Aku duduk di depan Prof. Emilia dengan
perut yang semakin mengecut dan jantung yang semakin laju berdegup. Terasa
kesat nak telan liur sendiri bila terpandang renungan Prof. Emilia yang tepat
menusuk. Rasa macam boleh tembus ke belakang kepala.
“So,
is she the love of your life that you rabbiting on?”
Tiba-tiba
hati terasa pedih dan dalam masa yang sama jadi sedih. Dari cara mom dia cakap,
nampak macam dia tak suka aku. Mom dia sangat berbeza dengan ‘mak’ dia yang aku
bercakap dalam Skype tadi.
“Mother…”
Mata
Aidan melirik ke arah aku. Jelas nampak dia tak senang dengan cara Prof. Emilia
bercakap.
Mom
Aidan aka Profesor Datin Ir Doktor Emilia Ismail jungkit kening pandang Aidan.
Gaya-are-you-threatening-me?
Aidan
tarik nafas berat. “Mom, I kan dah inform you hari tu. I nak kahwin
dengan Fi.”
Uh?
Macam ni ke gaya Aidan bercakap dengan mom dia? Berbeza betul dengan cara dia
bercakap dengan ‘mak’ dia.
“You
pasti?”
Mata
mom Aidan tajam renung dia. Huh! Kalau aku jadi pelajar Prof. Emilia, mahu
kecut je nak masuk kelas.
“I
am so damn sure, mom. Stop doubting me.”
Muka
Aidan berkerut. Jelas dia tak puas hati.
“Salah
ke I tanya? You’re my son. I tak nak you buat silap.”
Aidan
mengeluh. “I pasti kali ni. You tak perlu risau.”
Mata
Prof. Emilia beralih pula pada aku. Automatik badan aku jadi keras balik.
“What
about your ex? Dia tahu pasal tu?”
“She
knows everything.”
Aidan
berkata penuh yakin sebelum pandang ke arah aku. Dia kerdipkan mata dan
tersenyum nipis. Cuba tenangkan aku yang semakin panas punggung walaupun
suasana di restoran Skylon Hotel ni cukup selesa.
Dari
ekor mata, aku perasan pandangan Prof. Emilia tajam memerhati gerak-geri aku
dengan Aidan.
“You tinggalkan I dengan dia.”
Tiba-tiba
Prof. Emilia bersuara. Aku terkesima, Aidan tayang muka terkejut.
“Why?”
“I
nak bercakap dengan dia tanpa you.”
“She’s
got a name, mom! Her name is Nadine Saffiyah.” Satu-persatu Aidan sebut
nama aku. Wajah Aidan tegang. Aku makin tak selesa bila diri jadi punca dua
beranak ni bertelagah.
Prof.
Emilia kecilkan mata. “Please leave us alone. I’d like a word with Nadine
Saffiyah.”
Serius
seram bila Prof. Emilia sebut nama penuh aku. Tegak bulu roma. Abah sebut nama
aku pun tak rasa seseram macam ni. Tapi dalam masa yang sama, di sudut hati
yang paling dalam ada rasa tersinggung. Nampak Prof. Emilia terpaksa sebut.
Jijik sangat ke nak sebut nama aku tu?
“Kenapa
I kena ikut kata you?” Aidan mencabar.
Aduh! Kenapa tegang sangat hubungan ibu dengan
anak ni? Macam bukan anak beranak je. Langsung tak ada kemesraan.
“Comply,
or any chance you might have will be gone.”
Aidan
tarik nafas kasar sebelum bersandar di kerusi. Muka tak payah cakap. Tegang
habis.
“Fine!
But please be gentle. I want her back in one piece.”
Prof.
Emilia senyum, tapi nampak sinis. “She’s not fragile and I’m not a monster.
So why don’t you shush and leave us.”
Urgh!
Setepek kena dekat muka. Merah terus muka Aidan. Dan aku pula makin rasa
berdebar bila Aidan bangun dari kerusi. Sebelum tinggalkan aku, Aidan pandang
aku dan angguk. Cuba yakinkan aku walaupun tahap keyakinan aku dibawah paras
sifar.
Bila
kelibat Aidan hilang, baru aku beranikan diri pandang Prof. Emilia. Mata dia
tepat pandang aku. Sekejapan tiada kata yang terluah. Aku makin tak senang
duduk, tapi mom Aidan ni boleh selamba kacau teh Earl Grey Twinnings dia yang
masih berasap nipis dengan muka tenang.
“Dah
lama kenal Aidan?” soal Prof. Emilia lepas letakkan cawan di piring.
“Tak
sampai setahun.”
“Yakin
nak berkongsi hidup dengan dia?”
“Inshaa
Allah.”
“Dah
bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan dalam masa yang
sama tak abaikan pelajaran?”
Gulp!
Bertubi-tubi soalan diajukan. Gaya macam pergi temuduga. Dalam dada ni tak
payah cakap la. Berdebar.
“Ya.”
Prof.
Emilia kecilkan mata. “I tak suka pelajar yang abaikan pelajaran semata-mata
kerana cinta. Matlamat utama datang sini untuk belajar. Cinta boleh datang dan
pergi, tapi peluang menimba ilmu di luar negara bukan datang berkali-kali.”
Deep! Makan dalam sungguh ayat Prof. Emilia.
Pijar sekejap muka. Nampak sangat aku ni gatal tak sabar nak kahwin dengan anak
dia.
“Saya
faham dan sedar tujuan utama datang sini untuk belajar, tapi…”
Aku
gigit bibir bawah. Tak jadi nak terus sambungkan ayat. Haih…seram betul tengok
renungan mata Prof. Emilia. Macam boleh baca apa yang tersirat dalam hati aku.
“Tapi?”
Prof. Emilia jungkit kening. Gaya beri isyarat suruh aku sudahkan ayat yang
tergantung.
“Jodoh
tu rahsia Allah. Saya serahkan pada Dia untuk tentukan apa yang terbaik untuk
saya. Andai kata tertulis jodoh saya datang secepat ni saya terima dan kalau
bukan pun saya terima juga. Bagi saya ilmu duaniawi dan ukhrawi kena seimbang
dan cukup. Inshaa Allah, bila semuanya mantap, kita takkan tersasar dari
matlamat sebenar.”
Lepas
cakap macam tu aku diam. Menanti dan terus menanti untuk Prof. Emilia bersuara.
Malangnya dia hanya diam seribu bahasa. Masih memerhatikan aku dengan mata
helang.
Mula
la aku pun makin menggelisah duduk. Serba-serbi tak kena.
“Well
said, Nadine Saffiyah.”
Bersuara
juga akhirnya Prof. Emilia. Tak sinis tapi aku tetap juga gementar walaupun aku
yakin dengan kata-kata sendiri.
“Apa
yang you nampak pada Aidan? Apa keistimewaan dia di mata you?”
Ohooiii…nak
jawab soalan supervisor pun tak sesusah macam ni. Soalan maut tahap nak
terpenggal kepala rasanya.
Aku
terdiam kejap. Tangan yang makin berpeluh aku genggam sambil otak bekerja keras
mencari kata-kata yang sesuai.
“Saya
nampak Aidan Dzakirin.”
Terangkat
kening Prof. Emilia bila cakap macam tu.
“Mind
to elaborate?”
Aku
senyum segaris. “Tak ada ayat yang sesuai untuk meluahkan di bibir apa yang
saya nampak tentang Aidan. Hanya akal yang menganalisa dan hati yang mengetahui
keistimewaan Aidan. Istimewanya seorang Aidan tak perlu dituturkan dengan
percakapan sebab kata-kata tak mampu menggambarkan keistimewaan sebenar Aidan
di mata saya.”
Jeda.
Prof. Emilia masih tepat pandang aku. Tak ada tanda-tanda untuk mengalihkan
pandangan dari muka aku.
“Can
you do me a favor?”
Terkelip-kelip
mata aku pandang Prof. Emilia. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba ayat tu
yang keluar dari mulut dia lepas agak lama mendiamkan diri.
“Sure.”
Separuh
teragak-agak aku berkata. Tak pasti apa yang dia nak suruh aku buat.
“Make
him the happiest man in the world. Will you?”
Uh?
Aku terkedu. Otak masih gagal menangkap ayat yang baru dituturkan Prof. Emilia.
“Nadine?”
Buat
pertama kali aku rasa kelembutan bila Prof. Emilia seru nama aku.
“Ya.”
“Janji
dengan I you akan bahagiakan Aidan, hormati dia, sayangi dia, setia dengan dia,
jadikan dia peneman di kala susah dan senang, sihat mahupun sakit.”
“Ya.”
Ada
satu perasaan yang tengah menyelinap masuk dalam hati. Sungguh buat aku
terharu. Kasih seorang ibu terbias di mata Prof. Emilia yang nampak tegas.
“Kalau
you tak tepati janji you, you akan berdepan dengan I. Deal?”
Seram weh! Tapi aku angguk juga “Ya,
Prof. Emilia.”
Prof.
Emilia tersenyum. Terkebil-kebil aku kejap. Subhanallah! Cantik. Baru sekarang
aku nampak mana datangnya genetik Aidan ni. Baru aku percaya kalau orang cakap ni mom Aidan. Berbeza dengan mak.
“Nadine bukan pelajar aunty. Don’t call
me, Prof.”
Oppsss…
Aku
sengih. “Sorry Prof. Err..Aunty.”
Aunty
Emilia senyum sebelum sisip teh dia. Aku ikut sama. Barulah boleh senang hati
sikit nak basahkan tekak. Tadi terasa segala gerak-geri aku diperhatikan.
Bagaikan pemburu yang menunggu masa untuk menembak.
“I dapat tahu Nadine dah berjumpa dengan mak
dan abah Aidan, betul ke?”
Aku
letak cawan atas piring. Cepat betul info tersebar. Teknologi zaman sekarang.
“Ya,
aunty. Baru kejap tadi saya dengan Aidan Skype dengan mak dan abah Aidan.”
“Hmm…Aidan
memang rapat dengan mereka. Untuk pengetahuan Nadine, mereka tu pengasuh Aidan
masa kecil dulu.”
Oh…patutlah
Aidan rapat dengan dia orang.
“Masa
I tengah sambung PhD, Aidan banyak tinggal dengan mereka. Uncle pula sibuk outstation.
Jadi kami kurang luangkan masa bersama dengan Aidan. Sebab tu Aidan lebih rapat
dengan mereka.”
Air
muka Aunty Emilia berubah mendung. Ada nada kecil hati di hujung ayat Aunty
Emilia. Hadoi…janganlah cakap Aidan dah kecilkan hati ibu kandung dia sendiri
pasal hal ni. Kalau la aku tahu hal yang sebenar, memang aku akan pastikan
Aidan bagitahu mak, ayah kandung dia dulu.
“Time’s
up, mom. I’m sorry I couldn’t wait any longer.”
Tiba-tiba
Aidan muncul dan berdiri di sebelah sofa aku duduk. Air muka Aunty Emilia
automatik berubah serius.
“Join
us, then. Have a seat.”
Aidan
pandang aku masa dia ambil tempat duduk sofa sebelah aku dengan gaya-are-you-okay?
Aku
tayang muka kosong. Tak mahu bagi respon apa-apa. Biar Aunty Emilia yang
bersuara.
“You cakap apa ni, mom?” Aidan tayang muka
curiga. Dia pandang aku dengan Aunty Emilia bersilih ganti.
“You,
her and compatibility.”
“Mother!”
Tiba-tiba
Aidan bersuara agak tinggi. Muka tegang semacam.
“Nadine
perlu kenal you dulu Aidan. Mom perlu tahu sejauh mana Nadine sesuai untuk jadi
isteri Aidan.”
“She
fits enough, mom. Aidan kenal siapa Nadine Safiyyah.”
Mata
Aunty Emilia melirik penuh makna ke arah aku sebelum mengecilkan mata bila
bertemu pandang dengan Aidan.
“Raja
Aidan Dzakirin…perkahwinan bukan SmartTAG atau Touch ‘n Go ya. Tak ada juga
tempoh probation yang mana you boleh walk out sesuka hati. You pasti
you dah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan? You pasti you boleh handle
study dan perkahwinan you?”
Kali
ni aku pula yang terkejut. Tak pernah pun dia sebut tentang nama penuh dia.
Hanya sekali je yang aku dengar. Itupun depan Abang Am. Tapi masa tu aku ingat
dia main-main.
Aidan
tarik nafas kasar. “Mom, pernah ke you dengar I sebut pasal kahwin sebelum ni?”
Kali
Aunty Emilia yang terjungkit kening. Tapi masih diam.
“I
know what I’m doing, mom. I won’t mention about marriage if I’m not ready for
commitment.”
“Really?
So tell me what’s your plan?”
“Macam
yang I bagitahu mom, I nak nikah dengan Fi di sini. I dah minta izin dengan family
Fi untuk melamar dia.”
Aunty
Emilia tersenyum sikit sambil geleng kepala. Aku yang memerhatikan perbualan
dua beranak ni makin tak selesa. Aku pun terlibat sama dalam topik yang dia
orang bualkan tapi aku rasa dipinggirkan dan tak tahu apa-apa. Mula la rasa
menyampah pun datang.
“No.”
“What?!”
“You
heard.”
Serentak
Aidan merengus kasar dan palingkan muka ke tepi. Jelas nampak dia tengah kawal
kemarahan. Dan masa tu juga la pandangan aku bertembung dengan Aunty Emilia.
Dia senyum segaris sebelum capai cawan teh.
Dan
aku terpinga-pinga dekat situ. Apakah?
P/s: Last chapter on blog. Thank you for all your support ; ]
P/s: Last chapter on blog. Thank you for all your support ; ]