Jodoh? Betul ke jodoh aku sudah sampai masanya?
"Be my wife, Nadine Saffiyah. Let's grow old together."
Aku gigit bibir bawah sambil tunduk pandang catatan. Otak jadi blank tiba-tiba dan dalam masa yang sama gementar. Bila aku kalih ke sisi, empat sekawan yang bukan main rancak 'bertelagah' dari tadi dah melopong pandang aku dengan Aidan. Masing-masing tayang muka tak percaya.
Aku gelak. Mula-mula gelak kecil. Tapi lama kelamaan aku gelak beria sampai berair mata. Tak ada seorang pun yang join. Hanya memerhati gelagat aku yang macam orang tersampuk.
Lepas gelak dah reda dan sedar orang di sekeliling aku tak gelak, baru pandang balik jejaka yang buat aku gelak tak berhenti. Dia pandang aku dengan muka serius.
"Sorry." Aku lap air mata dengan tisu.
"Do you find my proposal funny, Nadine Saffiyah?"
Aku tarik nafas dalam sebelum pandang dia tepat.
"Are you serious?" Soal aku bila ada kekuatan untuk bersuara semula.
Aidan senyum segaris tapi pandangan dia tepat menusuk ke mata aku. "Marriage is not a joke, Fi. I won't proposed you if I don't have the intentions of making you my wife."
Aduh...apa yang patut aku jawab ni? Mendadak sungguh lamaran dia ni. Macam-macam benda yang bermain dalam kepala sekarang ni. Berserabut otak dibuatnya.
"Aidan, marriage is not about a man and woman living together to make the relationship halal, it's also not about getting rid of memories of an ex. Marriage is more than that."
Dia kecilkan mata, tiruskan pandangan. "Fi ingat Aidan propose Fi untuk lupakan dia ke?"
Aku terdiam sekejap. Separuh hati kata ya, dah separuh lagi kata tak. Mana satu yang patut aku jawab?
Aidan geleng kepala dengan muka kecewa. "You're very much mistaken, Fi. Aidan propose Fi tak ada kena mengena dengan dia atau sesiapa pun. Dan kalau Fi fikir lamaran ni untuk menghalalkan yang haram, Fi juga salah."
"Jadi apa alasan Aidan?"
Dia tarik nafas dalam sebelum bersuara.
"The moment I laid my eyes on you I know there is something special about you. When I talk to you something sparks and I know I like you. Each day with you, these feelings grow stronger. Whenever you're near, I am beguiled. I've tried to walk away from you but when I did, I felt like I have a hole in my chest. I couldn't stand another day to think of you with someone else. The feeling is unbearable."Aku terdiam. Tangan tiba-tiba jadi berpeluh sejuk. Jantung makin laju berdegup. Sungguh aku mati kata. Tak tahu nak cakap apa.
"Trust me Fi, you're the only one person I want to be with for the rest of my life and grow old with. Please, don't deny the attraction between us."
Terkebil-kebil aku pandang dia. Beberapa aku cuba buka mulut tapi sepatah perkataan pun tak keluar. Lepas beberapa saat berlalu baru aku berjaya bersuara.
"Aidan...Fi...Fi rasa semua ni tiba-tiba. Fi perlukan masa. Banyak benda yang perlu Fi pertimbangkan. Perkahwinan bukan hanya kita berdua je. Fi tak boleh membelakangkan mak dengan abah."
Perlahan-lahan Aidan tenang. Riak tegang dia mula kendur dan akhirnya dia tersenyum.
"Aidan tahu lamaran semua ni terlalu cepat tapi Aidan dah bersedia untuk pikul tanggungjawab ni. I'm sorry I didn't let you know before, but I've already called your family and asked their permission to propose you."
"You what?!" Terbuntang mata pandang dia. Aku cuba cari riak gurauan di wajah dia tapi langsung tak ada. Makna kata, dia serius.
Aku terus tekup mulut dengan tapak tangan dan tanpa sedar ada air yang keluar dari kelopak mata. Air muka Aidan terus berubah.
"Fi..."
Aku terus angkat sebelah tangan tanda suruh dia berhenti.
"Don't say a word."
Aku terus capai tisu atas meja dan kesat air mata yang tumpah. Tak tahu nak gambarkan perasaan apa sebenarnya yang bergelodak dalam hati ni. Semuanya bercampur aduk menjadi satu.
Dari ekor mata aku perasan empat orang sekawan hanya diam memerhati. Tak ada siapa yang berani bersuara dan masuk campur. Tak ada lagi suara-suara dia orang yang bertingkah antara satu sama lain. Semua diam seribu bahasa seolah-olah dia orang juga sama terkejut dengan tindakan Aidan.
"What do you mean family?"
Aku pasti dia dah minta izin dengan mak dan abah, tapi abang-abang aku yang lagi empat orang tu macam mana? Takkan dia bercakap juga dengan Abang Syazwan, Abang Syahmi, Abang Syamil dan Abang Syafiq?
"Abah, mak Fi dan..."
Aku angguk dan menanti untuk dia bersuara lagi. Dia senyum sambil geleng kepala.
"Abang Syazwan yang tegas dan penuh dengan kata nasihat, the twin brothers yang sinis dan protective, dan Abang Syafiq yang sporting but if I break your heart he will beat the living shit out of me. Well, they are scary but you're so lucky to have them as your brothers, Fi."
Aku kulum senyum. Tak sangka dia sangat berani bercakap dengan abang-abang aku yang tersangat protective tu. Tak ada siapa yang berani dating dengan aku disebabkan abang-abang aku tu. Dia orang tersangat ambil berat tentang aku sampai ada satu masa aku rasa terpenjara dan dikawal rapi oleh empat orang pengawal peribadi.
"Jadi apa kesimpulannya?"
Dia senyum makin lebar. "They welcome me to be the fifth member of Nizam clan."
Lagi sekali aku melopong. "Tipu!"
Dia geleng kepala. "Absolutely not."
Oh! Aku rasa macam tak percaya abang-abang aku empat orang tu boleh bagi lampu hijau. Apa yang Aidan dah cakap dekat dia orang sampai boleh buat dia orang percayakan Aidan?
"Apa yang Aidan dah buat?"
Dia tayang muka suci. "What a real man will do for his woman."
Ya Tuhan! Petanda apakah ini? Apa yang perlu aku cakap lagi?
"Sorry. Fi tak boleh bagi jawapan sekarang. Fi perlukan masa untuk bincang dengan famili dulu."
Itu je yang mampu aku jawab. Aku tak boleh bagi keputusan sekarang sebab hati masih separuh lagi. Kepala masih kusut cuba merasionalkan lamaran dia yang datang tiba-tiba. Aku perlu bercakap dengan keluarga aku dulu.
"Aidan akan tunggu. Fi ambil la masa untuk fikir dulu. Tapi cuma satu je yang Aidan nak Fi tahu, Aidan betul-betul serius dengan lamaran ni. Tolong jangan libatkan kisah lalu Aidan dalam hal ni. Aidan ikhlas nak jadikan Fi isteri Aidan sebab hanya Fi yang Aidan mahu. Tak ada yang lain."
Aku terdiam buat kesekian kalinya. Hilang kata. Sungguh! Tak pernah ada lelaki yang berani berdepan dengan abah dan empat orang abang-abang aku.
Abah adalah bekas pesara kanan Tentera Udara Diraja Malaysia, Brigedier Jeneral (B) Mohamed Nizam. Abang Syazwan bertugas sebagai juruterbang MAS, Abang Syahmi pula auditor, Abang Syamil peguam dan Abang Syafiq dalam tahun akhir di University of Melbourne dalam bidang ekonomi. Siapa yang akan berani kacau aku kalau abang-abang aku ni bersatu. Semua lelaki yang cuba rapat akan gerun cabut lari sebelum abang dan abah bersuara.
Tapi yang peliknya macam mana lelaki yang di depan aku ni lulus? Bukan setakat lulus cukup makan tapi lulus dengan 'warna terbang'. Siap dijemput masuk menjadi ahli kelima pakatan bersekutu lagi. Ilmu apa yang dia guna?
"Makkk...biar betul?!" Aku tutup mulut dengan tapak tangan sambil pandang muka mak dengan abah di skrin komputer riba.
"Apa yang tak betulnya. Aidan sendiri facetime dengan mak dan abah minta izin untuk melamar Fi."
Aku terkebil-kebil pandang wajah dia orang sambil letak dagu atas lutut. Masih tak percaya tengok reaksi abah dengan mak yang tenang. Tak ada gaya orang marah. Aku ingatkan Aidan hanya telefon je tapi tak sangka siap ber'facetime' bagai.
"Abah dengan mak okay ke?" soal aku lepas seketika terdiam.
"Abah yang patut tanya soalan tu pada Fi. Are you okay?" Soalan aku dijawab balik dengan soalan oleh abah.
Aku tarik nafas berat sambil pandang tetikus. "Entah la abah. Fi tak tahu nak cakap macam mana. I'm confused."
Abah tarik senyum segaris sambil tanggalkan cermin mata. "Why don't you do the things you know you should be doing?"
"Hah?! What did you mean, abah?"
Abah mula cerunkan pandangan. Mula la aku tak senang duduk. Otak ligat berfikir.
"Kita orang Islam, Fi. Cuba buat Istikharah minta petunjuk dari Dia." Mak terus mencelah bila tengok aku dah tergaru-garu dahi.
Aku gigit bibir bawah. "Fi dah buat. Sejak dia melamar Fi asyik tak boleh tidur. Selalu fikir pasal hal ni."
"Apa yang Fi fikir teruk sangat sampai tak boleh tidur tu?"
Aku pandang wajah mak yang menanti. "Fi fikir macam-macam mak. Fi tak tahu apa-apa pun pasal keluarga dia. Fi takut keluarga dia tak boleh terima Fi."
"Abah dah tanya pasal keluarga dia. Aidan kata keluarga dia tak ada masalah. Tapi abah dah tetapkan syarat. Kalau betul dia serius nak memperisterikan Fi, abah dah suruh keluarga dia hantar rombongan meminang."
Sekali lagi bulat mata aku renung skirn komputer. Aduh! Kenapa cepat sangat?
"Abah...Fi belum lagi bagi keputusan." Aku merengek tak puas hati.
"Sebab tu mak dengan abah nak dengar jawapan Fi hari ni. Rasanya cukuplah tempoh sebulan Aidan dah beri peluang untuk Fi buat keputusan. Tak elok kita buat hajat baik orang ternanti-nanti ni."
Haila...cepat je masa berlalu. Rasanya baru Aidan melamar. Tapi aku ni belum ada jawapan lagi nak bagi walaupun peratusan untuk setuju tu dah melonjak naik beberapa peratus.
"Boleh tak tangguh beberapa hari lagi? Bagi Fi masa untuk buat keputusan akhir."
Abah dengan mak berpandangan seketika. Abah tarik nafas berat sebelum bersuara.
"Okay, abah bagi Fi masa tiga hari lagi untuk buat keputusan. Lepas ni abah nak keputusan muktamad dari Fi. Sama ada setuju atau menolak."
Aku tunduk sambil kuis keyboard. "Abah tak kisah kalau Fi tolak?" Perlahan aku menyoal.
"Terpulang pada Fi. Abah dengan mak tak desak dan tak juga halang. Kadang-kadang tak semua apa yang kita rancang akan kita dapat laksanakan. Hidup kita ini ibarat sebuah buku, bab demi bab dah tertulis sejak di Lohmafuz lagi. Andai kata jodoh Fi dah sampai dengan lelaki yang Allah dah tetapkan, abah rela lepaskan Fi."
Aku mula la nak sebak bila abah cakap macam tu. Hati mula kata tak rela abah 'lepaskan' aku."Walau apapun, Fi solat minta petunjuk dari Dia. Semoga dipermudahkan segala urusan Fi dan diberi jalan untuk Fi buat keputusan yang terbaik. Mak dengan abah sentiasa doakan Fi di sini."
Setitis dua air mata akhirnya jatuh juga. Sayu bila mak dah cakap macam tu. Mulalah perasaan rindu membuak-buak dengan mak dan abah. Kalau la aku ada sayap, sekarang juga aku terbang ke Malaysia. Sekurang-kurangnya aku dapat letakkan kepala atas riba mak disaat hati tengah gundah.
"Thank you so much abah and mak for always supporting me and always being there for me. I would not be where I am today without your help and support." Aku kesat air mata. Mak pun ikut sama kesat air mata bila tengok aku dah menangis.
"You're the only daughter we ever had. Abah dengan mak sentiasa akan sokong Fi selagi benda tu baik dan tak mendatangkan kemudaratan."
Aku senyum dengar kata abah. Lepas bercakap beberapa minit barulah aku putuskan talian. Kesian dekat mak dengan abah sebab aku dah ganggu waktu rehat dia orang. Lagipun dah lewat malam waktu Malaysia.
Aku bersandar dekat kerusi meja belajar sambil pandang tingkap. Cuaca panas hari ni tapi aku tak ada mood untuk keluar. Aku lebih senang menghabiskan hari Sabtu di bilik sambil otak ligat berfikir jawapan apa yang patut aku beri.
Dear brain, please help me. I don't want to get hurt. Sincerely, heart.
miss them...thumps up
ReplyDeletetxs for the update. miss both of them...
ReplyDelete