Followers

Thursday, 12 February 2015

Teaser: Saat Kau Hadir Dalam Hidupku


Oh shit! Kalau dah lambat tu masa nilah juga lif ni nak buat pasal dengan aku. Bila hari biasa elok je dia muncul.

            Buat pertama kali dalam sejarah, aku lambat masuk kerja melebihi satu jam. Inilah padahnya penangan lamaran yang datang tiba-tiba. Seluruh masa aku jadi tunggang terbalik bila siang malam asyik fikirkan benda yang sama. Tidur tak lena, makan tak ada selera. Haila...badan. Bertahanlah!

            Suasana dekat lobi DFK Tower seperti biasa nampak lengang sikit bila jam dah melepasi 10 pagi. Masing-masing dah berada kat meja, aku je terkandas depan lif dengan muka serabut. Baju pun main pakai tibai je sarung. Jadi pilihan yang aku ada hanya baju kurung dan selendang yang dua-dua tak perlu gosok. Kasut pun aku main sauk Converse sebab itu je yang aku nampak paling dekat.

            Selekeh? Tersangatlah! Aku rasa Kak Kiah, cleaner tu lagi kemas dari aku. Datang pun pakai seluar dengan blaus. Bila nak mula kerja je baru tukar uniform. Haih...bantai jelah labu. Aku bukan nak jumpa client hari ni, harapnyalah tak jumpa. Kalau cik lenggang Farhana tu suruh juga, aku pass dekat si Danial tu nanti. Muahaha...geliga tak otak aku.

            Akhirnya lif yang aku tunggu dari tadi turun juga. Sebaik pintu terbuka, aku terus melangkah masuk ke dalam lif. Tapi belum sempat pintu tertutup sepenuhnya, pintu tu terbuka balik. Dan orang yang muncul tu yang paling aku tak sangka.

            Crap!

            Yang berdiri kat depan aku adalah Ridz dengan Eddy. Masing-masing nampak segak dengan suit hitam dan charcoal. Gaya macam ada board meeting.

Sekarang dua-dua pandang aku atas bawah bila dia orang selamat masuk dalam perut lif. Ini yang buat aku rasa nak sarung fullface helmet yang terletak cantik dekat showroom depan sana. Tak tahu nak buat reaksi muka macam mana bila dah sah-sah aku kantoi lambat masuk kerja dan etika pakaian yang tak menepati ciri-ciri seorang pekerja.

            “Are you okay?” Soalan pertama keluar dari mulut Ridz lepas peristiwa majlis amal hari tu.

            “Err...ya?”

            Eh? Apesal bunyi bukan macam statement, tapi soalan?

            Eddy tarik nafas kasar. “You’re late.

            Buat pertama kalinya aku rasa gugup nak bercakap dengan Eddy. Aku rasa mata dia tepat dan tajam perhatikan aku dari kepala sampai ke hujung kaki.

            “Err...ya. Sorry.”

            “If you’re sick just take the medical leave and have a good rest at home,” kata Ridz pula. Haila...aku rasa nak pitam sekarang ni juga. Otak tengah serabut tentang lamaran, tiba-tiba muncul pula calon terpilih tu. Adakah ini satu lagi petunjuk yang Kau ingin berikan?

            “Don’t be. You look awful and you really ought to take a rest, Nia.” Suara Eddy tak setegang tadi. Dia nampak risau tengok keadaan aku.

            Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Akhirnya aku terdiam sampai lif berhenti kat tingkat dia. Sebelum keluar dia sempat pandang aku atas bawah.

            “You’re really not you today. What’s bugging you?”

            Mulut ringan nak bersuara, sebab lamaran family kau la senduk! Tapi tak terkeluar ayat tu. Jadi aku hanya senyum tawar sambil geleng kepala. Dia tarik nafas berat sebelum menapak keluar dari perut lif.

            Sekarang tinggal aku berdua dengan si atuk yang dari tadi hanya jadi pemerhati. Perasaan segan hari tu aku cuba buang jauh-jauh. Tak nak dia tahu aku masih teringat kejadian memalukan tu.

            “Is that bad?”

            Erk? Soalan apa yang dia tanya ni? Aku tayang muka kelabu asap.

            “What?”

            Dia pandang aku serius. Tak ada senyuman peluntur macam selalu.

            “Whatever’s bugging you. Is that bad?”

            Oh...pasal tu ke? Tak sangka Atuk ni sangat concern dengan masalah yang melanda pekerja. Aku tarik senyum nipis.

            “Yeah, pretty bad.”

            Kali ni dia pulak  yang tersenyum. Tapi entah kenapa aku nampak senyuman dia kali ni tawar. Macam tak ikhlas sangat nak ‘bersedekah’.

            “Life-changing moments begins with life-changing decision. Above all, choices are the hinges of life-changing.”

            Deep. Entah kenapa aku rasa kata-kata dia tu macam dia tahu apa yang terjadi. Ke...dia memang betul tahu?

            “Choices, um? But I don’t have any choice.”

            Tiba-tiba mulut ringan nak berkongsi sikit. Mana tahu dia boleh bagi panduan kat aku. Calon terpilih tadi pun nampak concern dengan aku.

Dia tarik nafas dalam sebelum seluk poket seluar. Dia pandang aku yang berdiri tegak sebelah dia dengan tepat.

            “You do have the choice.”

            Aku julingkan mata ke atas. Kalaulah semudah macam tu je aku boleh cakap depan walid kan bagus. Tapi dari kata walid hari tu aku macam tak ada pilihan. Nampak je macam ada tapi sebenarnya tak ada. Seolah-olah suka tak suka aku kena terima juga.

            “Can I say no?” Dengan berani aku bertanya. Walaupun aku tak berapa pasti dia tahu ke tak masalah aku.

            Dia senyum nipis. “You can always say no. It’s your life and your decision. You’re the one who’s going to live every single day with the choice you made.”

            Betul juga dia cakap. Aku yang nak hidup dengan keputusan tu. Baik ke buruk ke semuanya aku yang nak kena tanggung. Perkahwinan akan terjadi sekali dalam seumur hidup aku. Tak ada gear R hanya D je ada. Andai tersalah pilih jawapannya aku terjun masuk gaung.

            Aku angkat muka pandang dia. Saat mata bertentang mata tiba-tiba ada sesuatu yang aku rasa lain dari yang lain. Ada debaran yang tak pernah aku rasa sebelum ni.

            “It’s your floor.”

            Damn! Entah macam mana aku boleh tak perasan lif betul-betul dah berhenti kat tingkat aku. Cepat-cepat aku melangkah keluar dari perut lif tanpa cakap apa-apa.

            “Nia.” Panggil dia masa aku dah keluar dari pintu lif. Aku toleh ke belakang balik. Dia di dalam, aku kat luar.

            “I wish you all the best in your decision making. You’ll always be in my prayers.”

            Aku terus terpaku. Mata bertentang mata. Ada ‘sesuatu’ yang tak pernah aku nampak sebelum ni ada di mata dia. Perlahan-lahan pintu lif pun tertutup.

Sekejapan terasa semua oksigen dalam badan aku dibawa pergi bersama jasad dia. Otak jadi blank depan pintu lif. Satu-satu aku cuba proses ayat yang terakhir tadi walaupun sayup-sayup telinga mula dapat tangkap jeritan si lioness.


            I’ll always be in his prayers? Apakah?

26 comments :

  1. Assalam... rindu dengan hasil karya anda;
    ada peluang ke dpt memeluk versi hard copy;
    keep up your good writing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Inshaa Allah ada peluang. Thanks for your support : ]

      Delete
  2. rindunya.........bila agaknya dapat memiliki novel2 xuanza....

    ~k.min~

    ReplyDelete
  3. alamak, eddy ke yg meminang....nk endg ngan ridz la

    ReplyDelete
  4. Rindunyaaaaa...alahai..nak nia dgn ridz please - tikah

    ReplyDelete
  5. Nak nia dgn ridz jgk....xnk nia dgn eddy....

    ReplyDelete
  6. Rindu nye...rindu nye...rindu nyerrrrrrr............

    ReplyDelete
  7. Rindu nye...rindu nye...rindu nyerrrrrrr............

    ReplyDelete
  8. "you'll always in my prayer". pleaselah yang masuk meminang nia tu ridz.

    ReplyDelete
  9. Bila novel kerana lamaran itu dapat dipeluk

    ReplyDelete
  10. Kalu xsilap novel kerana lamaran itu akn kuar feb 2015..ni dh mac 2015..heheheh..bila nk kuar ek??xsabar dh mnunggu niee..����

    ReplyDelete
  11. Nak nia dgn eddy....hehehe...

    ReplyDelete