“What would you do when someone you care so
much trying to avoid you?”
Huh?! Perli ke apa ni?
“Nothing. Buat tak tahu jelah.”
Oh…iyake, Fi? Betul ke kau boleh buat derk
muka sardin?
Dia gelak kecil sambil geleng kepala.
“Hanya orang tak ada perasaan je buat macam tu. Don’t you think so?”
Macam
cari pasal je? Lepas tengok salji mood makin jadi beku pula.
“No.
Dia bukan tak ada perasaan tapi cuma memberi ruang untuk menilai sejauh mana
orang tu ‘care’ sangat dengan dia.”
Statement
tak boleh blah! Gaya macam nak gali lubang kubur sendiri je Fi. Dia tak cakap
apa-apa, tapi serius pandang muka aku.
“Mungkin
Aidan tak cukup caring kut. Sebab tu semua orang nak jauhkan diri dari
Aidan.”
Aikk…sentap
ke? Lain macam je ayat. Ada orang lain selain aku ke yang dia ‘care’
sampai boleh keluar statement ala-ala merajuk-nak-minta-pujuk tu?
Dia
tarik nafas kasar sebelum buang pandang ke arah jalan raya. Subhanallah! Cantik
sekali pemandangan ketulan ais yang dah bertukar jadi hujan turun. Masih boleh
dilihat dari cermin kaca café ni. Sekejapan masing-masing ralit berada dalam
dunia sendiri.
“Fi…I
know you’re ignoring me, but at least have the decency to tell me why. Let me
know my fault.”
Aku
terus pusingkan kepala pandang muka dia. Lain macam dah bunyi soalan walaupun
soalan tu dia ulang balik. Hadoyai…Macam mana aku nak cakap kalau sebenarnya
‘salah’ tu bukan salah dia?
“Stop
asking that question, Aidan. Fi dah jawab kan tadi.”
Aku
pandang dia tepat. Hot chocolate di depan yang pada mulanya nampak yummylicious
terus jadi hambar.
“You’re
not answering my question, Fi. Deep inside I know you’re hiding something from
me, aren’t you?”
Tak
ada lagi senyuman yang selalu dia sedekahkan. Hari ni muka ketat yang dia
tayang. Gaya polis pencen tengah siasat aku sekarang ni. I hate being forced
to do something I don’t want to do. Karang tak pasal-pasal ada juga yang
‘meletup’ dekat sini.
“Fine!
If I’m hiding something, it means I don’t want to share it with anyone
including you Mr. Aidan.”
Especially
you, Mr. Aidan. Itulah yang aku nak cakap sebenarnya. Tapi belum tergamak
lagi nak cakap macam tu. Bagai meletak leher dekat tempat pancung pula nanti.
Mesti lagi banyak soalan yang dia akan tanya.
“I
want to know the truth, Fi. I’m sick being push away without any concrete
reasons.”
Muka
makin tegang. Suara pun dah tinggi sikit. Dan hati pun mula terasa macam kena
tabur dengan lada sulah dan disiram air limau.
“What
is your problem, actually? Siapa push siapa?”
Mata
bertentang mata. Dia terus bersandar dekat kerusi sambil peluk tubuh. Walaupun
suhu dekat luar makin dingin tapi masih tak mampu nak sejukkan hati yang mula
menghangat.
“I
don’t know Nadine Saffiyah can be so manipulative.”
Sarkastik
gila gaya macam nak kena lastik je dia ni. Siapa yang manipulate siapa
sekarang ni? Dan kenapa dia pula nak bengang dengan aku?
“Encik
Aidan, suka hati saya nak pedulikan awak atau tidak. Dengan alasan apa, itu awak
tak perlu tahu. Sometimes silence is better rather than saying meaningless
words.”
Air
muka dia terus berubah.
“Am
I annoying you?”
Erk?!
Okay, dia dah terasa. Nak tak nak perlahan-lahan aku geleng kepala.
Dia
senyum tapi nampak sinis. Aku tunduk pandang jemari sendiri. Masing-masing
terdiam lepas tu.
“Do
you wanna know something?”Aku angkat muka pandang dia balik. Dia balas
pandangan aku. Tapi aku tak jawab apa-apa.
Dia
tarik nafas berat. “Being ignored is the worse than being hated. At least
when they hate you, they treat you like you exist!”
“Nad!
Kau dengar tak apa yang kita orang cakap ni?”
Tiba-tiba
suara Salwa bingit kedengaran dekat telinga. Bila aku angkat muka ada empat pasang
mata yang turut sama memandang. Hailaa….jauh betul kau berangan kan Fi.
“Sorry,
kau cakap apa tadi?” Aku pandang muka Salwa yang jelas tayang muka tak puas
hati.
“What
happened to you? Sejak seminggu ni lain macam je aku tengok. Kenapa?”
Nampak
sangat ke?! Inilah masalahnya kalau tak pandai cover, asyik
terfikir-fikir je cara dia tinggalkan aku dekat café hari tu. Tak pasal-pasal
rasa bersalah makin mencengkam diri. Padahal kalau nak ikutkan bukan salah aku
pun. Dia yang sibuk sangat nak tahu pasal aku dah kenapa?
“Nad
ooo…Nad!”
Aku
kalih pandang muka Tim. Tarik sengih yang tak berapa nak menjadi bila tahu
topik perbualan berkisar pasal diri.
“Kau
ni sebijik macam Aidan. Termenung sana, termenung sini. Kena panggil dua tiga
kali baru nak menyahut,” sampuk Rais.
Hah…sudah!
Kisah si suave tu pula dia orang bangkitkan. Sejak dia tinggalkan aku dekat
café macam tu je hari tu aku langsung tak nampak muka dia lagi. Merajuk ke?
“Dah
kenapa pula dengan Aidan? Dia ada masalah ke?” tanya Salwa.
Acab
dengan Rais berpandangan. “Maybe. Aku tak pasti tapi kalau tengok muka
dia, boleh putus selera nak makan.”
Rais
terus pandang Acab. “Iya ke putus selera? Aku tengok laju kau melantak dua
bungkus Maggie si Aidan. Nasib si Aidan tu tak berkira.”
Acab
sengih sambil garu belakang kepala. Kantoi! Salwa terus jeling dia tajam.
“Eheh…dah
aku lapar, apa yang ada bedal jelah. Dia pun bagi green light tak cakap
apa.”
“Cukup
sudah. Berbalik pada Aidan, korang tak ajak ke dia join sekali?” tanya Tim.
Semua
mata pandang Rais. “Mahu tak ajak. Tapi dia tak reply pula mesej aku.”
Entah
kenapa aku pula rasa tak ada selera tengok prawn yakisoba depan aku ni.
Macam rasa something wrong somewhere bila dengar macam tu. Agaknya
inilah rasanya bila di‘ignore’kan oleh orang yang kita ‘care’.
“Dah
lama ke dia buat perangai macam ni?” Tiba-tiba terkeluar soalan tu. Soalan
separuh sedar namanya. Semua mata pandang ke arah aku, terutamanya budak berdua
merangkap teman serumah.
“He’s
quite weird lately. Ada juga kita orang tanya tapi dia cakap tak ada apa.
Tak tahulah apa masalah dia. Sekali pandang macam orang frust pun ada,”
jawab Acab.
Frust?
Takkan setakat kena ignore pun nak frust bagai? Eleh…Fi, kau pun dua
kali lima juga. Terasa juga kan bila dia tinggalkan kau hari tu. Ooo…shut
up!
“Kau
last jumpa Aidan hari tu macam mana? Dia okay ke tak waktu tu?”
Tiba-tiba rasa nak tercekik dengar soalan Tim.
“Err…okay
je.”
Aci
tak kalau tipu sunat? Heh…tipu sunat tu tetap menipu namanya Cik Nadine
Saffiyah oii. Kering tekak kejap.
Dari
elor mata aku nampak Tim dengan Salwa dah pandang aku semacam. Gaya macam dia
orang dah terhidu bau ‘hangit’ antara aku dengan Aidan. Cepat-cepat aku tunduk
balik sambil kuis yakisoba dengan chopstick.
“Weyh…kau
perasan tak dia sejak akhir-akhir ni dah kurang Skype.”
Aku
terus angkat kepala balik. Rasa menarik dan tertarik dengar statement
Rais. Acab angguk. Sebelum tu sempat juga dia sumbat smoked salmon dalam
mulut. Haih…kalau dah dasar kaki makan tu memang kaki makan juga.
“Perasan
tapi lantak dialah. Aku tengok bukan main tekun dia menghadap Autocad. Malas
nak kacau sangat.”
Ceh!
Tak menarik. Aku tunduk balik menghadap rezeki di depan mata. Sejuk-sejuk macam
ni dapat makan Asian Cuisine sesekali memang epik. Kalau ada orang
sanggup belanja lagi epic heaven.
“Jadi
tak nak pergi Wicklow winter break ni?”
Topik
perbualan mula berubah ke arah percutian yang ditunggu-tunggu. Tapi lepas apa
yang dah jadi antara aku dengan Aidan, hati tiba-tiba dah jadi tawar. Kalau
pergi nanti mesti ada dia. Dan bila ada dia mesti akan jadi pelik. Percutian
yang sepatutnya menenangkan jiwa terus jadi gundah-gulana.
“On!” Bersekutu bertambah mutu dah kawan-kawan
aku ni. Semuanya tersengih lebar bila Salwa bangkitkan hal cuti ni.
“Nad,
kau tak jawab pun.”
Tim
tiba-tiba pandang aku. Nampaknya ada juga hamba Allah yang perasan.
“Insyaa
Allah… aku tak ikut kut.” Senada sambil kepit udang dengan chopstick.
“Why?”
Udang
yang elok terkepit terus terjatuh balik dalam kotak. Dari bau perfume
aku tahu dia dah ambil tempat depan aku. Tangan Tim dekat bawah terus cuit peha
aku. Nak tak nak terpaksa angkat kepala.
“Oh…hai
Aidan.” Tarik senyum plastik dan terus senyuman aku mati.
Eh…kenapa
dia nampak tua sepuluh tahun lagi? Padahal aku tak jumpa dia baru seminggu.
“Why,
Fi? You’ve agreed before.”
“But
I already changed my mind.” Selamba sambil tayang muka tak bersalah. Heh…Dah
memang aku tak buat salah pun, buat apa nak tayang muka bersalah pula kan.
Suasana
terus jadi senyap-sunyi. Tak ada seorang pun yang bersuara bila keadaan aku
dengan Aidan makin tegang. Serius si suave (err…tak sesuai dah kut
gelaran tu) tengah tayang muka ketat. Dia langsung tak cakap apa-apa, cuma
pandangan mata je macam silent killer.
“Eheh…err…tak
bestlah Nad kalau kau tak ikut. Kita kan dah rancang nak jalan sama-sama.” Tim
cuba menyelamatkan keadaan walaupun keadaan terang lagi bersuluh tak selamat
untuk buat aku duduk lagi lama dekat situ. Pembunuh dalam senyap semakin
menakutkan aku.
“Our
trip may not be going the way we planned it, but it’s going exactly the way God
planned it, okay.”
Serentak
aku terus bangun, capai beg sandang dan payung. Masing-masing terpinga-pinga
kecuali si singa yang berjambang dan bermisai. Sebijik macam Tok Lebai dekat
kampung aku.
“I’ve
gotta go. See you later at home.” Dan aku terus angkat kaki tinggalkan dia
orang macam tu je walaupun masing-masing blur. Mulut Salwa yang selalu macam murai
tercabut ekor pun boleh tak terkata apa.
Sebaik
keluar dari CHQ Building barulah aku boleh tarik nafas lega. Oksigen! Sungguh
aku memerlukanmu. Rasa macam susah nak bernafas bila bertentang mata dengan si
pembunuh rama-rama. Detak jantung terus jadi abnormal. Entah sebab rasa
bersalah atau dia adalah pembunuh ‘rama-rama’ pun aku tak pasti. Cuma yang aku
tahu, seram!
Haila…bila
dah keluar rasa menyesal pula bila angin sejuk dan hujan renyai-renyai cuba nak
‘bertegur-sapa’ dengan aku yang sememangnya tak berapa nak kalis sejuk. Brrr…baik
cepat balik rumah sebelum aku ‘diapa-apakan’ oleh suhu yang dingin ni. Bumi Eire
ni tengah winter pun boleh hujan dan snowfall yang turun dalam
bulan November memang jarang. Sebab tu masing-masing boleh jakun, senyum
dan tak perlu kata apa-apa hari tu.
Aku
buka payung dan terus melintas jalan bila lampu hijau. Tapi elok je aku nak
melalui Sean O’ Casey Bridge, tiba-tiba terasa bahu dipegang dari belakang.
Automatik aku pusing dan mata terus membulat pandang orang yang berdiri depan
aku dengan hoddie jacket yang dah basah.
“Running
away won’t solve anything.”
Dia
seluk tangan dalam poket jacket sambil tunduk pandang aku tepat. Makin seram
rasanya bila tengok kepala dia bertutup dengan hoddie. Ada gaya serial
killer. Aku terus tunduk sambil rendahkan payung lagi. Haila…Nasiblah ada
payung ni boleh selindungkan muka kalau tak…eh!
Sekelip
mata aku dah berkongsi sekaki payung warna hitam ni dengan dia. Laju je dia sambar
dari tangan aku. Aku beranikan diri angkat muka sambil tayang muka tak puas
hati.
“I’m
not running away, I’m just walking away slowly.”
Dia
senyum senget. Nampak betul nak menyindir aku.
“Don’t
give me silly excuses, Fi. I’m not your four-years-old patient.”
Haih…susah
juga rupanya nak bercakap dalam situasi macam ni. Entah dekat mana silapnya
tiba-tiba aku dengan dia jadi tegang. Adakah sebab salah aku ‘tersuka’ dan
menjauhkan diri dari dia atau salah dia sebab terlebih mendesak?
“Aidan.”
Aku angkat muka. Mata terus bertentang mata.
“I’m
sorry if I made you upset. I really didn’t mean to.”
Tak
guna kalau nak tunjuk ego. Satu benda pun takkan selesai Beberapa saat lepas tu dia tarik nafas berat.
“I’m
sorry I raised my voice. I’m sorry for leaving you last time. I’m sorry for
letting you down and made you frown. I know I was wrong and rude that time, but
you know I truly did not mean to hurt you in any way.”
Aku
terus tunduk sambil gigit bibir. Tiba-tiba hati basah, mata berair. Rasa cair
bila dia minta maaf dengan suara lembut macam ni. Oh…is this what they call
la douleur exquise, the heart-wrenching pain of wanting someone you can never
have?
Take
a deep breath. Sedut balik air mata dalam-dalam dan angkat muka.
Taraaaa….Senyum semanis mungkin.
“Let’s
start over and forget everything. Kita mula balik ya. No hard feelings,
okay.”
Dan
tak ada lagi syok sendiri. Aku sambung dalam hati ayat tu. Biar segala organ
yang ada jadi saksi. Kalau tak, hati ni asyik nak terjatuh je. Susahlah kalau
nak berkawan macam ni.
Dia
senyap. Hanya mata yang masih memandang. Aku masih menunggu walaupun dalam hati
dah rasa lain macam. Takkanlah dia dapat kesan sesuatu kut. Dah aku kambus
perasaan yang satu tu dalam-dalam.
“Aidan…yuhuu!”
Aku petik jari depan mata dia. Mata dia berkelip. Haha…gotcha!
“Aku
cantik sangat ya hari ni sambil pandang tak berkelip.”
Dia
tarik senyum segaris. Hilang segala ketegangan yang terukir dekat muka dia
tadi. Betullah senyuman itu lebih mudah dan tak memerlukan banyak otot yang
bergerak berbanding muka masam, ketat macam tapai basi. Nak pandang pun tak
lalu, cuma hamba Allah depan aku ni je nampak seksi walaupun muka macam tapai
basi. Oppss…heh!
“Hmmm…Nadine
Saffiyah is back. Barulah lega hati Aidan tahu. Jantung ni asyik tak
menentu je bila Fi tiba-tiba jauhkan diri.”
Cis! Kerana
ayat-ayat macam nilah selalu buat perempuan-perempuan macam aku ni cepat
perasan. So girls, stay cool. If you want to be treated like a queen, so act
like one. Chin up!
“Chill
la. Baru test sikit dah menggelabah. Nanti kalau girlfriend Aidan
buat macam ni takkan nak booked ticket and fly balik Malaysia kut.”
Muka
dia terus berubah dan pandangan mata dia halakan ke arah Liffey River. O’oo…aku
salah petik suis ke?
“She
treats me exactly like you did to me. I don’t know what I did wrong. She just
ignores me or making up a lame excuse.”
Oh…sesi
luahan perasaan. Patutlah dia jadi overdose sensitif bila aku layan dia
macam tu. Tiba-tiba naik pangkat jadi kaunselor tak rasmi, Encik Aidan
Dzakirin. Hurm…nasib badan.
“Have
you tried to slow talk with her? Mana tahu dia nak cerita apa-apa.”
Dia
senyum tawar sambil geleng kepala. “I’ve tried but everytime I did she
always avoid answering my questions, just like you Fi. Agaknya perempuan
memang macam ni kan?” Dia jeling aku sekilas sebelum buang pandang ke arah
sungai balik. Aku tarik muka.
Ceh!
Sempat lagi menyindir aku tu. Aku buang pandang ke arah sungai di depan juga.
Sungai mengalir di tengah-tengah bandar Dublin yang merupakan sumber utama air
minuman dan juga kegunaan industri.
“Mungkin
dia stres kut dengan masalah dia. Sebab tu dia tak nak cakap apa-apa.”
Ini
memang tukang penasihat yang memandai-mandai dan tak boleh pakai. Kalau
dia percaya, kira boleh ambil psikiatri lepas ni.
Dia
kalih pandang aku kat sebelah. “Kiranya Fi pun stres la sebab tu lepas dekat
Aidan.”
Lerhh…aku
yang kena balik. Hampeh! Cancel angan-angan nak ambil psikiatri.
“Eh…kenapa
pula samakan Fi dengan dia? Fi lain dia lain la.”
“Women
are complicated and hard to understand.”
Aku
tarik senyum sikit. Inilah modal lelaki kalau tak ada benda lain nak cakap.
“Allah
menciptakan lelaki dan perempuan untuk saling melengkapi kekurangan dan
kelebihan masing-masing. Andai kata perempuan dan lelaki itu sama sahaja, tak
ada apa-apa yang berbeza, mana ada lagi istilah melengkapi.”
Dia
diam. Mata masih ke arah depan. Aku ambil peluang untuk sambung cakap lagi.
“Men
are the protectors, maintainers of women and head of the household. So as a man,
you should try to understand the complexities of a woman. As you know men and
women operate in different emotional planes. Men are fueled by testosterone
while women are injected with estrogen. Both have different kind of hormones
which brings various types of emotions. Fi tak nafikan perempuan memang lebih
cepat dipengaruhi dengan emosi tapi kalau lelaki dapat ‘tackle’ emosi
perempuan dengan perbezaan emosi yang dia ada, I bet you won’t say women are
complicated.”
Dia
gelak kecil sambil kalih pandang aku balik. “What shall I say, then?”
“Women
are amazing and beautiful creatures God has truly created on planet earth.” Aku kelip-kelipkan mata sambil letakkan
kedua-dua belah tapak tangan tepi pipi. Sengaja buat muka bajet comel.
Dia
gelak. Baru tambah seri muka. “Hai…budak kecik ni. Nampak je diam, tapi bila
dah mula bercakap macam popcorn. Kalah Salwa dengan Tim.”
Giliran
aku pula yang gelak. “Kalau macam tu jangan bagi Fi cakap. Tahu?”
Dia
senyum cap peluntur sambil masukkan tangan sebelah dalam poket jaket. “I
like when you start talking. The words that coming out from your mouth are like
gamma-ray bursts that have been observed in distant galaxies.”
Oh
mamma mia! Hold on tight cik jantung hati. Jangan terpedaya dengan kata-kata
bakal engineer ni. Mulut dia memang macam crème brulee. Kadang-kadang
boleh jadi panas, selalunya jadi manis dan sesekali jadi karamel yang cair
meleleh bila dibakar. Auww…kau sangat over ya Fi!
“Aidan.”
Sambil tayang muka serius.
“Hujan
turun dari langit.” Serentak aku terus rampas payung dari tangan dia dan
cepat-cepat tinggalkan dia yang masih statik ditimpa air hujan yang masih
renyai dekat situ.
Muahaha…padan
muka! Bajet guna ayat gula-gula, sekali aku bantai guna ayat fakta mahu tak blank.
Dalam
aku tengah syok gelakkan dia dalam hati, tiba-tiba terasa beg ditarik dari
belakang. Serentak aku terundur ke belakang dan terus tersandar dekat manusia
yang tarik beg. Payung yang aku pegang terus kena ‘hijack’ balik.
“Don’t
think of running away from me because I will catch you and make you sorrier
than you ever knew.”
Gulp!
Rasa tak tertelan air liur sendiri bila terasa diri rapat sangat dengan dia.
Cepat-cepat aku jarakkan diri sikit sambil betulkan tali beg dekat bahu.
“Pirate
of the Dublin betul!”
Dia
jungkit kening sambil tarik senyum senget. “Baru tahu ke?”
Aku
tarik muka. “Dah lama tahu tapi saja tak nak bagi tahu.”
“Good. Jom Aidan hantar Fi balik.” Dia
senyum. Aku angguk sambil balas senyuman dia. Akhirnya aku jalan sama-sama
dengan dia balik ke rumah bertemankan hujan dan sekaki payung.
Dear
heart, please be strong even when you got broken because believe me one day,
there’s a healer that will heal the pain of yours. Sincerely, brain.