Followers

Thursday 15 August 2013

Special entry: Biasan Lukisan Semalam



Assalamualaikum dan Salam Adilfitri....

Alhamdulillah...all praise be to Allah kerana diberi kesempatan untuk menulis entri khas ni.

Since ramai yang tertanya-tanya berkenaan cerita Biasan Lukisan Semalam, so let me explain a bit about this story...

Biasan Lukisan Semalam is based on a true story, a married woman who suffers from depression because she was raped. Kebiasaannya, kita dengar dalam newspaper atau dalam tv mangsa adalah seorang perempuan yang belum berkahwin atau kanak-kanak. Tapi dalam kes ni mangsanya adalah seorang perempuan yang telah berkahwin dan bekerjaya.

Sebenarnya agak susah untuk saya modify cerita ni supaya sesuai untuk bacaan umum. Untuk mendalami perasaan seseorang yang menjadi mangsa juga bukan mudah. But atas permintaan seorang rakan (you know who you are) saya tulis juga cerita ni supaya dapat dijadikan tauladan dan iktibar untuk kita semua. Special thanks to her yang banyak memberi idea dan pendapat untuk saya tulis cerita ni.

Maybe some of you akan pening-pening lalat baca cerita ni due to the flashbacks. Purposely buat macam tu sebab nak bagi pencerahan sikit apa yang dah jadi untuk watak protagonis. If you read from the very 1st chapter, then you'll know what has happened to them. But starting from chapter 9, there'll be a long flashbacks. Tak ada lagi selang-seli macam chapter sebelum ni.

 I'll try my best supaya dapat jadikan cerita ni menarik dan tak boring. Hopefully ada yang masih sudi baca. Semoga apa yang baik dalam kisah ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua dan segala yang buruk dapat kita jadikan sempadan.

May Allah bless

Teaser 1: Saat Kau Hadir Dalam Hidupku



One of my main models tiba-tiba sakit dan tak dapat datang. So, I kekurangan model.”

So?” Aku jungkit kening.

Serius aku tak nampak apa signifikannya dia bawak aku ke belakang ni.

“I nak you gantikan tempat model I yang sakit tu.”

Bulat mata aku pandang dia. Dia ni dah sewel ke apa? Mana la dia dapat idea yang sangat-sangat ‘bernas’ tu?

“Kau dah gila ke? Kau sedar tak apa yang kau cakap?”

Aku pandang dia tajam. Dia terkulat-kulat tengok aku. Muka dia tak payah cakap la...dua kali ganda lebih cuak dari tadi. Renek-renek peluh mula nampak kat dahi.

Pleaseeee...Nia. For Puan Sri’s sake. Dia pun tengah gelisah kat luar sebab tak ada model pengganti. Hanya you je yang I terfikir untuk gantikan model tu.”

Aku julingkan mata ke atas. Dia genggam jari ala-ala Gong Xi Fa Cai. Baekk punya pujuk. Saja nak buat aku jadi tak sedap hati.

Apesal kau boleh terfikir aku boleh gantikan? Aku ni mana pernah jadi model.”

Iyalah sangat tak pernah, padahal....heh... hanya Allah je yang tahu.

“Alaaa...tak apa Nia. I bukan nak suruh you catwalk sangat. Just jalan sopan santun sudah la.” Dia nampak makin terdesak. Huru-hara aku tengok backstage ni. Orang semua kelam kabut ke hulu ke hilir.

“Kalau aku jatuh macam mana?”

Saja main tarik tali dengan dia lagi walaupun dalam hati timbul juga rasa kesian. Aku tahu apa perasaan dia. Mesti gelabah habis sebab majlis akan mula kurang dari setengah jam je lagi.

“You takkan jatuh Nia. I akan cari kasut yang tak berapa tinggi untuk you.”

Aku urut dagu. Boleh percaya ke? Haish...mana ada istilah kasut tak berapa tinggi untuk model catwalk.

“Aku tak nak pakai baju seksi seksa ni.”

Dia mengeluh. “Come on, Nia. Be reasonable. Ini fashion busana muslimah. Mana ada baju seksi.”

Iya tak ya juga kan. Aku senyum separuh. Aku tahu dia mula fed-up dengan aku. Tak pernah lagi Sam tunjuk muka macam ni depan aku.

Okay, I’ll be your model ONLY for tonight. Aku tak nak pakai baju ketat dan tak nak kasut tinggi. Deal?”

Saja aku tekankan perkataan ONLY. Biar dia faham aku hanya tolong dia untuk malam ni je. Itupun sebab terkenangkan Aunty Khaleeda yang banyak tolong aku dan majlis malam ni untuk charity. Kalau tak...mati hidup balik pun aku tak nak.

Deal! Thank you so much, Nia. What a relief...Nanti I belanja you makan.”


Dia senyum sambil kesat peluh kat dahi. Aku julingkan mata ke atas. Malas nak layan ayat janji manis dia. Bukan boleh percaya sangat. Nanti aku juga yang kecewa.

Thursday 8 August 2013

Eid Mubarak




Wishing you a very happy and peaceful Eid. May Allah accept our good deeds in Ramadhan, forgive our transgressions and ease the suffering of all peoples around the globe. Let the provision of taqwa to assist us thru the months to come. Have a joyful and enjoyable Eid with your family and friends :D