Followers

Monday 21 April 2014

Bab 6: Bernafas Tanpamu

“What would you do when someone you care so much trying to avoid you?”

Huh?! Perli ke apa ni?

Nothing. Buat tak tahu jelah.”

Oh…iyake, Fi? Betul ke kau boleh buat derk muka sardin?

Dia gelak kecil sambil geleng kepala. “Hanya orang tak ada perasaan je buat macam tu. Don’t you think so?”

            Macam cari pasal je? Lepas tengok salji mood makin jadi beku pula.

            “No. Dia bukan tak ada perasaan tapi cuma memberi ruang untuk menilai sejauh mana orang tu ‘care’ sangat dengan dia.”

            Statement tak boleh blah! Gaya macam nak gali lubang kubur sendiri je Fi. Dia tak cakap apa-apa, tapi serius pandang muka aku.

            “Mungkin Aidan tak cukup caring kut. Sebab tu semua orang nak jauhkan diri dari Aidan.”

            Aikk…sentap ke? Lain macam je ayat. Ada orang lain selain aku ke yang dia ‘care’ sampai boleh keluar statement ala-ala merajuk-nak-minta-pujuk tu?

            Dia tarik nafas kasar sebelum buang pandang ke arah jalan raya. Subhanallah! Cantik sekali pemandangan ketulan ais yang dah bertukar jadi hujan turun. Masih boleh dilihat dari cermin kaca café ni. Sekejapan masing-masing ralit berada dalam dunia sendiri.

            “Fi…I know you’re ignoring me, but at least have the decency to tell me why. Let me know my fault.”

            Aku terus pusingkan kepala pandang muka dia. Lain macam dah bunyi soalan walaupun soalan tu dia ulang balik. Hadoyai…Macam mana aku nak cakap kalau sebenarnya ‘salah’ tu bukan salah dia?

              “Stop asking that question, Aidan. Fi dah jawab kan tadi.”

              Aku pandang dia tepat. Hot chocolate di depan yang pada mulanya nampak yummylicious terus jadi hambar.

              “You’re not answering my question, Fi. Deep inside I know you’re hiding something from me, aren’t you?”

              Tak ada lagi senyuman yang selalu dia sedekahkan. Hari ni muka ketat yang dia tayang. Gaya polis pencen tengah siasat aku sekarang ni. I hate being forced to do something I don’t want to do. Karang tak pasal-pasal ada juga yang ‘meletup’ dekat sini.

              “Fine! If I’m hiding something, it means I don’t want to share it with anyone including you Mr. Aidan.”

              Especially you, Mr. Aidan. Itulah yang aku nak cakap sebenarnya. Tapi belum tergamak lagi nak cakap macam tu. Bagai meletak leher dekat tempat pancung pula nanti. Mesti lagi banyak soalan yang dia akan tanya.

              “I want to know the truth, Fi. I’m sick being push away without any concrete reasons.”

              Muka makin tegang. Suara pun dah tinggi sikit. Dan hati pun mula terasa macam kena tabur dengan lada sulah dan disiram air limau.

              “What is your problem, actually? Siapa push siapa?”

              Mata bertentang mata. Dia terus bersandar dekat kerusi sambil peluk tubuh. Walaupun suhu dekat luar makin dingin tapi masih tak mampu nak sejukkan hati yang mula menghangat.

              “I don’t know Nadine Saffiyah can be so manipulative.”

              Sarkastik gila gaya macam nak kena lastik je dia ni. Siapa yang manipulate siapa sekarang ni? Dan kenapa dia pula nak bengang dengan aku?

              “Encik Aidan, suka hati saya nak pedulikan awak atau tidak. Dengan alasan apa, itu awak tak perlu tahu. Sometimes silence is better rather than saying meaningless words.”

              Air muka dia terus berubah.                

              “Am I annoying you?”

              Erk?! Okay, dia dah terasa. Nak tak nak perlahan-lahan aku geleng kepala.

              Dia senyum tapi nampak sinis. Aku tunduk pandang jemari sendiri. Masing-masing terdiam lepas tu.

              “Do you wanna know something?”Aku angkat muka pandang dia balik. Dia balas pandangan aku. Tapi aku tak jawab apa-apa.

              Dia tarik nafas berat. “Being ignored is the worse than being hated. At least when they hate you, they treat you like you exist!

              “Nad! Kau dengar tak apa yang kita orang cakap ni?”

              Tiba-tiba suara Salwa bingit kedengaran dekat telinga. Bila aku angkat muka ada empat pasang mata yang turut sama memandang. Hailaa….jauh betul kau berangan kan Fi.

              “Sorry, kau cakap apa tadi?” Aku pandang muka Salwa yang jelas tayang muka tak puas hati.

              “What happened to you? Sejak seminggu ni lain macam je aku tengok. Kenapa?”

              Nampak sangat ke?! Inilah masalahnya kalau tak pandai cover, asyik terfikir-fikir je cara dia tinggalkan aku dekat café hari tu. Tak pasal-pasal rasa bersalah makin mencengkam diri. Padahal kalau nak ikutkan bukan salah aku pun. Dia yang sibuk sangat nak tahu pasal aku dah kenapa?

              “Nad ooo…Nad!”

              Aku kalih pandang muka Tim. Tarik sengih yang tak berapa nak menjadi bila tahu topik perbualan berkisar pasal diri.

              “Kau ni sebijik macam Aidan. Termenung sana, termenung sini. Kena panggil dua tiga kali baru nak menyahut,” sampuk Rais.

              Hah…sudah! Kisah si suave tu pula dia orang bangkitkan. Sejak dia tinggalkan aku dekat café macam tu je hari tu aku langsung tak nampak muka dia lagi. Merajuk ke?

              “Dah kenapa pula dengan Aidan? Dia ada masalah ke?” tanya Salwa.

              Acab dengan Rais berpandangan. “Maybe. Aku tak pasti tapi kalau tengok muka dia, boleh putus selera nak makan.”

              Rais terus pandang Acab. “Iya ke putus selera? Aku tengok laju kau melantak dua bungkus Maggie si Aidan. Nasib si Aidan tu tak berkira.”

              Acab sengih sambil garu belakang kepala. Kantoi! Salwa terus jeling dia tajam.

              “Eheh…dah aku lapar, apa yang ada bedal jelah. Dia pun bagi green light tak cakap apa.”

              “Cukup sudah. Berbalik pada Aidan, korang tak ajak ke dia join sekali?” tanya Tim.

              Semua mata pandang Rais. “Mahu tak ajak. Tapi dia tak reply pula mesej aku.”

              Entah kenapa aku pula rasa tak ada selera tengok prawn yakisoba depan aku ni. Macam rasa something wrong somewhere bila dengar macam tu. Agaknya inilah rasanya bila di‘ignore’kan oleh orang yang kita ‘care’.

              “Dah lama ke dia buat perangai macam ni?” Tiba-tiba terkeluar soalan tu. Soalan separuh sedar namanya. Semua mata pandang ke arah aku, terutamanya budak berdua merangkap teman serumah.

              “He’s quite weird lately. Ada juga kita orang tanya tapi dia cakap tak ada apa. Tak tahulah apa masalah dia. Sekali pandang macam orang frust pun ada,” jawab Acab.

              Frust? Takkan setakat kena ignore pun nak frust bagai? Eleh…Fi, kau pun dua kali lima juga. Terasa juga kan bila dia tinggalkan kau hari tu. Ooo…shut up!

              “Kau last jumpa Aidan hari tu macam mana? Dia okay ke tak waktu tu?” Tiba-tiba rasa nak tercekik dengar soalan Tim.

              “Err…okay je.”

              Aci tak kalau tipu sunat? Heh…tipu sunat tu tetap menipu namanya Cik Nadine Saffiyah oii. Kering tekak kejap.

              Dari elor mata aku nampak Tim dengan Salwa dah pandang aku semacam. Gaya macam dia orang dah terhidu bau ‘hangit’ antara aku dengan Aidan. Cepat-cepat aku tunduk balik sambil kuis yakisoba dengan chopstick.

              “Weyh…kau perasan tak dia sejak akhir-akhir ni dah kurang Skype.”

              Aku terus angkat kepala balik. Rasa menarik dan tertarik dengar statement Rais. Acab angguk. Sebelum tu sempat juga dia sumbat smoked salmon dalam mulut. Haih…kalau dah dasar kaki makan tu memang kaki makan juga.

              “Perasan tapi lantak dialah. Aku tengok bukan main tekun dia menghadap Autocad. Malas nak kacau sangat.”

              Ceh! Tak menarik. Aku tunduk balik menghadap rezeki di depan mata. Sejuk-sejuk macam ni dapat makan Asian Cuisine sesekali memang epik. Kalau ada orang sanggup belanja lagi epic heaven.

              “Jadi tak nak pergi Wicklow winter break ni?”

              Topik perbualan mula berubah ke arah percutian yang ditunggu-tunggu. Tapi lepas apa yang dah jadi antara aku dengan Aidan, hati tiba-tiba dah jadi tawar. Kalau pergi nanti mesti ada dia. Dan bila ada dia mesti akan jadi pelik. Percutian yang sepatutnya menenangkan jiwa terus jadi gundah-gulana.

              “On!” Bersekutu bertambah mutu dah kawan-kawan aku ni. Semuanya tersengih lebar bila Salwa bangkitkan hal cuti ni.

              “Nad, kau tak jawab pun.”

              Tim tiba-tiba pandang aku. Nampaknya ada juga hamba Allah yang perasan.

              “Insyaa Allah… aku tak ikut kut.” Senada sambil kepit udang dengan chopstick.

              “Why?”

              Udang yang elok terkepit terus terjatuh balik dalam kotak. Dari bau perfume aku tahu dia dah ambil tempat depan aku. Tangan Tim dekat bawah terus cuit peha aku. Nak tak nak terpaksa angkat kepala.

              “Oh…hai Aidan.” Tarik senyum plastik dan terus senyuman aku mati.

              Eh…kenapa dia nampak tua sepuluh tahun lagi? Padahal aku tak jumpa dia baru seminggu.
              “Why, Fi? You’ve agreed before.”

              “But I already changed my mind.” Selamba sambil tayang muka tak bersalah. Heh…Dah memang aku tak buat salah pun, buat apa nak tayang muka bersalah pula kan.

              Suasana terus jadi senyap-sunyi. Tak ada seorang pun yang bersuara bila keadaan aku dengan Aidan makin tegang. Serius si suave (err…tak sesuai dah kut gelaran tu) tengah tayang muka ketat. Dia langsung tak cakap apa-apa, cuma pandangan mata je macam silent killer.

              “Eheh…err…tak bestlah Nad kalau kau tak ikut. Kita kan dah rancang nak jalan sama-sama.” Tim cuba menyelamatkan keadaan walaupun keadaan terang lagi bersuluh tak selamat untuk buat aku duduk lagi lama dekat situ. Pembunuh dalam senyap semakin menakutkan aku.

              “Our trip may not be going the way we planned it, but it’s going exactly the way God planned it, okay.”

              Serentak aku terus bangun, capai beg sandang dan payung. Masing-masing terpinga-pinga kecuali si singa yang berjambang dan bermisai. Sebijik macam Tok Lebai dekat kampung aku.

              “I’ve gotta go. See you later at home.” Dan aku terus angkat kaki tinggalkan dia orang macam tu je walaupun masing-masing blur. Mulut Salwa yang selalu macam murai tercabut ekor pun boleh tak terkata apa.

              Sebaik keluar dari CHQ Building barulah aku boleh tarik nafas lega. Oksigen! Sungguh aku memerlukanmu. Rasa macam susah nak bernafas bila bertentang mata dengan si pembunuh rama-rama. Detak jantung terus jadi abnormal. Entah sebab rasa bersalah atau dia adalah pembunuh ‘rama-rama’ pun aku tak pasti. Cuma yang aku tahu, seram!

              Haila…bila dah keluar rasa menyesal pula bila angin sejuk dan hujan renyai-renyai cuba nak ‘bertegur-sapa’ dengan aku yang sememangnya tak berapa nak kalis sejuk. Brrr…baik cepat balik rumah sebelum aku ‘diapa-apakan’ oleh suhu yang dingin ni. Bumi Eire ni tengah winter pun boleh hujan dan snowfall yang turun dalam bulan November memang jarang. Sebab tu masing-masing boleh jakun, senyum dan tak perlu kata apa-apa hari tu.

              Aku buka payung dan terus melintas jalan bila lampu hijau. Tapi elok je aku nak melalui Sean O’ Casey Bridge, tiba-tiba terasa bahu dipegang dari belakang. Automatik aku pusing dan mata terus membulat pandang orang yang berdiri depan aku dengan hoddie jacket yang dah basah.

              “Running away won’t solve anything.”

              Dia seluk tangan dalam poket jacket sambil tunduk pandang aku tepat. Makin seram rasanya bila tengok kepala dia bertutup dengan hoddie. Ada gaya serial killer. Aku terus tunduk sambil rendahkan payung lagi. Haila…Nasiblah ada payung ni boleh selindungkan muka kalau tak…eh!

              Sekelip mata aku dah berkongsi sekaki payung warna hitam ni dengan dia. Laju je dia sambar dari tangan aku. Aku beranikan diri angkat muka sambil tayang muka tak puas hati.

              “I’m not running away, I’m just walking away slowly.”

              Dia senyum senget. Nampak betul nak menyindir aku.

              “Don’t give me silly excuses, Fi. I’m not your four-years-old patient.”

              Haih…susah juga rupanya nak bercakap dalam situasi macam ni. Entah dekat mana silapnya tiba-tiba aku dengan dia jadi tegang. Adakah sebab salah aku ‘tersuka’ dan menjauhkan diri dari dia atau salah dia sebab terlebih mendesak?

              “Aidan.” Aku angkat muka. Mata terus bertentang mata.

              “I’m sorry if I made you upset. I really didn’t mean to.”

              Tak guna kalau nak tunjuk ego. Satu benda pun takkan selesai   Beberapa saat lepas tu dia tarik nafas berat.

              “I’m sorry I raised my voice. I’m sorry for leaving you last time. I’m sorry for letting you down and made you frown. I know I was wrong and rude that time, but you know I truly did not mean to hurt you in any way.”

              Aku terus tunduk sambil gigit bibir. Tiba-tiba hati basah, mata berair. Rasa cair bila dia minta maaf dengan suara lembut macam ni. Oh…is this what they call la douleur exquise, the heart-wrenching pain of wanting someone you can never have?

              Take a deep breath. Sedut balik air mata dalam-dalam dan angkat muka. Taraaaa….Senyum semanis mungkin.

              “Let’s start over and forget everything. Kita mula balik ya. No hard feelings, okay.”

              Dan tak ada lagi syok sendiri. Aku sambung dalam hati ayat tu. Biar segala organ yang ada jadi saksi. Kalau tak, hati ni asyik nak terjatuh je. Susahlah kalau nak berkawan macam ni.

              Dia senyap. Hanya mata yang masih memandang. Aku masih menunggu walaupun dalam hati dah rasa lain macam. Takkanlah dia dapat kesan sesuatu kut. Dah aku kambus perasaan yang satu tu dalam-dalam.

              “Aidan…yuhuu!” Aku petik jari depan mata dia. Mata dia berkelip. Haha…gotcha!

              “Aku cantik sangat ya hari ni sambil pandang tak berkelip.”

              Dia tarik senyum segaris. Hilang segala ketegangan yang terukir dekat muka dia tadi. Betullah senyuman itu lebih mudah dan tak memerlukan banyak otot yang bergerak berbanding muka masam, ketat macam tapai basi. Nak pandang pun tak lalu, cuma hamba Allah depan aku ni je nampak seksi walaupun muka macam tapai basi. Oppss…heh!

              “Hmmm…Nadine Saffiyah is back. Barulah lega hati Aidan tahu. Jantung ni asyik tak menentu je bila Fi tiba-tiba jauhkan diri.”

              Cis! Kerana ayat-ayat macam nilah selalu buat perempuan-perempuan macam aku ni cepat perasan. So girls, stay cool. If you want to be treated like a queen, so act like one. Chin up!

              “Chill la. Baru test sikit dah menggelabah. Nanti kalau girlfriend Aidan buat macam ni takkan nak booked ticket and fly balik Malaysia kut.”

              Muka dia terus berubah dan pandangan mata dia halakan ke arah Liffey River. O’oo…aku salah petik suis ke?

              “She treats me exactly like you did to me. I don’t know what I did wrong. She just ignores me or making up a lame excuse.”

              Oh…sesi luahan perasaan. Patutlah dia jadi overdose sensitif bila aku layan dia macam tu. Tiba-tiba naik pangkat jadi kaunselor tak rasmi, Encik Aidan Dzakirin. Hurm…nasib badan.

              “Have you tried to slow talk with her? Mana tahu dia nak cerita apa-apa.”

              Dia senyum tawar sambil geleng kepala. “I’ve tried but everytime I did she always avoid answering my questions, just like you Fi. Agaknya perempuan memang macam ni kan?” Dia jeling aku sekilas sebelum buang pandang ke arah sungai balik. Aku tarik muka.

              Ceh! Sempat lagi menyindir aku tu. Aku buang pandang ke arah sungai di depan juga. Sungai mengalir di tengah-tengah bandar Dublin yang merupakan sumber utama air minuman dan juga kegunaan industri.

              “Mungkin dia stres kut dengan masalah dia. Sebab tu dia tak nak cakap apa-apa.”

              Ini memang tukang penasihat yang memandai-mandai dan tak boleh pakai. Kalau dia percaya, kira boleh ambil psikiatri lepas ni.

              Dia kalih pandang aku kat sebelah. “Kiranya Fi pun stres la sebab tu lepas dekat Aidan.”

              Lerhh…aku yang kena balik. Hampeh! Cancel angan-angan nak ambil psikiatri.

              “Eh…kenapa pula samakan Fi dengan dia? Fi lain dia lain la.”

              “Women are complicated and hard to understand.”

              Aku tarik senyum sikit. Inilah modal lelaki kalau tak ada benda lain nak cakap.  

              “Allah menciptakan lelaki dan perempuan untuk saling melengkapi kekurangan dan kelebihan masing-masing. Andai kata perempuan dan lelaki itu sama sahaja, tak ada apa-apa yang berbeza, mana ada lagi istilah melengkapi.”

              Dia diam. Mata masih ke arah depan. Aku ambil peluang untuk sambung cakap lagi.

              “Men are the protectors, maintainers of women and head of the household. So as a man, you should try to understand the complexities of a woman. As you know men and women operate in different emotional planes. Men are fueled by testosterone while women are injected with estrogen. Both have different kind of hormones which brings various types of emotions. Fi tak nafikan perempuan memang lebih cepat dipengaruhi dengan emosi tapi kalau lelaki dapat ‘tackle’ emosi perempuan dengan perbezaan emosi yang dia ada, I bet you won’t say women are complicated.”
              
Dia gelak kecil sambil kalih pandang aku balik. “What shall I say, then?”

              “Women are amazing and beautiful creatures God has truly created on planet earth.” Aku kelip-kelipkan mata sambil letakkan kedua-dua belah tapak tangan tepi pipi. Sengaja buat muka bajet comel.

              Dia gelak. Baru tambah seri muka. “Hai…budak kecik ni. Nampak je diam, tapi bila dah mula bercakap macam popcorn. Kalah Salwa dengan Tim.”

              Giliran aku pula yang gelak. “Kalau macam tu jangan bagi Fi cakap. Tahu?”

              Dia senyum cap peluntur sambil masukkan tangan sebelah dalam poket jaket. “I like when you start talking. The words that coming out from your mouth are like gamma-ray bursts that have been observed in distant galaxies.”

              Oh mamma mia! Hold on tight cik jantung hati. Jangan terpedaya dengan kata-kata bakal engineer ni. Mulut dia memang macam crème brulee. Kadang-kadang boleh jadi panas, selalunya jadi manis dan sesekali jadi karamel yang cair meleleh bila dibakar. Auww…kau sangat over ya Fi!

              “Aidan.” Sambil tayang muka serius.

              “Hujan turun dari langit.” Serentak aku terus rampas payung dari tangan dia dan cepat-cepat tinggalkan dia yang masih statik ditimpa air hujan yang masih renyai dekat situ.

              Muahaha…padan muka! Bajet guna ayat gula-gula, sekali aku bantai guna ayat fakta mahu tak blank.

              Dalam aku tengah syok gelakkan dia dalam hati, tiba-tiba terasa beg ditarik dari belakang. Serentak aku terundur ke belakang dan terus tersandar dekat manusia yang tarik beg. Payung yang aku pegang terus kena ‘hijack balik.

              “Don’t think of running away from me because I will catch you and make you sorrier than you ever knew.”

              Gulp! Rasa tak tertelan air liur sendiri bila terasa diri rapat sangat dengan dia. Cepat-cepat aku jarakkan diri sikit sambil betulkan tali beg dekat bahu.

              “Pirate of the Dublin betul!”

              Dia jungkit kening sambil tarik senyum senget. “Baru tahu ke?”

              Aku tarik muka. “Dah lama tahu tapi saja tak nak bagi tahu.”

               “Good. Jom Aidan hantar Fi balik.” Dia senyum. Aku angguk sambil balas senyuman dia. Akhirnya aku jalan sama-sama dengan dia balik ke rumah bertemankan hujan dan sekaki payung.
             

            Dear heart, please be strong even when you got broken because believe me one day, there’s a healer that will heal the pain of yours. Sincerely, brain.

22 comments :

  1. Please habiskan cerita nie dekat blog je..i love tge way you write all your story..keep it up.. ❤️

    ReplyDelete
  2. Warghh, sweettt!!!! ^^ Tapi betul ke aidan ada gf dh? Ni yg xbest ni. mcm nak permainkan nad pulak si aidan ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. keep calm. kalau nak tahu nntkan chapter seterusnya ya ;)

      Delete
  3. Aduhhhh...... Apakah En. Aidan dah buat...... Fi... stay strong, Aidan jgn la kesah sgt kt Fi. Itu akan mendera perasaan Fi.

    ReplyDelete
  4. aidan the way too sweet.... flashback dah lama.....wht exactly happened to Fi? mcm mna boleh jadi mcm tu? sis ur writing really make my adrenaline rush :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. life is not always colorful is all that i can say right now. if u wanna what had happened to them kena tunggu ya ;)

      Delete
  5. i've read this story b4..knpe entries dulu tu dh x de???
    they are way to sweet!!and aidan's character, i believe is the husband material dreamt by everyone. of course, me included!
    i love all your stories..penuh dgn pengajaran.at the same time, full of fun and sweet and wonderful moments...great job writer!!
    semoga Allah swt terus memberikan ilham dan kesihatan dlm hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entry lama sy dah jadikan draft. thank you so much for your support. ameen... may He ease my journey with barakah through writing :)

      Delete
  6. Sgt sweet la aidan...fi cair bak ais di tengah panas....begitu juga saya....hehe...best2

    ReplyDelete
  7. sweeetttttt...next please..xsabar!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. will be updated later but not in the near future.

      Delete
  8. your writing really different from others...that's make you special..suit your name...xuanza.
    ~su~

    ReplyDelete
  9. hari2 buka blog tggu entry baru ;(~~~~~

    ReplyDelete
  10. keep on writing sis ;)
    we're waiting for your next entry :D

    ReplyDelete
  11. selalu terhibur dengan citer awak

    ReplyDelete
  12. rindu dengan aidan n fi...cik writer, bila nk sambung citer ni?

    ReplyDelete