“Kenapa tiba-tiba rajin nak hantar nasi briyani dekat dia orang?”
Pelik
sungguh tengok kawan-kawan aku ni. Terlebih rajin masak dan nak pergi bagi anak
bujang bertiga tu makan. Tak pasal-pasal dengan aku sekali kena paksa buat
Blueberry crepe.
Selalunya kalau bab-bab delivery ni memang jangan
harap. Kalau ada apa-apa yang nak dibagi pun dia orang akan telefon suruh budak
betiga tu datang.
“Sekali
sekala tak salahkan kalau kita pergi hantar. Dah niat nak bagi orang makan kena
la ikhlas.”
Erk?!
Kenapa macam pelik je? Cik Salwa tersenyum simpul sambil bawa Tupperware yang
penuh dengan nasi briyani dan ayam masak merah. Bukan main gigih Cik Salwa dan
Cik Tim bersilat dekat dapur. Aku juga yang masih blur tak tahu apa.
“Aku
tahulah kena ikhlas bagai. Tapi dengan keadaan cuaca macam ni alangkah baiknya
kalau cik-cik adik sekalian menyuruh si bujang lapok tu datang ambil dekat
rumah kita je. Kan senang. Tak payah la korang nak heret sama aku yang tak tahu
apa ni.”
Bengang!
Darah menggelegak dekat dalam. Bibir automatik tarik senyum yang maha
sarkastik.
Dia
orang senyum tiba-tiba. Aik? Ini dah kes pelik bin ajaib ni. Aku sindir sikit
punya kaw boleh senyum lagi? Demam kepialu ke apa dia orang ni. Bukan
setakat sorang je buat perangai pelik, tapi dua-dua bantai buat perangai luar
alam. Akhirnya sampai ke depan rumah dia orang pun aku masih tak tahu alasan
budak dua orang ni.
“Eh?
Tu bukan Aidan ke?”
Tiba-tiba
Tim muncungkan mulut ke arah bangku yang terletak seberang jalan rumah dia
orang. Dari susuk tubuh memang sah tu Aidan. Bersembang dengan mamat rambut
jagung sambil uh?
Tiba-tiba nampak asap sepoi-sepoi yang tak
berapa nak bahasa keluar dari celah jari dia. Sekejapan nampak asap berhembus
keluar dari hidung dengan bibir dia. Aiseyh…sejak bila jadi perokok? Selama
ni aku tak pernah nampak pun dia merokok.
“Weh…Aidan
smoking ke?”
Tiba-tiba
keluar ayat tanda soal dari Tim. Aku ingat aku tertinggal tram, rupanya
sangkaan tu salah. Bila aku kalih pandang muka dia orang berdua, masing-masing
tayang muka am-I-having-myopia?
“Entah!
Tak pernah tahu pun.” Salwa jungkit bahu. Tak ada muka kura-kura dalam perahu
kat situ. Memang sah dia tak tahu.
“Aku
tengok makin berserabut Aidan tu.”
Komen
Tim bila mamat rambut jagung berlalu dari tempat Aidan duduk. Rokok yang
terkepit dekat tangan dah hilang tapi diganti pula dengan gitar yang memang
tersandar dekat bangku tempat dia duduk sejak dari tadi.
“Something
is not right.” Tak sempat nak tahan ayat tu laju je meluncur keluar dari
mulut. Ceh…mulut tak pakai filter selalu cenggini. Aku rasa mata
ni kena divert pandang tempat lain supaya mulut ni tak keluar lagi ayat semiconscious.
Tapi…semua
tu dah terlambat. Budak berdua sebelah aku dah pandang semacam sambil jungkit
kening penuh maksud tersirat.
“Kenapa
tak naik? Penat aku tunggu nasi briyani ayam masak merah. Aku ni dah polyphagia
tau.”
Serentak
kami bertiga berpaling ke arah pintu. Acab dengan Rais dah tercegat dekat situ
dengan rupa macam tak makan setahun.
“Apa
hal pula nak polyphagia bagai? Kau PMS ke? Atau tiba-tiba dapat KLS
(Kleine-Levin Syndrome)?”
Hah!
Terkebil-kebil Rais dengan Acab pandang kita orang. Muka masing-masing serabai
habis dengan rambut tak bersikat. Hadoyai…memang dia orang ni tengah mengalami pre-test
syndrome yang agak teruk. Patutlah budak berdua ni dengan bermurah hati sanggup
jadi budak delivery hantar makanan untuk dia orang.
“Apa
benda KLS bagai? We study like hell and suffering from acute insomnia
tahu tak!”
Muka
bengang tahap boleh nak membunuh dah aku tengok muka Acab. Yang Rais hanya
pandang dengan mata panda sambil garu kepala yang macam tak shampoo seminggu.
Hadoi…failed kalau mak-mak lalu nak buat calon menantu. Kalau dah tengok
gaya macam ni, walaupun doctor-to-be sekalipun kena reject juga.
“Siapa
suruh ambil medik, um?”
Alahai…kalau
Cik Tim kita dah sound sedas, ada tanda-tanda nak jadi perang teluk lepas ni.
Muka si jejaka-jejaka serabut pun dah mula masuk angin tunggu nak berasap.
“Nah,
ambil dan makan. Tim ni siap bekalkan korang punya favorite Doritos
lagi. Tengok tak baik ke dapat kawan macam ni.”
Nasib
cepat-cepat Salwa mencelah. Masing-masing tayang muka tak ada perasaan. Tapi
bila Salwa bagi pandangan kalau-korang-tak-kata-ya-aku-tak-bagi-makan laju je dia
orang angguk kepala sambil cepat-cepat ambil makanan dari tangan kita orang.
“Tu
apa hal? What’s wrong with him?”
Salwa
muncungkan mulut ke arah Aidan yang dah mula petik gitar. Sekejapan semua mata
melekat ke arah dia.
“Not
so sure. Tapi macam berkaitan dengan ‘lady’ dia.” Aku terus pandang
muka Rais. Apa yang mamat ni cuba jelas? Ada kena mengena dengan famili
dia ke?
“What
happened to his lady?” Tim tayang muka
penuh dengan tanda soal besar dekat kepala. Rais dengan Acab berpandangan
kejap. Lepas tu seorang geleng kepala sambil senyum, seorang lagi garu kepala
dengan rambut menang sikit dari pak cik Einstein.
“Not
his mother, ladies. This is about the woman he loved.” Terang Acab.
“Laaa…girlfriend la ni. Lain kali
cakap biar jelas. Macam mana nak jadi doktor kalau bagi info pun tak jelas.”
Salwa tayang muka bengang. Haih…dah ada aura-aura nak berleter ni.
“Watch
your words, lady. Kalau kau sendiri tak faham penyataan, it doesn’t mean
you have the right to mock at us.” Pedas berapi balasan dari Encik Asyraf
Redza. Nampaknya ada orang dah terasa kat sini. Muka Salwa automatik berubah.
“Hey…gurau jelah. Tak payah la nak serius sangat.” Sampuk
Tim sambil senyum, tapi nampak senget-benget dan sangat herot. Hoho…this is
bad!
“But
it doesn’t sound a joke for us.”
Rais
masukkan tangan dalam poket sweater yang dia pakai sambil pandang Tim tepat.
Tak ada gaya nak main-main dekat situ. Semuanya nampak sangat sensitif hari ni.
Mungkin sebab masing-masing tertekan dengan case study dengan test
kut. Tu yang mula keluar aura zombie dengan mak lampir.
“Err…guys.
Tak baiklah gaduh macam ni.” Aku cuba jadi pengaman. Namun…
“Shut
up, Nad!”
Tiba-tiba
hati jadi pedih bila niat untuk jadi pengaman dipandang enteng. Alih-alih aku
yang kena marah dari pakatan XX. Dari berdiri dekat situ macam orang yang tak
dihargai adalah baik aku membawa diri.
Tanpa
cakap apa-apa aku terus melintas ke seberang jalan. Aku dah tak ambil pusing
dengan dia orang berempat. Lantaklah kalau nak bertikam lidah sekalipun, jangan
keluar pisau Rambo sudah.
Makin
dekat dengan si suave serabut, makin jelas dengar bunyi gitar dan suara
dia yang husky tak berapa nak deep macam selalu tu.
I’m
holding on your rope
Got
me ten feet off the ground
And
I’m hearing what you say
But
I just can’t make a sound
Tell
me that you need me
Then
you go and cut me down, but wait
You
tell me that you’re sorry
Didn’t
think I’d turn around and say
That
it’s too late to apologize, it’s too late
I
said it’s too late to apologize, it’s too late
Aku
berdiri dekat belakang dia sampai dia habis menyanyi. Menusuk jantung hati
betul suara kecewa dia. Sesiapa yang dengar pun boleh tahu si penyanyi tengah
patah hati.
“Ehem…assalamualaikum.”
Aku bagi salam sambil rapikan beg di bahu dan ikat tali trench coat
ketat-ketat. Grrr….Angin punyalah sejuk mamat ni boleh selamba badak layan
gitar. Memang kulit badak agaknya.
“Waalaikumsalam.”
Lambat-lambat dia jawab sambil perlahan-lahan kalih pandang ke arah aku yang
terpacak dekat belakang dia dengan muka betul-ke-apa-yang-aku-buat-ni?
“Err…may
I sit?”
Halamak…panasnya
muka walaupun suhu dah cecah Sembilan darjah Celcius. Dia yang serabut dengan
kumis dan jambang yang makin panjang hanya pandang aku dengan pandangan kosong.
Ini yang buat aku rasa nak patah balik. Belum sempat aku nak melangkah
tiba-tiba dia bersuara.
“Two
is better than one.”
Finally!
He’s talking. Tapi masih ragu-ragu nak duduk.
“Sitting
with me isn’t so bad, Fi.” Selamba je dia cakap. Macam tahu apa yang aku
tengah fikir.
“If
you don’t have any intention to go back there, why don’t you sit here with me?”
Dia
toleh pandang ke belakang. Aku ikut sama. Dia orang berempat masih
bercakap-cakap antara satu sama lain sebelum pandang ke arah kita orang. Aku
pandang Aidan balik. Dia jungkit kening sebelah.
Aiseyh…Dah
keluar dah aura my wish is your command. Rasa menyesal pula datang
ganggu mamat naga yang tengah kecewa. Tapi kalau nak patah balik sana macam dah
kecil hati. Nak tak nak aku ambil juga tempat sebelah dia sambil letak beg
galas atas riba. Kalau dia nak sembur ‘api’ sekurang-kurangnya aku ada beg
boleh jadi buckler.
Masing-masing
diam lepas tu. Dia petik gitar secara rawak. Aku buang pandang ke depan. Tak
ada sesiapun. Hanya nampak rumput yang lembap. Aku keluarkan buku sketch dan
sketching pen dari beg. Alang-alang dah tak tahu nak buat apa baik buat
‘senaman tangan’.
Masa
aku tengah khusyuk melakar tiba-tiba telinga tertangkap irama ‘River Flow in
You’ hasil dari petikan gitar dia. Aku senyum dan tangan makin rancak
‘menconteng’ di atas kertas ditemani dengan irama instrumental.
He’s
a good guitarist indeed.
“Nice
sketches.”
Uh?
Nasib jantung masih kuat. Aku pandang dia sekilas. Tangan masih pegang gitar
cuma tak ada irama yang keluar lagi. Sejak bila dia berhenti main pun aku tak
sedar. Dia senyum sikit. Masih pandang sketch aku.
Halamak
aih…kantoi! Tengah sedap lukis Naoki Irie tiba-tiba ada yang potong. Cepat-cepat
aku tutup buku sketching.
“Anime
maniac?”
“Naaa….I’m
not a maniac. It’s just I love to sketch hot…”
Geezz…kau
biar betul ni? Takkan nak sebut aku suka sketch gambar heartthrobs yang
buat gadis-gadis sanggup tak keluar rumah menghadap muka si jejaka 24 jam. Aku
ketap bibir rapat-rapat. Risau ter’meluncur’ keluar ayat yang tak sepatutnya
keluar.
Tiba-tiba
aku terdengar suara orang gelak. Muka mula terasa kena stim. Reasons?
a) Malu.
b) Bengang sebab berani gila gelakkan aku.
“Am
I on your list?” Tiba-tiba dia keluarkan soalan luar alam lepas dia
gelak. Aku tayang muka blur.
“What
do you mean?” List apa pula yang dia maksudkan?
Dia senyum lagi. “Your sketch’s list.”
Eheh…Teringin
juga ke nak aku lukis muka dia?
“Naaa…I
don’t think so. Fi sketch muka-muka yang boleh buat Fi tak tidur malam je.”
Dia
terus senyum senget. Grr…macam ada aura nak perli aku je tu.
“Oh
really? Someday, I’ll make sure I’ll be the one.”
Uh?!
Lawak jenaka apakah? Ayat berdouble meaning tu. Aku tarik senyum
segaris.
“In
you dreams.”
“Don’t
worry. I’ll make my dreams come true.” Dia senyum makin lebar. Alahai…janganlah
nak jual ayat gula getah dekat aku. Sekali kalau aku dah ‘termelekat’ susah nak
tanggal dah.
“Whatever
la Mister Aidan.” Aku tunduk pandang buku sketch. Nak cover muka yang
baru lepas kena sauna.
“Am
I that bad, Fi?”
Eh?
Terasa pula ke? Haih…parah kalau semua nak terasa ni. Pantang cakap sikit mula
la.
“Well…by
looking at your facial hair…hurm…”
Aku
pandang dia cuma sekilas. Risau tengok renungan dia sebab jantung dah mula
pandai buat palpitations bila tengok mata dia.
“Let’s
say I shave, does that mean I will have the chance to be on your list?” Dia
senyum sikit sambil jungkit kening sebelah. Dia dah mula buat gaya the
pirate of Dublin. Apa yang aku nak jawab ni?
“Heh…we’ll
see.” Aku senyum gaya ada berani nak buat. Dia gelak besar.
There
you go. He laughed! Chop! Sejak bila kau happy tengok dia senyum ni
Cik Nadine Saffiyah?!
Dalam
aku tengah berperang dengan perasaan sendiri, orang sebelah aku ni dah mula
senyap balik. Aku curi-curi pandang dia. Nampak relaks dengan cap Nike dan
hoddie jacket.
“Ehem…a
penny for your thoughts?” Saja mencuba nasib. Mana tahu berjaya.
Perlahan-lahan
dia tersenyum sambil geleng kepala. “Nothing worth to share.”
Aku
jungkit bahu. Tak nak paksa kalau orang tak sudi nak bercerita. Cuma…aku tetap
nak ‘inject’ sesuatu. Mana tahu terkena.
“Some things
are fated to be, Aidan.” Terpusing
kepala dia pandang aku. Heh...I caught you, Aidan.
“Care to
explain.” Muka beku.
Mata tepat pandang aku. Aku senyum sikit sambil seluk tangan dalam poket. Pakai
gloves pun masih sejuk entah macam mana la dia ni boleh relaks lepak dekat
sini.
“Apa yang Aidan
faham pasal ‘destiny’?” Aku ajukan balik soalan dekat dia. Saja nak tahu
apa jawapan dia. Lama juga aku tunggu sebelum dia bersuara.
“Well...I
believe destiny is inevitable or necessary fate to which a particular person is
destined.”
Aku angguk. “Do
you know destiny is a matter of choice?”
Dia kecilkan mata
sambil pandang aku. “I don't know. You tell me.”
Aku senyum
segaris sebelum tarik nafas dalam. “Bila Aidan bangun pagi ni,
agak-agaknya ada rancangan nak smoking tak hari ni?”
Muka dia
berubah sikit dan terus alihkan pandangan dari muka aku sambil betulkan cap
atas kepala.
“I only smoke when I need to.”
Aku dah agak
dah. Dia ni bukan perokok tegar.
“Most likely
you did not plan to do so but most probably you made a random set of choices
that led you to become a smoker. In a small sense, those choices you made,
brought forth your fate which was expressing yourself.”
Dia
diam. Mata masih menghala ke depan. Bila dia masih diam aku sambung lagi.
“Somehow it’s
your freewill Aidan, whether you choose to continue or to stop. But, there’s
one thing you should know...”
Aku diam lagi.
Saja nak tengok respon dia. Bila aku diam, dia pandang aku balik. Gaya suruh
aku sambung cakap balik. Aku tarik nafas sebelum bersuara.
“Whatever you
decide to do, will affect your destiny.”
Dia pandang
jauh ke depan. Aku diam. Give his heart a break, let his tangled brain do
their work. He needs some space to let his brain do its best work.
“Nadine
Saffiyah.”
Uh? Jantung dah
mula buat tachycardia. Huh...take a deep breath. Normal la kalau
orang sebut nama penuh kau. Yang beria nak tachycardia bagai dah kenapa?
“Hmm...” Aku
beranikan diri pandang ke arah. Dia senyum segaris.
“Do you believe
in love at first sight?”
Mak aih...soalan
dia lagi susah dari aku nak jawab soalan medical pharmacology.
Heh...relaks la Fi. Aku tarik senyum konon macam tak terkesan apa-apa dengan
soalan dia. Selamba dan paling penting...in a cool ways.
“I only believe in
love after marriage.”
Aku senyum lagi
dan terus masukkan barang dalam beg lalu bangun dari situ. Tak nak dia terus
tanya topik tu. Sambil melangkah bibir makin tersenyum teringatkan emel dari
Raihan.
‘Cinta selepas
nikah itu lebih bererti, Nad. Percayalah cakap aku. The affection will
continue to grow after marriage.’