Followers

Saturday, 1 March 2014

Bab 1: Bernafas Tanpamu

Teman sejati harus dicari, bukan menunggu datang bergolek di kaki.

Life Goals:
1)       Be a good muslim girl
2)      Make my parents proud
3)      Send my parents for hajj
4)     Complete my degree with first class honours
5)      Be a good doctor
6)     Travel around Eroupe in 30 days –backpacking (yahooo!!!)
7)      Looking for a gentleman-imam who graduated from al-Azhar and can guide me to Jannah (calon suami pilihan ^_^).
8)     A gentleman who can speaks French, Arabic and Spanish. (sexy :P)
9)      A gentleman who can cooks well (macho weh >_<)
10)   A gentleman without face hair (euww....geli kot!)
11)    A gentleman who do not smoke (Wajib!!!)

Done! Eheh…feeling hiper tiba-tiba. Sambil tutup pen Bic, mata berlari baca tulisan sendiri. Dah puas hati, baru tampal ‘senarai harapan’ tu dekat board meja study. Huh…ambil semangat. Sambil peluk tubuh, pandang board dan sengih panjang.

Wow… wish list! Valid sampai bila ni?”

Haih…ada je yang nak menyibuk. Baru tampal post-it note dah kena tegur. Belum buat poster tahap A1 lekat kat dinding lagi ni.

“There’s no expired date. Valid sepanjang zaman.”

“Hoho…what’s that? Wish list? Whoaaa….”

Aku terus ketap bibir sambil pejam mata. Ada je suara Cik Wa kepoh ni. Kalau aku hempuk sorang-sorang agak-agak aci tak?

“Salah ke?” Aku tunjuk ke arah post-it note berwarna kuning yang baru aku tampal dekat board bilik.

Kawan-kawan seangkatan jungkit kening sambil peluk tubuh. “Tak salah tapi….pelik.”

Sorang tongkat dagu, sorang lagi peluk tubuh. Gaya Socrates tengah berfikir.

“Apa yang pelik?” Muka bengang tahap nak hempuk sorang-sorang.

Tim jalan ke arah board. Laju je dia tarik balik post-it note yang baru aku tampal sebelum ambil tempat sebelah Salwa. Dia mula baca apa yang aku tulis.

“Yang atas tu no problem. Let’s jump to number six. Travel around Europe in 30 days macam…gila banyak duit!”

Aku senyum sambil duduk dekat kerusi meja study. Pandang dia orang yang masing-masing tengah bersila atas katil aku.

“Nama pun wishlist. Kalau dapat semua kira Alhamdulillah. Kalau tak, dapat separuh pun jadilah.”
Salwa dengan Tim berpandangan sebelum sengih. Haa…petanda baik!

 “Aku on! Let’s travel waktu winter break, tak pun masa summer break.” Bukan main bersemangat Tim. Gaya macam dia penggubal wish list aku.

“Tapi sempat ke weh? 30 days direct,” soal Salwa ragu-ragu.

“Tak apa. Kalau tak sempat, next break kan ada lagi.” Aku senyum sambil jungkit kening dua kali.
Terbaekk!” Dua-dua angkat ibu jari. Yes! Plan untuk travel dah nampak bunga-bunga nak menjadi. Rakan seangkatan dah bagi green light.

 “Next… Looking for a gentleman-imam who graduated from al-Azhar and can guide me to Jannah (calon suami pilihan). Wow…kau biar betul Nad?”

“Apa pula yang tak betulnya?” Aku pandang muka Salwa sambil peluk tubuh.

Tim senyum senget sambil geleng kepala. Salwa bantai gelak tak hengat.

“Hai…Kau mimpi apa ni, Nad? Mana nak dapat stok laki graduated from al-Azhar kalau kau terperosok kat Dublin ni.”

Cis! Memperlekehkan hasrat hati aku nampaknya ni.

Who knows we might bump into each other. Dari mata terus turun ke hati.”

Sengih. Terbayang kalaulah benda tu berlaku. Alangkah indahnya duniaku..hurmm…

“Haaa…yelah. Lepas tu terus jatuh ke kaki.”

Krak…krak…Retak!

“Lalu tersepak dan tenggelam di River Liffey.”

Pecah berderai terus angan-angan aku. Cis!

“Korang kalau tak ranapkan impian aku memang tak sahkan?”

Pandangan penuh sinis lagi tajam aku hadiahkan. Angin kus-kus satu badan. Sengih memanjang kedua-dua hamba Allah di depan.

“Years of Disney videos were hard to combat…tsk…tsk....” Salwa dengan Tim serentak geleng kepala.

“Hidup adalah sebuah realiti. Jangan biarkan ia didominasi dengan fantasi.”

Aku cebik. Mulalah falsafah kutip sampah gaya Cik Tim. Cara cakap macam la dia orang tu tak pernah ada khayalan ala-ala Jane Austen.

Stop being ridicule. Ini wish list aku, so suka hati, limpa, jantung, otak aku la nak letak apa pun. Angan-angan tu tak perlu bayar, okay. Lagipun, Kak Mila pesan, kalau nak cari calon suami, tak salah kalau kita berangan-angan. Asalkan benda baik.”

Bila tengok aku dah mula hangin semacam baru nak cool down. Mata masing-masing terus tunduk pandang wish list aku yang penuh angan-angan itu.

“A gentleman who can speaks French, Arabic and Spanish. Sexy?”

“Hahaha….I’ve to admit that. Sangat awesome beb. I like their accent very much especially when they speak Spanish.”

Salwa dah mula gelak gaya mak tiri dengan muka teruja terlebih hiper.

No! I prefer French. Lagi cool and romantic.” Tim sengih. Tayang gigi Sensodyne.

“Vous êtes très belle, mademoiselle. Auwww…”

Salwa terus ajuk cara Jacques bercakap, businessman berasal dari Troyes yang selalu lepak dekat Costa. Tak tahu kenapa, asal kita orang lepak je mesti bertembung dengan dia. Very friendly French gentleman is what I can say. Six feet two, late twenties, smoldering good looks plus striking grey eyes and good-natured grin, siapa tak akan kalih tengok dua kali? Sebab tu semua pakat gatal mengusha.

Mungkin dia perasan minah bertiga yang cuba control diva tapi sibuk curi tengok, tanpa diduga suatu hari dia datang tegur. Dari soalan sebasic nama dan asal, terus boleh jadi kawan ‘kedai kopi’. Bila datang Dublin, mesti dia cari aku dan minah dua orang ni.

I am sooo…melting. Haila…” Salwa letak tangan atas dada. Muka tak payah cakap la. Tangkap lentok meleleh.

Lepas tu dua-dua gelak mengilai. Hah! Inilah orang tua-tua kata mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Sekarang siapa yang gedik melebih? Siapa yang terlebih tengok Disney videos?

“Jangan nak perasan cantik la. Jacques cakap cantik tu dekat aku. Bukan korang.”

Salwa julingkan mata ke atas. Tim buat gaya orang nak termuntah. Jealous dengan aku la tu. Muahaha…

Whatever! Tapi aku prefer Spanish la Tim. They sounds hot and ulalala….it can make you undress in a flash.”

Tu diaaaa…..imaginasi overbroad tak ada pakai filter langsung. Lagi teruk dari aku punya imaginasi. Brrr…seram!

If the person can speak a good educated sounding Spanish, then I agree with you. If they have like a vulgar accent or something ill-mannered then, hell no! Tak seksi langsung.”

Salwa geleng kepala. Tim angguk tanda setuju.

Haila…dia orang ni. Bercakap pasal accent pun boleh terkait pasal vulgar. Sebab tu kita yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa utama kena cakap bahasa Malaysia dengan manis dan elok supaya orang luar pun akan cakap bahasa kita bahasa yang seksi. Asalkan cakap dengan cara yang decent mesti nampak sexy and hot. Tak perlu pun pakaian branded atau yang menyeksakan mata. Seksi dengan kelas tersendiri.

“A person who can speaks Arabic and Malay Language is sexy as well. Jangan lupa tu.” Tambah aku.

Then, why didn’t you include bahasa Malaysia as one of the sexy languages?”  Sebelah kening Salwa terjungkit. Gaya mencabar.

Well, that wish list refers to a gentleman who can speak foreign languages and for sure he’s a Malay. Otherwise, baik aku pergi cari calon Caucasian ke, Eurasian ke or Romanian. Baru aku masukkan bahasa Malaysia sekali. For me, bahasa Malaysia remains as the sexiest languages if the person speaks in a gentleman ways.”

“Wowww!!! Kau agak-agak ada tak gentleman macam tu wujud lagi?”

Tim jungkit kening dua kali sambil ketap bibir. Aku tarik senyum meleret.

I believe he still exists and I will dig it out till my last sweats.” Dengan bangga aku berkata.

Salwa terus tepuk tangan. Gaya macam aku baru buat speech lepas dapat award untuk best student. Tak lama lepas tu Tim ikut sekali.

“I hope you’ll find what you’re looking for,” kata Salwa sambil kenyit mata.

Aku senyum sambil angguk. “Thanks besties.”

“Let’s have a group hug,” ajak Tim.

Kita orang terus peluk bertiga sambil rapatkan dahi. Salah satu cara mengeratkan hubungan. Hugging is physically affectionate behaviors between humans. As we received hugs, oxytocin which also known as ‘cuddle hormone’ goes coursing through our bodies and that will makes us feel closer to one another and long-term bonding ensues. Dan atas sebab itu, aku dan sahabat sehati sejiwa ni pilih peluk dari berjabat tangan.

“Tapi aku rasa Spanish lagi seksi la, Tim.” Tiba-tiba Salwa cakap macam tu lepas leraikan pelukan. Tim geleng kepala.

“French lagi seksi la weyh.”

Masing-masing tak nak kalah rupanya. Aku terus jalan ke arah laptop yang terpasang dekat meja study. Laju je tangan aku klik Youtube. Tim dengan Salwa masih berdebat mempertahankan pendirian masing-masing.

Tak lama lepas tu lagu ‘La Camisa Negra’ bergema memenuhi ruang bilik.

“Arriba! Andale! Andale!” Aku terus tarik tangan dia orang yang masih terpinga-pinga.

“Jom kita tengok siapa lagi seksi.”

Blur, tapi bila tengok aku dah shake my booty like Shakira, terus dia orang join sambil mulut mula riuh ikut lirik lagu.

Tengo la camisa negra
Hoy mi amor está de luto
Hoy tengo en el alma una pena
Y es por culpa de tu embrujo

Selesai lagu Spanish, lagu French pula berganti. Sengaja aku tukar bahasa pula. Kalau tadi shake it like a salsa dancer, sekarang shake it like a diva. Masing-masing menari macam bilik aku ni dah bertukar jadi dance floor dengan mulut riuh ikut lirik. Masing-masing hebat macam bertih jagung kalau menyanyi lagu asing.

Elle me dit
Ne t'enferme pas dans ta chambre
Vas-y, secoue-toi et danse
Dis-moi c'est quoi ton problème

 Yeah…this is great! Hilang stress aku. Nad next song pleaseeee?”

Aku gelak. Salwa dengan Tim asyik masyuk goyang punggung gaya ostrich cross over dengan android dalam planet of the apes. Aku layankan aje kerenah dia orang. Lagu Arab pula berganti kali ni.

Shoft be enya habebe m’ak
Eldonua dya we ‘adny hawak
Enta elly kont ana batmanaa

This is fun! Dah lama tak gelek macam ni.”

Selesai gelek ala Belly dancer akhirnya tiga-tiga terlentang atas lantai. Kepala masing-masing bertemu dengan dada yang masih berombak. Siapa kata menari tu tak penat aku bagi takbik spring. Gila malam-malam buta buat bilik yang sederhana ni ala dance floor. Habis bantal bersepah sana-sini.

Buku anatomi entah terbang ke mana, wish list aku nasib Tim sempat tampal balik, modules hilang entah ke mana.

“Tahu tak apa. Serius aku rasa semua stres hilang,” kata Tim sambil tarik nafas dalam. Aku gelak kecil.

 “Tapi kita tertinggal satu bahasa lagi la beb,” komen aku sambil lipat lutut ke atas.

“Bahasa Malaysia!” Jawab Salwa laju.

Don’t worry. Aku nyanyi. Aaa…satu, dua, tiga, testing..” Dan selamba Tim mula menyanyi.

Selama ini ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini padaMu Ilahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui…


Aku tarik senyum lebar. Ya, aku bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat sejati di bumi Shamrock ini. Perjuangan yang bermula di IB sampai sekarang masih bertahan dan semakin mekar dari ke hari ke hari. Alhamdulillah.

5 comments :

  1. Nampak santai sikit dr yg lame. Paling xnenahan tang aidan ckp ade bau2 ketiak tu. Memang tgelak tkekek2... kalo yg lane dulu byk sedey. Yg baru byk gelak.

    ReplyDelete
  2. Best...dpt tahu cemane dorg kenal....hehe

    ReplyDelete
  3. wahh best la ...xsbr tggu bab 2

    ReplyDelete
  4. Interesting..akak baru mula baca ni..

    ReplyDelete