Sejak aku tahu yang dia dah ada yang punya, aku makin
menjauhkan diri dari dia. Agak lama juga aku tak jumpa dia. Buat apa nak dekat
kalau sekadar nak hancurkan hati sendiri. Hati aku ni kan daun kering, pantang
bagi perhatian mulalah nak rapuh. Silap hari bulan benteng setinggi Wall of
Berlin pun boleh tumbang kalau hari-hari dengar deep voice dia.
Aku duduk bersendirian bertemankan secawan latte. Pandangan mata masih
melekat ke arah orang yang lalu-lalang di Grafton Street, antara shopping
street yang termahal di dunia. Sesekali mata memandang permukaan latte yang
bercorak heart shaped.
Cantik! Rasa sayang gila nak minum. Bila tengok Barista buat latte art, rasa teringin je nak cuba tapi kalau aku buat sah-sah jadi benda lain.
“Tengok latte macam nak tembus. Is there anything wrong?”
Aku terus angkat muka. Oh…here he is. Orang yang ditunggu dah tiba, tapi kenapa dia nampak lain ni? Tanpa dijemput dia terus ambil tempat depan aku.
“Kenapa lambat? Penat Nadine tunggu.” Aku tarik muncung. Sengaja nak mengusik. Dia tarik senyum lebar.
“Mulalah dia buat mucung itik tu. Nanti Abang Am sangkut coat ni dekat mulut baru tahu.”
Aku julingkan mata ke atas. Malas nak layan lawak tak berapa cerdik dia.
“Heyy…janganlah buat muka macam tu. Abang Am dah lama tak jumpa Nadine ni. Nanti Abang Am ingat muka tu je bila balik London nanti.”
Aku makin tarik muka. “Sorry for being late, sorry for making you wait, sorry for…”
Tak sempat aku nak sudahkan ayat, dia terus angkat tangan dan potong cakap aku. “Sorry for everything, cutie pie.”
“Accepted. Tak susah pun kan?” Aku sengaja nak menyindir. Baru ada akal sikit.
Dia pandang aku tajam. “Hish…tak padan dengan budak kecik. Nak menyindir je kerjanya. Dari dulu sampai sekarang sama je.”
Aku gelak kecil. “You know me well, Abang Am. By the way, kenapa Abang Am sekarang nampak lain ya? Mana pergi muka jejaka idaman kampung dulu?”
Dia gelak bila aku tanya soalan macam tu. Cermin mata yang melorot sikit dia betulkan. Seronok sangat gelak sampai cermin mata pun nak terjatuh ya cik abang.
“Sebelum Abang Am jawab soalan Nadine, biar Abang Am order air dulu ya. Dah haus ni, Nadine pun bukan nak jemput Abang Am minum.”
Ceh…aku terkena balik. Aku jeling dia. Dia hanya gelak kecil sambil panggil pelayan untuk order coffee. Bila pelayan dah pergi baru dia tepat pandang aku balik.
“Where were we?” Dia senyum. Aku kerutkan hidung.
“Oh…okay, Abang Am lain ya?” Tahu pun menggelabah. Ingat dia dah lupa trademark aku yang satu tu.
Dia gelak kecil sambil geleng kepala. Lepas tu dia tanggalkan old school glasses yang aku kira layak masuk muzium je. Dah gaya macam atuk punya cermin mata aku tengok. Tak padan langsung dengan gelaran jejaka idaman kampung yang dia sandang dulu. Bila dah tanggalkan cermin mata barulah nampak elok sikit rupa.
“I’ve got my own reasons, Nadine. As time goes by, things change, people change, those you knew become strangers and those you did not know become your trusted ones.”
Erkk…kenapa lain macam je kata-kata Abang Am ni? Macam ada yang tak kena je. Aku pandang muka dia tepat. Macam ada kisah yang tersembunyi yang cuba dilindungi.
“Would you like to share with me?”
Dia tarik senyum sambil geleng kepala perlahan. “Nothing much to share.”
“Kenapa Abang Am pindah keluar dari kampung dulu ya?” Aku terus tembak dia dengan soalan yang dah aku simpan lama. Sejak aku jumpa dia balik masa program ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) hari tu, soalan ni asyik berlegar-legar dalam kepala.
Abang Am pindah dalam keadaan yang tak disangka-sangka. Tiba-tiba je kata nak pindah dari kampung. Dan orang yang paling terusik sekali dengan perpindahan Abang Am tentu sekali Kak Amal, soulmate Abang Am.
Baru nak buka mulut, tiba-tiba pelayan datang hantar Cappuccino dia. Lepas pelayan beredar baru dia bersuara.
“It’s quite a long story to tell.” Gaya macam berat je nak bercerita.
“Make it short, pleassseee...” Aku mula jual minyak sapi. Mana tahu boleh guna buat lembut hati. Heh.
Dia tarik senyum, tapi kali ni nampak tawar. “Bonda suruh pindah lepas dapat tahu Abang Am dengan Kak Amal.”
Uh? Sadisnya bunyi. Hmm…tak sangka masih wujud lagi kisah Tengku Zaleha dengan Ghazali zaman sekarang ni.
“Abang Am tak try contact Kak Amal? Kalau tak silap, Kak Amal study dekat Glasgow ambil bidang farmasi.”
Abang Am terus angkat muka. Bercahaya, tapi sekejap je. Dia terus tarik nafas berat sebelum buang pandang ke arah luar. Melihat panorama hujung minggu di Grafton Street yang tidak putus-putus dengan pengunjung.
“Nope. I don’t want her to get hurt, Nadine. I know I couldn’t bear to see her in pain.”
Ouww….he’s sooo sweet!! Untunglah Kak Amal dapat Abang Am. Alangkah bahagianya kalau dapat lifetime partner macam ni.
“Sebab tu Abang Am tak pernah contact kita orang lagi ya? Ini pun kebetulan Nadine terjumpa, kalau tak memang jangan harap la nak jumpa Abang Am lagi.”
Dia tarik senyum segaris. Muncul balik aura jejaka idaman kampung waktu zaman kegemilangan kanak-kanak riang dan awal remaja dulu.
“Janganlah cakap macam tu. If we are meant to meet each other, then one fine day we’ll meet again. Tengoklah macam sekarang. Siapa sangka kita akan bertemu selepas bertahun-tahun tak jumpa. Nadine pun dah banyak berubah. You’ve grown up as a beautiful lady and doctor to be.” Dia kenyit mata sebelum capai cawan cappuccino.
Auww….cheesy! Automatik muka terasa panas. Aku tunduk pandang latte dalam cawan. Sayangnya nak minum!
“Haih…minum jelah cik adik. Sometimes love could easily fade away but the heart will remain here till the last breath.” Dia pegang dada. Gaya Shakespeare in love dah aku tengok. Makin jiwang Abang Am ni. Ingatkan bakal doktor bertukar nerd dah.
“Yaaa…right!” Aku julingkan mata ke atas. Dia gelak kecil.
“So…kenapa pakai specky gaya atuk tu?” Aku muncungkan bibir ke arah cermin mata dia yang terletak elok atas meja.
“Hey…smart la ni. Mana ada gaya atuk.” Dia gelak-gelak. Aku buat muka.
“Atuk tu pun tak macam Abang Am tau. Tak ada ke cermin mata yang besar lagi dari ni?”
“Ada. Nadine nak ke?” Dia jungkit kening. Heh…nak perli aku la tu. Aku terus tarik muka pandang luar. Malas nak layan.
“Ooo…makin kuat merajuk cutie pie Abang Am ni. Okaylah…Abang Am pakai spec gaya macam ni sebab tak nak orang tackle Abang Am. Women nowadays are way too scary. They’re bold as brass.”
What?! Haha…this is hilarious. Boleh buat bahan rempah ratus untuk gulaikan dia ni.
“Sejak bila Abang Am takut perempuan ni?” Aku terus gelak. Dia yang baru tersedar aku kenakan dia mula pandang aku tajam. Bila tengok aku makin galak gelak dia terus mara ke depan gaya macam nak jentik dahi aku. Cepat-cepat aku bersandar dekat kerusi sambil gelak.
“You’re soooo naughty sekarang ni.” Dia silangkan tangan ke dada sambil bersandar di kerusi. Pandangan masih tajam lagi.
“Tengoklah siapa sifu.” Aku jungkit kening dua kali. Sengaja nak usik dia. Dia pandang aku tajam.
“Ehem…Hai Nad, tadi kata pergi library.”
O’oo…macam mana dia boleh ada dekat sini? Serentak aku dengan Abang Am angkat kepala pandang manusia yang datang menegur. Ingatkan dia seorang je rupanya berlima. Haila…
“Memang aku pergi library kejap lepas tu datang sini.” Salwa dengan Tim pandang aku dua macam. Argh…who cares? Tak percaya sudah.
“Tak nak kenalkan ke?” Tim menyampuk sambil senyum pandang Abang Am. Ceh! Gatal merenyam. Pantang nampak lelaki tall-fair-handsome sikit. Nasib Abang Am sporting, senyum je.
“Kenalkan, ni Abang Am.” Salwa dengan Tim sengih kambing gurun mari. Acab, Rais dan Aidan ambil port salam dengan Abang Am. Sorang-sorang kenalkan diri.
Masa Abang Am baru nak berjabat salam dengan Aidan tiba-tiba si mulut becok Salwa bersuara. “If you don’t mind, boleh tahu nama penuh Abang Am?”
Serius muka setebal tembok besar China. Mentang-mentang la dia orang kenalkan diri pakai nama penuh, cik senah sorang ni pun sibuk juga.
“Sure. Nama Abang Am kalau ikut passport Engku Irham Izdiyad.”
“Ooo…” Panjang je dia orang tarik harakat ‘O’ tu.
“And you are?” tanya Abang Am sambil pandang muka si suave.
Entah kenapa aku tengok muka dia hari ni nampak tegang. Senyum pun macam nak tak nak je. Ke…perasaan aku je sebab dah lama tak tengok muka dia tepat-tepat sejak memori lime tree di St. Stephen’s Park.
“Raja Aidan Dzakirin.”
Uhuk! What the fudge?! Masing-masing dah tercengang. Dari celah mana dia korek gelaran ‘Raja’ tu. Korek dari lombong bijih ke? Atau korek dari Kerajaan Langkasuka?
“I see. Nice meeting you all. Dapat juga Abang Am kenal kawan Nadine ya.” Abang Am kalih pandang muka aku balik. Aku tarik senyum tapi tak berapa nak menjadi sebab terperasan mata si suave yang asyik pandang aku.
Dia ni nak main pandang-pandang dah kenapa? Kut dia demam rindu sampai muka aku pun dia nampak macam girlfriend dia kut.
“Okay Abang Am, kita orang gerak dulu. Nice to meet you too.” Selamba Tim berkata, tapi mata tu asyik pandang dekat aku. Bibir pun sengih ada makna. Haih…kawan siapa la ni?
Lepas dia orang pergi, Abang Am duduk balik. Sambil tongkat dagu atas meja, dia pandang muka aku tepat. Eheh…there’s something he wants to know. Tapi aku buat selamba sambil minum sikit latte yang tinggal suam-suam kuku. Mata aku talakan ke arah luar.
“Care to explain, my cutie pie.”
Aku kalih pandang dia sambil jungkit kening. Cawan latte aku letakkan balik atas piring. “What do you want to know?”
Dia jungkit kening dua kali sambil senyum lebar. “Raja Aidan Dzakirin.”
Aku balas senyum sambil geleng kepala. “Dia kawan je. Housemate yang lagi dua orang budak lelaki tu.”
“Betul ke dia kawan Nadine je?”
“Kenapa pula Abang Am tanya macam tu?” Aku kerut dahi. Pelik dengan soalan Abang Am.
“Pandangan dia macam nak telan Abang Am hidup-hidup.”
Puahahaha! Ini sangat lawak okay. Aku gelak, tapi Abang tayang muka serius sambil bersandar balik dekat kerusi.
“Motif?” Terpaksa telan gelak dan tanya soalan macam tu. Abang Am masih tayang muka tak-lawak-pun.
“He likes you. That’s the only reason why he gave me a baleful look.”
Aku gelak kecil. Abang Am ni patah hati sampai jadi judgemental ke? Aku rasa memang pandangan Aidan macam tu pun. Cuma hari ni je aku tak nafikan pandangan dia tajam sikit berbanding hari biasa.
“You’re being ridiculous Abang Am. He has a girlfriend.”
Abang Am jungkit kening tinggi. Gaya macam terkejut plus tak percaya. Lepas tu tiba-tiba dia senyum pula.
“You’re so naïve, lady. A man can love more than a woman at the same time, you know.”
Ceh! Ayat berunsur poligami tu juga yang dia buat jadi modal. Aku buat muka serius.
“And I am not interested with another woman’s man.”
Dia senyum dan angguk. “He looks familiar. Macam pernah tengok sebelum ni tapi tak ingat dekat mana.”
Dekat ceruk mana pula Abang Am ni pernah jumpa dia? Mungkin pernah terserempak tengah jalan kut. Almaklumlah, masing-masing berada di perantauan dan kaki merantau.
“Maybe pernah jumpa la tu kut atau ada pelanduk dua serupa.”
Dia jungkit bahu. “I think so.”
Lepas tu aku terus pusing cerita pasal lain. Malas nak ungkit kisah si suave lagi walaupun dalam kepala ni laju fikir dari celah mana datangnya gelaran ‘Raja’ tu. Selama ni tak pernah dengar pun Rais atau Acab sebut. Nampak dari muka dia orang tadi pun macam terkejut juga. Ataupun…si suave ni sengaja nak tunjuk hebat depan Abang Am. Motif?
He likes you.
Argh…jangan nak merepek la! Pinggan tak retak, nasi tak dingin, orang tak nak, aku berjuta kali tak hingin!
“Nad….are you sure there’s nothing mushy-gushy between you and your Abang Am?” tanya Salwa masih kami bertiga tengah berjalan menyusuri St Andrew’s Street. Cuaca yang lembab dan suhu yang hampir mencecah lima darjah Celcius makin buat aku terasa sejuk. Pakai baju dua lapis pun masih tak cukup nak tampung tahap kesejukan kalau dah masuk bulan Disember macam ni.
Aku senyum sambil betulkan parka yang ditiup angin.. “Dia abang angkat aku jelah. Tak ada apa-apa pun.”
“Iya ke? Kita orang nampak kau rapat sangat dengan dia. Macam orang tengah bercinta.”
Mak aihh…statement Tim ni kalau Abang Am dengar mesti dia gelak habis. Tapi yang peliknya macam mana dia nampak aku dengan Abang Am gaya orang tengah ‘bercinta’?
“How long you’ve been there, um?”
Salwa dengan Tim berpandangan sekejap sebelum jawab soalan aku. “Long enough to see the ‘closeness’ between you and him.”
Uh? Macam tertinggal kereta api je aku ni.
“So korang dah lama la dah ada dekat situ?”
Tim angguk. “Bolehlah. Kita orang perasan bila Abang Am masuk café. Kita orang gelakkan dia waktu tu dan dia pula macam tengah cari someone.”
Aku jeling dia orang tajam. Bukan main gelakkan Abang Am aku. Tapi Salwa cepat-cepat sambung ayat Tim.
“Kau jangan salah faham. Kita orang gelakkan glasses dia je. Tapi bila dia duduk depan kau semua orang melopong kut. Tak sangka pula kau ada dekat situ dan orang yang dia cari tu pula rupanya kau.”
Panjang lebar Salwa bagi penerangan. Takut aku kecil hati la tu. Tapi tak dinafikan pun, gaya Abang Am kali ni bukan ‘mengancam’ tapi lain macam. Nasib rambut dia masih stylo lagi. Kalau dia buat gaya rambut Professor Frink aku jatuh kerusi dulu.
“Dulu dia tak macam tu. Aku pun terkejut juga tengok gaya baru dia ni.”
“Sayang la weyh. Bila dia bukak cermin mata rasa jantung aku nak gugur ke kaki dah. Handsome kut.” Salwa tayang muka miang keladi dan disambut dengan sengih kambing gurun dari Tim.
“Tak payahlah korang nak berangan. He’s taken.”
“Siapa? Kau?” Laju je Salwa bertanya. Nampak betul-betul berminat ni.
“Ceh! Kalau dia aku yang punya dah lama aku hempuk kau dengan payung ni.” Sengaja aku hayunkan sikit payung yang aku pegang dekat dia orang. Baru ada akal sikit. Malangnya tak ada kesan pun aku buat macam tu. Lagi gedik ada la.
“Alaaa….melepas!”
Haila…kalau mak-mak dengar ni mahu kena cubit sekor-sekor. Bukan main gatal lagi. Tahap wajib kahwin dah ni.
“Tapi kau perasan tak Salwa, muka Aidan tegang je masa kat café. Macam ada yang tak kena. Dia pun tak banyak cakap hari tu. Angguk bila perlu, senyum bila terasa nak buat macam tu.”
Haaa…yang ni antena telinga aku laju je terpacak naik. Walaupun akal dah buang dia dalam senarai calon, tapi hati masih gedik nak ambil tahu.
“Aku perasan juga. Mungkin dia stres kut ada test.”
“Nama dia memang ada gelaran ‘Raja’ ke dekat depan?”
Salwa dengan Tim terus kalih pandang muka aku. Masing-masing tayang muka clueless.
“Entah. Aku tak pernah dengar pun Acab atau Rais sebut pasal tu. Mungkin dia sengaja tambah kut,” jawab Salwa. Tim hanya angguk mengiyakan.
“Motif?” tanya aku.
Dua-dua jungkit bahu tanda tak tahu. Lepas tu masing-masing senyap meneruskan langkah kaki. Mata aku pula terus melekat kat Butlers Chocolate Café. Hmm…kalau dapat pekena hot chocolate tengah sejuk macam ni mesti terangkat kut. Belum sempat nak menyuarakan hasrat hati tiba-tiba Tim cantas dulu.
Kau dengan Aidan macam mana, Nad? Aku nampak kau macam nak larikan diri je dari dia.”
Putus selera!
“Tak adalah. Aku busy dia pun busy.”
“Kau pasti sebab tu je?” tanya Salwa pula. Haila…dia orang ni nak jadi kapal korek agaknya. Asyik nak ‘mengorek’ je kerjanya. Mungkin bila aku cakap, ‘Ya, aku frust sebab dia dah ada girlfriend’ kut baru dia orang puas hati.
“101 percent sure.”
Keep my fingers crossed in my pocket. Hah! Bukan dia orang tahu pun. Tapi…Dia yang dekat atas sana tahu, Cik Nadine Saffiyah. Uhuk!
“Are you okay?” Tim tanya dengan penuh prihatin.
“Okay. Aku sejuk je.” Aku gosok kedua-dua tapak tangan. Nasib boleh cover sebab konon cuaca sejuk. Dia orang pun tahu aku tak berapa nak sihat beberapa hari lepas. Kalau tak, kantoi menipu.
“Nad, agak-agak kalau terjumpa Aidan kau akan lari tak?”
Kenapa pula si Tim ni tanya soalan pelik. Sengaja nak perangkap aku ke apa?
“Tak! Dia bukan wolf sampai aku nak kena lari bagai.” Yakin je jawab padahal kalau ikutkan hati memang aku akan larikan diri. Tak sanggup nak berdepan dengan dia. Takut tertunjuk pula perasaan sebenar. Malu wei!
“Then prove it!” Salwa terus muncungkan mulut ke arah seorang lelaki yang betul-betul berdiri depan kedai BLVD.
Darn! Celah mana lagi aku nak lari ni?! Jalan nak balik rumah memang jalan ni je yang paling dekat. Takkan aku nak patah balik kut. Nak tak nak terpaksa juga aku gagahkan kaki melangkah ke arah dia. Minah dua orang ni dah lama jadi betrayer. Laju je pergi tegur dia.
“Hai Aidan. Kau buat apa dekat sini?”
Dia senyum tapi mata bukan pandang Tim. Main curi pandang dekat aku gaya macam aku yang bertanya. “Saja survey ski poles.”
“Kau sorang je ke?” soal Salwa pula.
“Yup.”
Aidan angguk sambil betulkan muffler yang digantung dekat leher. Aku hanya perhatikan dia tanpa bersuara. Lepas dekat dua bulan lebih tak jumpa, dia nampak kurus sikit. Facial hair pun makin kemas ditrimmed pendek. Makin hot aku tengok walaupun cuaca cold sangat. Ceh! Tak ada kaitan ya Cik Nadine Saffiyah.
“Korang dari mana ni?”
“Guineys. Beli barang sikit.” Salwa tunjuk bag yang dia bawa.
“Can we talk, privately?” Tiba-tiba Aidan ajukan soalan macam tu dekat aku. Tim dengan Salwa berpandangan.
“Okaylah Aidan. Kita orang balik dulu. Nanti kau hantar Nad balik dengan selamat ya.” Pesan Salwa. Bila Aidan senyum terus dia orang angkat kaki. Tak sempat aku nak cakap apa dah blah. Hampeh punya kawan.
“Nak cakap pasal apa ni?” Aku langsung tak pandang muka dia. Pandangan mata aku arahkan pada orang yang lalu lalang di kawasan sekitar.
“Jom minum kejap dekat Metro.” Ajak dia. Aku terus geleng kepala.
“Thanks, but no thanks. Nak balik cepat.” Suara kejung. Aku rasa tak selesa nak bercakap dengan dia sebab aku dapat rasakan panahan mata dia macam nak tembus pandang aku.
“You’ve been avoiding me, Fi.”
Uh?! Dia terasa ke? Perlahan-lahan aku angkat muka pandang dia.
“Am I?” Gaya konon innocent.
“Yes, you are. Please don’t argue with me.” Muka serius gaya macam nak telan aku je.
Aku tarik nafas dalam. “I’ve been busy lately.”
Dia gelak kecil sambil seluk tangan dalam poket coat. “Lame. Just straight to the point, Fi. Have I done something wrong?”
You’ve done nothing, Aidan. It’s just my heart who did the wrong things.
“What are you talking about? Jangan nak merepek la Aidan.”
Sengaja aku pusingkan statement dia ke arah lain. Tak boleh tunjuk sangat.
“Okay, fine. Kalau tak nak cakap tak apa. But please don’t ignore me. If I’ve done something to offend you or hurt you, i’m sorry.”
Bersungguh dia merayu, dan hati pun makin layu. Aduhai…kebalkanlah hatimu ini wahai Cik Nadine Saffiyah. Sila skru ketat-ketat dekat kepala yang dia BUKAN untukmu.
“You did nothing wrong. Tak perlu nak say sorry.”
Dia pandang aku tepat sebelum tarik nafas kasar. Pandanglah muka aku puas-puas, tapi nama aku nak buat pengakuan berani mati kirim salam adios.
“Who’s that guy to you? Is he your boyfriend?”
What?! Susah aku nak percaya soalan tu yang akan keluar dari mulut dia. Pandangan mata aku sekarang tepat melawan pandangan mata dia. Ulat beluncas mula bertukar jadi rama-rama dalam perut.
“Kenapa nak tahu?”
Do you expecting something, Fi? Auuw…shut up! He just randomly asked you. Aku menanti jawapan dia penuh sabar walaupun hati dengan otak saling bertelagah. Oh please don’t do this to me. Boleh sakit mental ni oiii…
Dia pandang aku. Macam nak buka mulut tapi macam terhalang. Dan bila dia bersuara…
“You’re my friend, Fi. I...I...”
Semput rasanya nak tunggu dia habis cakap. Aku hanya jungkit kening walaupun sebenarnya tahap kesabaran aku makin menipis.
“I care about my friends.” Senafas dia sudahkan ayat. Dan rama-rama yang mula belajar nak terbang tiba-tiba kena tembak dengan senapang gajah. Mati berguguran satu-persatu.
Ha.ha.ha! Rasa macam nak gelak satu-satu je depan muka dia. Biar dia tahu dia pembunuh kepada rama-rama aku.
“No need Aidan. Just mind your own business.”
Lain di hati, tapi lain yang keluar di mulut. Tak sampai hati nak lukakan hati orang lain kerana kesalahan sendiri. Dugaan hidup seorang remaja yang nak menginjak ke alam dewasa tak pernah terlepas dari perasaan cinta. Ingin dikasihi, ingin disayangi, namun tak semestinya untuk dimiliki.
‘Sesungguhnya cinta itu bukan datang dari tatapan mata, namun dari mata hati. Andai cinta itu datang dari tatapan mata, maka ia adalah cinta duniawi yang disulami dengan perbuatan yang sia-sia, namun andai ia datang dari mata hati melalui landasan yang suci maka itulah cinta sejati yang kekal abadi.’
Terngiang-ngiang kata-kata Kak Sarah ketika berusrah bersama. Satu ‘ventilation’, diterima dan diberikan dapat menyatukan hati-hati kami dan mewujudkan persefahaman fikrah waktu tu. Dan sekarang bila aku berada di situasi itu, semua nasihat yang diberi bagai terimbas kembali di kepala.
Ya, cinta dan remaja takkan terpisah walau setinggi mana benteng yang dibina. Hanya kekuatan iman dapat membezakan erti cinta duniawi dan cinta hakiki.
“You’re not answering my question, Fi.”
Bagai tersedar dari lena yang panjang. Aku bangkit lalu aku tanam satu-persatu rama-rama yang mati berguguran itu. Biarlah ia terkubur dan satu hari nanti aku pasti akan ada seseorang yang mampu menghidupkan kembali ‘ulat beluncas’ aku.
“Aidan, thank you for caring about me. I know your good intentions, but not everyone’s entirely comfortable with your extra attentions.”
Phew…lega! Terluah juga ayat yang berlapis-lapis aku lapik dengan talam. Harap tak terlepas keluar ‘isi’ yang di dalam talam tu.
“Do you?” Dia kecilkan mata. Haila…dugaan mata, dugaan hati. Silalah pergi, jangan kembali.
“What are you trying to prove?” Soalan dia berjaya aku tepis dan riak muka dia terus berubah. Pandangan mata dia alihkan ke arah jalan.
“I...I don’t know. It’s just that…I really care about you, I hate to know the facts that you’re trying to avoid me. I feel like I’ve done something terribly wrong to you. I don’t know how should I say about this but it’s…oh man!”
Dia terus tarik beanie atas kepala dengan kasar dan raup muka dengan tapak tangan. Muka nampak kusut sangat. Aku pun naik kusut tengok dia. Entah apa yang dia nak cakap sebenarnya pun aku tak faham. Tiba-tiba dia pandang muka aku balik. Tepat dan menyengat.
“The truth is…” Jeda. Aku terus menanti.
“I feel like you’re some kind of magnetic force which I can never resist.”
Uhuk!
Dan bila bakal engineer mengeluarkan teori electromagnetism, bakal dokor hanya mampu terkebil-kebil sambil pandang muka bakal engineer yang tersalah determine poles.
“Fi, are you okay? Say something please…”
Dia tunduk sikit sambil petik jari depan mata aku. Mata bertentang mata. Satu saat…dua saat…
“Snow.”
“What?” Muka pelik plus blur dia tayang.
“It’s snowing.”
Dia terus mendongak sambil tadah tapak tangan. Bibir yang nampak ketat tadi perlahan-lahan mengukir senyuman. Dan tanpa sedar aku juga tersenyum.
Dear Aidan, I may not be some kind of magnetic materials with friggin’ attractions, but I may be some kind of ventilator that always supports humans breathing.
Salam, auu. Sweet. Suka sangat. Tapi sedih dgn keadaan Abg Am. Nk tnya, Aidan tu betul ka ada gf? Geram betul. Ini kesa nak permainkn hati Nad ke apa?
ReplyDeleteOne more, Kak Amal yg disebut oleh Nad tu, Amal dlm KLI ke?
ReplyDeleteyup, she is :)
DeleteWahh awesome lah. Magnetic material vs ventilator . Which one do you prefer? Update cepat eh sis :) ♥
ReplyDelete-fz-
best sgt....sweet la aidan ni...menggunakan engineering jargon dlm kehidupan....hehehe
ReplyDeleteAidan.... kalau da ada gf jgn la usha Nad. Kesian Nad.... Kene control dier punya feeling kt awak tu.....
ReplyDeletebessssssss...thumps up..cepat2 smbg cik writer
ReplyDeleteHomaiiii.... rupanya nama aida ade Raja ke kat depan? Yg Irham ni mst sblm amal kawen ngn haicarl en
ReplyDeleteLove your writing..sweet wirds from aidan n nadine
ReplyDelete