Followers

Thursday, 12 November 2015

Bab 11: Bernafas Tanpamu


Jodoh? Betul ke jodoh aku sudah sampai masanya?

"Be my wife, Nadine Saffiyah. Let's grow old together."

Aku gigit bibir bawah sambil tunduk pandang catatan. Otak jadi blank tiba-tiba dan dalam masa yang sama gementar. Bila aku kalih ke sisi, empat sekawan yang bukan main rancak 'bertelagah' dari tadi dah melopong pandang aku dengan Aidan. Masing-masing tayang muka tak percaya.

Aku gelak. Mula-mula gelak kecil. Tapi lama kelamaan aku gelak beria sampai berair mata. Tak ada seorang pun yang join. Hanya memerhati gelagat aku yang macam orang tersampuk.

Lepas gelak dah reda dan sedar orang di sekeliling aku tak gelak, baru pandang balik jejaka yang buat aku gelak tak berhenti. Dia pandang aku dengan muka serius.

"Sorry." Aku lap air mata dengan tisu.

"Do you find my proposal funny, Nadine Saffiyah?"

Aku tarik nafas dalam sebelum pandang dia tepat.

"Are you serious?" Soal aku bila ada kekuatan untuk bersuara semula.

Aidan senyum segaris tapi pandangan dia tepat menusuk ke mata aku. "Marriage is not a joke, Fi. I won't proposed you if I don't have the intentions of making you my wife."

Aduh...apa yang patut aku jawab ni? Mendadak sungguh lamaran dia ni. Macam-macam benda yang bermain dalam kepala sekarang ni. Berserabut otak dibuatnya.

"Aidan, marriage is not about a man and woman living together to make the relationship halal, it's also not about getting rid of memories of an ex. Marriage is more than that."

Dia kecilkan mata, tiruskan pandangan. "Fi ingat Aidan propose Fi untuk lupakan dia ke?"

Aku terdiam sekejap. Separuh hati kata ya, dah separuh lagi kata tak. Mana satu yang patut aku jawab?

Aidan geleng kepala dengan muka kecewa. "You're very much mistaken, Fi. Aidan propose Fi tak ada kena mengena dengan dia atau sesiapa pun. Dan kalau Fi fikir lamaran ni untuk menghalalkan yang haram, Fi juga salah."

"Jadi apa alasan Aidan?"

Dia tarik nafas dalam sebelum bersuara.

"The moment I laid my eyes on you I know there is something special about you. When I talk to you something sparks and I know I like you. Each day with you, these feelings grow stronger. Whenever you're near, I am beguiled. I've tried to walk away from you but when I did, I felt like I have a hole in my chest. I couldn't stand another day to think of you with someone else. The feeling is unbearable."Aku terdiam. Tangan tiba-tiba jadi berpeluh sejuk. Jantung makin laju berdegup. Sungguh aku mati kata. Tak tahu nak cakap apa.

"Trust me Fi, you're the only one person I want to be with for the rest of my life and grow old with. Please, don't deny the attraction between us."

Terkebil-kebil aku pandang dia. Beberapa aku cuba buka mulut tapi sepatah perkataan pun tak keluar. Lepas beberapa saat berlalu baru aku berjaya bersuara.

"Aidan...Fi...Fi rasa semua ni tiba-tiba. Fi perlukan masa. Banyak benda yang perlu Fi pertimbangkan. Perkahwinan bukan hanya kita berdua je. Fi tak boleh membelakangkan mak dengan abah."

Perlahan-lahan Aidan tenang. Riak tegang dia mula kendur dan akhirnya dia tersenyum.

"Aidan tahu lamaran semua ni terlalu cepat tapi Aidan dah bersedia untuk pikul tanggungjawab ni. I'm sorry I didn't let you know before, but I've already called your family and asked their permission to propose you."

"You what?!" Terbuntang mata pandang dia. Aku cuba cari riak gurauan di wajah dia tapi langsung tak ada. Makna kata, dia serius.

Aku terus tekup mulut dengan tapak tangan dan tanpa sedar ada air yang keluar dari kelopak mata. Air muka Aidan terus berubah.

"Fi..."

Aku terus angkat sebelah tangan tanda suruh dia berhenti.

"Don't say a word."

Aku terus capai tisu atas meja dan kesat air mata yang tumpah. Tak tahu nak gambarkan perasaan apa sebenarnya yang bergelodak dalam hati ni. Semuanya bercampur aduk menjadi satu.

Dari ekor mata aku perasan empat orang sekawan hanya diam memerhati. Tak ada siapa yang berani bersuara dan masuk campur. Tak ada lagi suara-suara dia orang yang bertingkah antara satu sama lain. Semua diam seribu bahasa seolah-olah dia orang juga sama terkejut dengan tindakan Aidan.

"What do you mean family?"

Aku pasti dia dah minta izin dengan mak dan abah, tapi abang-abang aku yang lagi empat orang tu macam mana? Takkan dia bercakap juga dengan Abang Syazwan, Abang Syahmi, Abang Syamil dan Abang Syafiq?

"Abah, mak Fi dan..."

Aku angguk dan menanti untuk dia bersuara lagi. Dia senyum sambil geleng kepala.

"Abang Syazwan yang tegas dan penuh dengan kata nasihat, the twin brothers yang sinis dan protective, dan Abang Syafiq yang sporting but if I break your heart he will beat the living shit out of me. Well, they are scary but you're so lucky to have them as your brothers, Fi."

Aku kulum senyum. Tak sangka dia sangat berani bercakap dengan abang-abang aku yang tersangat protective tu. Tak ada siapa yang berani dating dengan aku disebabkan abang-abang aku tu. Dia orang tersangat ambil berat tentang aku sampai ada satu masa aku rasa terpenjara dan dikawal rapi oleh empat orang pengawal peribadi.

"Jadi apa kesimpulannya?"

Dia senyum makin lebar. "They welcome me to be the fifth member of Nizam clan."

Lagi sekali aku melopong. "Tipu!"

Dia geleng kepala. "Absolutely not."

Oh! Aku rasa macam tak percaya abang-abang aku empat orang tu boleh bagi lampu hijau. Apa yang Aidan dah cakap dekat dia orang sampai boleh buat dia orang percayakan Aidan?

"Apa yang Aidan dah buat?"

Dia tayang muka suci. "What a real man will do for his woman."

Ya Tuhan! Petanda apakah ini? Apa yang perlu aku cakap lagi?

"Sorry. Fi tak boleh bagi jawapan sekarang. Fi perlukan masa untuk bincang dengan famili dulu."

Itu je yang mampu aku jawab. Aku tak boleh bagi keputusan sekarang sebab hati masih separuh lagi. Kepala masih kusut cuba merasionalkan lamaran dia yang datang tiba-tiba. Aku perlu bercakap dengan keluarga aku dulu.

"Aidan akan tunggu. Fi ambil la masa untuk fikir dulu. Tapi cuma satu je yang Aidan nak Fi tahu, Aidan betul-betul serius dengan lamaran ni. Tolong jangan libatkan kisah lalu Aidan dalam hal ni. Aidan ikhlas nak jadikan Fi isteri Aidan sebab hanya Fi yang Aidan mahu. Tak ada yang lain."

Aku terdiam buat kesekian kalinya. Hilang kata. Sungguh! Tak pernah ada lelaki yang berani berdepan dengan abah dan empat orang abang-abang aku.

Abah adalah bekas pesara kanan Tentera Udara Diraja Malaysia, Brigedier Jeneral (B) Mohamed Nizam. Abang Syazwan bertugas sebagai juruterbang MAS, Abang Syahmi pula auditor, Abang Syamil peguam dan Abang Syafiq dalam tahun akhir di University of Melbourne dalam bidang ekonomi. Siapa yang akan berani kacau aku kalau abang-abang aku ni bersatu. Semua lelaki yang cuba rapat akan gerun cabut lari sebelum abang dan abah bersuara.

Tapi yang peliknya macam mana lelaki yang di depan aku ni lulus? Bukan setakat lulus cukup makan tapi lulus dengan 'warna terbang'. Siap dijemput masuk menjadi ahli kelima pakatan bersekutu lagi. Ilmu apa yang dia guna?


"Makkk...biar betul?!" Aku tutup mulut dengan tapak tangan sambil pandang muka mak dengan abah di skrin komputer riba.

"Apa yang tak betulnya. Aidan sendiri facetime dengan mak dan abah minta izin untuk melamar Fi."

Aku terkebil-kebil pandang wajah dia orang sambil letak dagu atas lutut. Masih tak percaya tengok reaksi abah dengan mak yang tenang. Tak ada gaya orang marah. Aku ingatkan Aidan hanya telefon je tapi tak sangka siap ber'facetime' bagai.

"Abah dengan mak okay ke?" soal aku lepas seketika terdiam.

"Abah yang patut tanya soalan tu pada Fi. Are you okay?" Soalan aku dijawab balik dengan soalan oleh abah.

Aku tarik nafas berat sambil pandang tetikus. "Entah la abah. Fi tak tahu nak cakap macam mana. I'm confused."

Abah tarik senyum segaris sambil tanggalkan cermin mata. "Why don't you do the things you know you should be doing?"

"Hah?! What did you mean, abah?"

Abah mula cerunkan pandangan. Mula la aku tak senang duduk. Otak ligat berfikir.

"Kita orang Islam, Fi. Cuba buat Istikharah minta petunjuk dari Dia." Mak terus mencelah bila tengok aku dah tergaru-garu dahi.

Aku gigit bibir bawah. "Fi dah buat. Sejak dia melamar Fi asyik tak boleh tidur. Selalu fikir pasal hal ni."

"Apa yang Fi fikir teruk sangat sampai tak boleh tidur tu?"

Aku pandang wajah mak yang menanti. "Fi fikir macam-macam mak. Fi tak tahu apa-apa pun pasal keluarga dia. Fi takut keluarga dia tak boleh terima Fi."

"Abah dah tanya pasal keluarga dia. Aidan kata keluarga dia tak ada masalah. Tapi abah dah tetapkan syarat. Kalau betul dia serius nak memperisterikan Fi, abah dah suruh keluarga dia hantar rombongan meminang."

Sekali lagi bulat mata aku renung skirn komputer. Aduh! Kenapa cepat sangat?

"Abah...Fi belum lagi bagi keputusan." Aku merengek tak puas hati.

"Sebab tu mak dengan abah nak dengar jawapan Fi hari ni. Rasanya cukuplah tempoh sebulan Aidan dah beri peluang untuk Fi buat keputusan. Tak elok kita buat hajat baik orang ternanti-nanti ni."

Haila...cepat je masa berlalu. Rasanya baru Aidan melamar. Tapi aku ni belum ada jawapan lagi nak bagi walaupun peratusan untuk setuju tu dah melonjak naik beberapa peratus.

"Boleh tak tangguh beberapa hari lagi? Bagi Fi masa untuk buat keputusan akhir."

Abah dengan mak berpandangan seketika. Abah tarik nafas berat sebelum bersuara.

"Okay, abah bagi Fi masa tiga hari lagi untuk buat keputusan. Lepas ni abah nak keputusan muktamad dari Fi. Sama ada setuju atau menolak."

Aku tunduk sambil kuis keyboard. "Abah tak kisah kalau Fi tolak?" Perlahan aku menyoal.

"Terpulang pada Fi. Abah dengan mak tak desak dan tak juga halang. Kadang-kadang tak semua apa yang kita rancang akan kita dapat laksanakan. Hidup kita ini ibarat sebuah buku, bab demi bab dah tertulis sejak di Lohmafuz lagi. Andai kata jodoh Fi dah sampai dengan lelaki yang Allah dah tetapkan, abah rela lepaskan Fi."

Aku mula la nak sebak bila abah cakap macam tu. Hati mula kata tak rela abah 'lepaskan' aku."Walau apapun, Fi solat minta petunjuk dari Dia. Semoga dipermudahkan segala urusan Fi dan diberi jalan untuk Fi buat keputusan yang terbaik. Mak dengan abah sentiasa doakan Fi di sini."

Setitis dua air mata akhirnya jatuh juga. Sayu bila mak dah cakap macam tu. Mulalah perasaan rindu membuak-buak dengan mak dan abah. Kalau la aku ada sayap, sekarang juga aku terbang ke Malaysia. Sekurang-kurangnya aku dapat letakkan kepala atas riba mak disaat hati tengah gundah.

"Thank you so much abah and mak for always supporting me and always being there for me. I would not be where I am today without your help and support." Aku kesat air mata. Mak pun ikut sama kesat air mata bila tengok aku dah menangis.

"You're the only daughter we ever had. Abah dengan mak sentiasa akan sokong Fi selagi benda tu baik dan tak mendatangkan kemudaratan."

Aku senyum dengar kata abah. Lepas bercakap beberapa minit barulah aku putuskan talian. Kesian dekat mak dengan abah sebab aku dah ganggu waktu rehat dia orang. Lagipun dah lewat malam waktu Malaysia.

Aku bersandar dekat kerusi meja belajar sambil pandang tingkap. Cuaca panas hari ni tapi aku tak ada mood untuk keluar. Aku lebih senang menghabiskan hari Sabtu di bilik sambil otak ligat berfikir jawapan apa yang patut aku beri.

Dear brain, please help me. I don't want to get hurt. Sincerely, heart.

Monday, 19 October 2015

Bab 10: Bernafas Tanpamu

“What are you thinking about, um?”

            Tersentak. Pelukan dia di pinggang semakin erat aku rasakan. Cepat-cepat aku lepaskan diri. Lemas! Tak selesa diperlakukan macam tu.

            Nak tak nak terpaksa dia lepaskan pelukan bila aku makin meronta. Sungguh aku tak peduli dengan perasaan dia walaupun aku sedar dia cukup terasa dengan tingkah laku aku.

            “Sayang…”

            Aku kalih pandang muka dia sekilas sebelum ambil tempat di kerusi menikmati kembali hot chocolate di depan aku.  Dia tarik nafas lembut dan labuhkan duduk di kerusi depan aku.

            “Tak happy ke datang sini?”

            Happy? Masih wujud ke perkataan tu dalam kamus hidup aku.

            “Kena happy-happy ke datang sini?” soal aku sinis sebelum buang pandang ke arah pemandangan kota yang agak sibuk dengan pelancong. Dari hujung mata aku tahu riak muka dia berubah. Tapi dia cuba kawal.

            “Sayang dah tak ingat ke tempat ni lagi?”

            “Wajib ke kena ingat?” Selamba aku jawab macam orang tak ada perasaan. Padahal dalam hati dah tercuit sana sini. Mana mungkin aku dapat lupakan tempat ni.

            “Nampaknya sayang memang dah tak sayangkan abang.” Aura sentap dah keluar. Aku terus angkat kepala menghadap dia. Mata bertentang mata.

            “Sayang? Heh…does love still exist or… is it a thing of the past?” Air muka dia terus berubah lagi. Tegang.

            “Fi cakap apa ni?”

            Aku senyum nipis. “Should I remind you Aidan Dzakirin?”

            “About what?” Suara dia mula keras. Tapi itu tak bermakna aku nak takut dengan dia. Sikit pun tak. Sebab hati aku lagi sakit.

            “Awak sengaja buat lupa kan?”

            Dia kecilkan mata dengan renungan tepat menikam mata aku.

            “Fi cakap apa ni? Abang tak faham.”

            Aku senyum nipis sambil geleng kepala. “Stop acting like you know nothing. Saya dah muak dengan lakonan awak ni.”

            “Me? Acting? Sayang buat lawak apa ni?”

            Aku pandang dia tajam. “Saya tak ada masa nak buat lawak dengan awak. Awak jangan nak buat-buat lupa apa yang awak dah buat dekat saya. Everything that happens is your fault!”

            Tanpa sedar aku dengan beraninya tepis tangan dia yang berada dekat dengan tangan aku. Aidan yang tak bersedia jelas nampak terkejut.

            “Nadine Saffiyah!” Suara dia berubah keras. Buat seketika masing-masing berpandangan. Tegang.

            Beberapa saat lepas tu air muka dia mula kendur. Dia raup wajah dengan tapak tangan sebelum pandang aku balik. Dia capai tangan aku semula.

            Look, sayang. If I can turn back the hands of time, I’m sure I will do it. Tapi masalahnya abang tak mampu. Abang tak ada kuasa untuk ubah segalanya.

            Dia pandang mata aku dengan mata berkaca. Aku balas pandangan dia dengan reaksi serupa.

            “I’m really sorry. I know I’m not a good husband of yours. Insensitive and a dolt, perhaps. Tapi abang nak sayang tahu, yang abang sangat sayangkan Fi. Fi nyawa abang.

            Air mata perlahan-lahan jatuh ke pipi. Kalau la ayat macam ni dia cakap kat aku sebelum segalanya terjadi mungkin aku akan peluk dia sekarang juga. Tapi sekarang ayat tu dah tak bermakna lagi. Semuanya dah hancur, musnah! Tak ada apa lagi yang tinggal.

            “Those sweet words will never work on me anymore. Jadi tak payah nak beli jiwa saya dengan ayat gula getah awak tu.”

            Dia gelak kecil. “Ayat gula getah abang dah tak melekat ke dengan jiwa sayang? Um…Kalau macam tu abang kena campur dengan gam gajah pula. Biar terus melekat jiwa sayang dengan abang. Boleh?”

            Aidan senyum sambil jungkit kening sebelah. Gaya playful dia terserlah. Sekejap je mood dia boleh berubah. Oh…my Aidan is back!

            How could I hate him when my heart still beats for him? 

Bruges, Spring break.

“Perempuan memang macam ni kan. Tersangat complicated!”

            Hai…mengutuk kaum wanita la pula. Apa dia ingat lelaki tu tak complicated?!

            “Helo…Mister Aidan. Yang awak tengah bercakap sekarang ni perempuan. Kalau rasa perempuan complicated sangat pergi bincang dengan kaum lelaki sana tu.”

            Aku terus muncungkan mulut ke arah dua orang manusia yang tak henti-henti menguyah Churos dari tadi. Langsung tak ada tanda-tanda nak membantu aku yang terpusing-pusing tengok peta ni. Minah yang lagi dua orang tu pun tak boleh harap juga. Dua kali lima sama aje. Sibuk melantak Belgian waffle panas dilimpahi dengan krim putar, coklat dan strawberi.

            Dia senyum. “Marah?”

            Aku jeling dia sebelum buang pandang ke arah lain.

            “Sorry.” Aku buat derk.

            “Pleasee…” Dia mula jual senyuman. Nak beli hati aku balik la tu.

            “Korang berdua ni kahwin jelah senang. Sweet tahap boleh potong kaki dah ni.”

            Erk?! Mulut siapa yang nak kena seligi dengan aku ni?

            Aku jeling Salwa sedas sebelum alihkan pandangan pada jejaka di depan yang dah tersenyum sambil jungkit kening. Aku tunduk balik pandang peta di atas meja.

            “Diam tandanya setuju. Hai…tak lama lagi merasa la kita makan nasi minyak.”

            “Woit…”

            Aku terus angkat muka. Melampau pula manusia berempat ni. Makin dibiarkan makin menjadi-jadi pula. Punggung aku ni macam dah kena panggang bila bebola mata si dia tak lepas mencari muka aku.

            Mula la jantung pun nak buat hal. Tak larat rasanya nak angkat muka pandang si dia yang bermata redup. Kalau la dia tahu apa yang begelodak dalam hati aku ni…

            “Fi…Fi. What am I going to do with you? Sometimes I feel you’re closer than my skin but most of the time I feel you’re drifting away from me.”

            Perlahan je dia cakap, tapi telinga aku cekap dapat menangkap ayat dia. Tak dinafikan sejak balik dari Galway, aku sibukkan diri dengan study. Dia pun sama. Kalau berjumpa pun tak ada dia bangkitkan apa-apa tentang persoalan hati. Cuma…dari cara pandangan aku tahu dia cuba bagi hint.

            “Don’t do anything, then. Stay as you are.” Jawab aku dengan nada serupa. Mata masih melekat pada pen dan buku nota.

            “I’m sorry I can’t. My heart won’t let you go.”

            Aku angkat kepala. Dia elok menongkat kepala dengan mata tak lepas dari pandang aku. Mata bertentang mata menghantar isyarat bahasa hati yang terkandung seribu satu makna yang tersirat.

            “Sayangnya nak tinggalkan tempat ni. Rasa macam dah jatuh cinta berkali-kali.”

            Nasib Tim ubat topik lain. Aku tarik nafas lega sekejap. Pandangan aku halakan ke arah pemandangan sekitar Grote Markt atau dikenali juga sebagai Market Square.

            “Eleh…tak ada apa yang menarik pun. Aku rasa sama je macam dekat Amsterdam.”

            Tiba-tiba kena pangkah dengan Rais. Terus Tim tarik muka. “Lainlah…dekat Amsterdam mana kau nak jumpa Belgian waffle sesedap macam ni.”

            “Laa…dah nama Belgian waffle, mestilah boleh jumpa dekat sini je. Lainlah kalau kau nak makan stroopwafel. Tu pergi cari dekat Amsterdam.”

            “Haila korang ni. Pasal waffle pun nak gaduh. Pergi balik Malaysia silalah beli waffle Nelson’s. Pun sedap juga.” Sampuk Acab pula.

            Tapi disambung pula dengan Salwa. “Itu ciplak. Kita nak yang ori.”

            Aku geleng kepala. Entah bilanya nak habis. Tak sudah-sudah lawan cakap. Aku juga yang pening. Bila pergi trip je mesti aku yang kena plan semuanya. Dari tiket kapal terbang sampailah ke tiket bas, tram dan train. Dia orang jadi pak turut mengikut. Apa-apa masalah aku juga yang kena jadi pemikir agung.

            “Esok kita nak pergi Brussels naik apa?” Orang di depan aku bersuara. Lega dia dah ubah topik lain.

            Aku tarik nafas berat. “Not sure. Tengah fikir yang mana satu lagi baik.”

            “Kenapa?” Tanya dia pelik. Aku masih belek peta dan waktu bas dengan train bergerak.

            “Bas ambil masa yang lama, train pula sekejap dalam dua jam macam tu je.” Aku bulatkan masa dan harga tiket. Kepala tengah ligat fikir bajet dan duit euro yang tinggal.

            “What’s the problem? Kita naik jelah train. Jimat masa and we could spend more time in Brussels. Jalan dekat area Grand-Place dan Manneken Pis pula.” Selamba je dia bagi cadangan. Aku ni tengah serabut fikir duit.

            “Boleh tu boleh. Tapi mahal la naik train.”

             Inilah masalahnya bila saat akhir terpaksa rombak segala rancangan gara-gara terlepas flight. Awal-awal trip je dah macam-macam halangan. Bas lambat, check-in beratur panjang sangat, ada yang sakit perut. Haih…macam-macam dugaan trip kali ni. Kalau ikutkan aku rasa nak batalkan je semuanya. Tapi bila dia orang dah beria nak teruskan, terpaksa la aku ikut sama.

            “Enam orang je dah lebih kurang 100 Euro. Belum masuk hostel lagi.”

            “Hari tu bukan Fi dah booked ke?”

            Aku jeling dia. “Ini betul lupa ke buat-buat lupa, um?”

            Dia garu kening sambil sengih. “Sorry.”

            Dan sisip Latte lepas tu. Aku terus tundukkan kepala. Catitkan satu persatu perjalanan dan kos perbelanjaan.

            “Don’t worry, okay. Kalau Fi terlebih bajet nanti Aidan top-up.”

            Erk?! Biar betul!

            Aku terus angkat kepala. “Banyaknya duit.”

             “Ameen. Anggaplah Aidan buat sedekah amal jariah. Semoga rezeki Aidan bertambah lagi lepas ni.” Dia senyum sambil kenyit mata sebelah.

            Hai…gula tertumpah dari churros si Rais agaknya. Itu yang manis je mulut dia.

            “Mengada. Ayat kalau tak bergula getah tak sah kan? Ada je jawapan dia.” Aku sempat jeling dia sebelum sisip sikit Belgian hot chocolate yang masih panas.

            “Mestilah Aidan kena bagi ayat gula getah. Supaya dapat tarik Fi makin dekat dengan Aidan.”

            Uhuk! Sikit lagi aku nak tersedak. Tak terangkat rasanya muka ni bila aku dapat rasakan pandangan dia yang redup tengah memerhatikan tingkah laku aku. Sipi-sipi aku tengok empat sekawan yang tengah rancak ‘bertikam lidah’. Fuh! Nasib baik dia orang tak dengar dan langsung tak pandang ke sini.

            Sekejapan masing-masing terdiam. Dari ekor mata aku nampak dia tunduk macam tengah mencoret sesuatu dekat atas sehelai tisu coffee. Aku biarkan. Takut nak tegur. Nanti ayat manis tahap potong kaki keluar lagi dari mulut dia.

            Masa aku tengah tunduk khusyuk kira duit tambang perjalanan untuk ke Brussels tiba-tiba dia seru nama aku. Lembut.

            “Nadine Saffiyah…” Perlahan-lahan aku angkat muka. Dia tolak tisu yang dia conteng tadi. Aku terpinga kejap. Dia bagi isyarat mata suruh aku baca tulisan yang tertera dekat situ. Aku akur mengikut.

            Love is like a bubblegum
            Sticky all the time
            I can’t get it out of my mind
            It keeps me happy all the time
            Will you be my bubblegum?
            Because I don’t want  to erase you from my mind.
            And I want to spend every single day of my life, only with you...
            Only with you, Nadine Saffiyah!
            Would you be mine?

            Terkaku. Terkelu. Bagai disedut segala kosa kata dari badan aku. Mata bertentang mata. Hanya pandangan yang berbicara bahasa hati yang tersembunyi.

            “Still remember? The same place I proposed to you?”

            Dia hulurkan tisu sama yang pernah dia gunakan untuk melamar aku. Walaupun nampak tisu tu dah lama, tapi aku tak sangka dia masih simpan sampai sekarang.

            “Even if I die, my love for you will never fade, will never waver, it will never be questioned, it will never be doubted. So please, I beg you sayang, stay with me.”

            Setitis air mata aku jatuh. Dan apabila aku melihat mata dia yang bersinar penuh harapan, setitis demi setitis air mata aku jatuh lagi.

            Ya Tuhan, jika jodohku masih kuat dengannya, kau kuatkanlah hatiku untuk menerima ujianMu ini.


Bab 9: Bernafas Tanpamu

“Tak nak ambil gambar ke?” Tiba-tiba dia berdiri sebelah aku sambil menghadap pemandangan Lautan Atlantik.

            “Cukup-cukuplah. Tak larat nak posing lagi. Kalah orang nak shoot gambar magazine.”

            Serentak aku dengan dia berpaling ke arah dua sekawan yang tak habis-habis melompat. Yang lagi dua orang tukang tangkap gambar dan membebel. Sebab giliran dia orang tak sudah lagi.

            Aku dengan Aidan tergelak kecil. Kecoh!

            Lepas tu masing-masing terdiam. Angin yang dingin buat tubuh aku terasa menggigil. Tapi hati belum puas lagi melihat panorama yang indah terbentang luas di depan mata. Bunyi ombak dan deruan angin buat aku tak mahu lepaskan peluang untuk menikmati ciptaan Ilahi ini.




            Cliffs of Moher, 120 meter tinggi dari permukaan Lautan Atlantik di Hag’s head. Satu tempat yang wajib dilawati bila berada di bumi Ireland. Terletak di County Clare dan mengambil masa lebih kurang satu jam lebih perjalanan dari Galway dengan menaiki kereta.

            Salah satu sebab kenapa tempat ni menjadi tarikan pelancong sebab tempat ni pernah jadi lokasi pengambaran filem seperti Harry Potter dan klip video untuk artis popular contohnya, Westlife. Hmm...terkenang Westlife, teringat zaman aku membesar dengan lagu-lagu dia orang. Tak pernah sangka satu hari aku dapat peluang belajar di bumi Eire ni.

            Dulu pandai berangan je dan siapa sangka kerana angan-angan tulah aku berada di tahap ni. Tanpa angan-angan impian takkan tercipta. Dan tanpa impian usaha takkan wujud. Jadi tak salah kalau nak berangan asalkan yang baik dan ada usaha untuk menjadikannya satu kenyataan.

            “Don’t be a stranger, Fi.”

            Tersentak. Aduh! Jauh kau mengelamun Fi. Entah dari mana pucuk pangkal ayat dia pun aku tak tahu. Tiba-tiba keluar statement luar kotak.

            Aku alihkan pandangan ke arah dia, tapi dia langsung tak pandang aku. Pandangan masih statik di depan. Mata aku pun mula nak menganalisa si dia.

            Kumis dan jambang halus mula tumbuh meliar di sekitar pipi dan rahang dia. Tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ni aku nampak penampilan Aidan lebih ‘kasar’, tegap dan macho. Aura mat jiwang yang meleleh macam dah tak ada.

            “Admiring the view?”

            Erk? Hadoiii!!! Mana nak letak muka ni?

            Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke depan. Muka terasa panas tiba-tiba. Dari ekor mata aku nampak dia dah berpaling ke arah aku dengan senyuman yang boleh buat degupan jantung aku bertukar irama.

            “Gorgeous, isn’t it?”

            Macam double meaning je soalan dia tu. Huh! Relaks Fi. Tak payah nak gelabah sangat la.

            “Apa yang cantik?”

            Aku kalih pandang Aidan. Mata bertemu mata.

            “Semestinya pemandangan...”

            Aku baru nak tarik nafas lega, tiba-tiba dia sambung bersuara semula.

            “...yang terbias di mata Fi.”

            Nafas tersekat sekejap. Aku terlopong untuk beberapa saat. Tak sangka dia akan keluarkan ayat macam tu. Jantung pun apa lagi, makin rancak berdegup dengan rentak yang semakin laju. Haih...jangan aku dapat tachycardia dekat sini sudah.

            “You’re too sweet, you know. I almost went into diabetic shock.” Senada aku berkata. Tak nak dia tahu apa yang bergelodak dalam hati ni.

            Dia gelak besar. “Too bad.”

            Aku cebik. “Suka ke kalau Fi sakit?”

            Dia geleng kepala. “Suka kalau Fi suka.”

            Aku kerut dahi. Kenapa makin lama makin cakap dengan Aidan, ayat dia makin terasa berpusing?

            “Are you okay?”

            Dia jungkit kening sebelah. “Aren’t I?”

            Aku tarik nafas dalam. “I don’t know. Aidan buat Fi keliru.”

            “Keliru? In a good way or bad way?

            “Ada ke keliru dalam bentuk kebaikan?” Selamba. Dia senyum.

            “Fair point well made.”

            Masing-masing terdiam lepas tu. Tak ada kata yang terluah. Aku hanya berdiri peluk tubuh sambil menikmati bunyi deruan ombak yang menghempas batu di tebing tinggi ni. Dari ekor mata aku nampak dia bagai ‘hilang’ ditelan lamunan yang panjang. Mata dia tepat merenung lautan yang luas terbentang di depan.

            Dan mata mula ligat menjalankan tugas menganalisa jejaka di sebelah. Dengar dari kata Salwa dan Tim, Aidan dah ‘pulih’ dari fasa patah hati. Tapi tak tahu kenapa, jauh di sudut hati aku dapat rasakan dia belum pulih sepenuhnya.

            “Want to share your thoughts?”

            Erk! Alahai...agaknya dia ada mata lapan kut. Tu yang nampak je aku tengah curi-curi pandang dia.

            “Are you okay?”        

            Dia terus pusing kepala menghadap aku sambil jungkit kening sebelah.

            “Kenapa?”

            “Saja nak tahu.”

            “Aidan nampak tak okay ke?”

            Aku jungkit bahu. “Apparently, you look good.”

            Dia senyum segaris sebelum alihkan pandangan ke depan. “Life must go on. Mengapa perlu kenang kisah duka yang lepas sedangkan masa depan yang cerah menunggu di depan mata?”

            Buat seketika aku terkedu kejap. Memang tak dinafikan apa yang dia cakap tu betul. Tapi...adakah bermaksud dia senang melupakan orang yang pernah dia sayang?

            “Is it that simple?”

            Dia geleng kepala. “It’s never been easy, Fi. I choose to move on and learn that life is not always what I want it to be rather than mourning for someone who doesn’t appreciate me.”

            Seketika masing-masing terdiam. Hanya deruan angin dan hempasan ombak yang kedengaran. Dia kalih pandang aku sambil kuakkan rambut dia ke belakang.

            “Kecewa? Tipulah kalau tak ada perasaan macam tu. Tapi perkara yang dah terjadi tak mungkin dapat diundur kembali. She has moved on, why can’t I?

            Aku hanya mampu pandang dia. Mati kata. Apa yang dia cakap tu semua betul. Hebat juga dia mampu bertenang walaupun dah terang lagi nyata bekas kekasih dengan kawan baik tikam dari belakang.

            “Positifnya.”

            Dia terus kecilkan mata. Oppss....kenapa bunyi ayat tu macam sinis? Hadoi...apa yang kau dah cakap ni Fi?!

            “Adakah berbaloi untuk biarkan hati terus disakiti? The choice is in your hands.”

            Untuk kesekian kalinya aku terdiam lagi. Semua hujah dia betul tapi bila perkara yang melibatkan perasaan, aku rasa aku tak sekuat dia. Memang betul kita kena ‘bergerak’ meninggalkan kenangan lalu, tapi mampu ke secepat itu? Naaa...tak mungkin! Masa berubah, betul. Tapi masa juga bukan menentukan hati kita akan berubah sekelip mata.

            “Have you ever been in love?”

            Erk?! Dah kenapa dia tiba-tiba soalan luar alam? Terkebil-kebil aku pandang dia yang tepat tengah memandang aku.

            “I mean seriously in love.”

            Rasa-rasanya tak pernah. Setakat ‘teenage crushes’ tu ada la. Perlahan-lahan aku geleng kepala. “Tak.”

            Dia terus senyum. Hilang muka serius tadi. “Good.”

            Pelik!

            “Kenapa cakap macam tu?”

            “Bersyukur sebab Fi tak perlu rasa macam mana sakit akibat dikhinati.”

            Aku tayang muka blur.

“You don’t deserve such pain. You’re too good.”

Aku gelak kecil. “I’m not that good, Aidan. Sesiapa pun boleh buat Fi terluka selagi kita bergelar manusia. Terluka dan dilukai tu lumrah hidup. Perasaan tu takkan lari dari hidup kita. Mungkin satu saat dan ketika Fi juga akan rasa apa yang Aidan rasa. Sakit tu yang akan mengajar kita erti hidup. Ebner-Eschenbach once said, pain is the best teacher of mankind, beneath its breath souls develops.”

Dia angguk sambil tersenyum nipis. “Tapi Aidan harap Fi tak akan tempuhi semua tu.”

“Kalau macam tu bila Fi nak belajar?” Aku jungkit kening. Menduga.

Dia geleng kepala. “Don’t learn, then. I couldn’t bear to see you in pain.

Pelik! Dah kenapa pula dia cakap macam tu. “Is there any particular reason?”

“If some thing is meant to be, it will always find its ways. No matter how hard you’ll try to resist, it will always gravivate back towards you.”

Aikk? Macam tak ada kena mengena je. Tapi tak tahu kenapa tiba-tiba terasa degupan jantung macam berada di anak tekak. Rama-rama di dalam perut pula berterbangan dengan megah.  Oh...perasaan apakah ini?

Mata bertentang mata. Bunyi ombak dan angin bergabung menjadi satu, bagaikan irama yang beralun indah di telinga aku.

“Weh...korang!”

Serentak aku dengan Aidan berpaling ke arah Salwa yang tengah memandang. Dan entah kenapa ada rasa kecewa yang bertandang bila aku terpaksa alihkan mata dari dia. Bagaikan ada sesuatu yang cuba dia sampaikan dari mata tapi aku masih belum berjaya korek.

“Tak sejuk ke?” Soal Salwa dengan nada tinggi bila dia cuba berlawan dengan bunyi angin dan ombak.

Tak sempat aku atau Aidan nak menjawab tiba-tiba Acab dah halakan lensa kamera dia dekat kita orang.

Stay. Aku ambil gambar korang. Pemandangan cantik ni.”

Nak tak nak, aku ukirkan senyuman juga dan serentak terasa kedudukan aku dengan Aidan rapat. Bahu aku hampir bersentuh dengan lengan dia.

Klik!

Acab ambil gambar guna kamera DSLR dia, Tim pula ambil gambar guna kamera Polaroid.

“Nice shot!”

Acab angkat ibu jari sambil tengok skrin kamera, yang Tim pula tengah kibas filem. Aku senyum sambil geleng kepala. Hurm...sabar jelah.

Masa aku angkat kepala pandang orang sebelah, rupa-rupanya dia pun tengah tunduk pandang aku sama. Pandangan mata bertembung lagi. Senyuman terukir di bibir dia.

“As long as you have faith, something magical can happen. In the right time, with the right person, for the best reason.”

Dia kenyit mata sebelah, sebelum menapak ke arah empat sekawan yang tak sudah-sudah membelek gambar. Dan aku bagaikan melekat dekat situ. Otak tengah gigih memproses bait-bait ayat yang dia lontarkan.

            Dear heart, please listen to me. Don’t fall too fast if you don’t want to get broken. Sincerely, brain.

“Kau ada apa-apa ke dengan Aidan?”

            Tiba-tiba Salwa keluarkan statement berani mati masa masing-masing dah baring atas katil. Malam ni kita orang bermalam dekat Bed And Breakfast di Galway. Esok baru bertolak balik ke Dublin.

            “Apa maksud kau?” Aku buat blur.

            “Lain macam je kita orang tengok kau dengan Aidan. Macam ada sesuatu sangat.” Tim mula mencelah. Alahai…kalau dah ada dua orang bergabung jadi satu habislah aku.

            “Banyak la kau sesuatu. Aku dengan dia biasa je.”

            “Iya ke biasa? Aku tengok bukan main korang berkepit berdua masa dekat Cliffs of Moher. Ada sesuatu yang kita orang tak tahu berlaku ke?”

            Salwa dah mula masuk mood inquisition dia. Susahlah aku nak lepas kalau macam ni. Jantung dah berdebar lain macam. Nasib lampu semua dah gelap. Dia orang tak nampak ekspresi muka aku.

            “Tak ada apa-apalah. Aku dengan dia bersembang macam biasa je. Kan dah lama tak lepak sama.”

            “Kau yang jual mahal, nak elakkan diri bagai. Asal ada Aidan je mesti kau bagi macam-macam alasan. Nasib mamat tu cool.”  Tim mencelah lagi.

            “Tak ada aku pun dia okay je. Tak ada pun sakit.”

            “Di luar tu memang la okay, di dalam tu yang sakit. Sejak birthday party kau tu baru aku nampak dia ceria sikit.”

            “Ceria? Apa maksud kau Salwa?”

            “Mampu tersenyum. Tak ada la asyik nak tanya kita orang kau mana.”

            Aku kerut dahi. Kenapa dia nak cari aku?

            “Kenapa korang asyik nak match up aku dengan Aidan? Entah-entah dia tanya aku sebab aku kan kawan dia.”

            Akal cuba menidakkan kata hati. Dah aku didik hati ni supaya tak jatuh tergolek-golek. Takut disepak orang nanti.

            “Nad, kau jangan nak slow sangat boleh tak? Dari hari pertama Acab dan Rais kenalkan korang pun aku dah nampak sparks. Cara Aidan pandang kau pun lain dari kita orang tau. Cuma masa tu aku dengan Salwa tak sangka dia dah ada girlfriend.”

            Oh…please! Jangan la dia orang suntik hati aku ni lagi.

            “Betul tu. Aku setuju kata Tim. Kau tak nampak ke Aidan tengah bagi hint dekat kau. Cara dia pandang kau lain tau terutamanya lepas dia break ni.”

            Aku tarik nafas dalam. Wahai jantung, tak payah la nak berdegup laju sangat.

            “I don’t want to be his rebound girl. I don’t want to be tangled up with a man who used me to get over his ex. Love must be mutual and it takes two to make a relationship work.”

            Kan dah teremosi. Suara pun dah naik seoktaf. Harap dia orang faham perasaan aku. Jangan kerana Aidan dah putus, bermaksud aku senang-senang boleh terima dia. Hell no! Aku belum sampai tahap terdesak lagi. Suka memang suka. Tapi…hmm…banyak tapinya.

            Seketika masing-masing terdiam sebelum Salwa bersuara semula. “Sorry, Nad. I never meant to offend you.”

            “Sorry, Nad.” Tim pula mencelah.

            “Likewise. Let’s forget about this.”

            Lepas aku kata macam tu semua senyap dan tarik duvet. Mata terpejam tapi otak ligat berputar mengulang tayang cara pandangan, layanan dan kata-kata Aidan.


            Dear brain, sorry, you were right. Sincerely, heart.