA esok pukul 9 malam. Seseorang yang awak ingin jumpa
selama ini. Dia akan tunggu awak di main entrance. Semoga ada jodoh untuk bertemu. May you
always be in Allah’s loving hand.
From,
Adry I. Isaac
Air mata makin kering, tapi tanda soal
makin banyak dalam kepala. Siapa yang nak berjumpa aku dan siapa pulak
yang aku ingin jumpa? Dan macam mana pulak dia boleh dapat alamat emel
aku ni?
Argh…dia kan CEO Delphi, datuk handsome pulak dengarnya kawan baik dia. Tak
mustahil info seciput tu dia boleh dapat dengan mudah. Huh! Dasar stalker.
Aku terus log out. Malas nak fikir
pasal orang yang nak jumpa aku tu. Dahlah jauh sampai ke KLIA. Orangnya pun aku
tak kenal. Silap hari bulan orang yang dia maksudkan tu mat bangla. Mahu aku
lari tak cukup tanah.
So, Sha. Jangan buang masa, jangan buang
minyak kereta. Walau aku teringin nak tahu siapa orangnya, tapi jangan ambil
risiko. Abaikan semua tu termasuk dia.
***********************************
Dari jauh aku nampak kelibat cute little
kiddo tengah main dengan kawan-kawan dia di taman permainan, tapi bayang daddy
hot and spicy aku tak nampak kat mana-mana lagi.
Argh…baguslah kalau macam tu. Tak jumpa
lagi bagus. Walaupun separuh hati dah cakap tak apa, tapi lagi separuh macam
berat hati nak terima alasan dia.
Sha, just ignore him. He’s just your ‘candy
crush’, nothing more and nothing less.
Aku tarik nafas dalam sebelum bergerak ke
dewan makan. Baru nak masuk pintu dapur, tiba-tiba aku terdengar suara Mak Cik
Nah tengah bersembang dengan Puan Rabitah.
“Adry tak bawak sekali ke Eusoff, Rabitah?”
Bila dah sebut nama cute little kiddo
dengan daddy hot and spicy, tak jadi terus aku nak masuk. Duduk belakang
pintu je.
“Tak bawak. Kali ni dia pergi lama rasanya.
Mommy dengan nanny dia dah panggil balik.”
Aku mula rasa tak sedap hati bila Puan
Rabitah cakap macam tu.
“Yelah, elok pun dia tak bawak. Eusoff
perlukan perhatian dan pendidikan yang secukupnya. Kalau ikut Adry takut
tercicir je,” jawab Mak Cik Nah.
“Betul. Lagipun Eusoff happy dengan
kawan-kawan dia kat sini. Ikut Adry pun sibuk memanjang.”
Aku nampak Mak Cik Nah angguk. “Adry dah
luluskan ke Rabitah pasal kenduri doa selamat yang kita nak buat tu?”
Eh? Apesal macam pelik je bunyinya? Kenapa pulak
dia yang nak kena luluskan?
Puan Rabitah senyum.
“Alaaa….Kak Nah. Berurusan dengan Adry ni
senang, tambah buat benda baik lagilah mudah. Bukan senang kak, budak muda-muda
sekarang ni nak bina tempat macam ni.”
What?! Siapa yang bina tempat ni?
Aku pasang telinga betul-betul.
“Iyalah. Sejuk mommy dia mengandung. Tak
sangka dia boleh dapat idea untuk bina yayasan ni. Bukan sikit-sikit duit yang
dia laburkan.”
“Betul tu. Sebab tu dia tak nak orang tahu
dia yang bina tempat ni. Dia tak nak nanti timbulnya riak.”
‘Awak kenal dia?’
Dia senyum lagi. ‘Hurm…’
‘Close
friend?’
Dia geleng kepala. ‘No, but I know him
well.’
Ya, Tuhan. Patutlah aku rasa pelik semacam
dengan statement dia. Adry Ilham Isaac, CEO and chairman of Delphi dan
dia juga pengasas Star Center Foundation.
‘Agak-agaknya awak tahu tak kenapa pengasas
tempat ni pilih Star? Kenapa dia tak pilih moon ke, sky ke, rainbow ke?
‘Star is the symbol of hope and unity. Dia
pilih bintang sebab dia rasa bintang adalah ciptaan yang terpilih. Allah chose
the stars as navigators, guiding people to the correct path. Indeed, the sun
and moon have the same roles as the stars but….”
Dia senyum tiba-tiba. ‘Bintang bukan satu
malah berjuta, tapi tanpa kebijaksanaan, tanpa usaha, tanpa ilmu kita takkan
berjaya menemui jalan yang kita cari melalui bintang. Trust me, we will go
astray.’
Sekarang, semua kata-kata dia selama ni,
semua tingkah laku dia berputar dalam kepala aku. Betul la kata Beeb, dia ada ‘something’,
ada magic yang boleh buat orang rasa tenang dengan dia. Indeed, he’s
a special man.
****************************
Jam dah tunjuk pukul 8.15 tapi aku masih
tak bergerak-gerak dari sofa. Termenung tengok skrin tv tanpa perasaan.
Pergi atau tak?
‘Saya harap boleh jumpa orang yang bina
tempat ni satu hari nanti.’
‘Insyaa Allah, kalau ada jodoh pasti
bertemu.’
Ya, jodoh. Tugas kita bukan untuk mencari
jodoh tapi mempersiapkan diri untuk menerimanya. Bila diri sudah bersedia
menurut Dia, pasti jodoh itu akan datang dengan cara yang kita tak akan sangka.
Benar, jodoh, pertemuan di tangan Dia. Maka
pertemuan aku dengan si dia yang paling aku tak sangka tu memang dah diaturkan
sejak dari azali lagi.
Jadi…argh…wake up, Sha! It only comes
once in a lifetime. Kalau tak pergi sekarang, adakah masih ada takdir untuk
menemukan aku dengan dia?
Oh man! Aku terus berlari ke bilik tidur. Sebelah
tangan capai sweater dengan jeans, sebelah tangan lagi laju dial
nombor Beeb.
“Beeb! Mayday! Mayday!”
Aku terjerit bila dengar suara dia.
“Assalamualaikum. Hah?! Kau ni kenapa? Tak
bagi salam tiba-tiba terjah.”
“Waalaikumsalam. Listen, I really need
your help right now. Tolong ambil aku dan bawak aku pergi KLIA. Ini antara
hidup dengan mati. Serius aku tak boleh bawak kereta sekarang ni. I’ll
explain everything once we get in the car.”
Aku tahan handphone dengan bahu,
sebelum tangan lincah gantikan seluar pajama dengan seluar jeans.
“What?! Haa…okay, nanti aku tanya Iqbal.”
Lepas letak telefon, aku terus bersiap
secepat mungkin. Nasib Beeb mesej kata boleh hantar aku. Sementara nak tunggu
Beeb datang aku dah macam cacing kepanasan dalam rumah. Semuanya serba tak
kena.
Bila Beeb sampai dengan suami dia, aku
terus masuk dalam kereta. Macam-macam soalan yang Beeb tanya dan setiap satu
soalan dia aku dengan jawab dengan perasaan gubra di dada. Macam mana kalau tak
sempat sampai? Macam mana kalau dia dah pergi tinggalkan aku?
“Tulah kau, orang nak jual mahal. Sekarang
kan dah menyesal.”
Aku buat derk. Aku buang pandang ke
sisi luar. Kata-kata Beeb lepas tu macam angin lalu je.
Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
“Could you please switch off the radio?”
Hati makin sebak, mata kian basah. Beeb terus
tutup radio tanpa cakap apa-apa. Nasib baik suami dia pun sporting juga.
Kalau tak, mahu aku kena campak keluar dari Murano ni.
Lagu tu mengingatkan aku tentang dia dan
Dia. Serius hati tak dapat nak tanggung beban, jadi lebih baik tutup.
Sampai kat main entrance, aku
tengok jam dah pukul 10. Memang harapan tinggal harapan sebab aku langsung tak
nampak bayang dia. Mesti dia dah check-in, dan kalau belum pun mesti
dia akan duduk dalam VIP longue.
Walaupun mata aku dah melilau sana-sini,
buat aksi aci kejar sikit tapi bayang dia memang aku tak nampak kat mana-mana.
Aku pulak yang nampak macam orang gila tersesat dalam KLIA. Nasib tak
lari pakai seluar Pooh bear tadi. Kalau tak, haiyoo…sah! Gila.
“Ada ke?”
Beeb tepuk bahu aku. Aku geleng kepala
dengan muka tahap kecewa menonggeng. Mata rasa makin kabur semacam. Kejap lagi
banjir jugak kat sini.
“Excuse me.”
Aku angkat muka. Seorang lelaki tersenyum
pandang aku. Aku pandang dia atas bawah. Gaya macam staf MAS.
“Are you Miss Irina?”
Aku angguk. Suara dah tak boleh keluar. Dia
senyum lagi. Uh…clone Gareth Gates ke? Aku larikan mata kat tag nama
dia. Naqib.
“This is for you, miss.”
Dia keluar satu sampul surat putih dari
blazer dan hulurkan kat aku dengan sopan. Aku ambil tapi muka penuh dengan
tanda tanya.
“From who?”
Dia masih senyum. “You’ll know when you
read it.”
Aku balas senyuman dia. Tawar.
“Thanks.”
“My pleasure.”
Lepas tu dia terus pergi. Aku kalih muka
pandang Beeb kat sebelah. Dia angguk dan terus jalan ke arah Iqbal yang baru
sampai lepas park kereta.
Perlahan-lahan aku keluarkan isi sampul tu.
Assalamualaikum wbt, Irina.
Do you still remember what I’ve said to you
about meeting the founder of SCF? If
Allah wills, you’ll meet him. Nampaknya hari ni bukan harinya. Mungkin satu
hari nanti bila tiba masa yang sesuai kita pasti akan bertemu.
Yet, in the meantime, I’ll keep on praying
so that one fine day He would lend me a little piece of your heart. I won’t ask
more because a little piece is enough for me. Selebihnya… letakkanlah pada yang
satu dan hakiki. Dia lebih berhak dari segalanya.
Irina, jika benar awak ditakdirkan untuk
saya, maka Dia pasti akan menemukan kita berdua. Mungkin juga bukan di sini,
tapi di tempat yang kekal dan abadi. Put
your trust in Allah, He knows what is better for us. May He answers our prayer
in the best way.
Till then, take care of yourself, imaan and
Eusoff. I believe in you.
From,
Adry
Satu-persatu air mata jatuh. Aku dah tak
peduli pada mata yang memandang. Apa yang aku tahu hati betul-betul terharu.
Ya, Adry. Kalau awak adalah lelaki yang
dipilih untuk jadi imam saya, kita pasti akan bertemu lagi dan saya akan
menunggu saat itu tiba.
Di tengah-tengah ruang lapangan terbang
yang ke-27 tersibuk di dunia, aku terduduk dan terkedu. Kalau inilah suratan
jodoh yang tertulis buat aku, maka aku akan terus berdoa semoga ada jodoh untuk
aku dengan dia bertemu lagi.
Ya Allah, if I was meant to fall in love again, let my
love be for the one that love You, so as to strengthen my love for You. Let me
touch the heart of someone who is near to You. Ameen.
@---{----
@---{---- @---{---- @---{----
@---{----
‘Most of us tend to think fairy tales do not come
true. It’s merely a lame story with damn hot prince married a beautiful princess
and end up with happy ending, however in my fairy tales, it’s just a new beginning with different steeps and twists along the way. It may not end up
with happily ever after, yet I believe He has a bigger plan for me than I had
for myself.’ ~Alishah Irina~
~The End~
A well written piece. Had been waiting for this 3rd entry. Not an anticipated ending that I was hoping for, however there is still hope for both Irina and Adry. Hope that you could write the 4th installment or better still, develop the story further so that it becomes a new novel.
ReplyDeleteTq 4d nice story. Nak dapat bahagia bukanlah mudah mg ada sambungan lagi.
ReplyDeletewaaa..xsangka tapi yela kalau dah jodoh xkemane..ye x..hee
ReplyDeletepergh..as it is..it was a well written piece with a sad ending to it.. that can move d heart ..congrates dik..hopefully from d short stories ..it can become a novel to be shared with many people. In life..Its a lie if I said we all are never feel tired of climbing the stairs of life. From one step to another. And another. And we always wonder when shall we stop and start enjoying d life whenever we stumble into diffulculties ..we always put a fault to life itself and never for once we think that Allah is testing us to be a better person ?
ReplyDeleteKak...cter ni best..tp,blh tk smbng lg...in the end diaorang hppy together...bg la diaorang brsama blk...
ReplyDeletesambunglah lagi , cerita ni best!
ReplyDeletesambglah la lg,,
ReplyDeleteOh.. my... cik writer citer nie ohsem sungguh. Smbug la sket lg. Some explanation on few things abt ADRY's WIFE, what happened and why? Apa buat Adry berpalingkpd wanita lain? So that we know, they deserve to be together?
ReplyDeleteYanshi
nice one... tahniah.. best citer nie...
ReplyDeleteMemang unexpected nding... WC ingtkn derang ni kawen ke ape... kalau la alishah ni cepat dtg mst sempat jumpa adry... cerita ni boleh dikembangkan lagi...
ReplyDeletethank you so much for all your comments. really appreciate that. yeah, i know the ending it's quite disappointed for those yg hope for a happy ending. but this is the reality. we planned, we hope, yet He decides what is the best for us. Btw, this tale is just a new beginning for her journey. If i've got time to write, insya allah akn ada smbungan. i'll try to elaborate further. tq for your support. you're awesome! :D
ReplyDeleteMiss, u r awesome... Sy tggu sambungan fairy tales ne. Gud luck on KLI . sy kipas-susah-mati awak. ;))
ReplyDeletethank u so much ya : ]
Deletereally hope to the sambungan of her new beginning.
ReplyDeleteinshaa allah. one fine day ; ]
Deletejatuh cinta dengan tulisan writer....
ReplyDeletenampak macam tergantung tapi seriusly setiap cerita berakhir dengan happy ending...sesekali kite kena berhadapan dgn realiti jugak kan?semoga terus berjaya dalam berkarya
ReplyDeleteterima kasih atas sokongan : ]
DeleteHope ada sambungan...
ReplyDeleteBelum ada sambungan nya.....
ReplyDelete