Followers

Monday 27 January 2014

Prolog: Bernafas Tanpamu

 Sometimes what a person needs is not a brilliant mind that speaks but a tolerant person that listen whenever you need.
Suhu yang dingin membuatkan aku berteleku di depan pendiang api dengan selimut tebal menyelubungi diri. Itupun masih belum cukup untuk menghangatkan badan ni. Aku perhatikan ungun api yang perlahan-lahan membakar kayu oak.
Beginikah nasib aku? Ibarat kayu oak dibakar perlahan-lahan oleh ungun api. Yang tujuannya hanya menjadi bahan untuk membakar. Dan apabila menjadi abu, tiada apa yang boleh digunakan lagi, ia kemudiannya dibuang begitu saja?
'Fi, kenapa perlu mempersoalkan ketentuan Dia?'
Akal di kepala mula berbisik lembut. Namun hati masih belum cukup kuat untuk mengatasi segala kesakitan, kesedihan dan kekecewaan yang aku alami ini. Mengapa mesti aku? Berulang kali persoalan ini bermain di benak hati. Namun hanya satu jawapan yang pasti.
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Yunus, Ayat 107)
Ya, benar. Ketika diri ini diuji dengan ujian yang hebat hanya Dia yang mampu merawatnya. Tak ada siapa yang mampu kecuali Dia Yang Maha Berkuasa. Namun hati kadang-kadang masih nanar dan lemah dalam ujian yang diturunkan ini.
Sungguh! Aku rindukan diri yang dulu. Yang kuat dan tabah dalam menghadapi segala cabaran. Tapi untuk mengembalikan jiwa yang dah hilang itu susah dan teramat payah. Namun, dengan berkat kesabaran dia aku berada di tahap ini walaupun masih belum mampu bangkit sepenuhnya.
Tanpa kehadiran dia aku mungkin 'hilang'. Tanpa kesabaran dia aku mungkin tercampak di lembah paling hina. Dan kerana belas dan kasih Dia Yang Satu aku berada di sini.
Suasana yang makin dingin mengingatkan aku tentang kenangan yang pernah tercipta di sini. Hanya dia yang boleh membuatkan diri ini terasa hangat. Hanya dia yang mampu membuatkan aku bagaikan terbang di angkasa. Namun kini mampukah dia mengembalikan semua itu? Mampukah dia membuatkan diri yang kini sebeku Alps hangat kembali?
"Sayang...what are you doing here? Kenapa tak tidur lagi?"
Aku angkat kepala. Oh...I know this feeling! Dah lama menghilang dan kini ia datang lagi. Jantung mula buat gaya topsy-turvy. Panahan mata dia tembus ke dasar hati yang sedingin salji.
Tapi, aku masih statik di atas sofa. Tak ada tanda-tanda nak buka mulut. Hanya mata mengawasi langkah kaki dia yang berjalan mengambil gitar di tepi pendiang api sebelum selamba duduk di sebelah aku.
Automatik aku berganjak ke tepi. Biar ada jarak sikit. Lagi dekat, lagi kuat jantung aku bagai dipalu-palu. Sungguh aku tak selesa.
Dari ekor mata, aku nampak dia dah bersedia nak petik gitar. Gitar yang banyak menyimpan seribu satu memori. Perlahan-lahan aku kalih ke sisi. Dia tak angkat kepala. Masih tunduk, ralit membetulkan tali gitar. Sesekali dia petik satu, dua not.
Mata terus meliar ke sekitar muka dia. Dari rambut yang kemas dan rapi dipotong, kening yang cantik terbentuk, jambang dan kumis yang mula kelihatan, dan dua ulas bibir yang terbentuk indah. Perlahan-lahan bibir itu mengukir senyum.
"Admiring the view?"
Damn! Get caught red-handed. Cepat-cepat aku kalihkan pandangan ke arah pendiang api. Huh...chill, Nad. Jangan tunjuk gelabah.
"It's been awhile, sayang. I miss those eyes."
Aku tayang muka kosong. Mata masih statik pandang depan walaupun mata dia tepat pandang aku. Aku senyap. Lama. Sebuah keluhan berat terlepas dari mulut dia sebelum sambung balik betulkan tali gitar.
Perlahan-lahan aku kalih ke sisi bila dia mula ralit. Aku perhatikan tubuh dia. Rollneck shirt hitam melekap di tubuh buat dia nampak lebih tegap dan sasa. Kali terakhir yang aku masih ingat, dia tak ada la macam ni sangat. Months of workout, perhaps.
Tiba-tiba dia kalih. Erk...again! Terkena lagi aku. Tapi kali ni dia tak senyum dan aku tak mengalihkan pandangan. Mata mula berbicara bahasa hati. Lama. Saat dia mula mengukir senyuman trademark yang satu masa dulu berjaya membuatkan rama-rama di dalam perut terbang melayang, saat itu juga dapat aku rasakan adrenaline rush yang dah lama menghilang muncul kembali.
"This song is for you, sayang. Listen and feel it with your heart."
Aku diam. Dia tunduk dan mula petik gitar. Dan tak lama lepas tu suara dia mula berkumandang.
It still feels like our first night together
Feels like the first kiss
It's getting better baby
No one can better this
Still holding on
You're still the one
Dia kalih ke sisi. Mata bertentang lagi. Dan dada aku mula jadi ketat. Bagaikan ada seketul batu tersangkut di anak tekak. Dia masih petik gitar dan kali ni mata tepat pandang aku.
First time our eyes met
Same feeling I get
Only feel much stronger
I wanna love you longer
Do you still turn the fire on?
Saat dia sudahkan nyanyian mata aku yang sedia kristal terus pecah. Tak mampu nak tampung air mata yang bertakung.
Dia terus sandarkan gitar ke tepi dan dekatkan jarak antara aku dan dia. Perlahan-lahan aku terasa tangan dia hinggap di bahu aku. Sebelah tangan lagi naik mengesat pipi aku yang basah.
"Nadine Saffiyah, bear in mind that I will always be here, to wipe away all of your tears, to listen the whispers of your soul, to love, honor and cherish you for all eternity."
Kalau dulu mungkin aku akan terus peluk dia tanpa fikir dua kali, tapi sekarang tak lagi. Kata-kata dia ibarat beribu jarum yang tengah menikam tepat ke dasar hati aku. Sakitnya hanya aku yang tahu.
Aku terus tepis tangan dia dan bangun. Aku kesat air mata yang masih degil tak tahu nak berhenti. Aku tarik nafas dalam sebelum berpaling menghadap dia yang dah berdiri di belakang aku.
Pandangan bertemu. Aku pandang wajah dia dalam-dalam. Tak ada cacat cela pun. Tak dinafikan, dia lelaki yang sempurna dari rupa fizikal. Tapi mampu ke kesempurnaan fizikal itu membahagiakan hati yang remuk ini?
Sekejapan masing-masing senyap. Tiada kata yang terluah. Hanya pandangan yang menghantar isyarat hati yang kian membisu. Benarkah tiada lagi cinta, kasih dan sayang di hati?
Tapi kalau benar tiada lagi kasih kenapa masih ada rasa sakit setiap kali pandangan bertemu? Kalau benar tiada sayang, kenapa setiap layanan dia buat aku rasa terharu? Dan kalau benar tiada cinta mengapa renungan dia masih bisa memberi getaran dan alunan merdu di dalam hati?
Ya Tuhan! Kuatkanlah hati aku ni. Ayat yang bakal aku ucapkan ni memang dia dah biasa dengar sejak akhir-akhir ini. Tapi untuk kali ni ayat keramat itu bakal aku ucapkan lagi dan aku akan reda andai ini yang mampu mengembalikan senyum tawa si penghuni hati.
"Aidan Dzakirin, bear in mind that relationships are like glass. Sometimes its best to leave them broken rather than to hurt yourself trying to put them back together. I know it might sound harsh but that's how it goes. Let's put an end to this lunacy. Let's put an end to this marriage. Go and find your own happiness."
Sebaik kata-kata tu terluah, aku rasa dada semakin sesak. Walaupun aku cuba ajarkan hati supaya pasrah tapi aku sedar aku tak sekuat mana. Dan bila aku ternampak mata dia yang jelas merah, tahulah aku dia juga tengah menahan rasa. Yang tak mampu diungkap dengan kata-kata. Hanya hati yang tahu kesakitan yang dirasa.

10 comments :

  1. prolog dia ok...
    nampak sikit ape yg jd kt nad

    ReplyDelete
  2. Mana pergi post sebelum ni? Baru ingat nak baca balik :(

    ReplyDelete
  3. only one word can describe it ..... best :D

    ReplyDelete
  4. rindu story ni...cik writer, bila nk sambung?

    ReplyDelete
  5. olahan semula ya..baru nampak gambaran utk watak nad..rindu dgn citer ni

    -chah husain-

    ReplyDelete
  6. Prolog ni..apa yg jadi ya? Something bad?

    ReplyDelete
  7. Prolog ni..apa yg jadi ya? Something bad?

    ReplyDelete
  8. Prolog ni..apa yg jadi ya? Something bad?

    ReplyDelete