“Kenapa cinta
selepas kahwin?”
“Sebab lebih
menyakinkan dan yang penting halal.” Jawab dengan penuh keyakinan di dada.
“Undeniable
for halal. But what about trust
issues? Kalau betul lebih menyakinkan kenapa terjadi perpisahan?”
Soalan orang frust.
Hurm...layankan aje, Fi.
“Divorce happened when the love and respect
have been vanished in one’s relationship. Bukan kerana tak cinta tapi sebab kasih sayang tu dah rapuh. Lama-kelamaan
bila perasaan tu hilang, mungkin hanya ada rasa hormat yang tinggal. Tapi bila
kesemuanya pudar, apa lagi yang tinggal?”
Masing-masing
diam. Tak lama lepas tu baru aku dengar suara dia sepatah. “Divorce?”
Aku celikkan
mata balik. Senyum. “Tepuk dahi, tanya akal, bila akal jawab, tanya hati.
Setiap manusia ada jawapan yang berbeza. Gunakan akal dengan hati yang Tuhan
kurniakan tu dengan seimbang. Mungkin bila keseimbangan tu dah tercapai,
jawapan yang dicari pasti kita akan jumpa.”
Dia kerut dahi
sikit. Tapi perlahan-lahan senyuman mula terukir di bibir dia. Aku balas
senyuman dia dan terus angkat punggung.
“See you later,
Aidan.”
“Fi.” Terhenti
langkah aku. Tak jadi nak masuk dalam. Tapi aku tak kalih pandang dia.
“Let me be the
one.”
Uh? Apa maksud
dia? Aku pusing belakang dengan muka blur. Dia senyum menawan sambil peluk
tubuh.
“Toodle-oo,
Fi.” Aku angguk dan
berjalan tinggalkan dia yang masih bersandar tenang di kerusi. Faham yang dia
takkan ulas apa-apa lagi.
Dear Aidan, just
so you know, you’re actually the most complicated and mysterious guy that I
ever met.
“Ohoiiiii....tulis
diari ke?”
Cepat-cepat aku
tutup buku kulit hitam tu. Haih...susah kalau ada kawan yang suka sergah tak
bagi salam ni.
“So?”
Aku jungkit
kening sebelah sambil pusing badan ke belakang. Pandang wajah Tim yang
tengah tersengih kambing.
“Chill la.
Tekun sangat nampak.”
Aku tarik nafas
dalam. Tak komen apa.
“Kau okay ke
Nad? Lain macam je aku tengok kau sejak kebelakangan ni.”
Aku kerut dahi.
Tak faham arah tuju statement dia. “Apa yang lain macam? Aku rasa biasa
je.”
“Kau macam nak elakkan diri je. Ke memang
betul?” Tim mula pasang perangkap. Aku dah mula faham arah tuju soalan dia.
Tapi aku sengaja nak buat tak tahu.
“Elak diri?
Dari siapa?” Aku senyum sikit sambil geleng kepala.
Diversion is
the best form of defence. Kalau
rasa tak bersedia baik jauhkan diri.
Tim senyum
senget. “You know yourself better, Nad.”
“Of course I
know myself better. Sebab tu aku tanya kau balik dari siapa yang aku nak
elak? Setahu aku, aku tak ada nak elakkan diri dari sesiapa.”
“It’s
obvious, Nad. Dia asyik tanya pasal kau.”
Dia? Adakah
orang yang sama aku fikirkan? Tak mungkin la!
“Kau maksudkan
siapa ni, Tim? Aku tak faham.”
Tim senyum
nipis. “Siapa lagi yang cuba kau elakkan? The one and only Aidan Dzakirin.”
Aku tarik nafas
berat. Tiba-tiba ada rasa nyilu bila nama dia disebut. Memang dia orang yang
sama yang cuba aku elakkan. Sejak peristiwa dekat depan rumah dia tu aku memang
sedaya-upaya jauhkan diri dari dia. Dah hampir tiga bulan aku tak bersua muka
dengan dia.
Alasan? Sebab
aku rasa tak ada sebab yang kukuh untuk aku rapat dengan dia. Ya, aku tahu dia
putus cinta, tapi itu tak bermakna aku kena ada di samping dia. He’s a grown
up man!
“Oh, come
on! Aku tak nampak apa-apa alasan yang aku perlu rapat dengan dia.” Tanpa
sedar ton suara aku dah tinggi. Rasa menyampah tiba-tiba bila kena provok.
“Gotcha!
Kau mungkin boleh berselindung dari aku tapi kau tak boleh tipu diri kau
sendiri. I know there must be something unusual happening between you and
him.”
Aku tarik nafas dalam cuba
bertenang. Relaks, Fi. Kau tegang lagi la dia provok.
“Nothing happen, Tim. Aku
dengan dia biasa-biasa je.”
“Tapi aku tak nampak pun macam tu.
Kita sepatutnya kena support dia. Kau pun tahu kan Aidan putus sebab girlfriend
dia kahwin dengan kawan baik dia sendiri.”
Aku tarik nafas kasar. Memang aku
sedia maklum hal tu. Salwa ada ceritakan dekat aku. “Jadi kau nak aku buat apa,
um?”
“Be there. Bukan makin
jauhkan diri.”
“Tim, aku ada alasan aku sendiri. Aidan
will be just fine even without my support.”
Tim tarik nafas berat. “Kau ada
masalah ke Nad? Tak nak kongsi dengan aku?”
Aku senyum tawar. “Nothing to
share. Cuma apa yang perlu kau tahu, aku berhak untuk lindungi hati aku
sendiri.”
Tim terdiam. Lama dia renung aku.
Aku buat tak tahu sambil sambung tulis nota balik.
“Aku...tak tahu nak kata apa. Tapi
aku harap kau dengan Aidan akan okay. He cares about you, Nad.”
Aku tak angkat muka. Tangan masih
laju salin nota. Tak berminat nak komen apa-apa.
Sekejapan masing-masing senyap
sebelum Tim bersuara balik. “Kau lapar tak Nad?”
Aku angkat muka pandang dia. Senyum.
“Kau lapar ke?”
Dia sengih tayang gigi. “Lapar la
juga.”
Aku jeling jam atas meja belajar
sekilas. Dah pukul 12 malam pun. Tapi perut aku memang lapar. Aku hanya sempat makan
sandwich je tengah hari tadi. Itupun dekat library.
Tiba-tiba terdengar bunyi berdentum
dekat bawah. Tim kerut dahi gaya macam nak bengang pun ada. Aku mula la pelik.
“Siapa dekat bawah?”
“Salwa kut.” Tim bangun dari katil.
Aku ikut dia dari belakang. Tapi belum sempat aku keluar bilik dia tahan aku
dulu.
“Eh? Kau pergi pakai tudung dulu.”
“Dah kenapa pula?”
Apa hal malam-malam suruh aku pakai tudung.
Bukan ada orang lain pun dalam rumah ni.
“Alaa...pakai je tudung.” Dia tolak
aku masuk dalam bilik balik. Beria je dia capai shawl aku dan paksa aku pakai.
Aku turutkan juga sebab tengok dia
pun pakai tudung daripada tadi tak buka. Lepas tu terus dia tarik aku ke arah
tangga.
“Kau dah kenapa ni? Pelik je aku
tengok?” Soal aku curiga.
“Tadi kata lapar. Jomlah makan.”
Cakap gaya orang teruja. Bila sampai bawah, aku tengok ruang tamu dengan dapur
semua gelap gelita. Mana pergi Salwa? Tadi Tim kata dia ada dekat bawah.
Tiba-tiba aku terdengar petikan
gitar irama ‘Happy Birthday’ dan serentak suara orang menyanyi lagu tu termasuk
Tim dekat belakang aku. Perlahan-lahan aku nampak cahaya lilin datang dari
dapur. Salwa tengah berjalan dengan menatang sebiji kek. Dekat belakang dia ada
Rais, Acab dan...Aidan yang tengah petik gitar.
“Selamat Hari Tua, Nad!”
Salwa suakan kek tu depan aku. Lepas
aku tiup lilin baru dia orang buka lampu.
“Thank you, korang.” Aku
senyum dan dalam masa yang sama terharu sebab dia orang buat surprise
birthday party untuk aku.
“Alaaa....tak ada apa la. Saja
suka-suka.” Selamba Acab cakap. Salwa pula sibuk pakaikan aku selempang dengan tulisan
‘Birthday Girl’. Yang si Tim pula letakkan ‘crown’ atas kepala aku. Bajet macam
puteri la konon. Ceh!
“Apa la yang korang buat ni? Macam
budak-budak je aku rasa.”
Aku pandang Tim dengan Salwa yang
nampak berpuas hati lepas kenakan aku dengan ‘props birthday girl’.
“Memandangkan ni hari tua kau. Jadi
kita orang hias la supaya kau rasa lebih muda.” Salwa sengih sambil angkat
kening dua kali.
Aku julingkan mata ke atas. Malas
nak layan.
“Cepat la potong kek. Aku dah lapar
ni.” Rais usap perut dia.
Tanpa cakap apa aku terus ambil
pisau dan potong kek tiramisu tu. Rais, Acab, Salwa dengan Tim mula bising
antara satu sama lain. Ada aje yang dia orang nak debatkan. Aku pula sengaja
sibukkan diri sambil agihkan makanan dan buka satu persatu kotak-kotak pizza
dan ayam goreng.
Selesai makan aku terus ke dapur.
Bersihkan pinggan kotor. Yang lain masih rancak bersembang kecuali Aidan. Dia
bersuara bila perlu dan...dia nampak lain sangat. Kali terakhir aku terserampak
dan larikan diri, dia masih nampak berserabut dengan rambut panjang dan
berjambang.
Tapi malam ni dia nampak berbeza.
Rambut dah dipotong pendek dan tak ada lagi jambang yang tumbuh meliar.
Semuanya nampak kemas, rapi dan suave.
Masa aku tengah sibuk cuci pinggan
di dapur, tiba-tiba hidung terbau haruman maskulin si suave yang makin
kuat mencucuk. Tahulah aku dia ada dekat belakang sekarang ni.
“Letak je pinggan tu. Nanti Fi
cuci.” Aku cakap tanpa toleh belakang tapi telinga aku pasang supaya dapat
dengar segala gerak-geri dia.
Perlahan-lahan aku dengar derap
langkah dia makin mendekat dan akhirnya dia berdiri di sebelah aku. Rapat. Dia
letak pinggan dekat tepi sinki.
“Happy Birthday,
Fi.” Lembut suara
dia menerjah telinga aku.
“Thanks.” Aku bilas mangkuk.
Masih tak angkat muka.
“You’re okay?”
Erk...siapa yang patut tanya siapa
ni?
“Are you?” Aku angkat muka
pandang dia. Berjaya juga dia pancing aku. Dia senyum menawan.
Hadoiii...relaks jantung. Jangan nak
berdegup laju sangat. Penampilan dia malam ni nampak sangat kemas dan jantung aku
pun mula la nak menggedik. Turtleneck knit tops warna hitam dipadankan
dengan seluar khaki. Dan aura dia...pergh!
“I’m hurting so much inside,
especially knowing that you’re deliberately pushing me away by avoiding me.”
Aku diam. Tangan ligat membasuh tapi
jantung makin kuat berdegup.
“You’re very much mistaken, Aidan.
Fi tak elakkan diri dari Aidan pun.”
Dia senyum sikit. Sinis. “Here we go. Same
old, same old.”
Aku terus pusing dan lap tangan
dengan tuala. Tak nak komen apa-apa. Baru aku nak menapak keluar dari ruang
dari dapur tiba-tiba dia bersuara.
“Fi...”
Aku toleh ke arah dia. Santai dia
bersandar dekat kabinet dapur sambil seluk tangan dalam poket seluar.
Haila...kenapa dia nampak sangat macho?
Tak tahu kenapa aku rasa penampilan dia malam ni lain sangat. Tak ada gaya
pelajar. Macam orang nak shoot foto.
“For you.” Dia keluarkan satu
kotak yang berbalut emas siap diikat dengan riben dari poket seluar.
Aku pandang muka dia dengan kotak tu
bersilih ganti. “Aidan tak tahu nak bagi apa. I hope you’ll like it.”
Lambat-lambat aku ambil kotak tu
dari tangan dia. Bila aku dah pegang, muka mula la riak. Jelas terpampang
perkataan ‘Mont Blanc’ dekat riben kotak tu. Aku pandang dia dengan muka tak
percaya.
“Apa ni, Aidan?”
Dia senyum sambil jungkit bahu.
Masih relaks bersandar dekat kabinet. “Tak tahu.”
“Aidan...” Aku mula bagi pandangan
berbaur amaran.
“What?” Dia tayang muka suci.
“Mont Blanc tau!”
“So?”
“Mahal la!”
Dia senyum sikit sambil geleng
kepala. “Trust me. I can afford it and you deserve it.”
Aku ternganga kejap. Terkebil-kebil
pandang muka dia yang masih tak lekang dengan senyuman.
“Dah tak payah nak buat muka comel. It’s
your birthday gift. Don’t argue.”
Lepas cakap macam tu selamba je dia
melintas depan aku dan keluar dari ruang dapur. Nak tak nak terpaksa aku ikut
sama. Sampai dekat depan masing-masing yang tengah bising terus terdiam. Gaya
macam tengok aku dengan Aidan baru tumbuh kepala empat.
“Kau pukul berapa sampai sini,
Aidan?” soal Salwa. Nasib dia bersuara. Menyelamatkan keadaan.
“Pukul 10 lebih tadi.”
Aku mula la terasa pelik. “Aidan
pergi mana?”
Tanpa sempat aku tahan, mulut dah
menderhaka tuan dulu. Aidan toleh belakang pandang aku balik.
“London.”
“Dah settle semua?” soal Tim
pula.
“Alhamdulillah. Settle.”
Apa yang settle? Patutlah aku
tengok dia lain macam malam ni. Nampak formal sikit.
“So, jom balik. Dah nak dekat
pukul 2.” Selamba Acab menguap sambil menggeliat.
“Vamos.” Rais terus bangun.
Aidan ikut sama. Masing-masing capai coat dekat tepi tangga.
“Thanks korang. Susah-susah
sambut birthday aku.” Aku, Tim dengan Salwa hantar dia orang sampai
depan pintu.
“Tak ada apalah. Nanti turn
aku, kau buatlah macam tu juga.” Acab kenyit mata. Ceh!
Salwa cebik. Tayang muka menyampah.
“Tak kuasa.”
“Hati-hati. Dah sampai rumah mesej.”
Pesan Tim. Aku pun risau juga tengok dia orang balik malam-malam macam ni.
Takut terserempak dengan orang mabuk. Bukan boleh percaya sangat.
“Baik.” Rais bagi tabik. Dan aku
mula rasa serba tak kena bila Aidan pandang muka aku.
“Err...careful.” Sudahnya itu
je yang mampu aku cakap.
“Always.” Dia senyum senang
hati sebelum dia orang melangkah keluar dari perkarangan rumah aku.