Followers

Sunday 6 April 2014

Bab 4: Bernafas Tanpamu



“Untuk cuti akan datang ni ada sesiapa yang akan balik Malaysia?” tanya Rais tiba-tiba masa tengah melepak dekat St. Stephen’s Park. Acara wajib hampir setiap minggu masa awal musim luruh ni.

  “You mean for this upcoming winter break ke?” soalan dibalas soalan dengan Tim.

  “Haaala…bila lagi? Takkan winter tahun depan kut.” Rais pandang tajam ke arah Tim. Gaya tak puas hati.

  “Manalah tahu…kau kan suka buat lawak bodoh.”

  Haila…budak berdua ni pantang betul berjumpa. Mesti ada je modal nak jadi gaduh. Tak tahu erti penat ke?

  “Aku kahwinkan korang berdua ni juga karang. Baru ada akaii sikit.”

  Senyap terus dua-dua bila Salwa dah bersuara. Muka masing-masing bengang sebab kena sound. Yang jadi tukang tengok ni hanya gelak. Siapa lagi kalau bukan aku dengan Acab. Si suave entah kenapa hari ni banyak senyap. Hanya terbaring dekat atas picnic blanket sambil muka tutup dengan buku. Tidur kut.

  “Kenapa kau tanya, Rais?” Aku bertanya bila tengok masing-masing dah sentap. Sengaja alihkan perhatian.

  Dan seperti yang aku agak, mood Rais berubah. Sengih.

  “Aku ingat nak ajak korang pergi short trip.”

  Wow…macam menarik je. Bila sebut pasal short trip, orang yang muka ketat tadi pun boleh senyum sambil tayang muka teruja.

  “Pergi mana?” sampuk Acab sambil sengih.

  “How about Wicklow?” Rais jungkit kening dua kali. Sengaja nak menggoda kawan-kawan yang kaki jalan ni.

  “Sounds good.”

  Eh…ingatkan dah sampai bulan tadi. Dia alihkan buku Mechanics of Fluids dari muka. Haila...buku tebal-tebal boleh letak dekat muka. Tak lemas ke?

  “Have you ever been there before?” tanya Tim sambil cubit sikit-sikit muffin dan suap dalam mulut.

  Dia bangun sambil tarik sila dan duduk bersandar dekat belakang pokok.

  “Nope, tapi aku dengar tempat tu cantik.”

  “Haaa…cantiklah. Apa kata break kali ni kita buat Eire trip. Next trip Europe pula.”

  Acab bagi cadangan lagi bijak. Ini yang tak sabar nak tunggu cuti. Aku memang teringin nak pusing Europe pun. Nampaknya peluang dah mula muncul di depan mata.

  Wishlist number six, here I come. Wehuuu!

  “Yang kau sengih kambing gurun ni dah kenapa?”

  Salwa tepuk peha aku tiba-tiba. Erk! Kambing gurun di kata aku?!

  “Kambing gurun? Kau hado?”

  Hambik kau! Aku senyum senget. Yang lain dah bantai gelak. Cuma Salwa je tayang muka kelat.

  “Setakat kambing gurun tak mainlah weyh. Lainlah si goatee yang macho.” Dia kenyit mata.
  Jangan kata dia maksudkan…oh mak…malunya!

  Tim ikut senyum. Faham apa yang Salwa maksudkan. Muka aku confirm dah bertukar bagai udang kena salai. Nasib baik muka jejaka-jejaka kononnya idaman Dubliners ni blur memanjang. Kalau tak…habislah.

  “Si goatee yang macho? Kambing pun handsome ke?”

  Muahahaha….sah-sah si Acab dengan Rais ni blur. Kami gadis-gadis bertiga dah terburai gelak. This is funny, okay. Cuma si suave ni je yang senyum sikit. Gaya macam dia boleh agak je. Haila…janganlah dia agak apa-apa. Confirm kejap lagi ada juga yang benam muka dalam kolam itik tu karang.

  “Handsome sangattt!!! Plus hot and sexy.” Tim jungkit kening double jerk sambil pandang aku.

  Hampeh! Dia orang ni sengaja nak malukan aku ke apa? Tahu tak mata si goatee yang macho plus hot and sexy tu asyik pandang aku, Salwa dengan Tim je. Nanti kalau dia perasan sesuatu macam mana?

  “Lain macam je kambing tu, Tim. Kambing kaki empat ke kaki dua?”

  Oh no! Bila si ‘kambing’ yang dimaksudkan dah mula menyampuk, mamat berdua yang blank dari tadi pun boleh tangkap la. Aduhai…mana nak letak muka ni, mak oiii.

  Si kambing macho plus hot and sexy dah mula senyum senget. Diikuti dengan kambing...eh bukan kambing sebab dia orang tak ada facial hair. Muka licin je budak berdua tu sebijik macam…cicak.

  “Mind to share with me, Fi?”

  Erk? Automatik senyuman aku mati. Aku kalih pandang si suave. Halamak aihh…kenapa bibir ni pergi gatal menyengih. Kan tak pasal-pasal dia suruh kongsi. Takkan aku nak cakap aku bayangkan dia kambing macho plus hot and sexy dan mamat berdua tu cicak. Mahu aku terhumban atau dihumban masuk dalam kolam itik tu nanti.

  “Fi???”

  Belum sempat aku nak menjawab, suara katak berempat panggil hujan bergema. Masing-masing tayang muka penuh tanda tanya. Aidan yang fokus dekat aku dari tadi dah beralih arah. Pheww…lega!

  “Yup. Anything wrong?”

  “Kenapa Fi?” tanya Acab penuh curious.

  “Kena justify jawapan ke?” Soalan dibalas balik dengan soalan. Aidan jungkit kening ke arah teman serumah dia.

  “Mestilah!” Tiba-tiba budak berdua ni pula menyampuk. Tapi menyampuk ada makna tu. Mata dia orang tu asyik pandang-pandang aku. Konon nak jadi matchmaker la. Kalau Aidan ni tahu bukan dia orang yang malu, aku juga yang tersipu. Eheh…over kau, Fi.

  Aidan senyum cap peluntur sambil melirik pandang aku.

  “Saffiyah tu yang tulus, ikhlas dan suci. Salah ke kalau aku gunakan nama singkatan Fi berbanding Nad?”

  Ohoiii! Dia tahu maksud nama aku tu. Dan-dan jantung pun menambahkan pecutan kuasa kuda.

  “Eh…tak salah aih. Nak guna nama apa pun tak apa. Asalkan bahagia. Betul tak, Cik Nadine Saffiyah?” Salwa senyum meleret ke arah aku.

Haih…bertuah punya kawan. Kau nak malukan aku ke apa ni?

  Aku bulatkan mata ke arah dia tapi bibir masih tarik senyum walaupun plastik. “Ha’ah…bahagia sangattt!”

  Tim dengan Salwa gelak-gelak. Cuma Acab dengan Rais je masih tayang muka kelabu asap.

  “Tapi kenapa, bro? Aku tak faham.” Acab pandang Aidan. Tagih jawapan. Aidan gelak kecil. Haih…gelak orang beriman la katakan. Nampak sopan je.

  “Nad is too mainstream. I prefer extraordinary rather than ordinary.”

  Oh…macam ada rama-rama dalam perut tengah terbang dengan gembiranya.


  “Oooo….” Acab dengan Rais angguk. Panjang je bunyinya. Tapi dia orang relaks je. Takde pula nak usik apa-apa. Cuma budak berdua ni je yang overdose nak jadi matchmaker tak bertauliah.

  “So back to the main topic, korang serius ke nak pergi Wicklow?”

  Aku tukar topik. Malas nak layan kepala budak gatal.

  “Kalau korang setuju, kira on la,” balas Rais sambil pandang muka-muka kawan yang lain. Salwa dengan Tim berpandangan sambil angguk.

  “We’re in.” Dia orang jawab serentak.

  “Nad?” Semua pandang aku bila Acab tanya macam tu.

  “Insya Allah.” Aku angkat muka dari menghadap notes. Senyum. Nampaknya masing-masing macam dah eksited je nak pergi trip. Haha…masa nilah nak ‘bonding’ kan. Pertama kali ada si suave ni.

  “Weh…Aidan. Kenapa kau bawa gitar datang sini?”

  Aidan pandang sekilas gitar dia kat sebelah. “Aku pergi tukar string tadi. Tu yang bawa sekali.”

  Salwa dengan Tim mula tersengih lagi. Hooo…I know what they’re thinking about. Ada agenda tersembunyi tu.

  “Play a song, pleasssee…”

  Salwa dah mula buat muka kucing miang. Hadoi…kawan siapa la ni? Malu nak mengaku kawan bila tengok dia buat muka kalah sikit dari Puss pakai boots.

  Dia senyum sikit dan terus keluarkan gitar dari casing. Sementara tunggu dia test chord gitar, jantung aku pun ikut sama kena test. Kalau ikut BPM (beats per minutes), mahu lebih dari 100 ni. Huh…relaks, Fi.

  “Korang ni pantang nampak Aidan pegang gitar. Sibuk nak request lagu.” Acab pandang muka sorang-sorang kucing miang.

  Tim cebik. “Biarlah. Aidan tak bising kau pula yang sibuk?”

  Acab dengan Rais buat muka. Aidan hanya senyum je sambil tunduk petik gitar. Tak lama lepas tu dia angkat muka.

  “What song do you want me to play, ladies?”

  Pergh…gaya gentleman habis. Mana la muka kucing-kucing miang tu tak semakin miang. Mamat berdua yang memandang dari tadi mula berbulu. Masing-masing terus baring atas backpack sambil suap muffin yang aku bawa tadi dalam mulut. Malas nak layan la tu.

  “Any song will do.” Tim tarik senyum. Salwa pandang Tim dengan muka tak puas hati.  

  “No! I prefer love song.” Salwa menjawab tapi mata melirik ke arah aku. Heh…apa kes? Tim yang sempat tengok gelagat spontan Salwa pun terus ikut sama pandang aku. Dia senyum penuh makna sambil jungkit kening dua kali.

  Sudah! Ini mesti nak jadi matchmaker lagi! Haila..sudah-sudahlah kawan-kawanku. Hidung pesek, pipi pula nak tersorong-sorong apa hal? Buatnya dia dah ada girlfriend macam mana?

Maklumlah hati perempuan yang diusik ni bukan hati lembu. Bila selalu kena usik, lama-lama mahu meruntun juga. Dari tak suka jadi suka. Dari benci jadi cinta. Oh cik jantung hati…please stay strong!

  “Alright my ladies, your wish are my command.” Dia senyum cap peluntur lagi dan tanpa disangka dia kenyit mata dekat aku yang tak ambil port dari tadi.

  Oh…mak jantungku tergolek. Come on, Fi! Baru cakap stay strong takkan dah tergolek kut.

  Dia tunduk pandang gitar sambil senyum. Dan jari-jemari dia mula petik tali gitar. Cue muzik je dah mampu aku buat rasa lain macam, belum dengar suara dia lagi tu. Hurm…

Elok je suara dia masuk, automatik mulut kucing-kucing miang terus terlopong dan aku…rasa… nak pitam boleh tak?

  En palabras simples y communes yo te extrano
  En lenguaje terrenal mi vida eres tu
  En total simplicidad seria yo te amo
  Y en un trozo de poesia tu seras mi luz, mi bien
  El espacio donde, me alimento de tu piel que es bondad
  La fuerza que me mueve dentro para recomenzar
  Y en tu cuerpo encontrar la paz
 
Translation:
  In simple words, I miss you
  In earthly language, you are my life
  In total simplicity, the kindness is of your skin
  The strength inside moves me to begin again
  And in your body I find peace

  Oh mamma mia! He can speak Spanish. Cuma aku je yang tak faham sepatah haram pun benda yang dia nyanyi. But who cares? Suara dia yang romantik tu buat otak aku ligat scan wishlist nombor lapan.

A gentleman who can speaks French, Arabic and Spanish. (sexy :P)

Haha…Spanish check. Tinggal French dengan Arabic je aku tak tahu. Afterall, I’ve to admit he is darn sexy in his own way.

Eh…kenapa kau nak fit in kan dia dengan wishlist kau pula? Hadoyai…Patutlah minah berdua tu asyik puji-memuji. Rupanya cik jantung hati kita ni pun ikut melting habis. Macam mana nak stay strong kalau jantung ni asyik nak tercopot jatuh je.

Wow…bravo! Excelente.” Acab tepuk bahu Aidan sambil main jungkit-jugkit kening dengan Rais. Lain macam pula aku tengok gaya dia orang berdua ni.

“Kau boleh cakap Spanish ke Aidan?” tanya Tim bila dia dah tersedar dari kelopongan tadi.

Si suave senyum sambil letak gitar ke tepi. Lepas tu baru dia pandang muka kucing-kucing miang depan dia.

“Sikit-sikit boleh la.” Macam merendah diri je jawapan yang keluar dari mulut si suave ni.

“Macam tak sikit-sikit je tu. Fluent je aku dengar.” Komen Salwa pula.
Aidan pegang tengkuk dia sambil senyum. Muka merah semacam tiba-tiba. Heh…dia malu ke?

If you’re singing in a rhyhtm, lagu bahasa Dzongkha pun kau boleh nyanyi.”

“Heyyyy…” Tim dengan Salwa serentak buat bunyi macam tu. Tak percaya dengan cakap Aidan. Tapi yang peliknya aku perasan Rais dengan Acab ni asyik duk tersengih-sengih je dari tadi.

Somos novios
Pues los dos sentimos mutuo amor profundo
Y con eso ya ganamos lo mas grande de este mundo

What the fish?! Acab pulak ‘berdondang-sayang’ ala Spanish dekat sini. Automatik rahang gadis-gadis yang jadi penonton ni jatuh bawah. Mulalah dia pun tunjuk muka riak plus bangga.

“Kau…kau pun boleh nyanyi lagu Spanish?”

            Aiik?! Sejak bila Salwa boleh jadi gagap ni? Haih…baru sikit si Acab tu menyanyi. Agak-agak kalau satu lagu dia menyanyi boleh pitam terus kut.

            “Eheh…kau ingat Aidan sorang je ke? Aku pun boleh la.” Dengan muka bangga dia berkata. Tak nak kalah. Salwa terus cebik. Hilang terus ekspresi muka kagum tadi.

            “Kalau betul kau boleh cakap Spanish, cuba translate sikit lagu yang kau baru nyanyi tadi.”

            Haaaa…kan dah kena. Tapi muka Acab relaks je. Siap angkat kening lagi dengan geng dia. Rais bagi signal suruh Acab prove it. Aidan geleng kepala sambil senyum. Mesti dalam hati dia kata, macam-macam perangai budak-budak ni.
We’re lovers
 As we both feel a mutual and profound love
 And with that, we have already won the biggest prize of this world…

            Lepas si Acab buat terjemahan, mata dia terus melirik ke arah Aidan dan baru dia jungkit kening gaya hah-kau-ingat-aku-tak-tahu-ke? Salwa terus julingkan mata ke atas.

            Arhh…bukan pasal Acab-Salwa yang aku kisahkan, tapi pasal Aidan yang tiba-tiba merah muka sambil tunduk sarung beanie dekat kepala. Dia dah kenapa? Macam malu-malu je.

            “Guys, I need to go now. Got something to do.” Aidan toleh jam tangan dia sekilas. Lepas tu terus bangun capai gitar dia yang dah siap masuk dalam casing dengan buku Mechanics of Fluids.

            “Laaa…relax la bro. Baru pukul berapa. Muffin yang si Nad ni bawa pun tak habis lagi.” Rais dongak pandang Aidan yang dah berdiri sambil betulkan jaket dia. Yang lain ikut sama dongak pandang Aidan. Haih…dahlah tinggi enam kaki lebih (I guess). Rasa lenguh juga tengkuk mendongak pandang dia.

            “Sorry, I’ve really got to do something. Muffin lebih tapau balik nanti.” Dia pandang jam lagi. Macam nak kejar masa je gayanya.

            “Tapau-tapau tak ada. Muffin ni habis dekat sini je.” Entah macam mana aku boleh jadi sebegini bold pula. Mungkin geram, mungkin sakit hati bila tengok dia macam tergesa-gesa. Semua mata pandang ke arah aku lepas tu.

            “Oh really? If you say so, then you’ve to bake another muffin specially for me later.” Dia tarik senyum, tapi kenapa nampak ‘nakal’ sangat?

            “In your dreams, Mr. Dreamy.” Dia jungkit kening, gelak kecil.

            “Yeah...I dream and you’re responsible to make my dreams come true.”

            Oh…what did he say? Apakah?

            Aku pandang Salwa dengan Tim, tapi nampaknya masing-masing dah terlopong dengar ayat spontan yang keluar dari mulut si kambing macho plus hot and sexy. Mata terkelip-kelip pandang Aidan. Haish…masalah mata kawan-kawan aku ni.

            “Talk to you later. Assalamualaikum.” Dia angkat tangan dengan gaya cool habis sebelum beredar tinggalkan kita orang yang masih kelu. Salam dia pun hanya mampu jawab dalam hati je.

            Haih…dari belakang pun tengok macho je dia jalan. Sebelah tangan kepit buku, gitar dia sandang dekat belakang dan sebelah tangan lagi seluk poket seluar. Beanie atas kepala berjaya sembunyikan ‘toncit’ kecil dia.

            “Eh…Aidan tinggal buku dia la.” Tim capai buku Cosmos yang terselit dekat tepi bakul tempat aku isi muffin tadi.

            “Aidan!” Spontan Tim panggil Aidan sambil angkat buku tu tinggi. Tiba-tiba sekeping gambar melorot jatuh. Fokus mula pada gambar yang dah terbalik berbanding Aidan yang semakin menjauh.

            “Gambar apa ni?” Laju je tangan Salwa terbalikkan gambar tu. Semua mata statik memandang. Masing-masing kelu tanpa suara kejap.

            “Ohooo….bagi balik weh. Tahu Aidan, marah dia.” Rais hulurkan tangan minta gambar tu balik.

            “Hish…kejap la.” Salwa makin tarik gambar tu ke arah aku dengan Tim. Rais mengalah.
Bila Salwa dekatkan ke arah aku, baru nampak dengan jelas gambar Aidan yang segak berbaju melayu cekak musang warna turquoise dengan seorang perempuan yang ayu berbaju kurung warna serupa. Gaya latar belakang macam sawah padi je.

“Siapa ni?” tanya Tim sambil pandang jejaka berdua tu. Rais dengan Acab berpandangan sekejap.

“His girlfriend.”

Zapp! Girlfriend, huh? Breathe, Fi. He’s got nothing on you. Tak payah nak terasa la.

Girlfriend?!!” Serentak Salwa dengan Tim bersuara. Kuat. Over sungguh!

“Kenapa terkejut?” Acab kerut dahi pandang Tim dengan Salwa. Tapi Salwa dengan Tim dah pandang aku sambil tayang muka oh-pity-you.

“Err…dia orang ingat Aidan tak ada girlfriend.” Aku tolong jawab bagi pihak dia orang sambil senyum sikit. Tapi sah-sah senyuman aku tu herot-berot, cacamarba, tawaq habiaq.

“Ooo…Dia memang macam tu. Nampak je cool, tapi dalam seminggu tu tak tahulah berapa kali dia bervideo call dengan girlfriend dia dekat Malaysia tu.” Rais mula buka cerita pasal Aidan.

“Serius?!” Tim tayang muka tak percaya.

“Yup. Dia sangat caring weh. Kalau kau dengar dia cakap dengan girlfriend dia sure cair punya. Siap petik gitar sambil menyanyi lagi tu kadang-kadang. Aku yang lelaki ni pun kalau jadi perempuan pun mahu terpikat juga kut.” Selamba Acab cakap, tapi kenapa hati aku ni yang sakit?

“Hoiii!!! Ayat kau tu elok-elok sikit weh. Takkan nak jadi songsang kut.” Rais tolak bahu Acab. Acab gelak sambil tolak bahu Rais balik.

“Astaghfirullahalzim. Aku bagi perumpamaan je derrr….bukan betul-betul. Aku ni straight, tak ada bengkang-bengkok. Tak mahu aku jadi umat yang dilaknat Tuhan.”

Rais terus raupkan kedua-dua tapak tangan dekat muka. “Ameen.”

“Sengal kau ni dowh. Dengar dek Aidan aku tak tahulah dia nak cakap apa.”

Aku, Salwa dengan Tim hanya memerhati. Masing-masing senyap tak berbunyi. Salwa dengan Tim masih pandang aku. Aku senyum tawar sambil geleng kepala. Gaya I’m fine tapi sebenarnya I’m certainly not fine.

Aku tarik nafas dalam-dalam sambil masukkan balik Tupperware berisi muffin tadi dalam raga.
“Eh…ada muffin lagi tu Nad.” Tiba-tiba Acab tegur.

“Kau nak lagi ke?” Aku keluarkan balik bekas muffin yang tinggal dua biji je dan suakan dekat dia.

“Tak nak, tapi aku nak tapau bawa balik. Aidan nak kut. Mesti dia balik tadi sebab dah janji nak video call dengan girlfriend dia tu.”

Dengar je Acab cakap macam tu aku terus tarik balik Tupperware tu. “No tapau-tapau. Nak, makan sini.” Jawab aku tegas. Dia orang terkesima. Argh…lantaklah dia orang nak fikir apa. Tadi pun aku dah pesan dekat Aidan tak ada tapau.

“Nad aku nak.” Aku hulurkan bekas dekat Rais. Rais ambil dua-dua muffin tu. Satu dia bagi dekat Acab.

“Haaa…kau jangan nak bawa balik. Makan sini, kita orang nak tengok.” Mula keluar aura mak tiri kejam dari Salwa. Tanpa ada bunyi dua-dua tu ikut je apa yang Salwa suruh. Mesti Salwa faham aku tak nak Aidan makan muffin tu.

Sementara nak tunggu dia orang habis makan dan berkemas, aku buang pandang sekitar St. Stephen Park yang mula ada daun kering warna kuning kemerahan. Rasa sayu je tengok daun berguguran. Bagai hati aku pun gugur sama. Suhu yang agak dingin menambahkan lagi rasa sayu di hati ni.




Chill la, Fi. He’s merely your temporary infatuation. Tak payah nak ingat apa-apa lagi lepas ni.  Tapi…mampukah?

Hurm…inilah masalahnya kalau jadi perempuan. Hati tisu, hati kertas, hati daun kering dan segala benda yang lembut dan rapuh tulah hati perempuan. Pantang kena cuit pasti terusik.

Huh…let’s move on, girl! Cheer up…you can do it! Yeayyy!

For my dear tummy, sorry for all the butterflies, my dear heart, sorry for the scratch, and my dear brain, sorry for overloading you.

10 comments :

  1. love this story...cepat2 sambung cik writer ;)

    ReplyDelete
  2. Aduhh..... Fi........ stay strong, do not show your heart broken face especially to Aidan, Rais n Acab... K. Jgn wat aksi aksi gatal or your feeling towards Aidan. Mari kita lihat yg seterusnya.

    ReplyDelete
  3. next2...xsabar nak tau pe jd seterusnya ;)

    ReplyDelete
  4. Ok... hati rasa sesak bile bace bab ni. Rasa mcm ade kt tmpt fi pulak

    ReplyDelete
  5. Huhu....frust nye aidan ade gf....tp still nt dgn nad kan...hehe...cpt2 smbg...hehe...

    ReplyDelete
  6. Sangat seronok cerita ni. five stars ! Rajin2 update selalu hehe :) -ti

    ReplyDelete
  7. Be cool-hearted Nad. Please, don't show off your heart-broken.Huhu! Love this story soo much.

    ReplyDelete
  8. Superb!!! Please update everyday..u make my tummy full of butterflies... :)

    ReplyDelete
  9. alamak aidan dah ada lahh... tpi betol ke? anyway, it's kinda superb writing ..... will waiting for your next entry :)

    ReplyDelete
  10. Alamakkkk Aidan dah ada special gf?? Sedihnya Fi..stay strong Fi

    ReplyDelete