Followers

Wednesday, 20 January 2016

Bab 13: Bernafas Tanpamu

Aku lilitkan shawl di kepala sebelum tolak tingkap ke luar. Aku pandang ke bawah. Aidan segak berdiri di laman belakang dengan sekuntum bunga ros merah di tangan. Dia mendongak pandang aku.
"Will you pick up your rose, Nadine Saffiyah?"
Aku senyum dan akhirnya tergelak kecil.
"What are you doing, Aidan?"
Penampilan dia sangat suave hari ni. Dengan blazer hitam dan t-shirt kait lengan panjang berwarna kelabu dipadankan dengan seluar jeans gelap.
"Trying to put a smile on my woman's face."
Aku senyum makin lebar.
"Are you coming or not?"
"Tunggu kejap." Aku terus pusing belakang. Dua orang manusia di sebelah aku terus tersengih lebar.
"Thanks korang. I owe you big time."
Aku peluk sorang-sorang sebelum berjalan laju turun bawah menuju ke belakang rumah. Sebaik aku buka pintu Aidan dah menunggu dengan senyuman. Aku terus sarung selipar dan melangkah keluar.
Tidak jauh dari situ aku nampak Rais dengan Acab menunggu dengan kamera di tangan. Di atasa meja kayu dah tersusun kotak-kotak pizza, sosej, nasi goreng dan air minuman ringan.
"For you." Aidan hulurkan bunga tu.
"Thanks."
"My pleasure."
"Bila buat semua ni?" soal aku.
"Tadi. Masa Fi ada dekat atas."
Aku angguk.
"Jom makan!" Rais mencelah. Lepas tu baru Tim dengan Salwa keluar dengan pinggan dan cawan plastik.
Selesai makan, masing-masing ambil tugas untuk kemas barang. Masa empat sekawan tengah rancak bersembang antara satu sama lain, Aidan ambil peluang untuk berdiri sebelah aku.
"So...Fi dah buat keputusan?" soal dia lembut.
"Sorry. Belum." Aku susun kotak pizza yang dah kosong. Langsung tak pandang muka dia.
"It's okay. Esok Fi free tak?"
Aku angkat muka. "Kenapa?"
"Mak nak jumpa."
Mak? Oh...dia nak bawa aku jumpa mak dia ke?
"Mak Aidan datang sini ke?"
Dia senyum sambil geleng kepala. "Tak. Skype je. Aidan dah janji dengan mak nak kenalkan Fi."
Aku lega separuh. Separuh lagi masih lagi cuak nak berjumpa dengan mak dia. Tapi saat inilah yang aku tunggu. Aku perlu bersemuka dengan keluarga dia dulu sebelum bagi keputusan pada dia walaupun tiga suku daripada hati dah kata ya.
"Pukul berapa nak jumpa?"
"Aidan datang sini pukul 11 esok. Kita minum dekat Costa Trinity."
"Fine."
Lepas cakap macam tu aku terus bergerak jauhkan diri dari dia. Rasa segan sangat bila berdiri sebelah dia. Dan yang paling utama jantung aku ni dah tak reti nak berdegup secara normal. Tiba-tiba rasa macam budak belasan tahun yang baru nak kenal hidup pula.
Hish...mengarut!
"Are you ready?" soal Aidan sementara tunggu panggilan video bersambung.
Aku sedut oksigen yang bercampur dengan aroma kopi dalam-dalam. Aku angguk dalam gementar tapi ini yang aku nak. Kata orang, kalau kita nak kenal peribadi seseorang lelaki tu macam mana, kita kena tengok macam mana dia bercakap dengan keluarga dia.
Tangan aku letak atas riba dengan jari erat genggam blaus yang aku pakai. Peluh sejuk dah tapak tangan ni.
"Don't worry much. Mak bukan makan orang pun."
Aidan senyum dengan gaya tenang. Hadoi... aku tak tahu la macam mana mamat ni boleh berani call abah dengan abang-abang aku sendiri. Aku rasa keyakinan dia ni memang tahap A++ la kut.
"Assalamualaikum, mak."
Tertera wajah mak Aidan di skrin Macbook dia. Di sebelah mak Aidan aku agak ayah dia.
"Waalaikumsalam."
"Mak, ni Aidan kenalkan Nadine Saffiyah."
"Ini ke orangnya. Hmm...cantik. Sepadan dengan nama. Ni mak cik nak panggil apa?"
Aku senyum. Cuba tenangkan diri walaupun degupan jantung ni dah berlari dengan pecutan kuasa kuda. Cuak kut!
"Assalamualaikum, mak cik. Panggil saya Fi je."
Dari ekor mata aku perasan Aidan dah tersenyum-senyum. Tahu sangat aku tengah cuak dan kekok tahap gaban.
"Alhamdulillah. Dapat juga pak cik dengan mak cik jumpa dengan Fi. Selama ni dengar cerita dari Aidan je."
"Iya ke? Harap tak ada unsur tokok tambah la ya." Aku toleh pandang Aidan sekilas.
"Mana ada! I told them the truth."
Aku julingkan mata ke atas sebelum pandang skrin balik. Jelas nampak mak dengan ayah Aidan tengah senyum. Bila tengok wajah dia orang betul-betul tak ada pula iras Aidan. Dan dia orang nampak macam dah berusia sikit. Aku rasa mak dengan ayah Aidan lebih tua dari mak dan abah.
Aku sedia maklum keluarga Aidan sekarang menetap di Cameron Highland. Dia hanya ada tiga adik-beradik je. Dia anak yang sulung dan dua orang lagi adik perempuan.
"Mak cik dengar Fi masih belum ada jawapan lagi untuk lamaran Aidan. Boleh mak cik tahu kenapa?" Lembut je suara mak dia. Terserlah gaya rendah diri penuh sopan. Ayah dia pun nampak biasa-biasa je.
Aku pandang sekilas dekat Aidan. Tapi macam biasa dia tenang. Tak ada tanda-tanda nak tolong cover. Ceh!
"Sebenarnya saya risau mak cik dengan pak cik tak dapat terima saya. Kalau boleh saya nak kenal-kenal dulu dengan mak cik dan pak cik."
"Mak cik faham. Lamaran Aidan ni memang datang secara tiba-tiba. Sebelum Aidan minta izin dengan keluarga Fi untuk melamar Fi, Aidan ada bagitahu mak cik dan pak cik pasal hal ni. Mula-mula memang kami terkejut, tapi bila tengok cara Aidan cerita pasal Fi, mak cik dan pak cik yakin dengan keputusan Aidan."
Wow...nampaknya lelaki sebelah aku ni memang dah buat persiapan rapi. Dia tahu apa yang dia nak buat. Sepuluh markah tambah di situ.
"Fi janganlah risau tentang kami. Asalkan perempuan yang Aidan pilih boleh jaga dia dengan baik kami restu. Pak cik dan mak cik yakin Aidan boleh buat keputusan dengan bijak untuk masa depan. Lagipun kamu berdua jauh, eloklah kalau ada ikatan yang sah. Tak ada la kami di Malaysia ni risau sangat." Kata ayah dia pula.
Nampaknya mak dengan ayah Aidan pun dah bagi lampu hijau. Dia orang pun nampak baik-baik je. Tak ada pula gaya riak tak suka dengan aku.
"Jangan risau ayah, mak. Aidan cuma tunggu lampu hijau dari orang sebelah ni je. Kalau dia kata ya, esok juga Aidan suruh mak dengan ayah pergi hantar rombongan meminang."
Waaahhh...si suave ni cakap memang tak pakai penapis. Pijar rasa muka bila tengok mak dengan ayah berpandangan sebelum gelak.
"Hai...cuba bawa bersabar dulu. Tak lari gunung dikejar."
Lepas mak Aidan cakap macam tu aku perasan muka Aidan berubah. Senyuman dia terus mati.
"Gunung boleh bergerak mak siap boleh kena kebas dengan orang lagi."
Ayah dengan mak Aidan bertukar pandangan sekejap sebelum pandang ke skrin balik. "Jangan cakap macam tu, nak. Kalau Fi jodoh Aidan, inshaa Allah tak lari ke mana."
Aku tarik nafas dalam. Terkesan dengan kata-kata dia. Aku pandang Aidan sekilas. Tak sangka dia juga tengah pandang aku rupa-rupanya. Kali ni pandangan dia nampak serius dan menusuk.
"If you run away, I will definitely chase you..and I'll find you."
"If you're willing to chase me, I promise I'll run slow."
Perlahan-lahan riak tegang dia bertukar tenang dan berakhir dengan senyuman. "Don't run. Just take my hand and walk with me."
Aku senyum sebagai balasan. Hati makin positif untuk terima dia.
"Ehem...nampaknya memang kena hantar rombongan meminang cepat-cepat ni."
Haila...malunya bila mak dia cakap macam tu! Ini semua Aidan punya pasal.
"Inshaa Allah, nanti kami bincang dengan keluarga Aidan dan Fi dalam masa terdekat ni."
Eh? Macam pelik je dengar bunyi ayah dia. Hurm..mungkin bincang dengan sedara-mara dia yang lain kut.
Selesai bercakap dengan mak dan ayah dia, Aidan terus tutup Macbook dan bersandar di sofa. Santai dan tenang. Mata tak lepas renung aku dengan sebelah tangan menongkat kepala.
Mulalah rama-rama pun nak terbang megah mengibarkan sayap yang berwarna-warni.
"So?"
"Hantar rombongan meminang. Tunggu apa kata abah dengan mak."
Aidan makin senyum lebar. "I will."
Aku capai cawan latte dan sisip perlahan. Cuba larikan pandangan mata dari dia.
"Kenapa tak yakin dengan kata-kata Aidan bila Aidan cakap keluarga tak kisah dengan hubungan kita?" Tembak dia tiba-tiba.
Perlahan-lahan aku letak cawan atas piring sebelum pandang dia balik. "Fi perlukan kepastian. Perkahwinan bukan penyatuan antara kita je, tapi keluarga juga. Fi tak naklah keluarga tak restu dengan hubungan ni. Susah hidup tanpa restu nanti."
Aidan senyum. "Sebab tu Aidan pilih Fi jadi teman Aidan seumur hidup. You know what you're doing. You never let your emotions overpowering your intelligence. Hampir kering idea Aidan nak 'mengayat' Fi dibuatnya."
Aku gelak. Tak sangka aku akan dengar pengakuan tu dari mulut dia.
"My brother says, if a man wants me, nothing can keep him away. He will fight for me until the last drop of sweat."
Aidan kecilkan mata. "Are you testing me?"
Aku jungkit bahu dan capai balik cawan latte. Sengaja alihkan pandangan mata. Dari ekor mata aku nampak dia hanya senyum dan geleng kepala sebelum capai cawan espresso dia. Lepas habiskan minuman dan berbincang sikit pasal perancangan keluarga dia untuk melamar aku, Aidan dan aku keluar dari Costa.
Aku dengan dia berjalan menghala ke arah O'Connell Street Lower. Saja nak habiskan masa ke bandar. Masa aku dengan Aidan hampir melangkah masuk ke Penneys, tiba-tiba terdengar ada orang panggil nama Aidan.
Aku dengan dia berhenti melangkah. Aidan pandang aku sekilas sebelum pusing ke belakang. Aku ikut sama lepas tu.
Seorang wanita yang agak berusia tapi masih anggun bergaya tengah pandang aku dengan Aidan bersilih-ganti. Dia berjalan menghampiri kita orang. Aidan jelas nampak terkejut.
"Mom, what are you doing here?"
Mom?! Giliran aku pula pandang wanita tu dengan Aidan bersilih-ganti.
"Sejak bila I tak boleh melawat you lagi?"
Aidan geleng kepala. "Sorry."
Lepas tu dia terus peluk dan cium pipi wanita tu. Aku pula yang terpinga-pinga tengok gelagat dia orang.
"I believe you should give us a proper introduction, don't you?"
Wanita tu pandang Aidan dan aku. Tapi tangan dia masih berlingkar di pinggang Aidan. Tiba-tiba aku terasa macam orang asing dekat sini.
"Oh, sorry, my mistake. I'm so surprised to see you here, mother." Aidan senyum dan pandang aku semula.
"Mom, this Nadine Saffiyah and Fi, this is my mother."
What?! Aku dah keliru sekarang ni. Berapa orang mak yang dia ada? Bukan ke aku dah berjumpa dengan mak dia tadi?
"This is my biological mother." Aidan sambung lagi. Mungkin dia perasan aku nampak lost di sini.
Aku terkebil-kebil pandang wanita di depan aku. Anggun dan bergaya sungguh. Dengan coat yang nampak eksklusif, tudung sah-sah dari Burberry, tailored pants yang nampak mahal dan beg tangan Birkin. Pergh! Dari atas kepala sampai ke kaki semuanya haute couture.
Tiba-tiba aku jadi kaku. Tak tahu apa yang patut aku buat. Mom Aidan terus hulurkan tangan dulu. Perlahan-lahan aku sambut dengan rasa malu dan bersalah.
"Saya Nadine Saffiyah." Hampir tak terkeluar suara aku dibuatnya. Aku cium tangan dia sebelum dia lepaskan tangan aku. Mom Aidan angguk sekali. Tak ada senyuman yang terhias di bibir dia. Ini yang buat aku makin cuak.
"Saya Profesor Datin Ir. Dr. Emilia Ismail. Ibu kandung Aidan."
Aku pasti air muka aku berubah. Hampir tak tertelan air liur dibuatnya. Aku pandang wajah Aidan. Dia pun berubah air muka tapi tak kata apa-apa. Satu persatu gelaran mom Aidan terlintas di kepala.
Gulp!
Profesor! Datin! Ir! Doktor!
Matilanakkk!!!

8 comments :

  1. Bab 14 will be the last chappy, right? Bila novel ni nak keluar? Tak sabar nak grab! Aidan's mom is soo scary. And Aidan is soo sweet. Overdose sampai boleh potong kaki lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. last chap will be chap 14. sorry, novel keluar tak tahu bila lagi. but i'll try my best untuk siapkan manuskrip. thanks for reading ya : ]

      Delete
  2. Assalamualikum...

    Saya nak tumpang promote website...

    http://felda.ml

    http://bit.ly/17lBrz5


    Terima kasih...

    ReplyDelete
  3. best....i suka novel2 u..jangan perap lama2 tau...

    ReplyDelete