Followers

Saturday 29 March 2014

Bab 2: Bernafas Tanpamu

Who knows we might bump into each other, and here’s the fate.

“This is Aidan. Our new housemate.”

Saat Rais kenalkan dia pada kita orang, masing-masing terkebil-kebil gaya macam tak pernah tengok makhluk Tuhan bernama lelaki.

Aku hanya mampu senyum sambil angguk. Tak boleh nak buat reaksi lebih-lebih walaupun mulut hampir-hampir tersebut kuat, oh my Brioni! Penuh gaya, mutu dan keunggulan.

Tim dengan Salwa dah mula main cuit-mencuit. Nasib la coat masing-masing tebal. Kalau tak, sah-sah makhluk Tuhan depan aku ni nampak.

“Hi. Where do you come from?” Direct Salwa pergi temuduga si suave ini.

Masing-masing terpinga-pinga kejap sebelum bantai gelak. Si suave rambut lurus bagaikan iklan shampoo pun tak terkecuali. Rasa gatal je tangan ni nak pegang rambut dia yang menyentuh bahu. Nampak lembut bila terbang ditiup angin. Jarang lelaki ada rambut lurus cantik macam ni. Confirm pergi saloon.

“Aku orang Melayu la.”

Eh? Ternganga mulut-mulut si gadis yang bajet control ayu tadi, tapi tak termasuk aku la. Aku berkecuali. Eheh.

“Laaa…ingatkan orang Arab campur Italiano bergaul dengan Spaniard tadi.” Selamba Tim bagi jawapan. Serius muka tak tahu malu. Nampak sangat teruja bila tiba-tiba terselit muka lain dari yang lain.

Dia gelak. Tapi kenapa detak jantung aku pula yang bertukar irama. Ada telepatikah?

“Kalau Arab tu mungkin ada la kut bau-bau ketiak. Italiano dengan Spaniard tu memang menyimpang jauh ke sempadan benua.”

Acab dengan Rais sambut dengan tawa pecah perut. Nasib la dia orang masih dalam kawasan rumah aku. Jiran-jiran dah biasa dengan riuh-rendah suara dia orang. Kalau tak mahu kena halau dengan anjing.

“Aku Salwa, yang ni Tim dan yang senyap sikit dekat sini Nad.”

Salwa selamba perkenalkan nama aku dekat dia lepas reda sesi gelak berjemaah. Si suave terus senyum sampai ke mata. And his gaze is incredibly sexy and bold. Ohoo…susah ada kawan yang mata macam seksi macam ni. Kening yang lebat dan hitam menambahkan lagi charmingness dia.

“Well, I’m Aidan Dzakirin, senior freshman at TCD.”

Ulalala…sedapnya nama. Haih…relaks Nad. Harus maintain dengan kelas tersendiri.

Dari ekor mata aku nampak Tim dengan Salwa dah tersengih.

“Done with introduction?”

Rais tepuk bahu Aidan sekali. Nampak agak ketara juga ketinggian Rais dengan Aidan. Kalau dengan aku ni lagilah ketaranya. Entah-entah kalau berdiri sebelah-menyebelah sampai takat ketiak dia je kut.

I guess so.” Aidan senyum lagi, tapi entah kenapa mata dia melekat dekat aku. Ada apa hal?

“Jom lepak Terrazzo. Nanti kita cerita panjang. Tapi korang belanja la.” Selamba kodok Rais bercakap. Lepas tu laju je dia dengan Acab dan konco barunya jalan ke depan. Sah ada juga yang meletup kejap lagi.

“Oii..korang jangan nak mengada-ngada. Sendiri makan, sendiri bayarlah!”

Kan…aku dah cakap. Mesti Salwa si petite ni akan mengamuk dulu. Bingit telinga dengar suara dia. Dan bertambah malang nasib dia orang sebab Salwa tengah cantik gulung The Irish Times. Memang kena libas badan sorang-sorang yang makin galak gelak bila Salwa membebel.

“Psst…Nad.” Tiba-tiba Tim bisik kat tepi telinga aku.

“Um…” Aku jungkit kening. Mata masih melekat pada dia orang yang kena lepuk dengan Salwa kecuali si suave.

“Agak-agak Aidan termasuk tak dalam senarai gentleman dalam wish list tu?”

O amica mia!

“Err …no comment.”

Aku jungkit bahu. Dalam kepala dah ligat terbayang wish list yang aku tulis. Obviously, he’s a TCDian dan dia ada face hair. Dengan itu…

7)      Looking for a gentleman-imam who graduated from al-Azhar (definitely he’s not).
1)       A gentleman without face hair (euww....sangat geli, okay!)


“Budak medic TCD dari Malaysia semua aku kenal tapi aku tak pernah nampak pun kau sebelum ni.”

Salwa pandang Aidan. Mulut selamba sumbat Vege Pizza tapi mata menghala ke arah Aidan yang tenang menghadap Quiche. Gaya makan orang beriman. Sopan dan tak gelojoh macam Rais dengan Acab. Budak berdua tu kalau makan ‘mewah’ sikit mula la menguyah gaya macam tak jumpa makanan setahun.

Aidan senyum sikit sambil geleng kepala.

That’s why you never knew my existence. Aku tak ambil medik.”

Oh...Tak ambil medik? Aku, Salwa dengan Tim berpandangan. Masing-masing jungkit kening dengan muka ‘blink-blink’.

“Kau ambik course apa?” Giliran Tim pula yang menyoal.

“Engineering with management.”

Uhuk!  Salwa tersedak. Aku hanya tersedak dalam hati. Muahaha…aci tak macam tu? Adoi…malulah kalau dia tengok aku tersedak serentak dengan Salwa. Nampak sangat kagum terlebih.
“Wow! Dahsyat.” Keluar ayat kagum dari mulut Tim.

Nothing ‘wow’ about that. Medik pun apa kurangnya kan?”

Dia jungkit kening sebelah. Haila…dia hanya jungkit kening je tapi efek dia menusuk ke jatung hati dah kenapa? Bila Rais dengan Acab buat macam tu tak ada pula efek ekstra macam tu. Aku rasa biasa je. Nothing special.

Itu belum tengok rambut dia yang diikat kemas ke belakang. Nampak sangat lembut dan melambai-lambai. Hailaa….kalah rambut aku macam ni.

“Yaaa…tapi sekurang-kurangnya kita tahu pelajar yang datang sini semuanya ambil medik dan ditaja oleh JPA atau Mara. Kalau course lain both organisation tak taja untuk datang sini rasanya.”

Aidan senyum. Muka tenang je. Langsung tak ada riak nak kecil hati dengan statement ‘tulus’ Salwa.
“NGO kan ada. Banyak company yang well-established offer scholar sekarang. Just grab the opportunity dan kalau ada rezeki you’ll be here, safely funded.”

Dia terus duduk bersandar di kerusi lepas habiskan ayat. Senyuman masih tak lepas dari bibir lepas bagi penerangan lanjut dekat Salwa. Tapi dari air muka budak berdua ni aku tahu dia orang masih fikir‘something fishy’s going on’.

“Bukan self-funded ke?”

See…Mesti akan keluar soalan macam tu dari mulut Tim.

Aidan gelak sambil geleng kepala. Gaya macam budak berdua terlebih kepochi ni buat lawak antarabangsa pula.

“What did you expect, ladies?”

Dia kecilkan mata, tiruskan pandangan ke arah Tim dengan Salwa. Senyuman yang aku kira agak sinis mula terukir. Sah! Dia dah dapat agak apa yang budak berdua ni fikir.

Aku senyum dan serentak Salwa tiba-tiba cuit peha aku. Mintak rescue la tu. Huh! Jangan harap. Aku tayang muka selamba sambil capai gelas atas meja. Berani sangat nak soal siasat siapa suruh. Kan dah tak pasal-pasal kantoi.

“Dia orang expect kau anak raja kerajaan Pura Cendana aka putera katak yang disuruh study engineering dekat sini supaya dapat mewarisi harta karun Ahmad Albab.”

Erk?! Lagi sikit aku nak tersedak air Pepsi. Tu dia jawapan ‘bijak’ lagi ‘bernas’ keluar dari mulut Rais. Automatik mulut Tim dengan Salwa terlopong dengan stain warna pink dekat pipi masing-masing. Satu saat, dua saat…

Pap!

Newspaper The Irish Times yang hampir lunyai selamat mendarat dekat bahu Rais. Itulah akibatnya kalau duduk dekat dengan Salwa. Tahan jelah badan kalau surat khabar atau nota tebal ‘termendarat’.
Aidan gelak. Namun yang terdengar dekat telinga aku alunan suara yang merdu. Sedap je dengar suara dia.

“You guys are so funny,” komen Aidan lepas berhenti gelak. Tapi senyuman masih terukir di bibir. Tanpa sedar aku pun ikut senyum sekali. Aiseyh…dah terkena jinx ke ni?

Well…kalau kau nak tahu kita orang memang macam ni. So, welcome aboard.”

Acab tepuk bahu Aidan mesra. Gaya macam dah kenal lama. Padahal aku pasti dia orang ni baru berkenalan. Kalau dah lama confirm awal-awal lagi dia orang dah kenalkan dengan kita orang.

Thanks, bro. Terasa macam ada little family dekat sini.”

We are family. Lagipun kau dah tolong kita orang berdua. Kalau tak hurmm…tak tahulah nak pindah ceruk mana lagi.”

No hal la Rais. Aku memang tengah cari housemate lagipun. Senior semua dah balik Malaysia. Tinggal aku sorang je terkontang-kanting dekat situ.”

Aku, Salwa dengan Tim automatik tayang muka blur. Sejak bila dia orang pindah masuk rumah si suave?

“Eh…korang dah tak duduk dekat Harcourt lagi ke?” Salwa tayang muka penuh tanda tanya.

Rais dengan Acab berpandangan sebelum geleng kepala. Masing-masing muka keruh semacam. Aku tahu dia orang ada masalah sikit dengan housemate tapi tak sangka pula sampai pindah rumah.

“Malas la weh. Lagipun dah habis kontrak. Daripada tak pasal-pasal ada yang lebam biji mata baik blah. Nak study pun tak aman la kalau si Matt and the geng tu asyik memekak. Buat menambah dosa kita orang je.” Semacam je gaya Acab cakap. Kalau la Matt tu ada depan mata dia sekarang ni mahu ditumbuknya mamat rambut bulu jagung tu.

“Tulah aku dah cakap, kau duduk jelah dengan Hafiz kan senang. Duduk berjemaah dengan Malaysian yang lain. Ini nak juga duduk dekat Harcourt tu. Dahlah sewa mahal.”

Salwa mula masuk mood membebel. Yang lain diam kecuali Acab dengan Rais yang dah mula panas punggung kena tembak dengan Salwa.

“Masalahnya Hafiz tu duduk dekat South Circular Road la. Kita orang kalau boleh naklah dekat dengam kampus. Senang sikit.” Rais cuba pertahankan diri dari serangan Salwa.

“Semuanya nak senang kan? Cuba belajar susah sikit. Macam mana nak jadi doktor kalau setakat menapak jauh sikit ke kampus dah mula bising. Agak-agak kalau tak nak duduk jauh duduk on-campus jelah. Berlambak ada, pilih je yang mana satu kau nak.”

“Fulus…fulus…”

Acab gosok ibu jari dengan jari telunjuk dia. Konon nak tunjuk sign duit la. Memang tak dinafikan duduk on-campus ni mahal sikit berbanding duduk luar. Tapi kalau pandai jimat semua benda tu tak jadi hal la. Salah satunya jangan ‘makan besar’ selalu macam gini. Memang boleh kering poket sebelum tiba masanya.

Salwa bagi jelingan sedas. “Pergi korek dekat AIB.”

Muahaha…aku suka jawapan Salwa. Sangat tepat ya! AIB atau nama panjangnya Allied Irish Bank memang sinonim dengan pelajar-pelajar yang ditaja macam kita orang ni.

Acab dengan Rais terus hilang kosa kota. Inilah senario yang biasa aku nampak. Salwa nampak je petite tapi sekali dia keluarkan ‘suara ajaib’ terpangganglah telinga nanti.

Dan saat aku kalih ke depan, tiba-tiba mata bertembung dengna sepasang mata yang tengah pandang aku juga. Aiseyh…aku ingatkan dia tengok dia orang. Rupa-rupanya tengok aku. Eh…ada apa hal pandang aku?

“Ehem…”

Sambil betulkan duduk di kerusi, aku capai air Pepsi yang tinggal separuh. Tiba-tiba jadi serba tak kena bila ternampak pandangan mata dia. Darah automatik mengepam laju sampai ke muka. Uh…panas!

“Nad ni lain sikit, Aidan. Mulut dia tak bising macam minah berdua ni.” Tiba-tiba Rais keluarkan statement ada orang nak kena makan kaki kejap lagi. Dan seperti yang aku sangka memang kaki Rais kena sepak dengan Tim dari bawah meja.

“Woi!” Muka Rais berkerut tahan sakit.

Yang lain hanya gelak bila Tim dah mula buka mulut. “Take a look in the mirror before you point fingers. Kau pun dua kali lima sepuluh juga. Mulut bising!”

“Hanan Fatimah!” Tiba-tiba Rais seru nama penuh Tim.

Tim jungkit kening tinggi. Gaya memang tak puas hati habis bila nama penuh kena seru dengan Rais.

“Shut up!”

Serviette laju melayang tepat ke muka Rais. Okay, this is bad! Acab, Salwa dengan si suave dah gelak, cuma aku dengan manusia berdua tu je yang tak gelak-gelak. Haish…kalau tengok dari air muka masing-masing silap hari bulan tak pasal-pasal tuan kedai datang minta ganti rugi karang.

Stop it both you. Depan rezeki ni kan. Kalau nak bergaduh laki bini tunggu kita keluar dari sini ya.” Ayat selamba versi makan dalam dah keluar dari mulut aku. Kalau tak cepat bawa istighfar tak tahulah nak kata apa. Mungkin kena bagi tazkirah sikit kut baru nak melekat dekat otak masing-masing.

“Oppsss…tengok Nad dah marah. Baik korang makan. Siapa rasa nak kena belanja lepas ni silalah sambung gaduh.”

Sejurus ayat tu keluar dari mulut Salwa, semua kelam-kabut tunduk menghadap makanan masing-masing kecuali Aidan. Entah kenapa aku rasa dia asyik perhatikan aku sejak dari pertemuan tadi. Ada apa-apa ke yang tak kena dengan aku?

Aku beranikan diri angkat muka pandang dia yang duduk berdepan dengan aku.

“If there’s anything you want to say?”

Semua angkat muka dari makanan bila tiba-tiba aku tanya soalan macam tu dekat Aidan. Dia senyum sambil santai duduk bersandar.

“If you don’t mind, could you please introduce yourself?”

Eh? Dia ni dah kenapa? Nak interview aku buat calon isteri ke? Eheh…kau merepek apa ni Cik Nadine Saffiyah oiii…

“Bukan tadi dah done with introducing part ke?” Selamba aku jawab padahal dalam hati dah dup dap lain macam.

Dia jungkit kening sebelah. Hulalala…Kening lebat, terbentuk macam kening perempuan dah aku tengok.

“Who says so?”

Erk? Aku kalih pandang kawan-kawan lain. Yang lelaki main angkat kening double, yang perempuan hanya mampu sengih kambing. Ngeng! Kejap lagi siap korang. Tiba-tiba semua jadi pakatan bersekutu dengan ‘orang baru’. Mentang-mentang la ‘orang baru’ hot gaya future engineer bukan future doctor, habis aku ni dicampak keluar. Oh, ini tidak adil...tidak adil bagiku…

“So what do you want to know, Encik Aidan?”

Dia makin senyum lebar. Nampak puas hati bila aku terpaksa mengalah dengan kehendak dia. Cis! Hari ni je aku bagi peluang sebab dia orang baru. Hari esok…jangan harap!

“ASL please?”

Makkk!!! Kenapa dia buat ton suara macam tu? Meremang bulu roma kut. Aku jeling kawan-kawan aku yang derhaka. Masing-masing macam dah terkena jinx bila dengar deep voice dari si suave.

“ASL? Above sea level or American Sign Language?”

Aku buat blur. Heh…ada hati nak kenakan aku. Tengok kaki la bro. Aku masih kebal dengan segala jinx ni.

Pecah gelak dia bila aku kenakan dia balik macam tu. Yang lain cuma tersengih-sengih. Tahu aku dah mula geram sebab terkena dengan kawan baru dia orang ni.

“Huh…I surrender.” Aidan angkat kedua-dua tangan sambil geleng kepala. Gaya serah diri sambil senyum menawan kalau tak cukup iman boleh tertawan.

Let’s start again. Nama penuh apa?” Dia masih senyum dan menanti jawapan aku. Nampak gayanya dia betul-betul nak kenal aku. Wehuuu….tiba-tiba rasa suka, tiba-tiba rasa bahagia. Ceit! Jangan nak over, Fi.

“Nama diberi Nadine Saffiyah binti Mohamed Nizam.”

“Asal?”
“Lahir di Johor sekarang menetap di Hulu Selangor.”

Aku jungkit kening dengan gaya kau nak tahu apa lagi? Dia makin senyum lebar. Macam tahu je apa yang tersirat dalam hati aku.

Age?”

Aku julingkan mata ke atas. Tindakan refleks hasil daripada soalan cliché dia. Dia terus kulum senyum. Tahu aku dah menyampah tapi sengaja cari pasal nak tanya lagi soalan macam tu.

“Do you know girls hate anyone ask them about their age?”

Dia terus silangkan tangan ke dada. Nampak santai sangat dan…hot? Heh…get rid of that term, Fi. Kau jangan nak gedik sangat la.

“Is that so?”

Dia kalih pandang ke arah Salwa dengan Tim. Seorang jungkit bahu, seorang geleng kepala tak tahu. Mak aihh! Asam jeruk punya kawan. Sekali aku rendam juga dua-dua tu dekat Sungai Liffey baru tahu. Bukan main lagi dia orang ni lepas jumpa Aidan. Semua tak nak back up aku. Huh…tak apa, aku mogok sebulan tak nak masak.

“Fine! I’m 21.”

“And I am 22.”

“Tak tanya pun.” Selamba aku keluarkan statement macam tu dengan muka kosong.

“Puahahaha….”

Rais dengan Acab gelak serentak. Salwa dengan Tim ikut sama, cuma si suave depan aku ni je dah merah muka. Tak tahu sama ada dia malu atau bengang, tapi yang pasti signature smiles dia masih tetap terukir di bibir.

Orang yang berdekatan dengan meja dah mula pandang-pandang. Tapi masing-masing buat-buat tak endah. Acab terus letak tangan atas bahu Aidan.

Chill, bro. Kau nampak je Nad ni macam reserved sikit, tapi bila dah kenal haih…dia boleh jadi perempuan paling bold sekali.”

Aidan angguk. “Noted. Thanks.”

Dia pandang aku sekilas sambil senyum, tapi aku buat-buat tak nampak. Sengaja buat-buat tertengok jam.

“Dah habis makan kan? Jomlah balik.” Ajak aku. Malas nak duduk lama-lama. Perut kenyang, badan letih dan tiba-tiba mata jadi kuyu. Pening dengan card signing (CS) tadi tu pun tak habis lagi. So, baik balik sebelum tuan kedai halau.

“Aik? Cepatnya nak balik. Ada sesiapa menunggu ke?”

Rais dengan Acab berpandangan sambil sengih. Lepas tu main jungkit-jungkit kening dengan aku. Ceh…orang tengah penat dia orang ada hati nak main-main pula. Karang ada juga tak pasal-pasal kena sembur dengan aku.

Weyh...she’s tired. Agak-agak la…baru habis CS ni kut.”

Haa…nasib ada si Salwa ni backup aku. Kalau tak mahu ‘bombard’ manusia-manusia depan aku ni. Tak prihatin langsung!

“Oh iya ke? How was it?”

Rais tanya konon prihatin. Tapi nampaknya dia tersilap langkah. Masing-masing tengah berangin tengok gred, tiba-tiba sekarang kena aju soalan macam gitu.

“Ahmad Jais!”

Muahaha…hambik kau! Rais dah bertukar jadi Jais. Muka si ‘Ahmad Jais’ dah bengang semacam. Tapi si tukang seru tayang muka ada-aku-kesah?

“Shut up!”

Muahaha…what you give, you get back bro. Baru beberapa minit Rais buat macam tu dekat Tim, sekarang dah kena bayar cash balik.

Acab terus tepuk bahu Rais. Tenangkan dia yang dah tergamam dekat situ. Tim dengan gaya diva buat selamba sambil lap mulut dengan tisu. Si suave yang memerhati gelak kecil bila tengok gelagat sorang-sorang manusia di depan.

“Dah-dah…bertenang. Ini semua siapa yang nak bayar?” Salwa alihkan topik lain. Malas nak panjangkan cerita sebab geng-geng RCSI ni dah penat kena ‘bom’ dalam bilik anatomi tadi.

Dan-dan tangan Tim tunjuk Rais, Rais tunjuk Acab, Acab tunjuk aku dan Salwa tunjuk Acab. Bersilang pangkah semuanya. Cuma aku dengan si suave je yang tak ambil port. Dia hanya memerhati sambil senyum.

Korang dah makan main tunjuk-tunjuk pula lepas tu. Sendiri makan sendiri bayar la. Itu pun nak kena cakap ke?”

Aku jeling seorang-seorang sebelum seluk purse dalam beg sandang. Malas nak layan dia orang bila dah biasa sangat dengan situasi tengah semester macam ni. Masa nak ajak makan tak beragak, bila nak bayar mulalah buat hal. Masing-masing turun tangan lepas tu. Kalut keluarkan purse masing-masing.

It’s okay, guys. Aku belanja hari ni. Let me treat you as salam perkenalan dari aku.”

Dan-dan Acab dengan Rais tarik senyum lebar. Laju je salam dengan Aidan, tunjuk mesra dengan gaya selamat-duit-poket-aku-hari-ni. Tak kurang juga pada kawan-kawan ‘durhaka’ dekat sebelah ni. Masing-masing sengih kambing sebab ada orang belanja makan malam hari ni.

Lepas keluar dari Powerscout Centre, jejaka-jejaka budiman ni baik hati nak hantarkan anak-anak dara ni dengan selamat balik Mercer Court dulu. Haila…kalau tak hantar pun tak apa sebenarnya, hanya sekangkang kera je nak sampai hostel, tapi dia orang beria juga nak hantar sebab kononya dah on the way nak balik rumah dia orang dekat Lad Lane.

Masa tengah jalan kaki melalui William Street entah macam mana aku boleh terjalan seiring dengan si suave dekat belakang. Rais, Acab, Salwa dengan Tim tengah rancak berborak di depan. Apa yang dia orang kecohkan pun aku tak tahu.

“Senyap je. Penat sangat ke?” tanya Aidan tiba-tiba. Aku yang dari tadi tengah tunduk ‘ukur tanah’ terus angkat kepala. Haih…baru sedar akan ‘kecomelan’ aku bila berdiri dekat sebelah dia. Huhu…ayat sedar diri.

“Yup. Nak rehat, otak tengah lagging.” Dia senyum, tunduk sikit sambil seluk tangan dalam poket coat. Rambut yang diikat tadi dah dilepas bebas. Haila…nampak lembut je ditiup angin.  Cuma tang jambang je aku tak berapa berkenan sikit. Serabut!

Tiba-tiba otak melayang masa makan tadi. Agak-agak dia terasa ke apa yang aku cakap tadi?

“Err…sorry pasal tadi. I didn’t mean to humiliate you.”

Dia tunduk cari muka aku. Muka nampak blur. Tak faham arah tuju ayat aku.

“Tak tanya pun.” Aku ulang balik apa yang aku cakap. Nak refresh balik otak dia lepas kena belanja makan kita orang tadi. Melayang juga 30 euro dia.

Dia gelak kecil sambil geleng kepala. “Don’t be. I know you were joking.”

“Hurm…baguslah kalau macam tu. Nak masuk geng ni kena sporting, otak mesti gila-gila nak layan kerenah budak-budak terencat depan tu.”

Aku muncungkan mulut ke arah dia orang berempat dekat depan. Entah apa si Acab cakap tiba-tiba newspapers yang ‘nyawa-nyawa ikan’ hancur hinggap atas badan Acab pula.

Dia gelak lagi. Haih…suka gelak rupanya mamat ni. Baru pertama kali jumpa je aku perasan banyak kali dia gelak. Mungkin kita orang ni kelakar kut bagi dia.

Noted. Tak sangka budak medik macam ni. I thought you’re some kind of nerdy yang menghadap buku twenty four-seven.”

Cis! Asal cakap medik je mesti aku akan dengar statement macam tu. Apa budak medik ni tak ada life ke? Asyik nak menghadap buku je kerjanya. Lama-lama otak pun boleh biul kut.

“Gila ke apa nak menghadap buku je. Come on, Aidan. We’re just human. We aren’t androids with extraordinary intelligence.”

Jeda. Aku pandang depan sebelum sambung cakap balik.

“Hidup ni perlukan variation untuk wujudkan stability. Macam tu juga dengan otak kita, perlukan stability yang bukan setakat dari segi intektual je tapi dari segi rohaniah dan sahsiah juga. Baru la boleh jadi seorang manusia yang ada persona.”

Dia senyum sambil angguk macam burung belatuk.

Not bad, um. Kalau macam ni kena kenal rapat lagi dengan Dr. Nadine Saffiyah ni. Persona yang dimiliki, mampu membuatkan orang terjatuh hati...”

Zap! What does he mean by that? Dia tengah cuba jual ayat gula kapas dekat aku ke ni? Muka tiba-tiba terasa pijar semacam. Aku cuba buat selamba, konon tak dengar apa yang dia kata walaupun jantung dah buat somersault dekat dalam.

“Nadine Saffiyah.” Tiba-tiba dia seru nama aku. Tiba-tiba rasa sedap pula bila dia yang sebut. Tiba-tiba rasa gedik nak suruh dia sebut lagi. Haip…behave, Fi.

“Yup.” Aku angkat muka. Cuba berlagak tenang walaupun tengah gubra sebenarnya. Apatah lagi bila mata dia tepat pandang mata aku.

“Can I call you Fi?”

Erk? Fi hanya panggilan untuk ahli keluarga je. Kenapa tiba-tiba dia tanya soalan luar alam nak panggil aku dengan nama Fi.

“Why?” Soal aku. Dia senyum.

“Nad is too mainstream. Fi is nice, short and sweet.”

Teng! Hambik kau. Bila ayat dia makin bergula kapas, aku makin hilang vocabulary nak membalas.

“Ooo…okay.”

Hanya itu je yang mampu terluah. Biarlah dia nak panggil nama apa sekalipun janji nama yang dia panggil tu nama aku dan panggilan yang baik. Itu sudah cukup bagi aku.

6 comments :

  1. erk!! aidan sweet..... n he makes me speechless too... walaupon x de kaitan hahahha :D nice sis

    ReplyDelete
  2. Oh my....sweet gile aidan....cair beb...hehehe....smbg lg....best sgt...

    ReplyDelete
  3. akhirnya...ada entry baru...bestttt...thanks...xsabar tggu next entry

    ReplyDelete
  4. Whoaaa........ Aidan.... memula..... dah sweet tahap diabetis....... Fi......cam besa dengar jer.... Hi hi hi

    ReplyDelete
  5. Homaiii nape rase nk jatuh chenta kt aidan ni eh...

    ReplyDelete
  6. Sweet..Fi..short and sweet..

    ReplyDelete