Followers

Saturday, 27 September 2014

Bab 7: Bernafas Tanpamu

“Kenapa tiba-tiba rajin nak hantar nasi briyani dekat dia orang?”

            Pelik sungguh tengok kawan-kawan aku ni. Terlebih rajin masak dan nak pergi bagi anak bujang bertiga tu makan. Tak pasal-pasal dengan aku sekali kena paksa buat Blueberry crepe. 

Selalunya kalau bab-bab delivery ni memang jangan harap. Kalau ada apa-apa yang nak dibagi pun dia orang akan telefon suruh budak betiga tu datang.

            “Sekali sekala tak salahkan kalau kita pergi hantar. Dah niat nak bagi orang makan kena la ikhlas.”

            Erk?! Kenapa macam pelik je? Cik Salwa tersenyum simpul sambil bawa Tupperware yang penuh dengan nasi briyani dan ayam masak merah. Bukan main gigih Cik Salwa dan Cik Tim bersilat dekat dapur. Aku juga yang masih blur tak tahu apa.

            “Aku tahulah kena ikhlas bagai. Tapi dengan keadaan cuaca macam ni alangkah baiknya kalau cik-cik adik sekalian menyuruh si bujang lapok tu datang ambil dekat rumah kita je. Kan senang. Tak payah la korang nak heret sama aku yang tak tahu apa ni.”

            Bengang! Darah menggelegak dekat dalam. Bibir automatik tarik senyum yang maha sarkastik.

            Dia orang senyum tiba-tiba. Aik? Ini dah kes pelik bin ajaib ni. Aku sindir sikit punya kaw boleh senyum lagi? Demam kepialu ke apa dia orang ni. Bukan setakat sorang je buat perangai pelik, tapi dua-dua bantai buat perangai luar alam. Akhirnya sampai ke depan rumah dia orang pun aku masih tak tahu alasan budak dua orang ni.

            “Eh? Tu bukan Aidan ke?”

            Tiba-tiba Tim muncungkan mulut ke arah bangku yang terletak seberang jalan rumah dia orang. Dari susuk tubuh memang sah tu Aidan. Bersembang dengan mamat rambut jagung sambil uh?

            Tiba-tiba nampak asap sepoi-sepoi yang tak berapa nak bahasa keluar dari celah jari dia. Sekejapan nampak asap berhembus keluar dari hidung dengan bibir dia. Aiseyh…sejak bila jadi perokok? Selama ni aku tak pernah nampak pun dia merokok.

            “Weh…Aidan smoking ke?”

            Tiba-tiba keluar ayat tanda soal dari Tim. Aku ingat aku tertinggal tram, rupanya sangkaan tu salah. Bila aku kalih pandang muka dia orang berdua, masing-masing tayang muka am-I-having-myopia?

            “Entah! Tak pernah tahu pun.” Salwa jungkit bahu. Tak ada muka kura-kura dalam perahu kat situ. Memang sah dia tak tahu.

            “Aku tengok makin berserabut Aidan tu.”

            Komen Tim bila mamat rambut jagung berlalu dari tempat Aidan duduk. Rokok yang terkepit dekat tangan dah hilang tapi diganti pula dengan gitar yang memang tersandar dekat bangku tempat dia duduk sejak dari tadi.

            “Something is not right.” Tak sempat nak tahan ayat tu laju je meluncur keluar dari mulut. Ceh…mulut tak pakai filter selalu cenggini. Aku rasa mata ni kena divert pandang tempat lain supaya mulut ni tak keluar lagi ayat semiconscious.

            Tapi…semua tu dah terlambat. Budak berdua sebelah aku dah pandang semacam sambil jungkit kening penuh maksud tersirat.

            “Kenapa tak naik? Penat aku tunggu nasi briyani ayam masak merah. Aku ni dah polyphagia tau.”
            Serentak kami bertiga berpaling ke arah pintu. Acab dengan Rais dah tercegat dekat situ dengan rupa macam tak makan setahun.

            “Apa hal pula nak polyphagia bagai? Kau PMS ke? Atau tiba-tiba dapat KLS (Kleine-Levin Syndrome)?”

            Hah! Terkebil-kebil Rais dengan Acab pandang kita orang. Muka masing-masing serabai habis dengan rambut tak bersikat. Hadoyai…memang dia orang ni tengah mengalami pre-test syndrome yang agak teruk. Patutlah budak berdua ni dengan bermurah hati sanggup jadi budak delivery hantar makanan untuk dia orang.

            “Apa benda KLS bagai? We study like hell and suffering from acute insomnia tahu tak!”

            Muka bengang tahap boleh nak membunuh dah aku tengok muka Acab. Yang Rais hanya pandang dengan mata panda sambil garu kepala yang macam tak shampoo seminggu. Hadoi…failed kalau mak-mak lalu nak buat calon menantu. Kalau dah tengok gaya macam ni, walaupun doctor-to-be sekalipun kena reject juga.

            “Siapa suruh ambil medik, um?”

            Alahai…kalau Cik Tim kita dah sound sedas, ada tanda-tanda nak jadi perang teluk lepas ni. Muka si jejaka-jejaka serabut pun dah mula masuk angin tunggu nak berasap.

            “Nah, ambil dan makan. Tim ni siap bekalkan korang punya favorite Doritos lagi. Tengok tak baik ke dapat kawan macam ni.”

            Nasib cepat-cepat Salwa mencelah. Masing-masing tayang muka tak ada perasaan. Tapi bila Salwa bagi pandangan kalau-korang-tak-kata-ya-aku-tak-bagi-makan laju je dia orang angguk kepala sambil cepat-cepat ambil makanan dari tangan kita orang.

            “Tu apa hal? What’s wrong with him?”

            Salwa muncungkan mulut ke arah Aidan yang dah mula petik gitar. Sekejapan semua mata melekat ke arah dia.

            “Not so sure. Tapi macam berkaitan dengan ‘lady’ dia.” Aku terus pandang muka Rais. Apa yang mamat ni cuba jelas? Ada kena mengena dengan famili dia ke?

            “What happened to his lady?”  Tim tayang muka penuh dengan tanda soal besar dekat kepala. Rais dengan Acab berpandangan kejap. Lepas tu seorang geleng kepala sambil senyum, seorang lagi garu kepala dengan rambut menang sikit dari pak cik Einstein.

            “Not his mother, ladies. This is about the woman he loved.” Terang Acab.

            “Laaa…girlfriend la ni. Lain kali cakap biar jelas. Macam mana nak jadi doktor kalau bagi info pun tak jelas.” Salwa tayang muka bengang. Haih…dah ada aura-aura nak berleter ni.

            “Watch your words, lady. Kalau kau sendiri tak faham penyataan, it doesn’t mean you have the right to mock at us.” Pedas berapi balasan dari Encik Asyraf Redza. Nampaknya ada orang dah terasa kat sini. Muka Salwa automatik berubah.

            “Heygurau jelah.  Tak payah la nak serius sangat.” Sampuk Tim sambil senyum, tapi nampak senget-benget dan sangat herot. Hoho…this is bad!

            “But it doesn’t sound a joke for us.”

            Rais masukkan tangan dalam poket sweater yang dia pakai sambil pandang Tim tepat. Tak ada gaya nak main-main dekat situ. Semuanya nampak sangat sensitif hari ni. Mungkin sebab masing-masing tertekan dengan case study dengan test kut. Tu yang mula keluar aura zombie dengan mak lampir.

            “Err…guys. Tak baiklah gaduh macam ni.” Aku cuba jadi pengaman. Namun…

            “Shut up, Nad!”

            Tiba-tiba hati jadi pedih bila niat untuk jadi pengaman dipandang enteng. Alih-alih aku yang kena marah dari pakatan XX. Dari berdiri dekat situ macam orang yang tak dihargai adalah baik aku membawa diri.

            Tanpa cakap apa-apa aku terus melintas ke seberang jalan. Aku dah tak ambil pusing dengan dia orang berempat. Lantaklah kalau nak bertikam lidah sekalipun, jangan keluar pisau Rambo sudah.

            Makin dekat dengan si suave serabut, makin jelas dengar bunyi gitar dan suara dia yang husky tak berapa nak deep macam selalu tu.

            I’m holding on your rope
            Got me ten feet off the ground
            And I’m hearing what you say
            But I just can’t make a sound

            Tell me that you need me
            Then you go and cut me down, but wait
            You tell me that you’re sorry
            Didn’t think I’d turn around and say

            That it’s too late to apologize, it’s too late
            I said it’s too late to apologize, it’s too late

            Aku berdiri dekat belakang dia sampai dia habis menyanyi. Menusuk jantung hati betul suara kecewa dia. Sesiapa yang dengar pun boleh tahu si penyanyi tengah patah hati.

          “Ehem…assalamualaikum.” Aku bagi salam sambil rapikan beg di bahu dan ikat tali trench coat ketat-ketat. Grrr….Angin punyalah sejuk mamat ni boleh selamba badak layan gitar.  Memang kulit badak agaknya.

          “Waalaikumsalam.” Lambat-lambat dia jawab sambil perlahan-lahan kalih pandang ke arah aku yang terpacak dekat belakang dia dengan muka betul-ke-apa-yang-aku-buat-ni?

          “Err…may I sit?”

          Halamak…panasnya muka walaupun suhu dah cecah Sembilan darjah Celcius. Dia yang serabut dengan kumis dan jambang yang makin panjang hanya pandang aku dengan pandangan kosong. Ini yang buat aku rasa nak patah balik. Belum sempat aku nak melangkah tiba-tiba dia bersuara.

          “Two is better than one.”

          Finally! He’s talking. Tapi masih ragu-ragu nak duduk.

          “Sitting with me isn’t so bad, Fi.” Selamba je dia cakap. Macam tahu apa yang aku tengah fikir.

          “If you don’t have any intention to go back there, why don’t you sit here with me?”

          Dia toleh pandang ke belakang. Aku ikut sama. Dia orang berempat masih bercakap-cakap antara satu sama lain sebelum pandang ke arah kita orang. Aku pandang Aidan balik. Dia jungkit kening sebelah.

          Aiseyh…Dah keluar dah aura my wish is your command. Rasa menyesal pula datang ganggu mamat naga yang tengah kecewa. Tapi kalau nak patah balik sana macam dah kecil hati. Nak tak nak aku ambil juga tempat sebelah dia sambil letak beg galas atas riba. Kalau dia nak sembur ‘api’ sekurang-kurangnya aku ada beg boleh jadi buckler.

          Masing-masing diam lepas tu. Dia petik gitar secara rawak. Aku buang pandang ke depan. Tak ada sesiapun. Hanya nampak rumput yang lembap. Aku keluarkan buku sketch dan sketching pen dari beg. Alang-alang dah tak tahu nak buat apa baik buat ‘senaman tangan’.

          Masa aku tengah khusyuk melakar tiba-tiba telinga tertangkap irama ‘River Flow in You’ hasil dari petikan gitar dia. Aku senyum dan tangan makin rancak ‘menconteng’ di atas kertas ditemani dengan irama instrumental.

          He’s a good guitarist indeed.

          “Nice sketches.”

          Uh? Nasib jantung masih kuat. Aku pandang dia sekilas. Tangan masih pegang gitar cuma tak ada irama yang keluar lagi. Sejak bila dia berhenti main pun aku tak sedar. Dia senyum sikit. Masih pandang sketch aku.

          Halamak aih…kantoi! Tengah sedap lukis Naoki Irie tiba-tiba ada yang potong. Cepat-cepat aku tutup buku sketching.

          “Anime maniac?”

          “Naaa….I’m not a maniac. It’s just I love to sketch hot…”

          Geezz…kau biar betul ni? Takkan nak sebut aku suka sketch gambar heartthrobs yang buat gadis-gadis sanggup tak keluar rumah menghadap muka si jejaka 24 jam. Aku ketap bibir rapat-rapat. Risau ter’meluncur’ keluar ayat yang tak sepatutnya keluar.

          Tiba-tiba aku terdengar suara orang gelak. Muka mula terasa kena stim. Reasons?
a)      Malu.
b)      Bengang sebab berani gila gelakkan aku.
            “Am I on your list?” Tiba-tiba dia keluarkan soalan luar alam lepas dia gelak. Aku tayang muka blur.

            “What do you mean?” List apa pula yang dia maksudkan?

            Dia senyum lagi. “Your sketch’s list.”

            Eheh…Teringin juga ke nak aku lukis muka dia?

            “Naaa…I don’t think so. Fi sketch muka-muka yang boleh buat Fi tak tidur malam je.”

            Dia terus senyum senget. Grr…macam ada aura nak perli aku je tu.

            “Oh really? Someday, I’ll make sure I’ll be the one.

            Uh?! Lawak jenaka apakah? Ayat berdouble meaning tu. Aku tarik senyum segaris.

            “In you dreams.”

            “Don’t worry. I’ll make my dreams come true.” Dia senyum makin lebar. Alahai…janganlah nak jual ayat gula getah dekat aku. Sekali kalau aku dah ‘termelekat’ susah nak tanggal dah.

            “Whatever la Mister Aidan.” Aku tunduk pandang buku sketch. Nak cover muka yang baru lepas kena sauna.

            “Am I that bad, Fi?”

            Eh? Terasa pula ke? Haih…parah kalau semua nak terasa ni. Pantang cakap sikit mula la.

            “Well…by looking at your facial hair…hurm…”

            Aku pandang dia cuma sekilas. Risau tengok renungan dia sebab jantung dah mula pandai buat palpitations bila tengok mata dia.

            “Let’s say I shave, does that mean I will have the chance to be on your list?” Dia senyum sikit sambil jungkit kening sebelah. Dia dah mula buat gaya the pirate of Dublin. Apa yang aku nak jawab ni?

            “Heh…we’ll see.” Aku senyum gaya ada berani nak buat. Dia gelak besar.

            There you go. He laughed! Chop! Sejak bila kau happy tengok dia senyum ni Cik Nadine Saffiyah?!

            Dalam aku tengah berperang dengan perasaan sendiri, orang sebelah aku ni dah mula senyap balik. Aku curi-curi pandang dia. Nampak relaks dengan cap Nike dan hoddie jacket.

            “Ehem…a penny for your thoughts?” Saja mencuba nasib. Mana tahu berjaya.

            Perlahan-lahan dia tersenyum sambil geleng kepala. “Nothing worth to share.”

            Aku jungkit bahu. Tak nak paksa kalau orang tak sudi nak bercerita. Cuma…aku tetap nak ‘inject’ sesuatu. Mana tahu terkena.

“Some things are fated to be, Aidan.” Terpusing kepala dia pandang aku. Heh...I caught you, Aidan.

“Care to explain.” Muka beku. Mata tepat pandang aku. Aku senyum sikit sambil seluk tangan dalam poket. Pakai gloves pun masih sejuk entah macam mana la dia ni boleh relaks lepak dekat sini.

“Apa yang Aidan faham pasal ‘destiny’?” Aku ajukan balik soalan dekat dia. Saja nak tahu apa jawapan dia. Lama juga aku tunggu sebelum dia bersuara.

Well...I believe destiny is inevitable or necessary fate to which a particular person is destined.”

Aku angguk. “Do you know destiny is a matter of choice?”

Dia kecilkan mata sambil pandang aku. “I don't know. You tell me.”

Aku senyum segaris sebelum tarik nafas dalam. “Bila Aidan bangun pagi ni, agak-agaknya ada rancangan nak smoking tak hari ni?”

Muka dia berubah sikit dan terus alihkan pandangan dari muka aku sambil betulkan cap atas kepala. 
“I only smoke when I need to.”

Aku dah agak dah. Dia ni bukan perokok tegar.

“Most likely you did not plan to do so but most probably you made a random set of choices that led you to become a smoker. In a small sense, those choices you made, brought forth your fate which was expressing yourself.”

            Dia diam. Mata masih menghala ke depan. Bila dia masih diam aku sambung lagi.

“Somehow it’s your freewill Aidan, whether you choose to continue or to stop. But, there’s one thing you should know...”

Aku diam lagi. Saja nak tengok respon dia. Bila aku diam, dia pandang aku balik. Gaya suruh aku sambung cakap balik. Aku tarik nafas sebelum bersuara.

“Whatever you decide to do, will affect your destiny.”

Dia pandang jauh ke depan. Aku diam. Give his heart a break, let his tangled brain do their work. He needs some space to let his brain do its best work.

“Nadine Saffiyah.”

Uh? Jantung dah mula buat tachycardia. Huh...take a deep breath. Normal la kalau orang sebut nama penuh kau. Yang beria nak tachycardia bagai dah kenapa?

“Hmm...” Aku beranikan diri pandang ke arah. Dia senyum segaris.

“Do you believe in love at first sight?”

            Mak aih...soalan dia lagi susah dari aku nak jawab soalan medical pharmacology. Heh...relaks la Fi. Aku tarik senyum konon macam tak terkesan apa-apa dengan soalan dia. Selamba dan paling penting...in a cool ways.

            “I only believe in love after marriage.”

            Aku senyum lagi dan terus masukkan barang dalam beg lalu bangun dari situ. Tak nak dia terus tanya topik tu. Sambil melangkah bibir makin tersenyum teringatkan emel dari Raihan.

            ‘Cinta selepas nikah itu lebih bererti, Nad. Percayalah cakap aku. The affection will continue to grow after marriage.’

7 comments :

  1. Hilang rindu ... kfadz

    ReplyDelete
  2. Wahhhh...rindu nya kat aidan n nad..lma tggu n3 bru...hilang rindu...kat diorg..hihihi..thx

    ReplyDelete
  3. dh best dh tp byk sgt istilah english yg x phm....

    ReplyDelete
  4. Nice...n sweet sgt....best couple ever...

    ReplyDelete
  5. Ni scene yg dulu nad bg cup cake ke? Ubh da eh? Ade ayt yg tgntung kt ayt nad yg 'aku beranikn diri pandang ke arah'

    ReplyDelete
  6. At last. you come back. :)

    ReplyDelete
  7. Sweet..this must be heading to a special relationship

    ReplyDelete