Followers

Thursday, 14 November 2013

Part 1: The Chosen One


Today was a fairytale
You were the prince
I used to be a damsel in distress
You took me by the hand and you picked me up at six
Today was a fairytale

“Woi…berangan!”

Entah dari planet mana hamba Allah ni datang, tiba-tiba je tepuk bahu aku dengan kasar. Habis lenyap si prince charming .

Aku tarik headphone. Baru syok layan lagu Taylor Swift tiba-tiba kena kacau. Aku pandang muka orang sebelah gaya samseng.

“Kau dah kenapa?”

Dia jungkit kening sambil peluk tubuh. “Stop dreaming la weyh!”

“Salah ke?” tanya aku dengan muka suci.

“Tak salah tapi sila berpijak di bumi yang nyata.”

Aku julingkan mata ke atas. “Aku punya otak, aku punya suka. Sekian.”

Aku tarik senyum segaris sebelum pandang skrin komputer riba balik. Hurm…you’re super hot and damn sexy. Drooling! Drooling!

“Hoi…meleleh ayaq liur tengok six pack anak teruna orang apehal? Serius tak senonoh!”

Erk…meleleh ke?

Aku sapu tepi bibir. Kering.

“Mana ada!” Aku jeling maut. Dia tayang muka tak bersalah. Aku pandang skrin balik.

Haila… he’s damn cheesy! Aku sengih kambing sambil tongkat kepala.

“Tak habis-habis! Kau baca apa tu?” Dia tunduk sikit. Ikut sama pandang skrin lappy aku.

“E-novel,” jawab aku sepatah. Mata masih tak lepas pandang makhluk Tuhan yang paling seksi ni.

“Ceit!!! Aku ingat apa benda la kau baca…sekali e-novel je. Buang karen sungguh!” Dia cekak pinggang sambil pandang muka aku.

“Mana ada buang karen! This is very entertaining.”

“Oh, is that so?”

Cis! Sarkastik sungguh.

Yeah…with the power of imagination I can dream about my ideal man. Tak ada siapa yang akan dapat halang aku dan aku pun tak ada menyalahi mana-mana akta.”

Beeb julingkan mata ke atas.

“Itu aku tahulah. Tapi pandangan mata tu kena jaga juga. Jangan tengok badan lelaki sampai ayaq liur meleleh.”

Aku sengih. “Tahulah tapi hero ni memang drop dead gorgeous la weh. Sesuai dengan plot cerita. Aku ni asyik terbayang-bayang je hero tu punya watak. He’s dashing, sexy, smart, gorgeous, rich…

“Dah-dah. Cukup! Makin berlubang telinga aku ni dengar.”

Beeb geleng kepala sambil tutup telinga. Aku jeling dia sekilas sambil pandang balik skrin komputer riba.

Hi, David Gandy, you’ve captured my heart.” Senyum.

“Parah!” Dia tepuk dahi. Aku sengih makin lebar.

*********************************

“Sha, tolong aku hantarkan kuih ni dekat Mak Cik Nah.”

Erk? Tak jadi nak masuk bilik. Kaki terus berhenti dekat pintu dapur. Aku salah dengar ke tadi?

“Apa dia beeb?”

“Alaaa….tolonglah. Aku dah penat bersengkang mata bertungkus lumus nak siapkan kuih ni. Tak larat nak drive dah.”

Dia tayang muka lima sen. Nak mintak belas ihsan aku la tu.

“Sorry la weh. Bukan tak nak tolong, tapi aku pun tengah ting tong. Aku nak pergi qada tidur balik. Sekian.”

Aku tarik senyum segaris sebelum berpaling. Tapi belum sempat aku nak melangkah tiba-tiba suara dia muncul kembali.

“Pukul berapa kau tidur semalam?”

Aura mak tiri kejam dah keluar. Bila aku pusing, dia tengah cekak pinggang sambil pandang aku tajam. Serius ada aura mak tiri. Kain batik, t-shirt cap hard rock café Paris dengan rambut sanggul tinggi gaya orang dalam pantang. Aku sengih.

“Err..empat.”

Sengih lagi lebar. Semoga hati dia sejuk sikit tengok senyuman aku yang menawan lagi tertawan ni.

Dia tarik nafas kasar. O’oh…this is bad. Real bad! Get ready, deary ears.

“Siapa suruh kau tidur pukul empat? Kan dah jadi mata panda. Tulah aku dah pesan *&%#@.... gila lagi baca novel…bla…bla…bla…”

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kalah bertih jagung. Nasih aku bersandar dekat pintu wet kitchen ni, kalau tak, dah rebah sebab nak dengar dia punya membebel kalah versi mak nenek.

“Dah?”

Selamba aku tanya bila dia dah berhenti. Dia pandang aku macam nak telan. Aku pandang dia dengan mata setengah. Mamai lagi ni.

“Kau nak suruh aku hantar dekat mana?”

“SCF.”

Seketul dia jawab tapi dalam kepala otak aku ni berbakul-bakul soalan.

Apekebenda tu?”

Aku garu kepala. Otak blur nak tangkap ayat shortform pagi-pagi buta macam ni.

“Star Center Foundation.

“Err…special school tu ke?”

Kalau takut sesat, jangan segan nak bertanya. Sebelum kena tembak dengan Cik Habeebah Arshad, baik aku dulu yang bertanya.

“Ya. Kau ni dah berapa lama kenal aku, hah?!”

Aura-aura mak lampir dah muncul balik. Mesti dia dah penat, aku pulak banyak bertanya, mahu tak kena libas sedas. Almaklumlah, tidur lambat katakan. Otak masih slow nak loading pasal benda ni.

“Janganlah marah. Just asking, okay. Kalau tak sampai benda tu karang, kau juga yang bising.”

Dia jeling aku. “Iyalah. Dah, kau pergi siap dulu. Nanti aku masukkan dalam kereta, kau tinggal nak drive je nanti.”

Loading…..err…eh?

Baru nak bukak mulut, kena pangkas lagi dari dia.

“Tengok! Tak baik lagi aku? Siap masukkan dalam kereta lagi. Mana nak dapat kawan macam aku ni?”

He’ena…Masuk bakul angkat sendiri nampak. Aku pandang dia yang tengah sibuk lap meja kerja. Sisa-sisa tepung dia lap dengan kain basah.

“Helo cik kak. Aku ni tukang deliver je. Mana nak dapat delivery tak bergaji macam aku ni. Dahlah, tak bergaji siap kena hantar pagi-pagi lagi. Mana dapat orang yang sanggup bersusah-payah macam ni?”

Hah! Giliran aku pulak nak masuk bakul angkat sendiri. Dia ingat dia seorang je yang boleh, aku pun boleh daaa….

Dia angkat muka dengan mata tepat pandang aku.

“Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, dari Rasulullah Sallallahu’alahiwasallam bersabda: Barangsiapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, nescaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya pada hari kiamat. Hadis Riwayat Muslim.”

Erk…terkena sedas. Tak tahu nak cakap apa lagi, jadi hanya mampu sengih sambil garu kepala. Kalau, Cik Habeebah anak imam Arshad dah keluarkan Hadis dan ayat Al-Quran, harus angkat tangan surrender.

“Beeb, tak pagi sangat ke? Jap lagi la aku hantar.”

Aku cuba bagi alasan. Mengantuk bangat ni. Ingatkan cuti-cuti macam ni nak ‘rehatkan’ mata lepas Subuh, alih-alih kena jadi budak delivery pula. Aiseyhman!

“Kau tu nak siap berjam-jam. Elok sangat pergi mandi sekarang.”

Grr…she left me with no choice! Nak tak nak terpaksa akur macam lembu kena cucuk hidung.

Aku pusing untuk masuk bilik. Kalau duduk situ lama-lama mahu kena bebel lagi. Tak sanggup aku.

**********************************
Pertama kali aku datang sini. Selalunya dengar Beeb je yang cerita. Boleh tahan besar juga yayasan ni. Cantik pun cantik, siap ada landskap dengan kolam ikan lagi. Sejuk mata yang memandang.

Aku tengok berderet kereta dah bersusun dekat situ. Mungkin betul la kata Beeb, pagi-pagi minggu sekolah ni selalu buat program dengan anak-anak istimewa dekat sini. Yang menariknya, yayasan ni siap ada asrama lagi untuk anak-anak yatim yang istimewa.

Dari apa yang aku dengar Beeb cakap, ada antara ibu bapa yang tinggalkan anak dia orang macam tu je sebab anak dia orang istimewa, tak sanggup nak bela. Kalau fikirkan balik, sampainya hati dia orang tinggalkan anak macam tu je. Kalau aku, tak sanggup kot nak tinggalkan darah daging sendiri walaupun anak yang dilahirkan tu berbeza dari kanak-kanak yang lain.


Tapi aku memang tabik spring la pengasas yayasan ni. Mesti berjuta-juta ringgit duit dia keluar untuk buat yayasan yang lengkap macam ni. Siap ada gimnasium, swimming pool, padang, tennis court dan segala macam peralatan untuk bantu kanak-kanak istimewa belajar. Bukan senang hartawan nak laburkan duit semata-mata untuk wujudkan yayasan macam ni.

Beeb cakap, yayasan ni juga bukan setakat membantu kanak-kanak istimewa je, tapi dia orang akan bantu juga kalau ada pelajar OKU berpeluang untuk melanjutkan pelajaran. Itu belum masuk lagi biasiswa yang dia orang bagi setiap tahun untuk pelajar yang bijak tapi tergolong dalam keluarga fakir miskin.

Masa dengar Beeb cerita, aku melopong je dengar. Dia cakap tak ramai yang tahu siapa pengasas tempat ni sebab dia memang tak nak orang kenal. Aku cakap giler humble and kaya tapi Beeb cakap, Subhanallah… barakallahu fikum. Terkena lagi sedas. Haih…entah bila la nak berubah Alishah Irina.

Sebaik keluar dari K5, aku tak tahu nak tuju dekat mana. Masa tanya pak cik guard dia cakap dekat blok ni, tapi bila dah sampai, aku jadi blur. Nak tanya orang, tak ada pulak sorang yang lalu.

Akhirnya, aku ambil keputusan bawak bekas-bekas kuih dan jalan masuk blok yang nampak berwarna-warni dari luar. Dinding blok penuh dengan mural doa-doa dan lukisan yang jelas dan nyata hasil dari kanak-kanak istimewa ni. Macam mana aku tahu? Sebab dekat hujung setiap lukisan mesti ada nama yang tertulis dengan tulisan cakar ayam.

Masa aku baru nak melangkah ke pintu masuk blok, tiba-tiba telinga dengan hati tertarik dengar bunyi bongo, kastanet dengan tamborin. Dari luar bilik aku nampak banyak kasut yang tersusun dekat situ.

Dari tingkap yang renggang sikit, aku nampak seorang lelaki berjubah putih dikelilingi dengan budak-budak.

Ilahi lastu lil Firdausi ahalaa
Wa laa aqwa ‘alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir zunubi
Fainnaka ghofirudz zambil ‘adhiimi

Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakuMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejatahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu.

Oh! Bergetar hati. Tulus dan ikhlas sangat bunyinya. Masuk menusuk ke jantung. Bila part chorus budak-budak pulak yang sambung, lagilah buat aku terharu. Tanpa sedar mata basah semacam. Aku kesat mata dengan jari bila pandangan semakin kabur.


Bila aku jenguk balik, aku nampak lelaki berjubah putih tengah riba seorang budak atas pangku dia. So cute! Dengan ketayap dan jubah putih, budak tu nampak manja atas riba lelaki tu. Perlahan-lahan mata aku cuba cari muka lelaki yang terselindung di sebalik langsir.

Ikutkan hati nak je aku selak langsir ni, tapi nanti nampak sangat aku tengah menghendap. Nak tak nak, aku bergerak ke tepi sikit untuk elak dari langsir.

Mata mula menjalankan misi. Tegap orangnya walaupun dia tengah bersila sekarang ni dan…dan…oh my…oh my….breathe Sha. Don’t forget to breathe.

This is WOW! He’s so damn good-looking-way-better-than-David-Gandy punya handsome. And when he smiles, auww…rasanya tergolek jantung aku dekat sini. Subhanallah…handsomenya makhluk Tuhan ni.

Budak lelaki yang aku rasa lebih kurang lima tahun tu masih dalam pangkuan dia. Entah apa yang budak tu bisik tiba-tiba dia gelak dan aku rasa sekali lagi jantung aku tergolek. Gosh….what happened to you, Sha? Tiba-tiba ter..hypnotize dengan mamat tu kenapa?

Kalau tengok dari muka macam bukan orang Melayu. Eurasian perhaps...iyake? Entahlah, susah nak agak, tapi rasanya dia menyanyi dalam Bahasa Malaysia tadi. Kulit cerah, rambut well-groomed, ada jambang, kumis dan janggut sikit, warna mata…susah nak dikenal pasti sebab jauh.

“Sha kan? Buat apa dekat sini?”

Astaghfirullahalzim….

Aku urut dada sambil mengucap panjang dalam hati. Aku pandang depan. Mak Cik Nah tengah berdiri terpacak depan aku.

“Err…ya.”

Serba-salah dibuatnya. Dah terkantoi baru nak terngadah. Tak ada gunanya dah.

“Kenapa ada kat sini?” tanya Mak Cik Nah sambil ikut pandang tingkap tadi.

Aku sengih serba tak kena. “Err…nak hantar kuih ni. Beeb pesan suruh tolong hantarkan dekat Mak Cik Nah. Itu yang saya tolong tu.”

Mak Cik Nah angguk sambil hulur tangan ambil tupperware yang penuh berisi kuih karipap.

“Sha boleh tolong mak cik tak?” tanya dia waktu aku berjalan seiring dengan dia.

“Boleh. Nak tolong apa?”

“Sha tolong hidangkan kuih-kuih ni dekat meja tetamu. Kejap lagi mak cik ambil piring, Sha tolong susun kuih.”

Aku angguk. Kerja simple je tu. Aku ingatkan Mak Cik Nah suruh aku tolong suapkan budak-budak tu.

“Boleh je mak cik.”

Bila sampai dewan makan, aku dengan Mak Cik Nah terus ke tempat masak. Mak Cik Nah kenalkan aku dengan staf-staf yang lain. Semuanya mesra dan peramah. Tak kekok rasanya nak bekerja dengan dia orang. Semua kenal Beeb bila aku sebut aku housemate dia. Boleh tahan popular juga minah tu dekat sini.

“Sha kerja di mana?” tanya Kak Maznah masa aku tengah sibuk susun kuih karipap, seri muka, cucur badak dengan kuih ketayap dalam piring.

“DFK Tower, kak.”

“Oh…syarikat Melayu yang besar tu ya?”

Aku angguk sambil senyum.

“Kerja sebagai apa kak?” tanya Nurul pulak.

Haih…ni sebut pasal kerja yang aku tak berapa nak gemar.

“Kerani je.”

Aku cakap main pakai bantai. Bukan dia orang check pun aku kerja jadi apa. Kalau cakap tea lady pun tak apa.

“Iya ke kerani? Bukan kereta warna silver tu kereta Sha ke?”

Erk? Hadoyai…Mak Cik Nah ni. Hari ni je dua kali aku terkantoi dengan dia. Semua pakat pandang aku balik. Aku sengih tak kena gaya.

“Eheh…kereta saya Mak Cik Nah.”

Aku mula rasa tak sedap hati bila dia orang pandang aku semacam. Haih…takkan dia orang fikir aku ‘anak ikan’ kot. Hadoyai…tolonglah jangan fikir macam tu.

“Kak Nah, kuih-kuih dah siap?”

Tiba-tiba ada seorang lelaki baya macam aku masuk dapur. Fuh! Lega sikit bila dapat lari dari pandangan mata mak cik-mak cik ni.

“Dah. Yang mana dah siap letak dalam piring tu lepas tu boleh la bawak ke depan.”

Lelaki tu angguk tapi aku perasan mata dia pandang kat aku.

“Kamu pandang siapa Umar?”

Aku pandang dia sekilas. Dia sengih sambil garu kepala.

“Err…ada orang baru ya hari ni?”

Mak Cik Nah jeling dia sebelum pandang kat aku.

“Sha, kenalkan ni Umar, cikgu pendidikan khas di sini.”

Aku senyum sambil angguk kepala sikit. Dia balas senyuman aku.

“Dah kenal kan? Jadi cepat sambung kerja.”

Kak Maznah menyampuk sambil hulurkan piring-piring yang aku dengan Nurul dah siap susun dengan kuih.

“Alaaa…Kak Nah. Potong line betul!”

Uh? Direct tak ada cover line. Aku pulak yang jadi segan.

“Potong line tak potong line. Kejap lagi dia orang nak makan,” sampuk Kak Faz yang dari tadi banyak diam buat kerja.

Muka Umar macam terpaksa je bila kena sound sedas. Bila Umar menghilang, tiba-tiba Nurul pulak  yang bersuara.

“Kak Sha umur berapa?”

Huh! Soalan cepumas ni. Sensitif sikit nak jawab.

“Um…30.”

“Eh?” Serentak Kak Faz dengan Kak Maz bersuara. Masing-masing tayang muka tak percaya.

“Kenapa kak? Saya nampak lagi tua ke?”

Aku dah mula cuak. Dia orang ingat aku tipu ke?

“Laaa…Kak Faz ingat umur Sha baru 25.”

Aku gelak kecil. Perasan kejap orang kata muda.

“Taklah kak. Saya dah masuk three series dah ni.”

“Ada boyfriend.”

Uhuk….rasa nak terbatuk tapi nasib terkeluar.

“Err..eheh…tak ada.”

“Takkanlah tak ada kak. Orang cantik macam akak takkan tak ada orang yang suka.”

Hadoyai…cantik ke akak ni, Nurul? Kalau cantik tak ada kena tinggal. Aku tarik senyum payau. Nasib tengah tunduk, kalau pandang muka Nurul confirm nampak awkward.

“Kalau tak ada boleh la buat menantu.”

Uhuk…kali ni betul-betul aku tersedak. Confirm muka merah menyala sekarang ni.

“Alaaa…Kak Nah saya baru nak propose Sha jadi anak buah saya. Anak buah saya tengah bujang lagi tu,” kata Kak Maz.

Mak Cik Nah cebik. “Akak dah booked dulu ya.”

“Amboi, kakakku sayang, Sha ni anak orang bukan anak beruang. Entah-entah dah ada yang punya tapi malu nak berkata.”

Oh my…you’re my mighty knight Kak Faz walaupun kat hujung-hujung ayat tu tak boleh pakai sikit.

“Kak Sha, betul ke akak tak ada boyfriend?” tanya Nurul lagi.

Haih…kenapa orang asyik tak percaya je apa yang aku cakap? Muka aku ni ada muka penipu ke?

Nope,” jawab aku sepatah sambil geleng kepala.

Lepas tu aku terus pergi basuh tangan sebab kerja susun kuih dah selesai. Nasib dia orang tak ada tanya apa-apa lagi. Masing-masing tekun dengan kerja.

“Selalu ke sekolah buat program macam ni?” tanya aku kat Kak Maz yang kebetulan tengah berdiri sebelah aku. Dia tengah sibuk potong buah tembikai.

“Setiap minggu ada sebab dengan cara macam ni ibu bapa pelajar akan lebih memahami dan lebih dekat dengan anak dia orang.”

“Bukan setakat tu je Sha, dengan program hujung minggu macam ni, para ibu bapa dapat merapatkan hubungan antara mereka. Berkongsi cerita dan pengalaman Selain itu mereka boleh tengok sendiri pencapaian masing-masing.”

Aku angguk. Serius aku rasa tertarik dengan yayasan ni. Selama ni bila Beeb cerita aku dengar macam tu je, tapi bila datang sendiri, tengok dengan mata kepala sendiri, baru otak boleh berjalan sikit.

Not everyone is lucky to be blessed with the perfect state of health. Sometimes He takes us into troubled waters not to drown us, but to cleanse us.

“Sha, tolong hantarkan bihun ni kat meja yang depan sekali tu.”

Mak Cik Nah hulurkan mangkuk yang penuh berisi dengan bihun goreng. Tanpa banyak cakap aku terus keluar bawak ke meja yang Mak Cik Nah maksudkan. Masa aku tengah letak mangkuk dalam tray stainless steel tiba-tiba terasa ada orang tarik kerusi dan duduk.

Aku angkat muka. Mata aku terus bertembung dengan dia.

Today was a fairytale
All that I can say
Is now it’s getting so much clearer
Nothing made sense until the same I saw your face
Today was a fairytale
Time slows down whenever you’re around
I can feel my heart
It’s beating in my chest
Did you feel it?
I can’t put this down

“Thank you.”

Dia senyum. Killer.

Oh…Gosh! Nasib sempat aku letak mangkuk tu atas tray. Kalau tak, mahu terlepas. Damn! He’s got a sexy voice man. Ada bunyi husky sikit.

Welcome.”

Aku terus pusing untuk jalan balik ke arah dapur. Nasib baik tak stumble, kalau tak mahu tujuh keturunan tak hilang malu. Sampai belakang pintu aku terus urut dada. Take a deep breath.

“Kenapa ni kak?” tanya Nurul.

Pelik tengok aku yang macam kena kejar hantu. Tapi memang betul pun aku kena kejar hantu. Hantu handsome berjubah putih. Argh…what nonsense are you thinking about, Sha?

 Aku geleng kepala.

“Nothing.”

Nurul jalan ke depan tapi sesekali toleh ke belakang. Tengok aku balik. Tak lama lepas tu tiba-tiba Mak Cik Nah lalu depan aku.

“Mak cik, nak tanya sikit boleh?” tanya aku.

Dia angguk tapi tayang muka pelik.

“Lelaki yang pakai jubah putih tu siapa?”

Mak Cik Nah jenguk sikit dekat luar.

“Yang mana satu?”

Aikk? Ada banyak orang ke yang pakai jubah? Aku terus jenguk ke luar.

Oh? Dah ada dua orang, tapi yang seorang lagi tu nampak dah berumur.

“Err…yang tengah pangku budak tu.”

Si hot and spicy tengah pangku budak kecik yang aku nampak dalam bilik tadi. Serius dia orang nampak overdose sweet.

“Oh…yang itu.”

 “Err… yang itu…dia..haa…sukarelawan. Dia macam Beeb juga. Datang bantu bila hujung minggu.”

Oh….volunteer. Sounds interesting. Bukan senang orang muda nak jadi sukarelawan dan salah satunya aku. Kalau tak kena paksa dengan Beeb, memang tak jejak la kaki aku dekat sini.


Lepas selesai semuanya, aku mintak diri untuk balik. Tapi sebelum tu mata gatal ni sibuk juga cari muka si hot and spicy. Malangnya, tak jumpa. It’s okay, next time perhaps? Oh...I wish there’ll be next time.

To be continued...

9 comments :